Kalau di Malaysia, nak tengok ikan lumba-lumba ‘live’ depan mata memang jarang-jarang berlaku. Bukan tidak ada kelibat spesies ikan ini di perairan kita, ada! Cuma kesempatan untuk melihat secara langsung agak sukar.
Di Pulau Tioman, peluang menyaksikan sekawan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di sekeliling bot menjadi pengalaman tidak dilupakan buat pengurus sebuah resort di Pulau Tioman, Rompin. Beberapa hari ini, tular di media sosial menerusi klip video yang dikongsikan Facebook Juara Mutiara Resort menunjukkan sekumpulan ikan lumba-lumba ‘bermain’ di perairan Pulau Tioman, Pahang.
Ads
Rakaman klip video ikan lumba-lumba itu yang tular dirakamkan sekitar jam 12 tengah hari 22 Julai 2020 lalu, semasa pengurus sebuah resort bersama isteri dan dua kru resort menaiki bot dari Kampung Tekek untuk pulang ke Kampung Juara di pulau tersebut. Mereka melihat ada kelibat ikan lumba-lumba dari jauh dan terus membuat keputusan untuk cuba menghampiri kumpulan ikan tersebut walaupun tahu kemungkinan besar ikan itu akan melarikan diri. Mereka tidak menyangka jumlah ikam lumba-lumba itu sangat banyak iaitu sekitar 20 ekor.
Ads
Kumpulan ikan itu juga dilihat tidak terganggu dengan kehadiran mereka, sebaliknya terus bermain di bawah bot selain turut mengikut pergerakan bot selama lebih lima minit sebelum kawanan ikan itu pergi. Air laut yang jernih di Pulau Tioman ketika itu juga menyebabkan rakaman ikan tersebut jelas kelihatan dan paling menarik ikan-ikan itu juga ‘bergurau’ dengan menyentuh jari mereka apabila diletakkan di permukaan air. Video tular tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang turut teruja mengetahui kewujudan ikan lumba-lumba di Pulau Tioman.
Ads
Menurut pengurus resort tersebut kepada Bernama, dia tahu ikan lumba-lumba ada di perairan sekitar Pulau Tioman, namun sangat sukar untuk dijumpai. Malah, ini merupakan kali keempat beliau berpeluang jumpa ikan tersebut walaupun memang membesar di pulau itu.
“Tapi, kejadian semalam yang paling manis dan rezeki kerana selain jumlahnya yang banyak, ikan yang saya jumpa semasa memancing atau membawa bot semuanya dari jarak jauh dan pantas melarikan diri jika menyedari kehadiran bot,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap pelancong yang selalu travel ke luar negara mesti dah arif pasal selok-belok visa ni. Tapi mana yang belum tahu, ini adalah kemaskini terbaharu dari Jabatan Imigresen New Zealand.
Bermula dari tarikh 1 Oktober 2019, anda tidak dibenarkan untuk masuk ke New Zealand sekiranya tidak memiliki visa ataupun NZeTA. Perkara pokok yang cuba dikuatkuasakan oleh New Zealand ada penggunaan sistem NZeTA tersebut.
New Zealand Electronic Travel Authority atau singkatannya NZeTA adalah sistem online yang mana anda perlu memasukkan butir-butir diri anda sebelum berlepas ke New Zealand. Sistem ini sangat memudahkan kepada mereka yang datang dari negara-negara yang mendapat pengecualian visa dari kerajaan New Zealand seperti negara kita, Malaysia.
Jadi sebelum 1 Oktober 2019, anda mesti memiliki NZeTA untuk masuk ke New Zealand. Setiap permohonan NZeTA perlu diberi tempoh masa 72 jam untuk tujuan pemprosesan, namun makluman dari pihak berkuasa New Zealand, ada permohonan yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Permohonan NZeTA ini akan menelan kos sebanyak NZD $9 sekiranya dibuat melalui aplikasi percuma mudah alih dan NZD $12 sekiranya dibuat sekaran online di komputer. Anda juga akan membayar International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL) semasa permohonan NZeTA dilakukan yang berjumlah sebanyak NZD $35.
Kriteria yang perlu ada untuk setiap permohonan NZeTA yang datang dari Malaysia adalah;
Identiti – anda perlu mengemukakan bukti identiti anda
Kesihatan – anda perlu berada dalam keadaan sihat
Karakter – anda perlu mempunyai karakter yang baik, atau dalam bahasa mudahnya, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
ketibaanmenaikikapalcruise – anda boleh datang dari kerakyatan mana-mana negara sekiranya tiba menggunakan kapal cruise
Ketibaanmenaikikapalterbang – anda perlu menjadi warganegara yang mendapat pengecualian visa untuk masuk ke New Zealand
TransitdiLapanganTerbangAntarabangsaAuckland – Anda perlu menjadi warganegara yang mempunyai pengecualian visa atau transit sekiranya ingin melepasi Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit ketika dalam perjalanan ke negara lain
Kewangan – anda perlu mempunyai kewangan yang stabil untuk bermastautin di New Zealand
Perjalananbalik – anda perlu mempunyai tiket perjalanan balik keluar dari New Zealand
Masayangdibenarkan – anda boleh melawat New Zealand selama 6 bulan sahaja dalam tempoh 12 bulan
Membawakeluarga – ahli keluarga anda juga perlu mempunyai syarat sah pengecualian visa untuk negara yang ditetapkan
Sedikit info mengenai sistem NZeTA ini, anda boleh;
Tidak lagi perlu membuat permohonan visa sekiranya datang dari negara yang mendapat pengecualian visa, penumpang kapal persiaran atau cruise atau anda adalah penduduk tetap di Australia.
Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit dalam perjalanan untuk pergi atau dari Australia.
Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland sebagai penumpang transit dalam perjalanan untuk pergi atau dari negara lain sekiranya anda dari negara yang mendapat pengecualian visa atau negara yang mendapat pengecualian visa transit.
Mendapatkan pertolongan mengenai permohonan NZeTA anda – anda perlu menjelsakan rekod jenayah lampau yang dimiliki sekiranya ada dan adakah anda datang ke New Zealand untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.
Sunway Malls bakal merealisasikan impian para pembeli-belah dengan pelancaran Sunway eMall, ia membawakan jenama-jenama yang dipercayai pengguna dari ketujuh-tujuh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ke dalam talian.
Disediakan untuk seluruh negara dengan penghantaran PERCUMA, Sunway eMall kini mempersembahkan tujuh pusat beli-belah Sunway di dalam talian menerusi sebuah platform bagi membolehkan pengguna membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini di hujung jari, pengguna dapat membeli-belah 24 jam, 7 hari seminggu dengan sepuas-puas hati dari kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah jenama-jenama kesukaan mereka, seperti membeli-belah di Sunway Malls, kini mereka boleh berbuat demikian dalam talian dengan kemudahan pesanan bergabung, maka pengguna boleh mendapatkan barangan yang mereka inginkan melalui SATU penghantaran sahaja!
Sunway Pyramid
Demi pengalaman dari dalam talian ke luar talian yang lebih sempurna, barangan yang dipesan juga boleh diambil sendiri oleh pengguna dari mana-mana pusat beli-belah Sunway yang dipilih. Ahli Sunway Pals dapat mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian, samada di pusat membeli-belah Sunway atau atas talian di Sunway eMall.
Lebih daripada 200 kedai dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kediaman, kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, serta banyak lagi menawarkan khidmatnya. Antara jenama yang mengambil bahagian meliputi Huawei, L’Occitane, Aldo, Christy Ng, Hooga, Hazukido, Getha dan banyak lagi yang akan menyusul.
HC Chan, CEO of Sunway Malls _ Theme Parks
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan bahawa usaha ini tercetus atas dasar keinginan untuk membantu para peruncit dan pembeli-belah sementara negara kita terus berusaha untuk melandaikan keluk wabak semasa.
“Sejak tahun yang lalu, terdapat banyak perubahan yang telah kita saksikan, dan Sunway Malls juga ingin bergerak seiring dengan arus perubahan ini untuk membekalkan pengalaman yang lebih inovatif buat pembeli-belah.
“Sunway eMall merupakan jawapan kami bagi memenuhi perubahan sikap pengguna yang mungkin lebih cenderung untuk membeli-belah secara digital dan dari keselesaan rumah masing-masing, atau kerana batasan jarak fizikal – mereka kini boleh melakukannya dari hujung jari menggunakan telefon bimbit masing-masing, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua. Kami berharap langkah ini dapat menggembirakan pembeli-belah kami serta menawarkan mereka pengalaman yang lebih sempurna daripada kesemua pusat beli-belah kami, biarpun secara virtual,” ujar beliau.
Sunway Putra Mall
Untuk kemudahan tambahan, pengguna kini boleh membeli e-baucar daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus secara fizikal di pusat beli-belah Sunway atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Bukan itu sahaja, Sunny, iaitu pembantu virtual Sunway eMall yang mesra juga sedia untuk membantu para pengguna pada bila-bila masa! Pembeli-belah boleh berkomunikasi dengan Sunny melalui fungsi chatbot jika mereka memerlukan sebarang bantuan.
Pelancaran rasmi Sunway eMall menandakan permulaan anjakan transformasi oleh Sunway Malls untuk memupuk inovasi berterusan melalui penyatuan pengalaman membeli-belah dalam talian dan luar talian berdasarkan landskap pusat beli-belah masa kini yang kian berubah.
Tawaran menarik buat semua
Menjelang pelancaran rasmi laman sesawangnya pada tanggal 27 Oktober, Sunway eMall akan mengadakan peraduan ‘Guess & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk menyingkap tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pengguna setelah ia membuka tirai operasinya.
Sunway Velocity
Promosi pelancaran yang lain meliputi penghantaran PERCUMA serta diskaun eksklusif sehingga 70% sepanjang tempoh pelancaran tersebut. Ahli Sunway Pals yang membeli-belah di kedai peniaga Sunway Pals akan mendapat 5X mata Sunway Pals bagi pembelian mereka, dan pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce yang eksklusif di kaunter rencam pusat beli-belah Sunway berserta dengan Kod Promo RM5.
Banyak kelebihan lain menanti pembeli-belah yang mendaftarkan diri sebagai ahli Sunway eMall, yang melibatkan lebih banyak penebusan mata Sunway Pals, termasuk akses eVoucher yang mudah di ruang profil keahlian mereka, serta penjejakan pesanan. Para ahli juga akan menjadi golongan yang pertama untuk dibekalkan dengan maklumat mengenai promosi baharu melalui saluran e-mel.
Sebuah video mengisarkan Sunway eMall akan dimuat naik di laman sesawang dan platform media sosial Sunway eMall setelah ia dilancarkan secara rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway eMall atau sebagai persediaan untuk sesi membeli-belah digital anda, sila layari www.sunwayemall.com.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cathay Pacific Group akan memperkenalkan Wi-Fi berkelajuan tinggi dalam pesawat Boeing 777 dan Airbus A330 mereka mulai pertengahan 2018. Ini berikutan kejayaan pengenalan khidmat Wi-Fi dalam pesawat Airbus A350-900 sebelum ini.
“Pengguna Cathay Pacific mahu sentiasa menggunakan internet meskipun pesawat sedang terbang tinggi. Ini penting bagi kami di Cathay Pacific dan internet akan menanti anda pada 35,000 kaki tinggi kelak,” jelas Ketua Pegawai Pelanggan dan Komersial Cathay Pacific, Paul Loo.
Akses Wi-Fi kelajuan tinggi dalam penerbangan Cathay Pacific / Dragon
“Menjelang 2020, kami jangkakan kesemua pesawat kami akan mempunyai keupayaan sambungan tanpa had. Ini akan membuka banyak peluang bagi kami untuk menyediakan lebih banyak pengalaman yang inovatif untuk para pelanggan kami.”
Perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi ini akan membolehkan pelanggan menyemak e-mel, mengakses rangkaian sosial mereka dan berbelanja secara dalam talian menggunakan apa jenis peranti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...