
Beberapa lokasi di negeri utara Semenanjung Malaysia direkodkan mengalami gelombang haba tahap berjaga-jaga untuk minggu ini.
Rancang perjalanan anda sebaik mungkin kerana cuaca panas boleh menjejaskan tahap kesihatan diri. Untuk semakan keadaan cuaca harian dan terkini di lokasi anda boleh layari portal MET Malaysia (http://www.met.gov.my/iklim/kemarau/statusgelombanghaba
Gelombang haba adalah satu tempoh dengan suhu tinggi yang luar biasa, melebihi suhu maksima purata harian dan keadaan cuaca yang agak panas, kelazimannya berlarutan hingga beberapa hari atau beberapa minggu.
Terdapat beberapa implikasi yang signifikan yang disebabkan gelombang haba di antaranya penggunaan tenaga elektrik, sumber air, pertanian dan kesihatan orang awam dan di dalam kes-kes yang ekstrim, boleh menyebabkan kematian. Setiap negara mempunyai ambang nilai yang berlainan untuk menentukan satu kejadian gelombang haba iaitu berdasarkan suhu harian maksima jangka panjang dan juga data-data klimat yang lain.
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksima harian melebihi 37°C untuk tiga hari berterusan. Terdapat Empat peringkat di dalam pemantauan gelombang haba yang melibatkan suhu maksima harian di Malaysia yang dibangunkan oleh MetMalaysia seperti berikut:
Peringkat 0 – Suhu normal dan selamat (suhu <35C)
Peringkat 1 – Berjaga-jaga (suhu 35-37C untuk tiga hari berterusan )
Peringkat 2 – Gelobang haba (suhu >37C untuk tiga hari berterusan )
Peringkat 3 – Kecemasan ( suhu > 40C untuk tiga hari berterusan )
Sumber: Perak Press
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Staycation Di Pulau Perhentian, Ini Tip & Tempat Dicadangkan Sepanjang Percutian

