Tahu atau tidak di Pantai Cherating, Pahang mempunyai ‘sandbank’ sendiri?
Sandbank adalah fenomena daratan atau pasir yang timbul ketika air surut. Ketika air pasang, sandbank ni akan tenggelam. Jika anda ke Maldives, anda boleh jumpa banyak fenomena sandbank terbentuk ketika air surut. Memang ramai pelancong yang tahu Maldives sangat terkenal dengan pelbagai bentuk sandbank yang menarik dan menjadi tarikan lensa kamera. Jika bergambar di sini, semestinya gambar akan kelihatan sangat cantik, kerana dikelililngi air laut biru dan pasir putih. Perfect shoot!
Teringin nak tengok sandbank di Pahang? Anda boleh ke Pantai Cherating. Cherating kini menjadi lokasi popular dalam kalangan pelancong domestik untuk bercuti kerana keindahan semula jadi dan kegiatan rekreasi air. Selain boleh melihat fenomena Sandbank, Cherating sejak sekian lama terkenal dengan aktiviti luncur air ketika musim tertentu terutamanya monsun. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di Cherating seperti ke:
Ads
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Jangan lupa inggah ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating jika anda bercuti ke sini bersama keluarga. Pasti anak-anak anda teruja, lebih-lebih lagi jika mereka berkesempatan melihat anak-anak penyu yang baru menetas. Antara program menarik yang boleh diikuti di sini ialah melawat tapak penetasan anak penyu, melihat anak-anak penyu dilepaskan ke laut, dan juga melihat penyu mendarat pada waktu malam.
Ads
Melihat kelip-kelip di Sungai Cherating
Aktiviti melihat kelip-kelip juga antara aktiviti pupular dilakukan pelancong pada malam hari di Cherating. Untuk menikmati keindahan semula jadi ini, anda boleh terus ke jeti yang dimiliki oleh Hafiz’s Cherating Activities. Pengunjung akan di bawa menyusuri Sungai Cherating dengan bot yang disediakan ke ‘port’ kelip-kelip. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober.
Ads
Perkongsian daripada Aniz Lan (Sandbank of Cherating Beach, Kuantan Pahang)
Posting kali ni terlebih excited, sebab first time jumpa sandbank dekat Malaysia before this pergi Maldives pon tak jumpa secantik ni. Rezeki jumpa sandbank sebab dengar kata ia bermusim. Sandbank Cherating betul-betul on point dengan sunset, so the best view untuk bergambar. And kebetulan masa datang, memang tak ada orang lain yang nak ada dekat sandbank ni. Pada yang tidak tahu, sandbank ini small island yang dikelilingi air, and ia terjadi ketika air surut and bermusim. Kalau di pantai cherating, nak ke sandbank boleh jalan kaki, paras paling tinggi nak redah sampai pinggang sahaja. Marilah bercuti di Malaysia ! Malaysia pon dah cantik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
PENGALAMAN berkunjung ke Wilayah Nusa Tenggara Timur (WNTT), Indonesia baru-baru ini amat berharga sekali kerana dapat menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Allah di dunia ini.
Lawatan ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, Pulau Kanawa dalam wilayah berkenaan bersama 16 pelancong lain dari Malaysia amat menyeronokkan walaupun ia terlalu mencabar fizikal serta mental peserta.
Pengalaman luar biasa
Penulis yang hanya mengenali 16 orang lagi rakan pelancong dari Malaysia hanya mula berjumpa dan berkenalan menerusi trip berkonsepkan “open trip” yang dikendalikan warga Indonesia yang mengiklankannya dalam laman sosial Instagram. Tujuan utama menyertai rombongan ini ialah untuk melihat dan meneroka sendiri wilayah Indonesia yang kurang dilawati pelancong luar dan tempatan.
Ia amat berbeza dengan destinasi-destinasi lain yang agak popular di Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Bali. Memilih Flores sebagai destinasi pelancongan sempena cuti panjang semester Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun ini kerana kebanyakan tempat menarik yang ada di wilayah berkenaan yang masih belum dilawati pelancong.
Oleh itu kebanyakan tempat yang dilawati masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini. Antara tempat paling menarik ialah Danau Kelimutu kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini. Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan.
Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu. Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu. Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
Perjalanan rombongan ini dibahagi kepada dua iaitu melalui darat serta belayar merentas lautan luas. Ia mengambil masa tiga jam perjalanan dari lapangan terbang Ende untuk ke Danau Kelimutu, manakala 15 jam perjalanan dari Danau Kelimutu ke Perkampungan Adat Wae Rebo. Ketika menyertai perjalanan ke pulau-pulau terbabit rombongan kami memilih untuk belayar dari pelabuhan Labuan Bajo dan tinggal di atas kapal selama tiga hari dua malam. Dua buah van digunakan untuk perjalanan darat yang mampu memuatkan semua ahli rombongan dalam keadaan yang selesa.
Perjalanan secara pelayaran pula ialah dengan menaiki dua buah kapal yang serba lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, tandas dan dapur.Oleh kerana ini kali pertama menjejakkan kaki di (WNTT) kami mengikuti segala yang dirancang pemandu pelancong kami, Marco Pearly Andalusia daripada syarikat pelancongan tempatan Indonesia, Margojoyo Travel and Tour. Dia merupakan seorang warga Indonesia yang sangat membantu apabila berjaya memberikan informasi lengkap setiap destinasi persinggahan dan menyusun segala perancangan perjalanan mengikut kehendak kami.
Setiap pelancong membelanjakan RM2,500 termasuk tiket kapal terbang dan makan minum bagi menyertai program menarik itu. Berikutan tempat-tempat yang dilawati merupakan destinasi pelancongan yang sudah sekian lama diimpikan, setiap ahli rombongan berasa sangat teruja dan gembira.
Sesetengahnya masih tidak percaya yang mereka sudahpun sampai ke tempat idaman masing-masing selama ini. Penulis dapat melihat sendiri keindahan sesebuah tempat yang sangat sukar untuk dilihat di tempat lain. Setiap objek yang dilihat sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Pengalaman dapat meluangkan masa selama hampir satu minggu bersama orang-orang yang baru dikenali sepanjang perjalanan juga sangat sukar dilupakan kerana mereka dianggap seperti ahli keluarga sendiri.Perjalanan yang agak lama dari satu tempat ke satu tempat merupakan cabaran yang harus kami hadapi dan keadaan jalan yang bersimpang siur menyebabkan ada dalam kalangan ahli rombongan yang mengalami sakit kepala sehingga menyebabkan muntah-muntah. Selain itu, tahap kecergasan seseorang juga diuji di sepanjang perjalanan yang memerlukan ahli rombongan mendaki untuk sampai ke setiap destinasi.
Sepanjang pelayaran kami berada di atas kapal, kami disajikan dengan aneka makanan laut yang sangat segar dan dimasak dengan begitu enak sekali. Kami juga dibawa untuk makan di restoran-restoran tempatan yang mengikut cita rasa kami sendiri. Oleh kerana trip kali ini khusus untuk melihat keindahan alam, penulis tidak berkesempatan meluangkan masa ke lokasi membeli belah. Namun begitu, cukuplah segala kenangan yang dilalui dan rakaman beberapa gambar menarik sahaja dibawa pulang ke tanahair.
Teks & Foto : AZZIM ZAHID AZMI
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menara Jam yang berdiri gah di bangunan Stadthuys, Bandar Hilir merupakan mercu tanda dan lokasi pelancongan utama di Melaka.
Menara Jam yang berdenting setiap jam itu merupakan antara kawasan zon teras yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Melaka sebagai satu daripada negeri yang terpilih bagi menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM 2020).
Pada tahun ini, Menara Jam tersebut telah pun berusia 134 tahun. Ia menjadi rujukan masa di lokasi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkumpul di sekitar Menara Jam bagi merakam gambar kenang-kenangan
Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Kuala Lumpur, ditutup sepenuhnya kepada awam bermula 28 Mei 2020, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut, bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati kadar pematuhan yang rendah terhadap prosedur operasi standard (SOP) oleh pengunjung yang hadir terutama dari segi penjarakan sosial Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar atau di sekeliling taman.
Menerusi hantaran tersebut, DBKL turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan notis makluman penutupan itu, digantung di pintu pagar taman tersebut.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...