Setiap kali kita melancong ke sesuatu negara, mesti kita akan tercari-cari sesuatu yang unik atau kelainan pada tempat-tempat yang kita lewati. Ada masanya juga, kita akan mencari apa hiburan yang boleh kita lakukan di sana untuk mencipta bibit-bibit istimewa dalam percutian.
Hiburan paling simple setiap kali kita turun ke jalanan di kota-kota besar tempat tumpuan pelancong adalah kehadiran penggiat seni jalanan yang bermain musik atau apa sahaja kegiatan seni diketengahkan dan perkara-perkara simple seperti itu sudah cukup untuk membuatkan kita berasa seronok dengan sesuatu tempat tersebut.
Tidak kurangnya di negara kita ini apadabila tular satu video Bob Sentuhan Busker di internet sehingga mendapat 178 ribu tontonan! Dalam video tersebut, ia memaparkan Bob atau Aizad Azman yang lebih dikenali sebagai Sentuhan Aizad Azman di laman sosial menghiburkan pelancong-pelancong yang datang berkunjung ke Bukit Bintang.
Ads
Pelancong yang menonton persembahan beliau bukan sahaja terdiri daripada pelancong domestik, malah pelancong asing dari luar negara juga dilihat sama berhibur, menyanyi dan menari bersama Bob. Dalam video berkenaan kelihatan pelancong dari Yaman dan gelagat pelancong dari China yang turut menari bersama semasa Bob membuat persembahan.
Menjadikan persembahan Bob sesuatu yang unik adalah kebolehan beliau untuk menyanyi dalam pelbagai bahasa, selain keramahan beliau yang tidak kekok untuk berinteraksi dengan pelancong asing juga adalah satu perkara yang boleh dibanggakan.
Ads
Rata-rata wargamaya mengagumi kebolehan yang ada pada Bob dan ada diantara mereka yang meminta supaya penghargaan diberikan kepada Bob atas usaha beliau yang mempromosikan negara kepada pelancong-pelancong asing.
Ads
Malah, ada yang memberikan pandangan kepada Menteri Pelancongan supaya memberikan pengiktirafan kepada semua busker yang berada di luar sana kerana aktiviti seni mereka membuatkan pelancong lebih tertarik dengan suasana meriah di negara kita ini.
Semoga ada satu tempat istimewa untuk artis-artis jalanan ini dalam industri pelancongan negara kerana penglibatan mereka juga antara seni yang menghiasi jalanan ibukota negara kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
Boleh dikatakan ini gabungan yang mantap, lebih-lebih lagi untuk memburu pesalah degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Bukan setakat ingin tahu tujuan anda keluar dari rumah dan berada di atas jalan raya, silap hari bulan kereta dengan ‘cermin gelap terlebih had’ anda itu turut dikenakan saman.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di semua sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid, JPJ akan berhubung dengan pihak PDRM bagi tujuan penyelarasan tugasan dan pengaturan anggota supaya operasi yang dirancang mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Malaysia sekali lagi merangkul anugerah ‘Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini’, pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 di London.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengiktifaran itu didedikasikan kepada semua pemegang taruh sektor penjagaan kesihatan Malaysia, atas usaha cemerlang mereka.
“Anugerah ini didedikasikan kepada semua pemegang taruh di #malaysiahealthcare prestasi cemerlang pada 2019/2020. Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada keseluruhan pasukan,” katanya dalam hantaran di twitter.
Tonight live news from London, Malaysia won the Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020 award. This award is dedicated to all stakeholders in #malaysiahealthcare excellent performance in 2019/2020. Once again my heartiest congratulations to the entire Team. pic.twitter.com/jGwI2mqkru
Sementara itu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dalam satu kenyataan menyatakan, pengiktirafan kali keempat berturut-turut itu, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia dan mencerminkan komitmen negara dalam sektor penjagaan kesihatan, khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.
Edisi anugerah itu kali ini, turut menyaksikan MHTC mengekalkan kemenangannya kali keempat bagi anugerah Kluster Terbaik Tahun ini.
“Penerimaan anugerah Destinasi Terbaik Tahun Ini dan Kluster Terbaik Tahun ini sekali lagi menunjukkan keyakinan global terhadap kecemerlangan prasarana kesihatan Malaysia, untuk pelancong penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.
Beberapa institusi kesihatan swasta Malaysia turut meraih kemenangan dalam anugerah berprestij tersebut, termasuk Sunway Fertility Centre (Anugerah Klinik Fertility Antarabangsa Terbaik Tahunan); Prince Court Medical Centre (Hospital Antarabangsa Terbaik Tahunan); Sunway Eye Centre (Klinik Mata Antarabangsa Terbaik Tahunan dan Thompson Hospital Kota Damansara (Inisiatif Kualiti Terbaik).
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...