Bagi mereka yang merancang mahu menghabiskan cuti di pulau terutama Pulau Perhentian, ada beberapa perkara perlu diambil kita.
Ini antara perkongsian dari sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Ahmad Syakir memberi tip yang sesuai jika mahu bercuti di sini.
TIPS PEMILIHAN TEMPAT SESUAI UNTUK PERCUTIAN ANDA DI PERHENTIAN..
Sebenarnya saya tak tahu nak mula dari mana. Tapi hentam sajalah labu. Asalkan saya dapat share info dengan semua. Pertamanya yang wajib adik kakok semua tahu. Pulau Perhentian ni terbahagi kepada DUA pulau yang utama.
1. PERHENTIAN KECIL
2. PERHENTIAN BESAR
Setiap pulau ni ada banyak pantai. Jadi korang kena study, tempat mana yang korang nak tuju. Untuk mudahkan pemilihan tempat, korang kena baca sampai habis tulisan ni..
PULAU PERHENTIAN KECIL.
———————————————————
Kat sini ada macam² nama pantai. Paling femes Pasir Panjang / LONG BEACH. Apapun Long Beach ni tak sesuai untuk kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan penginapan yang jauh daripada Jeti dan suhu panas dia berbeza dengan lain² tempat di Perhentian ni. Kalau rasa nak menginap di Long Beach juga tu boleh, tapi fulusnya mestilah lebih.
Bagi yang nak percutian lasak, padat aktiviti boleh pilih menginap di Perhentian kecil sebab banyak tempat boleh terokai. Korang hanya perlu rajin berjalan sebab kat Perhentian memang takda kereta.
Salah satunya Hiking Windmill, kalau korang menginap di LONG BEACH / CORAL BAY / D’LAGOON boleh terus ke windmill tanpa perlu bayar apa-apa caj tambahan dah.
Keduanya beromantik dengan yang tersayang sambil layan sunset. Bagi yang menginap di Long Beach, boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Coral Bay untuk layan sunset ni. 5.30 petang pergi la. Boleh lepak ‘kupi-kupi’ dulu sementara tunggu matahari terbenam.
Sebelah malam pula ada night fireshow di Long Beach. Kalau menginap di Coral Bay, korang boleh jungle trekking dalam 10 minit ke Long Beach. Paling penting sediakan Torch Light la. Sebab laluan pejalan kaki tu takda lampu jalan.
Bagi yang menginap di FISHERMAN VILLAGE pula, boleh ambil water taxi ke Long Beach kalau nak tengok fireshow ni. Tambang sekitar RM30 seorang pergi dan balik. Kalau yang berkeluarga, nak menginap di Perhentian Kecil, saya suggest sangat-sangat korang menginap Fisherman Village ni. Makanan pun murah, anak-anak boleh mandi pantai juga.
PULAU PERHENTIAN BESAR
————————————————————
Pulau Perhentian Besar pula sesuai untuk yang nak buat aktiviti ringan². Lebih kepada nak relax, berkasih sayang sambil kayuh transparent kayak..
Perhentian Besar lebih mesra kanak² dan warga emas sebab kebanyakkan biliknya dekat dengan pantai dan hampir kesemua resort ada jeti mereka sendiri. Suasana lebih tenang dan ada banyak pokok untuk berteduh sambil layan anak mandi pantai.
Apa yang menarik di Perhentian Besar ni, hampir semua tempat snorkeling ada di sini. Shark Point (Area Flora, Fauna), Turtle Point area Coral View Island Resort, Coral Garden dan paling unik Lata Air Berani pun di Perhentian Besar juga ye.
Kalau rasa pening nak pilih menginap kat mana, cuba rojer saya. Saya akan bagi lebih info untuk anda.
1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu. Lagi satu airport Kuala Terengganu taka ada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.
2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut. Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.
3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah. Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.
4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup. Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti. Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rasa?
5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?
TIPS PILIH PAKEJ MESTI TENGOK
PENGINAPAN
Long beach = tempat cantik untuk mandi pantai lebih mahal tapi bising sebab setiap malam ada beach parti dengan pertujukan api.
– Coral bay – tempat cantik tapi pantai dia xberapa cantik untuk mandi tapi bolehlah sebab banyak coral sakit kaki pijak. Tapi tenang banyak tempat cantik untuk bergambar. Tempat makan ada kat restoran kecik depan tu. Nak makan malam ada kat ombak dive resort tapi makanan dia harga standart pulau.
– Kampung nelayan senang nak dpt makanan2 pun murah berbanding tenpat lain tapi jauh dengan long beach. Yang budget boleh la duk sini.
Perhentian besar sunyi sikit tapi sesuai pergi dengan family.
– Snorkeling point berapa point.
– Sekali dengan makan or tak kalau duduk tempat yg jauh dari restaurant ambik la pakej makan siap2.
– Elektrik ada yg 7 sampai 7 elektrik ada 24 jam so kalo jenis xduk bilik ok kalo jenis duk bilik tengari mmg panas lagi2 peak season.
– Peak season selalu harga peak mahal pada harga biasa.
– Bot pergi dan balik
Bot ni tak sampai tepat masa ikut keadaan ada lambat sangat, jadi sesiapa yg flight awal 2 or bas awal ambik awal sikit. Bot last pukul 5.
CHALET DAN RESORT
PULAU PERHENTIAN KECIL
CORAL BAY
- Shari -La Island Resort
– Ombak Resort
– Ewan’s Palace
– Fatimah Chalet
– Aur Bay Chalet
– Amelia Chalet
– Maya Chalet
– Senja Bay Resort
– Butterfly Chalet
LONG BEACH
– D Rock Garden Chalet
– Lemon Grass Chalet
– Chempaka Chalet
– Mohsin Chalet
– Bubu Villa
– Trivoli Guest House
– Bintang View Chalet
– Matahari Chalet
– Panorama Chalet
– Symphony Chalet
– Sunrise Inn
– Bubu Resort
– Moonlights Chalet
– Cocohut Chalet
– Tropicana Inn
– Tivoli Inn
– Mimpi Resort
– Harrera Chalet
PRIVATE BEACH
– D’lagoon Chalet
– Mira Beach
– Petani Beach
– Mari-Mari
– Alunan Resort
AKTIVITI
Masa free time boleh :-
– Mandi pantai
– Kayak
– Ataupun hiking ke windmill
Yang duduk kg nelayan kalo nak pergi windmill baik ambik bot tambang sebab mmg jauh sangat2. Windmill tu bahaya sikit kalo kat tangga tu berhati2 ye. Sapa2 yang pergi pulau perhentian tak ambik gambar kat sini bagi saya tak complete.
– Ambik gambar kat Shangrila Chalet Carol Bay matahari terbenam mmg superb.
– Ambik gambar matahari terbit dekat longbeach
– Waktu malam tempat paling hidup dekat Longbeach tengok pertunjukan api sampai dia main dekat tepi pantai mmg cantik sangat rugi xtengok part last tu lepas pada tu yang muslim baik baliklah sebab dah start beach party joget2.
Nak lagi detail boleh pm terus www.wasap.my/60179887709
Artikel Berkaitan:
9 Destinasi Menarik Seiktar Kampar, Boleh ‘Feeling’ Macam Bercuti Di Luar Negara!
Boleh Gelongsor Terus Sampai Sungai, Tarikan Best Camping Di Sojuk Riverside Batang Kali Selangor
Layan 40+ Port Berbuka Puasa Sekitar Lembah Klang, Tawar Pakej Buffet Menarik
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Sistem Autogate Di Pintu Masuk Negara Ditutup Sementara. Kaunter Beroperasi Seperti Biasa

Penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate’ di semua pintu masuk seluruh negara ditutup sementara sebagai langkah menangani penularan jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke dalam negara ini.

Kemarin tular tentang surat arahan Jabatan Imigresen Malaysia kepada Pengarah Imigresen Negeri yang di media sosial dengan meminta mereka menutup sementara penggunaan sistem ‘Autogate’ dan ‘E-gate ekoran penyakit itu.
Ada yang salah anggap rakyat Malaysia atau pelancong sudah tidak boleh keluar atau masuk ke dalam negara. Walaupun sistem autogate ditutup, sistem kaunter masih beroperasi seperti biasa untuk membernarkan pelancong luar masuk atau ke luar negara.


Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Sipadan, Sabah Akan Ditutup Setiap Bulan Disember Bermula 2020

Pulau Sipadan merupakan sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, pantai timur Sabah. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang terbentuk daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba antara yang terbaik di dunia dan juga terkenal dengan keindahan hidupan marinnya akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang Disember bermula pada tahun depan (tahun 2020).
Arahan itu dikeluarkan Taman-Taman Sabah atas permintaan kumpulan operator aktiviti menyelam sebagai langkah untuk memberi tempoh memulihkan persekitaran laut di pulau berkenaan.
Menurut notis yang dikeluarkan Taman-Taman Sabah yang bertarikh 31 Julai lalu, penutupan itu dicadangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pulau Ligitan dan Sipadan pada 25 Januari lalu. Bagaimanapun, cadangan terbabit akhirnya dipersetujui ketika Bengkel Pengagihan Kuota Selaman Pulau Sipadan pada 26 Februari tahun ini dan persetujuan itu ditandatangani oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew berkata, Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.
Penutupan sementara selama sebulan itu adalah untuk memberi ruang kepada kehidupan batu karang dan marin dipulihkan. Kumpulan operator aktiviti menyelam sendiri mencadangkan perkara ini dan mereka bersetuju dengan sebulat suara,” katanya.
Untuk pengetahuan umum mengenai had semasa pelawat ke Pulau Sipadan, ketika ini jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari, manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak lebih daripada 20 orang sehari.
Sumber: hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI