Uzbekistan, bukanlah negara yang sering menjadi destinasi idaman untuk melancong. Namun, jika anda berpeluang berkunjung ke sana pasti mengubah persepsi kalian.
Banyak keistimewaan Uzbekistan termasuk sejarah ketamadunannya. Uzbekistan antara satu negara Asia Tengah yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan Islam dan boleh dikatakan menjejakkan kaki ke sini seolah-olah berada di bumi Anbiya.
Uzbekistan mempunyai beberapa masjid lama berusia ratusan tahun, Muzium Amir Timur dengan ribuan manuskrip ketamadunan Islam, Kompleks Imam Khazrati atau Hast Imam yang menempatkan Al-Quran tulisan tangan pertama dan dikatakan terdapat bekas percikan darah Saidina Uthman Affan RA pada pertengahan abad ketujuh.
Ads
Banyak lagi sebenarnya destinasi sejarah ketamadunan Islam di negara Asia Tengah ini khususnya di Tashkent, ibu negara Uzbekistan juga di bandar Bukhara.
Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan turut dikenali sebagai Pearl of the East, Samarkand yang dijumpai kira-kira 700 sebelum masihi dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini juga tidak terkecuali kaya dengan sejarah kegemilangan Islam yang boleh diterokai. Ini kerana ia pernah menjadi nadi utama perdagangan dalam sejarah laluan sutera di antara China dan Mediterranean pada zaman purba kala serta pusat penting penyebaran agama Islam sekali gus pastinya bandar ini kaya dengan khazanah monumen bersejarah.
Kompleks Makam Imam al-Bukhari RA
Seni binanya sangat hebat dan menempatkan makam cendekiawan Islam Imam al-Bukhari RA, pengumpul dan perawi hadis tersohor. Makan ini yang terletak di perkampungan Hartang, daerah Payaryk. Di kawasan asal makam ini terdapat sebuah bangunan berbentuk empat segi yang dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada sekitar 1997, iaitu kira-kira 1,225 tahun selepas kematian Imam al-Bukhari. Ia dibuka dengan rasmi pada 23 Oktober 1998. Tidak sekadar menziarahi makam beliau, kompleks itu juga mempunyai muzium dan Masjid al-Bukhari di mana kebanyakannya tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sana.
Ads
Registan Square
Registan Square yang terletak di tengah bandar Samarkand. Ia merupakan monumen bersejarah gabungan tiga bangunan madrasah iaitu Ulughbek, Sher-Dor dan Tillya-Kari. Ia dilabelkan sebagai pemandangan paling indah di negara Asia Tengah dan merupakan antara destinasi wajib juga dikunjungi di Samarkand.
Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, telah mula dibuka untuk kunjungan orang ramai.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini.
Foto: Sinar Harian
Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa.
Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Siapa Tukang Kahar?
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Foto: Flickr
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
Sebayu Retreat Gopeng Perak adalah satu villa yang tidak jauh dari Ipoh, hanya perlu pandu lebih kurang 40 minit sahaja.
Cukup sesuai kalau anda ada plan nak buat hari keluarga atau berkumpul dengan kawan-kawan rapat, di sini tempat yang sesuai.
Sebayu Retreat Gopeng Perak
Sambil layan anak main air tepi kolam, anda boleh layan pemandangan yang tenang sekitar villa. Kehijauan pokok-pokok dan binaan bangunan yang menggunakan konsep batu bata merah menjadikan villa ini nampak unik.
Nak mandi-manda memang ada private bathtub, macam-macam aktiviti yang anda boleh buat dekat sini seperti water rafting, waterfall abseiling, kayaking & river tubing.
Di sini ada pelbagai jenis bilik termasuk Superior King Rooms, Superior Twin Rooms, Family Rooms dengan pemandangan gunung, Standard Villas, Superior Villas, Deluxe Villas, dan Chalets.
Jadi anda boleh pilih ikut jumlah kepala yang datan join, yang penting tempatnya best untuk cipta kenangan dan layan ootd di sekitar villa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...