Konsep hotel kapsul pertama kali diperkenalkan di Jepun. Ia sejenis penginapan yang menyediakan ruang yang sangat kecil dengan jumlah yang banyak dan dinamakan dengan kapsul.
Hotel kapsul ini menyediakan kemudahan standard dan jauh lebih murah bagi pengunjung yang tidak memerlukan layanan sebagaimana yang ditawarkan di hotel-hotel konvensional untuk semalam atau beberapa malam. Hotel ini banyak digunakan oleh mereka yang terlambat pulang kerana kerja dan harus kembali bekerja di pagi hari berikutnya. Namun ada juga yang menyewa mingguan atau bulanan dengan alasan lebih ekonomi.
Tren ini menjadi popular dan dilihat praktikal dan kemudian diaplikasikan di pelbagai negara kerana ciri-cirinya yang efisien, terutama di kawasan bandar.
Kepada anda yang ingin percutian berkonsep mengembara pasti tidak cukup masa untuk mengurung di dalam bilik hotel, jadi buat apa untuk bersusah payah mencari hotel mewah. Hotel kapsul ialah pilihan yang terbaik.
Ringkas dan selesa
The Bed KLCC merupakan penginapan interaktif yang menggunakan konsep kapsul versi mewah. Jadi konsep yang dicetuskan oleh The Bed KLCC buat penulis kagum, ia merupakan bilik kapsul yang terletak dalam bangunan hotel. Sangat selesa malah tidak kedengaran langsung bunyi-bunyian kenderaan walaupun berada di tengah ibu kota
Ads
Hotel The Bed KLCC menyediakan fasiliti penginapan super jimat tanpa mengurangkan faktor keselesaan pelanggan. Setiap pod dapat menampung individu yang menyewanya untuk jangka waktu tertentu.
Bilik kapsul The Bed KLCC menawarkan penginapan untuk solo traveler, couple dan keluarga. Bagi couple dan keluarga usah risau kerana The Bed KLCC punya pilihan untuk kapsul lebih privasi dan kapsul di dalam bilik. Ianya seperti anda menyewa sebuah bilik dan hanya perlu berkongsi bilik mandi. Selain itu ia juga mempunyai kemudahan bilik mandi awam lengkap dengan bilik menukar baju, seterika dan mengering rambut.
Keselesaan dirasai oleh tetamu apabila setiap pod yang disewa lengkap dengan meja solek kecil, penyangkut pakaian, suis pengecas, tuala mandi, loker simpanan serta pengadang kapsul agar lebih privasi.
Faktor kebersihan menjadi keutamaan di The Bed KLCC. Di luar setiap bilik kapsul disediakan loker khas untuk simpanan kasut. Selipar disediakan untuk memastikan kebersihan lantai bilik kapsul terjaga. Ciri ini harus diberi pujian. Malah tiada ruang untuk menghisap rokok bagi memastikan kebersihan serta tiada bau yang tidak menyenang sepanjang tetamu menginap di situ.
Ads
Bagi tujuan santai, Lounge area hotel diwujudkan dan dibuka seawal 6 pagi hingga 12 pagi. Anda boleh chill sambil berkenalan dengan tetamu lain yang mungkin dari negara lain atau mereka yang tinggal sekitar ibu kota. Bagi keperluan tetamu , hotel ini juga menyediakan kafeteria mini untuk tetamu minum kopi dan teh sepanjang hari.
Tren menginap gaya kapsul ini memberi pengalaman baru buat penulis sambil melayan mimpi indah. Buat pengembara yang mahu satu penginapan yang ringkas namun selesa, penulis cadangkan The Bed KLCC. Ia sebagai salah satu alternatif untuk berehat dan tidur masa kini.
INFO
Ads
Alamat: The Bed KLCC, G1 Vortex KLCC (bersebelahan 7E), 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Kemudahan: Pengangkutan awam (monorel, LRT dan Bas GoKL) dan pusat pelancongan (Menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Bukit Bintang)
5 minit berjalan kaki dari stesen monorel Bukit Nanas
Kadar Harga: RM69 sehingga RM139 lengkap dengan pakej sarapan pagi, housekeeping dan akses internet.
Jenis Kapsul: Single Pod Side Entry (Female), Single Pod Side Entry (Male), Single Pod Front Entry (Mixed), King Pod/Family Pod, Single Pod Suite dan Queen Pod Suite.
Pengasas bersama & Pengarah Eksekutif The Bed KLCC, Leslie Cheong Shing Yee
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tempat yang menarik dan cantik, Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Pahang ini anda boleh bermalam dengan harga serendah RM100 semalam.
