Boleh dikatakan ini gabungan yang mantap, lebih-lebih lagi untuk memburu pesalah degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Bukan setakat ingin tahu tujuan anda keluar dari rumah dan berada di atas jalan raya, silap hari bulan kereta dengan ‘cermin gelap terlebih had’ anda itu turut dikenakan saman.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di semua sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Ads
Foto: Sinar Harian
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid, JPJ akan berhubung dengan pihak PDRM bagi tujuan penyelarasan tugasan dan pengaturan anggota supaya operasi yang dirancang mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ads
JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Artikel ini dipetik daripada Aqsa Syarif. Artikel ini akan memberikan penjelasan secara terperinci kepada anda kenapa anda tak digalakkan untuk melawat ke Jerusalem sekalipun mereka menganggap anda sebagai saudara dan mengalu-alukan kedatangan anda ke sana. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak iktibar kepada diri anda, insha-Allah.
Hari ini semakin banyak pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa ditawarkan. Agensi seperti Tabung Haji pun sudah mula mempromosi lawatan ke masjid ke-3 termulia dalam Islam itu.
Ia cukup menghairankan.
Kenapa?
Tahukah anda Masjid al-Aqsa terletak Baitul Makdis (Jerusalem)?
Dan tahukah anda Baitul Makdis berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Perang Arab-Israel 1967?
Ya, Masjid al-Aqsa telah dijajah sejak lebih 46 tahun yang lalu!
Laluan keluar dan masuk kini berada di bawah kawalan tentera Israel. Pelbagai cara telah digunakan oleh Israel untuk menghalang rakyat Palestin daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Malah, Israel telah mengehadkan umur para pengunjung dan waktu yang dibolehkan untuk penduduk Palestin memasuki masjid ini.
Namun, dengan tidak semena-mena, Israel mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia yang pada pasportnya jelas tercetak:
“Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali….. ISRAEL!!!”
Tidakkah anda merasa curiga?
Mengapa anda dibenarkan masuk sedangkan rakyat Palestin tidak?
Jawapannya mudah. Kerana anda datang sebagai PELANCONG!
Tahukah anda jalan masuk ke Baitul Makdis dan Masjid Al-Aqsa adalah melalui Jordan? Dan tahukah anda Jordan dibenarkan untuk memiliki keistimewaan ini hanya selepas ia MENGIKTIRAF kewujudan Israel dan BERDAMAI pada tahun 1994?
Nah, dari sudut syarak, apakah HUKUM berdamai dengan Israel? Apakah pula hukum meraih keuntungan daripada perdamaian ini?
Bukankah kunjungan kita ke Masjid Al-Aqsa secara tidak langsung juga akan mengiktiraf kewujudan negara haram Israel? Mana tidaknya, kita hanya dapat masuk ke sana dengan kebenaran mereka!
Tahukah anda industri pelancongan di Baitul Makdis memberikan keuntungan kepada Israel sekurang-kurangnya 1 bilion US dollar setiap tahun? Dan jumlah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun.
Keuntungan ini tidak dikongsi walau sesen sekalipun dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority) yang lebih berhak tetapi digunakan untuk terus menjajah Palestin dan pastinya untuk membiayai keperluan tentera Israel!
Ya, wang yang kita bayar untuk masuk digunakan untuk membunuh saudara-mara kita di Palestin! Sangat tak berbaloi!
Dan yang lebih penting lagi ialah pemergian kita ke sana adalah sebahagian daripada proses NORMALISASI yang disusun sendiri oleh Israel.
Kalau tak takkanlah Israel yang angkuh tu boleh senang-senang benarkan warganegara asing yang di pasportnya jelas tertulis ‘tidak mengiktiraf Israel’ masuk? Semuanya tertakluk kepada mereka. Nak benarkan masuk boleh, tak benarkan pun boleh.
Israel berusaha untuk menyatakan kepada pelancong yang hadir bahawa tiada kezaliman dan penderitaan di sana. Semuanya BAIK-BAIK sahaja; AMAN. Kalau tak aman bagaimana nak terima kehadiran PELANCONG?
Dengan kata lain, asal sahaja anda berkunjung ke Masjid al-Aqsa sebagai pelancong, Israel tidak punya masalah dengan anda. Malah, mereka meraikan.
Tetapi jika anda datang sebagai ‘pejuang pembebasan’ atau aktivis, usah bermimpi anda akan dapat masuk ke sana.
Israel sangat LICIK. Mereka ingin mengaburi pandangan kita sehingga tindakan kita yang salah dilihat seakan-akan benar dan tiada masalah.
Kita benar-benar telah TERTIPU sekiranya kita merasakan bahawa kunjungan kita ke Masjid al-Aqsa dengan niat untuk MENGIMARAHKANNYA, merebut PAHALA menjejakkan kaki ke sana, membantu peniaga di sana dan sebagainya ketika ia MASIH BERADA DI BAWAH PENJAJAHAN Israel sebagai sesuatu yang baik dan benar-benar membantu Palestin.
BAIK SUNGGUH ISRAEL benarkan kita bantu rakyat Palestin!
Jika seribu kali pun kita berfikir, kita tidak mungkin membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa melalui rombongan melawat dan mengimarahkan Masjid al-Aqsa. Mustahil!
Dibimbangi kita sekadar memenuhi kehendak dan kepuasan peribadi untuk menatap masjid tersebut, melawat tempat-tempat bersejarah dan menyimpan memorinya dalam kamera dan video; tidak lebih dari itu.
Tidak wajar kita merelakan diri menjadi ‘pelancong’ di bumi Palestin sedang di luar sana jutaan rakyat Palestin terus dizalimi, dinafikan hak untuk pulang ke tanah air mereka (memasuki al-Aqsa adalah mimpi yang sangat jauh), dipenjara, dikepung, dibunuh. Lawatan kita tidak mengubah sedikit pun hakikat ini!
Bukalah mana-mana kitab fiqh dan fahamilah tentang permasalahan bumi Islam yang dijajah/diperangi. Nescaya kita akan sedar bahawa TANGGUNGJAWAB UTAMA kita ke atas Palestin dan al-Aqsa adalah untuk membebaskannya, bukan menziarahinya.
Berusahalah memahami sebaik-baiknya konflik di Palestin; bukan sekadar dari sudut fiqhnya semata-mata, tapi juga dari sudut politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. Kenalilah musuh kita di Palestin dan perancangan mereka agar kita tidak mudah terperdaya.
Apalah makna pahala kita solat di Masjid al-Aqsa dalam keadaan ia masih dijajah? Ia umpama orang yang tidak pernah puas merebut pahala dengan melakukan ibadah haji dan umrah berkali-kali sedang masih ramai jiran-jirannya yang hidup melarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini.
Justeru, berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum anda berniat untuk menyertai pakej-pakej lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dalam tidak sedar, anda sebenarnya telah tertipu dan telah membayar harga yang MAHAL demi sebuah kepuasan peribadi.
Apakah harganya? Harganya PEMBEBASAN PALESTIN dan MASJID AL-AQSA!
FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)
Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:
(fatwa dan rujukan ada di akhir artikel)
Fatwa ini popular bukan kerana Zionis tetapi kerana ialah fatwa yang TELAH DIPEGANG SEJAK AWAL JATUHNYA Baitulmaqdis ke bawah penjajahan Zionis pada tahun 1967.
Ulama-ulama al-Azhar adalah pelopor kepada pendirian ini selepas Presiden Anwar Sadat berkunjung ke Baitulmaqdis untuk menandatangani perjanjian damai dengan Zionis Israel pada tahun 1977. Kunjungan beliau dikecam dan dianggap telah mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin.
Lihatlah nasib Anwar Sadat yang dibunuh rakyat sendiri dan nasib Mesir hari ini yang terhina; daripada pembela Palestin yang paling kuat kepada rakan subahat Zionis yang paling dekat.
Pendirian ini terus menjadi pegangan umat Islam hatta ketika Jordan dan Palestine Liberation Organization (PLO) berdamai dengan Israel pada tahun 1993 dan 1994.
Pengkhianatan demi PENGKHIANATAN OLEH PIMPINAN ARAB YANG KORUP yang menjalin hubungan dengan Israel (NORMALISASI) atas tekanan Amerika dan habuan duniawi telah menyebabkan para ulama seperti:
TERUS MEMPERTAHANKAN FATWA INI.
Memang benar ada segelintir ulama yang masih MENGHARUSKAN ziarah al-Aqsa. Sebahagian besar meletakkan SYARAT-SYARAT YANG SANGAT KETAT kepada pengunjung.
Namun, sebahagian yang lain sekadar memuntahkan gesaan pemimpin Arab yang korup yang telah bersedia untuk berdamai dengan Zionis. (Rujuk Arab Peace Initiative, 2002)
ZIONIS sebaliknya SANGAT MENGALU-ALUKAN kedatangan pelancong Islam ke Masjid al-Aqsa kerana ia membantu mereka menjayakan strategi menjadikan Baitulmaqdis sebagai pusat pelancongan agama terbaik di dunia (Yahudi, Kristian dan Islam) yang terbuka untuk semua.
Jika tidak, sudah pasti para pelancong dari negara-negara Islam tidak akan diizinkan masuk!
ZIARAH AL-AQSA KETIKA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS BERTENTANGAN DENGAN PERJUANGAN PEMBEBASAN PALESTIN DAN SEMANGAT UKHUWAH
Ironisnya, ketika umat Islam lain dibenarkan masuk, ramai rakyat Palestin dihalang dan dinafikan hak untuk masuk.
JIKA BENAR MASJID INI TERBUKA UNTUK DIZIARAHI OLEH SEMUA UMAT ISLAM, MENGAPA PENDUDUK ASAL DI SANA DIHALANG MASUK WALHAL MEREKALAH YANG PALING LAYAK DIDAHULUKAN? MENGAPA INI BERLAKU?
Tidak lain dan tidak bukan kerana rakyat Palestin masuk untuk MEMPERTAHANKAN al-Aqsa dan umat Islam yang lain datang sekadar MELANCONG!
Dengan kata lain, jika kita datang sebagai pelancong, yang masuk dengan izin Israel dan perlu mematuhi undang-undang mereka, kita bukanlah ancaman kepada agenda Zionis. ISRAEL BUKAN NAIF untuk membenarkan kemasukan yang membawa mudarat kepada mereka.
Hukum haram ziarah Masjid al-Aqsa perlu dilihat dalam konteks perjuangan yang lebih besar. Pengharaman ini pula BERSIFAT EKSKLUSIF DAN SEMENTARA berdasarkan realiti semasa.
Rasulullah SAW pernah menghalang para sahabat ra. menziarahi Masjid al-Aqsa ketika ia di bawah penguasaan Byzantine. Baginda memujuk para sahabat ra. dengan mengatakan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih besar ganjarannya (100,000 dan 1,000).
Namun, tidaklah bermakna Rasulullah SAW melupakan al-Aqsa!
Lembaran sejarah membuktikan usaha Rasulullah SAW berdakwah kepada pemimpin Rom dan menghantar operasi-operasi ketenteraan dan pengintipan dalam usaha membuka jalan ke Baitulmaqdis. Rasulullah SAW bahkan mempersiap mental dan emosi para sahabat dengan peringatan-peringatan seperti.
“Kira 6 perkara dari sekarang hingga kiamat: ..kewafatanku, umat Islam akan menguasai Baitulmaqdis…”
dan “…al-Quds akan dibuka dan kamu dan keturunanmu akan menjadi imam di sana.”
Inilah obsesi yang benar; obsesi dengan nuansa perjuangan. Ia menjadi tradisi para sahabat ra., generasi Imaduddin Zinki, Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi.
(Dakwaan Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa ketika di bawah penjajahan Tentera Salib tidak benar. Imam al-Ghazali menziarahi al-Aqsa sebelum ia jatuh ke tangan Tentera Salib. Ulama-ulama silam lain pula menziarahi al-Aqsa ketika berlaku gencatan senjata antara tentera Islam dan Tentera Salib).
Seruan Presiden Erdogan juga perlu difahami dengan nuansa perjuangan bukan pelancongan.
Justeru, ayuhlah kita bersama-sama menyahut seruan perjuangan pembebasan al-Aqsa berdasarkan panduan fiqh, prinsip perjuangan dan kecerdasan politik yang jelas.
PUN BEGITU,
Jika anda ingin pergi dengan MISI yang jelas untuk membebaskannya atau anda ingin mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana dan PULANG DENGAN SEMANGAT YANG TINGGI UNTUK MERANCANG STRATEGI membebaskannya, maka pergilah dan usah bertangguh walau sesaat sekalipun!
Jangan sekali-kali anda biarkan pemergian itu sia-sia dan tinggal sekadar ‘imarah’ sahaja. Anda perlu sedar bahawa kunjungan anda itu mahal harganya!
Jika tidak, saya sarankan supaya anda menyalurkan wang anda kepada saluran yang benar-benar dapat membantu membebaskan Palestin.
Dan kalau boleh berjihadlah bersama-sama pihak yang berterusan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Sesungguhnya perjuangan ini adalah sunnah para anbiya, para sahabat dan tabi’ tabiin.
Semoga Allah SWT mengampuni dosa, kelalaian dan keterlanjuran kita.
Semoga Allah SWT mengganjari amal kita.
Sekali lagi kami ingatkan FATWA HARAM ini bukanlah direka-reka oleh kami, tetapi ia dinyatakan sendiri oleh tokoh-tokoh yang kita sendiri kenali iaitu Syeikh Yusuf Qardawi, Syeikh Raed Salah, Syeikh Ekrema Sobri, HAMAS, al-Qassam dan banyak lagi.
“Al-Aqsa yantaziruka faatihan la saaihan!”
“Al-Aqsa menunggu kita sebagai al-fatehnya/pembukanya, bukan pelancong!”
Berfikir selangkah kehadapan,
agar tidak terus ditipu amal peribadi,
sedang umat menderita,
musuh tertawa,
dan kemenangan terpaksa ditunda,
untuk kesekian-kalinya.
5. Ismail Adam Patel (2005), ’40 Hadis Tentang al-Aqsa’, Al-Aqsa Publishers.
6. Abd Fattah El-Awaisi (1997), ‘Jerusalem in Islamic History and Spirituality: The Significant of Jerusalem In Islam – An Islamic Reference’, Islamic Research Academy, UK.
7. Arab Center for Research and Policy Studied (2012), ‘Policy Analysis – Visit to Jerusalem Under Occupation: Support for Steadfastness or Normalization?’
(Artikel 1: Passport Malaysia VS Diplomasi Jordan-Israel. Sini: http://goo.gl/ox1uYl)
(Artikel 2: Kami juga mahu, apabila Palestin dibebaskan. Sini:http://goo.gl/LtxhRF)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jaranglah Libur jumpa orang Malaysia yang suka travel sorang-sorang ni. Paling tidak mesti akan ada sorang yang akan ikut sekali dalam trip kita sewaktu bercuti.
Tapi bak kata orang-orang tua, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jadi Libur nak kongsikan tip kepada korang, apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan situasi sebegini bersama ‘partner in crime’ travel korang tu nanti.
Ini betul. Dah banyak sangat cekadak dia, itu tak boleh, ini tak boleh. Semua benda tak nak, elok ditinggalkan je. Tak pening-pening kepala nak fikir diri dia je.
Kawan yang bawak beg macam sumbat almari tu, memang akan bermasalah kalau salah satu barang dia tak ada nanti. Akhirnya nanti akan terjebakkan korang pula. Lagipun yang bawa beg sebesar alam ni leceh nak bergerak, habis masa nak pikul beg dia je.
Diorang ni jenis kurang malu atau segan-segan sikit nak terjah ke mana pun lagi-lagi kalau nak tanya jalan sekiranya sesat. Lagi satu, diorang ni juga pemeriah suasana dikala sendu kebosanan. Tak cepat sentap, boleh bahan-membahan dan kita akan terasa sunyi apabila dia tak ada.
Sama macam jenis suka pot pet pot pet tu tadi. Kawan yang gila-gila ni pun kebanyakkannya jenis berani. Diorang boleh lead kita ke tempat-tempat baru. So kita ikut je kepala gila-gila dia tu.
Kawan yang jenis macam ni adalah spesis yang wajib dibawa. Disamping pandai manage duit, make sure dia pandai menasihatkan korang kot-kot kalau dilanda nafsu serakah. Contoh bajet RM300 tapi nafsu nak RM600. Ha kawan yang semacam ni akan membantu korang untuk damage control.
Ada kawan-kawan travel macam ni baru le best. Tak ada la sangkak sangat nak travel sorang-sorang. Dapat sikit berjimat. Nak lagi best, bawa kawan-kawan yang boleh share katil dan makanan dengan anda. Lagi syiokk.
Kawan jenis kuat mentekedarah ni jangan ditinggalkan. Tipu kalau anda rasa tak seronok bawa kawan-kawan semacam ni keluar berjalan. Tengok diorang makan pun dah mampu membuat kita berasa kenyang.
Ada 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti, salah satunya adalah “dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada berita baik untuk kaki travel! Bermula awal Februari 2019 lalu, perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle Service telah diperkenalkan untuk kemudahan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa 1 dan 2 (KLIA & KLIA2). Tambang serendah RM10 untuk perkhidmatan (Kombo-Rail dan Bas) terus ke lapangan terbang pilihan merupakan promosi baru yang diperkenalkan kepada umum.
Jadual waktu perjalanan bas bermula seawal jam 6.30 pagi dan akan tamat pada jam 10.30 malam. Kekerapan bas sedia untuk dinaiki sekitar 30 minit sekali. Buat permulaan hanya perkhidmatan sahala sahaja yang beroperasi iaitu dari Hentian Putra Height ke KLIA atau KLIA2. Tiada sebarang perkhidmatan dua hala dari KLIA atau KLIA2 ke Hentian Putra Heiht buat masa ini.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak RapidKL.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...