Kus semangat bila tengok satu video dari US ni apabila tali permainan bungee terputus! Mana tak kecut perut, permainan tu macam lastik yang melastik orang terbang ke udara.
Putus dekat bawah pun dah kecut perut, cuba bayangkan kalau tali tu putus sewaktu kita berada di udara, tak ke dari US tu boleh sampai ke Kampung Pandan? Okay tu hyperbola je.
Ads
Kejadian ni berlaku di satu taman tema di Florida, Amerika Syarikat dan kejadian berjaya di rakam melalui kamera yang diletakkan di situ. Kalau perhatikan daripada rakaman tersebut, beberapa saat sahaja sebelum dua penumpang tersebut dilepaskan ke udara, tali bungee tu terputus.
Ads
Permainan bungee tu dipanggil sebagai ‘Vertical Accelerator’ dan mampu melepaskan anda pada kelajuan 160km/j tau!
Ads
Mujur, sewaktu kejadian, tiada mangsa yang mengalami kecederaan. Melalui dari video yang dipaparkan itu juga dilihat petugas permainan taman tema tersebut sempat mengelak menyelamatkan diri daripada terkena serpihan letusan tali berkenaan.
Jadi kepada anda yang nak main permainan extreme sebegini di mana-mana, pastikan anda dilindungi insurans dan hibah dinamakan kepada waris-waris yang terdekat ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Minggu lepas, saya berpeluang ikut Andrew dari ECO My, penganjur bersama Royal Belum International Hornbill Expedition 2017. Ini kali kedua program ini diadakan. Yang pertama pada 2013. Penganjur utama ialah Perbadanan Taman Negeri Perak.
Saya excited lihat sendiri bagaimana bird watching/photography. PATIENCE & LOVE. Dua faktor saya nampak pada semua peserta. Yang pasti, mata mereka tajam menjejak burung, walau tanpa bonikular. Kagum.
Program jejak 10 spesis burung enggang selama 2 hari bersama lebih 40 peminat burung dari USA, China, Taiwan, Jepun, Filipina, Singapura, Brunei, India, Thailand, dan Malaysia.
Kebanyakan mereka jurugambar burung profesional.
Lebih hebat, Noah Strycker juga turut serta. Beliau pemegang rekod Big Year of Birding dengan rekod 6,042 spesis burung dilihat dari 10,400 spesis burung yang ada di dunia hanya dalam setahun di tujuh kontinen dari 1 Jan-31 Dis 2015.
Royal Belum International Hornbill Expedition 2017 Program dirasmi oleh Puan Noor Asmah bt Mohd Nawawi (Pemangku Pengurus Besar Merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) dan ditutup rasmi oleh YB Dato’ Nolee Ashilin bt Dato’ Mohammed Radzi(Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak) di Kem Sungai Kenarong, Royal Belum.
Dari program ini pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mendapat maklum balas baik dan kritikal dari peserta bagi memantapkan promosi produk hutan Taman Negeri Royal Belum kepada pelancong tempatan dan luar, terutamanya pencinta burung.
Program anjuran Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak dan ECOMY dengan kerjasama Koridor Utara, MOTAC, Tourism Malaysia, Tourism Perak, NEST dan Wild Bird Club Malaysiasaya katakan berjaya dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran tahunan. Ini satu usaha yang sangat baik dari semua pihak. Syabas!
Royal Belum Permata Negeri Perak Taman Negeri Royal Belum digazet sebagai kawasan lindungan pada 3 Mei 2007 dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001.
Ia merupakan kawasan dibawah pentadbiran dan selian Perbadanan Taman Negeri Perak.
Luas keseluruhan 117,500 hektar dengan 90% ialah Hutan Simpan Royal Belum.
Ia bersempadan Thailand di utara, Lebuhraya Timur-Barat di selatan, Kelantan di Timur dan hampir dengan Taman Negara Bang Lang dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala.
Taman Negeri Royal Belum pada awal tahun ini juga dimohon senarai Tapak Warisan Dunia Unesco oleh Kementerian Pelancongan.
Ia merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia, sekitar 130 juta tahun dan lebih tua dari Hutan Amazon. Dengan hutan tebal, ia jadi habitat tumbuhan seperti raflesia dan haiwan liar termasuk spesis terancam; harimau, gajah, beruang, badak sumbu, tapir, helang,dan burung enggang.
Burung enggang diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk serta bulunya yang cantik. Setiap tahun, dilaporkan 6,000 kes buruan enggang.
Royal Belum: Syurga 10 Spesis Enggang Burung Enggang mungkin lebih dikenali di Sarawak. Namun, di sana ada 8 jenis enggang, berbanding 10 jenis di Royal Belum.
Semua enggang bersarang di dalam batang pokok. Burung betina menjaga sarang, sementara burung jantan mencari makanan.
Enggang tidak minum air, sebaliknya bergantung pada air dalam buah-buahan. Diet enggang ialah buah, burung, reptilia dan mamalia kecil.
10 spesis yang ada di Royal Belum ialah:
1 Enggang Bulu/White-crested Hornbill
Hampir sama dengan Tropicranus Albocristatus Afrika, ialah spesis enggang dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia diancam kehilangan habitat.
Nama: Enggang Bulu/White-crowned Hornbill Nama saintifik:Berenicornis comatus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1000m tinggi
2 Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill
Spesis ini dari famili Bucerotidae. Dijumpai di Brunei, Indonesua, Malaysia, Myanmar dan Thailand.
Nama: Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill Nama saintifik:Anorrhinus galeritus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1500m tinggi
3 Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill
Enggang ini bersaiz sederhana besar dan dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia bersaiz 70cm panjang, dan bertanduk besar. Ia berbulu hitam pekat, kebiruan di kawasan mata, dan ekor putih yang lebar.
Nama: Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill Nama saintifik:Aceros corrugatus Saiz: Jantan: 81 – 82 cm / Betina: 81 – 82 cm Habitat: Hutan hijau luas, tanah rendah, dan hutan paya air tawar
4 Enggang Gunung/Wreathed Hornbill
Spesis ini dijumpai di hutan sebelah utara-Timur India dan Bhutan, timur dan selatan tanah besar Asia Tenggara dan Sunda, kecuali Sulawesi.
Nama: Enggang Gunung/Wreathed Hornbill Nama saintifik:Aceros undulates Saiz: Jantan: 100.5 – 115 cm / Betina: 84 – 98 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1830m tinggi.
5 Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill
Paling banyak dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di hutan Dawna Range dan hutan Bukit Tenasserim di selatan Burma dan sempadan Thai-Malaysia. Spesis ini terancam kerana kehilangan habitat.
Nama: Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill Nama saintifik:Aceros subruficollis Saiz: Jantan: 86.5 – 5cm / Betina: 79– 84 cm Habitat: Hutan hijau luas dan hutan daun bercampur sehingga 915m tinggi.
6 Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill
Juga mudah dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di sub kontinen India dan Asia Tenggara, meliputi Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tibet dan Vietnam. Diet burung termasuk buah-buahan dan serangga serta katak dan cicak.
Nama: Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill Nama saintifik:Antharacoceros albirostris Saiz: Jantan: 68 – 70 cm / Betina: 68 – 70 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, hutan baru, kawasan ladang,dan hutan di pulau sehingga 1400m tinggi.
7 Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill
Macam gagak warnanya. Ia dari famili Bucerotidae. Hidup di Asia di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand & India.
Nama: Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill Nama saintifik: Anthracoceros malayanus Saiz: Jantan: 76cm / Betina: 76cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 215m tinggi.
8 Enggang Badak/RhinocerosHornbill
Ia salah satu spesis terbesar enggang. Boleh mencecah berat sehingga 3 kg dan hidup selama 35 tahun. Mudah dijumpai di kawasan rendah, dan hutan hujan tropika pada altitud 1400m di Borneo, Sumatra, Java, Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Ia punya tanduk paling besar dalam semua spesis enggang.
Burung ini merupakan lambang burung negeri Sarawak. Bagi kebanyakan orang Dayak, ia simbol dewa perang; Singalang Burong.
Nama: Enggang Badak/Rhinoceros Hornbill Nama saintifik: Buceros rhinoceros Saiz: Jantan: 91 – 122 cm / Betina: 91 – 122 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1220m tinggi.
9 Enggang Papan/Great Hornbill
Juga dikenali Great Indian Hornbill atau Great Pied Hornbill antara yang terbesar dalam famili enggang. Ia dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Sumatra, Indonesia. Kerana saiz besar, ia menjadi lambang penting pada banyak budaya dan amalan.
Nama: Enggang Papan/Great Hornbill Nama saintifik:Buceros bicornis Saiz: Jantan: 119– 122 cm / Betina: 119– 122 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1525m tinggi.
10 Enggang Tebang Mentua/Burung Torak/Helmeted Hornbill Ia spesis enggang terbesar. Dijumpai sekitar semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo.
Ia diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk merahnya. Bunyi burung ini seperti bunyi ketawa mengilai di penghujungnya.
Nama: Enggang Tebang Mentua/Burung Torak Nama saintifik:Rhinoplax vigil Saiz: Jantan: 127cm / Betina: 127cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1400m tinggi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tawan Gunung Kinabalu dengan memakai pakaian pejabat lengkap dengan kasut sekali. Itulah yang dilakukan oleh seorang pendaki dari Jepun yang dikenali sebagai Saba Nobutaka.
Merupakan seorang content creator dan juga pemilik syarikat sut yang diberi nama OrdersuitSada, lelaki ini dilihat suka melakukan aktiviti lasak seperti menyelam, bermain ski dan meluncur air lengkap memakai sut. Mungkin juga itu salah satu cara lelaki ini untuk mempromosikan jenama sutnya kepada umum.
Klip video menunjukkan Saba Nobutaka mendaki di Tik Tok tular kerana keunikannya mendaki lengkap berpakaian seakan mahu ke pejabat. Percubaan menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara itu seolah-olah sesuatu yang mudah bagi lelaki ini.
Apa yang dilakukan memang rare dan cukup unik. Kalau nak tahu apa lagi yang telah dibuat oleh lelaki ini boleh ke chanel youtubenya yang diberi nama ordersuitSADA.
Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi dan orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar buat masa seketika.
Amaran yang dikeluarkan melibatkan semua negeri di semenanjung tanah air terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pantai seperti pantai barat dan pantai timur semenanjung.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang), WPPutrajaya, NegeriSembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WPKualaLumpur, Johor (Segamat) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Kepada anda diluar sana, awasi anak-anak anda agar mereka tidak bermain hujan di luar rumah dan kepada yang ingin pulang berkerja dengan memandu atau menunggang kenderaan, pastikan jarak selamat dan berhati-hati sepanjang perjalanan.
Semoga anda selamat sampai ke destinasi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...