Selepas fenomena bunga sakura ala Jepun, jerami padi ala Texas, dan rumput karpet ala New Zealand tular di media sosial di negeri utara Semenanjung Malaysia, kali ini petak sawah atau padang terbiar pula ada tarikan terbaru.
Kawasan-kawasan ini dipenuhi dengan bunga lalang menjadi tumpuan ramai untuk bergambar. Ia juga dikatakan menjadi port terkini di Kedah untuk instagrammable. Namun, permandangan sebegini tidak akan lama, kerana ia hanya muncul pada musim-musim tertentu dan tidak boleh dijangka.
Antara Kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat bunga lalang ini adalah berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pekan Kuala Ketil dan berdekatan Balai Bomba Alor Setar Jalan Tun Razak. Lokasi ini dipenuhi bunga lalang berwarna putih kekuningan sekali gus menjadi tarikan pengunjung.
Ramai yang tidak menyangka kawasan itu begitu cantik setelah mengalami beberapa musim seperti musim tengkujuh dan musim panas yang sedang berlaku sekarang ini. Keindahan kawasan itu hanya disedari penduduk setempat selepas melihat gambar yang tular di media sosial.
Walau bagaimana pun ketika berkunjung di kawasan berkenaan, pengunjung dinasihati menitikberatkan keselamatan apabila bergambar kerana dibimbangi ada haiwan berbisa disebalik bunga lalang tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Glamping aktiviti percutian unik dan menyeronokkan dengan menggabungkan konsep ‘glam’ dan ‘camping’ pastinya menjadi sangat menarik kalau disertai bersama keluarga atau rakan-rakan baik.
Jika anda memang anak kota yang tidak biasa percutian ala dalam hutan, tetapi teringin untuk merasai suasana berkhemah, maka glamping adalah pilihan terbaik! Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Keseronokan bermalam di Tanah Aina Fahad bukan sahaja kerana keindahan kawasan sekitarnya, tetapi juga kerana kesempurnaan kawasan resort ini yang direka bentuk dengan indah dan dalam kondisi yang sangat terjaga. Air terjun yang melatari suasana di sini amat menenangkan jiwa ditambah lagi dengan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora. Antara penginapan yang jadi pilihan King Tent, Queen Tent dan Normal Tent, namun, khemah King dan Queen kelihatan lebih seperti kabin dan lebih selesa daripada khemah Normal.
Bila dah duduk di kawasan kelilingi alam flora, rugi kalau tidak mencuba aktiviti beriadah meredah hutan, bermandi-mandi di kawasan sungai sambil mengumpulkan kenangan. Kalau cerita soal makan, ini memang best. Bayangkan bersarapan di ruang di ruang makan di bawah pokok besar ditemani bunyi air sungai yang mengalir deras dan kicipan burung. Aduh.. pasti tak sedar makanan habis licin. Ternyata Tanah Aina Fahad adalah sebuah lokasi percutian yang cukup best dan berbaloi untuk dikunjungi.
Lokasi: Tanah Aina Fahad – Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang
image via tanahaina.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kadang-kala tu mesti bosankan kalau selalu sahaja ke taman tema air yang sama saban tahun? Apa kata kalau kali ini kita ke Johor Darul Takzim pula iaitu ke Desaru Coast Adventure Waterpark (Desaru Waterpark)!
Desaru Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia yang baharu saja dibuka pada 19 Julai 2018 dan terletak di Bandar Penawar, Johor. Walaupun belum setahun dibuka, kemeriahan suasana di sana jelas terasa dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan di sini.
Ada dua pilihan perjalanan yang boleh digunakan untuk ke Desaru Waterpark, sama ada menaiki penerbangan atau memandu kenderaan. Sekiranya anda menaiki kapal terbang dari KLIA atau KLIA2, turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan jarak masa perjalanan lebih kurang dua jam. Jika anda memandu sendiri kenderaan dari Kuala Lumpur, jarak masa perjalanan lebih kurang empat jam diperlukan untuk tiba ke destinasi.
