Negeri Kelantan menjadikan tema berunsurkan dialek negeri ‘Jom Maghi Dderak Di Kelate’ sebagai tarikan baharu kepada pelancong domestik untuk berkunjung ke negeri tersebut.
Tema itu juga melambangkan budaya dan bahasa dialek Kelantan yang menunjukkan kata-kata bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong. Dialek Kelantan digunakan memandangkan perkataan 'deghak' telah sinonim dalam masyarakat negeri ini yang membawa erti 'pergi berjalan'. Menerusi penggunaan tema ini, ia menjadi lambang perpaduan kaum yang sudah sinonim dengan negeri ini selain untuk mempopularkan Kelantan di hati pelancong agar sentiasa rindu untuk datang lagi ke negeri itu.
Sebanyak 17 destinasi pelancongan di sekitar Kelantan bakal dibanjiri pengunjung dalam usaha mempergiatkan industri pelancongan domestik. Destinasi pelancongan di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok itu akan didedahkan pelbagai aktiviti antaranya menyepat daun rokok daripada pucuk nipah, melukis batik dan menyaksikan aksi beruk memetik kelapa.
Semua lokasi dan aktiviti itu disediakan dalam pakej 'Sightseeing Tour' anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), syarikat penerbangan Firefly dan Jasa Teratai Holiday serta Asia Travel & Tours. Antara destinasi disenaraikan dan disifatkan mampu menjadi tarikan pengunjung terutama luar Kelantan ialah:
Ads
Ads
Ads
Galeri pembuatan wau
Bengkel penghasilan batik
Pantai Mek Mas
Bengkel keropok
Zon bebas cukai Pengkalan Kubor
Masjid Arrahman
Pasar Terapung Pengkalan Datu
Pantai Senok
Pasar Siti Khadijah
Pantai Mek Mas, Kota Bahru
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port bercuti berkonsepkan agro-tourism pertama di Perak. Patro yang terletak di Tanjung Tualang ini masih belum popular dan berpotensi menjadi destinasi tarikan pelancongan terbaru.
Banyak aktiviti boleh buat bila sampai sini, korang boleh memancing, berkelah, menunggang kuda, ATV, paintball dan basikal serta menikmati pengalaman memetik buah-buahan tempatan dari ladang.
Apa yang terbaru di sini adalah The TUBE Camp. The TUBE Camp dibuka bagi membolehkan para pelancong menikmati pengalaman bercuti yang unik dan tersendiri.
Jadi, kalau anda rasa suka dengan aktiviti dan tempat ini boleh lah booking awal-awal. Yang penting boleh healing!
PATRO PERAK Alamat: 7.9 Km Jalan A15, 31800 Tanjung Tualang, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Gombak yang mengagumkan ini pada dasarnya merupakan sebuah sempadan bagi kota Kuala Lumpur di samping kawasan sempadan yang lain seperti Rawang dan Batu Arang. Di Daerah ini, anda pasti akan terpukau dengan pelbagai tempat menarik yang dapat anda lawati pada suatu hari kelak. Di sini, Tourism Selangor mengesyorkan senarai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kunjungan satu hari ke Daerah Gombak!
8.00 pagi – Nikmati sarapan pagi yang enak di Restoran Teratak Nogori
9.00 pagi – Terokai Air Terjun Kanching yang menakjubkan
10.00 pagi – Membuat lawatan safari ke Zoo Negara
12:00 malam – Makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant
1.00 petang – Berjalan-jalan di sekitar Batu Caves yang terkemuka
2.30 pm – Rasai debaran adrenalin di Gua Damai Extreme Park
3.45pm – Bersiar-siar di sekitar Muzium Orang Asli
4.45pm – Singgah di Durian Cendol @ Mel’s Corner Batu Caves
5.45pm – Berbelanja di Melawati Mall
7.00pm – Makan malam di Wira Seafood Ikan Bakar
Pengembaraan di Daerah Gombak melibatkan perjalanan ke tempat-tempat yang menyajikan sarapan pagi yang seringkali dipilih oleh orang ramai di bandar! Nikmati pelbagai hidangan Malaysia yang enak seperti Nasi Lemak dan Lontong yang sudah pastinya merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memulakan perjalanan anda pada siang hari. Sarapan pagi yang luar biasa adalah salah satu sebab Daerah ini seringkali dikunjungi oleh penduduk setempat dan para pelancong. Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan!
Terletak betul-betul di antara Rawang dan Kuala Lumpur, air terjun di Taman Eko Rimba Kanching adalah satu tempat yang menyeronokkan untuk pengembara di Daerah Gombak. Di dalamnya, anda akan dibawa ke tujuh tingkat air terjun yang dikelilingi dengan pemandangan alam yang sungguh menarik. Air terjun tahap kedua dan ketiga adalah yang terkenal di sana; jadi pastikan anda tidak lupa untuk berhenti di situ! Sekiranya anda sedang mencari kawasan untuk bersantai pada awal hari, Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat riadah yang paling sesuai!