Haaa… di sini anda boleh buat pelbagai aktiviti sebab ada mini zoo dan beberapa Jenis haiwan. Jadi anda boleh menunggang kuda, kalau nak bersampan pun boleh.
Jamu Mata Dengan Kehijauan Di Hill Exclusive Eco Resort, Mini Zoo Pun Ada!
Nampak view hijau macam ini, rasa hilang tekanan kerja sebelum ini. Molek sangat jika anda datang bersama keluarga tersayang.
Yang minat menyanyi tu boleh berkaraoke, anak-anak boleh join flying fox, ATV atau kolam renang 24 jam. Paling best boleh bbq dan mandi sungai.
Jadi kalau nak merasa waktu tenang-tenang bersama keluarga, singgah lah sini.
Lokasinya di:
Hill Exclusive Eco Resort. Janda Baik Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selangor memang tidak pernah kalah dalam menawarkan destinasi pelancongan tumpuan pelancong. Daripada alam semula jadinya yang indah, aktiviti riadah sehinggalah pusat rekreasi yang meriangkan, Selangor ada segalanya!
Pulau Ketam yang terletak di Klang merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi yang mana pengunjung dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan di sini sambil menikmati suasana pantai yang nyaman dan mendamaikan.
Kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang didiami oleh masyakarat Cina. Pulau Ketam merupakan antara destinasi pelancongan utama Selangor terletak di Klang yang menjadi tarikan pelancong. Kedudukan Pulau Ketam sangat strategik dikelilingi tiga pelabuhan utama yang menjadi laluan masuk laut ke negara ini iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara.
Pengangkutan utama ke pulau ini adalah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Seawal jam 8.30 pagi, feri pertama memulakan perjalanan ke pulau itu yang mengambil masa sekitar 40 minit. Untuk sampai ke Pulau Ketam, anda perlu menaiki feri (RM14 dua hala) seorang atau bot laju (RM20 dua hala) seorang. Selain itu, Jeti Pulau Ketam turut menjadi pintu masuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke negara seperti Indonesia.
Di Pulau Ketam, tidak ada penggunaan kenderaan lain seperti kereta kecuali basikal, skuter elektrik atau motosikal. Perhubungan antara Pulau Ketam dengan bandar Klang hanya dengan bot atau feri. Menangkap hasil laut adalah pekerjaan utama namun, terdapat sebilangan penduduk menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit, restoran dan homestay.
Makan-Makan – Pulau Ketam merupakan destinasi ideal menjamu selera. Terdapat banyak kedai makan menawarkan hidangan laut istimewa dengan harga yang murah dan berbaloi. Tidak sah kalau ke Pulau Ketam tanpa menikmati makanan laut terutama ketam kerana hasil laut baru ditangkap yang segar. Ketam di pulau ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis kerana di sekitar Pulau Ketam terdapat banyak kawasan paya bakau.
Memancing – Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan. Di sini pelbagai spesies ikan boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, dan mempunyai peralatan yang sesuai. Siakap merah atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini.
Hasil Laut Segar – Pulau Ketam juga banyak menghasilkan produk hasil laut dan antara yang menjadi tumpuan adalah udang kering. Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat pemilik kilang memproses udang kering dengan cara tersendiri. Pengunjung boleh juga meneroka pulau dengan menaiki bot persiaran dan melawat ke sangkar ikan sekitar pulau.
OOTD & Berbasikal – Selain itu, aktiviti dan tarikan yang boleh dilakukan di sini adalah seperti menyewa basikal dan mengayuh sekitar kampung, bergambar di kawasan mural dan kuil Cina, melihat dan merasai kehidupan suasana perkampungan nelayan, dan banyak lagi.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesiapa yang ingin ke Mossy Forest, Cameron Highlands selepas ini akan dikenakan bayaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bermula dari 1 Mac 2019.
Bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan kepada orang dewasa manakala RM5 dikenakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas serta Orang Kelainan Upaya warganegara Malaysia.
Bagi pengunjung warganegara asing, bayaran RM30 dikenakan kepada orang dewasa, RM15 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun dan RM30 kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya.
Bayaran fi yang dikenakan hanya untuk pengunjung yang ingin masuk ke Mossy Forest sehingga penghujung laluan boardwalk sahaja. Kepada yang ingin mendaki ke Gunung Irau melalui Mossy Forest, anda turut dikenakan bayaran dan masih perlu memohon permit untuk memasuki Hutan Simpanan Kekal seperti biasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...