Piramid Senusret II yang dibina pada era pemerintahan Firaun Dinasti ke-12 buat pertama kali dibuka kepada pelawat. Majlis pembukaannya dirasmikan oleh Menteri Antikuiti Mesir Khaled Al-Anany pada minggu lalu
Dikenali sebagai Piramid El-Lahun, makam diraja itu wujud antara tahun 1897 sebelum masehi sehingga 1878, terletak di kawasan Faizal, 100 km dari barat daya ibu kota Kaherah.
Ads
Piramid itu dibina daripada bata tanah liat dan teras bongkah batu, panjang 106 meter dengan cerunnya kira-kira 42 darjah dan ketinggian 48.65 meter. Kaedah yang digunakan untuk membina piramid itu bertujuan bagi memastikan ia kekal kukuh.
Ads
Uniknya Piramid Senusret II, kebiasaannya pintu masuk piramid sering berada di bahagian utara berdasarkan kepercayaan kuno Mesir namun, pintu piramid ini terletak di sebelah selatan. Bagaimanapun, alasan bagaimana pintu masuk piramid Senusret II ditemui di bahagian selatan masih tidak diketahui, katanya.
Ads
Menurut setiausaha agung Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri, piramid ditemui pada 1889 oleh ahli arkeologi British William Petrie. Kerja membaik pulih piramid dan kawasan sekitarnya bermula Ogos 2018.
Biasanya air terjun ada di kawasan pergunungan atau bukit. Malah untuk sampai ke lokasi air terjun kita perlu merentas belantara dengan berjalan kaki selama beberapa jam sebelum sampai ke puncak air terjun.
Tapi pernah tak tengok air terjun dalam laut atau dikenali sebagai “underwater waterfall”?
Terletak di utara Pulau Yaeyamas di wilayah Okinawa, air terjun dalam laut ini dapat dilihat dengan jelas. Dikelilingi air jernih berwarna biru, “underwater waterfall” ini sebenarnya terbentuk dari gunung berapi yang telah tenggelam ke dasar laut.
Keadaan ini menghasilkan jurang di dalam laut dan ia seterusnya menyebabkan berlakunya fenomena keajaiban semulajadi iaitu “underwater waterfall” ini.
Sebagai tambahan info, salah satu “underwater waterfall” yang popular terletak di Mauritius, iaitu Alexandra Falls dengan “ketinggian” 700m di bawah paras laut.
Tetapi sebenarnya mengikut rekod, air terjun paling tinggi di dunia bukan terletak di darat tetapi di dalam lautan, iaitu di Denmark Strait dengan kedalaman 3500 meter.
Moga satu hari nanti kita semua ada kesempatan ke lokasi ini untuk menyaksikan keindahan alam semulajadinya.
Sumber berita : Zunita Ramli / gambar :robertmichaelpoole // National Geographic CNN BBC, Photojournalist
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masjid dan gereja ini terletak di PT Freeport, Tembagapura, Papua, Indonesia dan merupakan masjid dan gereja utama untuk pekerja-pekerja lombong menunaikan solat serta ibadah-ibadah lain.
Di mana sahaja ada komuniti orang islam, pasti akan dibina surau atau masjid untuk masyarakat datang menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Jadi, tidak kurang juga dengan apa yang berlaku di kawasan perlombongan ini apabila sebuah masjid yang diberi nama sebagai Masjid Baabul Munawwar didirikan 1,760 meter di bawah permukaan bumi.
Selain daripada Masjid Baabul Munawwar ini, bersebelahnya juga terletak sebuah gereja yang digunakan oleh penganut agama kristian untuk menunaikan ibadat mereka dan dinamakan sebagai Gereja Oikumene Soteria.
Pembinaan dua tempat ibadat sebelah-menyebelah itu menunjukkan bahawa sikap toleransi diantara kaum sangat tinggi dan keharmonian wujud di dalam diri mereka. Maklumlah, berkerja di tempat-tempat berbehaya seperti kawasan perlombongan, siapa lagi yang ada untuk membantu sesama sendiri di kala susah kalau bukan antara satu sama lain.
Untuk pengetahuan anda, daerah Papua, Indonesia adalah satu daerah yang kaya dengan hasil bumi dan PT Freeport di sini adalah satu kawasan perlombongan yang sangat besar. Rata-rata pekerja lombong merupakan orang islam, menjadikan Masjid Baabul Munawwar ini adalah satu tempat yang penting kepada mereka untuk menunaikan ibadat sehari-hari.
Baabul Munawwar bermaksud ‘pintu cahaya’ dan masjid ini memberikan keselesaan kepada pekerja-pekerja lombong kerana mereka tidak lagi perlu untuk naik ke permukaan bagi menunaikan solat. Malah, pada bulan Ramadan baru-baru ini, banyak aktiviti keagamaan dijalankan di sini seperti solat terawih, majlis iftar dan sebagainya.
Berfungsi seperti masjid-masjid biasa di permukaan, masjid ini juga diimarahkan dengan kehadiran ramai ustaz-ustaz jemputan untuk diadakan ceramah dan kuliah agama kepada pekerja-pekerja lombong. Maka benarlah, salah satu kelebihan yang ada pada pembinaan masjid adalah dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan di antara hamba-hambaNya.
Sekalipun terletak jauh dalam kerak bumi, masjid ini tetap nyaman daripada suhu yang panas. Maklumlah, apabila kita berada dekat dengan dasar bumi, makin panas suhu yang akan dirasai. Namun, kerja-kerja pembinaan masjid termasuk sistem pengudaraan dilakukan dengan baik hinggakan ruang dalam masjid terasa nyaman oleh pekerja yang datang solat di sini.
Selepas beberapa siri berita ‘penutupan sementara’ tular mengenai taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), akhirnya ia telah ditutup secara rasmi. MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.
Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu dikatakan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tidak pasti adakah taman tema di Perak ini akan berfungsi kembali atau hanya tinggal kenangan seperti apa yang terjadi kepada taman tema gah Mimaland pada suatu ketika dahulu.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ketika notis penutupan dikeluarkan ramai pengujung MAPS tidak tahu mengenai hal tersebut. Ada yang masih datang di hadapan pintu utama MAPS kerana telah membeli tiket secara atas talian atau agen merasa kecewa kerana tidak berpeluang beriadah bersama keluarga.
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta pula susulan notis penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dikatakan akan diberi pampasan.
Harap-harap, MAPS kembali muncul memeriahkan industri pelancongan akan datang. Sayanglah, baru berusia setahun jagung dengan kos pembinaan jutaan ringgit sudah ditamatkan operasinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selangor bukan sekadar terkenal dengan kafe hipster, pusat beli-belah dan lokasi percutian hujung minggu. Negeri ini juga ada banyak port makan kampung yang cukup...