Apabila ianya berkaitan dengan lawatan safari yang menggembirakan, Zoo Negara di Daerah Gombak adalah zoo yang terkenal yang mesti anda sertakan dalam jadual perjalanan anda! Terdapat lebih daripada 5173 spesimen yang terdiri daripada 476 spesis haiwan yang boleh anda saksikan di sana. Selain menjadi tempat pameran haiwan, anda juga boleh mengadakan pelbagai acara di sini sama ada pesta ulang tahun untuk anak-anak anda, hari keluarga, bahkan apa sahaja acara yang anda impikan.
Anda semestinya benar-benar ketinggalan sekiranya anda tidak singgah ke Restoran Coca Seafood sepanjang perjalanan anda ke Gombak. Restoran ini terkenal dengan mee kari yang bersaiz besar yang seringkali menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong. Hidangan istimewa mereka tersebut disajikan dengan pilihan sampingan seperti Ayam Kari yang sudah pasti akan meliurkan anda.
Apakah makna sebuah pengembaraan ke Daerah Gombak tanpa berkunjung ke Batu Caves yang terkemuka? Umum mengetahui, lokasi ini dikunjungi oleh begitu ramai pelancong pada setiap hari. Senibinanya yang hebat merupakan perkara yang paling utama yang menarik minat orang ramai ke sana. Malahan, perayaan Thaipusam yang terbesar juga turut diadakan di sini pada setiap tahun yang secara amnya seringkali melibatkan ribuan orang ramai sebelum pandemik Covid-19.
Aktiviti sukan yang mendebarkan pasti menarik minat penggemar sukan ekstrim. Pendakian batu di Gua Damai Extreme Park yang ikonik yang terletak sangat dekat dengan Batu Caves perlu menjadi salah satu aktiviti ketika berkunjung ke Daerah Gombak! Menyediakan aktiviti rekreasi dan eko kepada anda, terdapat juga pelbagai tahap pendakian untuk memenuhi keperluan setiap peminat sukan sama ada amatur mahupun profesional.
Sekiranya anda ingin belajar mengenai sejarah Daerah Gombak, Muzium Orang Asli pasti menepati keinginan anda. Anda boleh bersiar-siar di sekitar Muzium ini untuk mengetahui sejarah dan menyaksikan artifak kuno Orang Asli yang menetap di sini. Tidak ketinggalan, di sini juga terdapat sebuah galeri pameran yang menakjubkan serta sebuah dewan teater mini.
Setelah perjalanan panjang di Daerah Gombak, anda mungkin ingin berehat sebentar dan mengembalikan tenaga anda. Oleh itu, pastikan anda singgah ke Mel’s Corner untuk merasai Durian Cendol yang paling beraroma di sini. Anda boleh membeli Durian Cendol yang bersaiz besar serta disediakan dengan tembaga durian dan ais krim tempatan pada harga RM 20 sahaja. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa harganya mungkin akan berubah bergantung pada musim durian, jadi pastikan anda memeriksa senarai harga secara atas talian dari masa ke masa!
Membeli-belah adalah salah satu sesi terapi terbaik semasa mengembara. Hanya dengan membeli-belah, seseorang dapat menurunkan tahap tekanan mereka dengan mudah terutamanya pada hari yang panjang dan melelahkan. Melawati Mall di Daerah Gombak pada dasarnya adalah sebuah Pusat Beli-belah pinggir bandar dengan lebih daripada 200 kedai yang memenuhi semua keperluan dan keinginan anda, Di sini, anda boleh mendapatkan sebuah pengalaman membeli-belah terbaik!
Untuk makan malam yang enak di Daerah Gombak, pastikan anda menjamu selera di Restoran Makanan Laut Ikan Bakar yang terkenal di Taman Sri Gombak! Memang tidak dapat dinafikan lagi, adalah berbaloi untuk singgah ke sini kerana mereka menawarkan pelbagai jenis menu makanan laut yang enak yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Ikan Bakar, Nasi Lemak dan Kerabu yang juga terkenal sebagai hidangan istimewa di restoran tersebut!
Gombak sememangnya dikenali sebagai Daerah yang terkenal dan luar biasa di Negeri Selangor. Namakan sahaja, semua yang anda cari untuk memenuhi perjalanan anda ada terdapat di sini, Dari tarikan persekitaran semula jadi yang menarik sehinggalah ke pelbagai bangunan budaya yang mewah dengan sejarah yang tulus, semuanya boleh didapati di Daerah ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan!
Boleh dikatakan jolokan sebagai pintu masuk segala jenis makanan yang ada di Pulau Pinang, ia menarik semua pengunjung berbilang bangsa bukan sahaja masyarakat di negeri ini bahkan mereka yang datang dari luar.
Di sini kami senaraikan 67 tempat makan menarik di Pulau yang patut anda singgah. Jika tidak pasti di mana lokasi makanan menarik dan best ini, anda boleh sahaja buat carian di alam maya. Selamat menjamu selera dan cuti-cuti Malaysia!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...