Percutian ala Bali kini boleh anda dapatkan hanya dengan bercuti di Penang. The Lost Paradise Resort yang terletak di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini menawarkan resort dengan vibe Bali.
Lokasi resort ini yang berada di tepi laut dan berdekatan dengan pantai Batu Feringgi memudahkan anda untuk beriadah di tepi pantai tatkala petang menjelma.
Paling best setiap sudut yang ada di resort ini cukup menarik untuk diabadikan dalam gambar. Kalau dah sampai sini bawa baju cantik banyak-banyak barulah boleh ber-OOTD setiap hari.
Setiap bilik yang ada di sini mempunyai rekaan yang berbeza yang mana kesemua idea dekorasi bilik datang dari pemilik resort ini sendiri. Lebih menarik lagi, bilik yang ada di sini persis villa-villa mewah yang ada di Bali.
Bagi yang nak rasa sendiri menginap di sini, resort ini mempunyai empat jenis bilik untuk anda pilih.
SUPERIOR SUITE – RM288
(per room per night / 2-3 pax)
Ads
DELUXE SUITE – RM358
(per room per night /4 pax)
GRAND FAMILY SUITE – RM598
(per room per night /5 pax)
ROYAL SUITE – RM898
Ads
(per room per night / 5 pax)
Selain menikmati udara yang segar di tepi laut, bagi yang suka memancing, ada port juga untuk anda mencuba nasib, siapa tahu rezeki boleh dapat ikan pari, gelama dan juga kerapu.
Tak lengkap resort tanpa kolam renang. Istimewanya kat sini, anda dan keluarga boleh habiskan masa dengan berendam dalam Moroccan Pool yang besar dan cantik. Memang puas.
Memang berbaloi dapat menginap di sini kerana tempatnya yang cantik dan juga selesa. Sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Ads
Alamat: Jalan Batu Feringhi, Batu Ferringhi, Malaysia
Thailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara. Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup.
Dalam persekitaran yang menyeramkan terletak di bawah berhampiran Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di Jepun, lokasi ini lebih dikenali sebagai kawasan membunuh diri yang popular di dunia. Sedangkan banyak tarikan lokasi menarik yang ada di Aokigahara seperti Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong, namun kurang dikenali.
Sejarah hutan itu agak menyeramkan kerana dianggap sebagai tempat tinggal ‘yurei’ iaitu sejumlah hantu dalam mitologi Jepun. Banyak cerita dongeng lain yang diperkatakan iaitu berkaitan makhluk aneh, gergasi serta roh jahat di situ.
Hutan Aokigahara amat popular dalam kalangan rakyat Jepun yang putus asa dalam hidup dan membunuh diri di situ. Kebanyakan yang membunuh diri di situ adalah kaum lelaki. Dalam pada itu, wujud tradisi meninggalkan wanita tua di dalam hutan Aokigahara. Anak-anak akan mengendong ibu mereka yang telah tua masuk ke dalam hutan itu dan meninggalkan mereka tanpa dibekalkan makanan, selimut dan akhirnya dibiarkan mati begitu sahaja. Namun begitu, kisah itu dikatakan tidak benar dan sekadar cerita rakyat yang diwarisi anak cucu sehingga hari ini.
Bahkan ada yang mendokumentasikan dan memfilemkan kejadian yang berlaku di hutan itu. Jika pernah menonton di YouTube ada sesetengah kumpulan yang masuk ke hutan itu dan kemudian ketakutan dan lari keluar meninggalkan hutan.
Memandangkan kes membunuh diri semakin meningkat di hutan itu sejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.ejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.
Rakyat Malaysia ada yang dah pernah sampai hutan ini untuk melawat dan ‘mencari’ apa ada di dalamnya. Bukan masuk siang hari sahaja, brother ni siap datang malam-malam. Korang boleh google pasal dia yang ke Hutan Aokigahara ini baru-baru ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampaknya tahun ini sekali lagi warga kota terpaksa menyambut Syawal di perantauan.
Ini berikutan pengumuman dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberitahu hanya akan meluluskan pergerakan rentas pada Isnin hingga Khamis dengan enam alasan yang dipertimbangkan.
Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).
“Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja.
“Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
“Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.
“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” katanya lagi.
jadi kepada semua warga kota, bolehlah plan bercuti dalam daerah sahaja tetapi perlu dingat perlu mengamalkan SOP kendiri bagi memutuskan rantaian jaringan virus ini.
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...