Tempat ini sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Tak kira sama ada yang tua atau yang muda, semuanya boleh bercuti di sana, lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana ada pelbagai aktiviti air yang akan membuatkan mereka ligat berlari ke sana-sini.
Banyak aktiviti yang boleh anda cuba di sini: bermula dengan aktiviti lepak santai di Penawar Huts atau Beachside Cabanas sehinggalah aktiviti yang boleh membuatkan adrenalin anda mengalir laju seperti permainan roller coaster yang berpusing 360 dan menjunam dari ketinggian 27 meter. Selain daripada itu, tiga jenis permainan meluncur atas air seperti Surf Wall, Wild Whirl dan Super Twister juga bakal menjanjikan keseronokan kepada anda.
Pelbagai fasiliti lain turut disediakan seperti Hard Rock Cafe, Gym, kedai cenderahati, play shop, ruang khusus untuk penjagaan kanak – kanak dan banyak lagi bagi keselesaan anda sebagai pengunjung.
Dengan lokasinya yang strategik di Wilayah Johor Tenggara dan bertemakan perkampungan tradisional Malaysia, taman tema ini berjaya menampilkan satu keunikan yang lain daripada yang lain kepada sesebuah taman tema air dan menjadi tarikan pelancong dari pelbagai tempat.
Terbukti ia merupakan antara destinasi pelancongan menarik yang menjadi tumpuan utama para pengunjung untuk meluangkan aktiviti bersama keluarga terutamanya pada musim cuti.
Kepada anda yang ingin berkunjung ke Desaru Coast Adventure Waterpark, taman tema air ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan harga tiket adalah serendah dari RM96 untuk warganegara.
Selain daripada taman tema air, anda juga boleh bermalam di salah satu daripada empat rangkaian hotel yang ada di sini seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas dan One&Only Desaru Coast.
Jadi jangan tunggu lagi, jom bawa seisi keluarga anda bercuti ke Johor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa tiada mengenali nama United Arab Emirates (UAE), sebuah negara yang makin berkembang pesat dan moden dari hari ke hari. UAE adalah gabungan tujuh wilayah iaitu Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaywayh, Ras Al Khaimah dan Al- Fujayrah. Pada 1971 ketujuh-tujuh pemerintah wilayah di atas bersetuju untuk membentuk sebuah negara dipanggil UAE.
Abu Dhabi ialah ibu negara UAE dan kaya dengan penghasilan minyaknya. Juga merupakan bandar pentadbiran UAE. Dubai memiliki kekayaan warisan, dengan sejarah yang berawal dari masa prasejarah. Perubahan terbesar dalam sejarah Dubai berawal dari penemuan minyak lima puluh tahun lalu.
Tetapi hari ini, sebahagian besar pendapatan wilayah itu sekarang bukan lagi daripada hasil minyak tetapi datangnya daripada industri pelancongan.
Pelbagai tarikan dilakukan agar UAE dilihat sebagai sebuah negara yang gah dengan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang unik. Bahkan ada yang dikategorikan sebagai tertinggi di dunia. Menara atau bangunan tersebut kemudian menjadi tarikan kepada pelancong. Antaranya, Al Burj Khalifa, bangunan Dubai Frame, Kompleks Atlantis, Burj Al Arab dan Marina Bay Dubai.
Populasi penduduk UAE pula adalah kira-kira 9.3 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 20 peratus rakyat UAE manakala 80 peratus lagi adalah rakyat negara luar sama ada bekerja atau berniaga di negara tersebut.
Demi memastikan kemodenan UAE membangun dengan pesat, ramai pendatang asing di bawa masuk untuk memajukan negara ini. Namun yang menjadi perbualan ramai adalah kehidupan yang menyedihkan pendatang-pendatang ini disebalik negara yang gah. Ada juga pendatang yang datang ke sini untuk berkerja tidak dibayar gaji, selain kebersihan dan kebajikan tidak dijaga dengan baik oleh majikan.
Ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh portal Dailymail untuk tatapan umum.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...