Itali merekodkan peningkatan angka kematian akibat COVID-19 tertinggi setiap hari melebihi angka negara China yang menyaksikan penularan koronavirus itu reda sejak perintah berkurung ‘ketat’ berkuat kuasa.

Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali
Foto: REUTERS/Remo Casilli

Seluruh dunia ‘kagum’ seketika bagaimana negara China yang pada mulanya merekodkan kes kematian yang tinggi akibat wabak COVID-19 dan hari ini hampir tiada kes baru direkodkan disesetengah lokasi yang panas sebelum ini.

Inisiatif kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil boleh dianggap suatu kejayaan. Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China sebaliknya berjaya mengawal penularan itu.

Kerajaan Malaysia juga dilihat sedang berusaha menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat menggunakan beberapa kaedah daripada negara China. Namun, sayangnya rakyat Malaysia masih kurang kesedaran untuk mengikuti perintah yang diminta.

Ini apa yang dilakukan negara China! – Sumber: astroawani

Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali

Penutupan Seluruh Bandar

  • China telah melakukan kerja-kerja pembendungan terbaik dengan mengisytiharkan darurat ketat pada 23 Januari lalu di Wuhan serta 15 bandar lain di wilayah Hubei bagi mengekang wabak itu daripada terus menular. Seramai 56 juta penduduk terkesan dengan pengisytiharan itu di mana semua pintu pengangkutan awam (bas, keretapi, penerbangan dan feri), premis perniagaan, kilang-kilang, pejabat serta sekolah turut ditutup rapat. Malah, petugas kesihatan turut dikerahkan dari seluruh China hanya untuk membantu merawat pesakit yang dijangkiti virus pembunuh itu.

Pembinaan Dua Hospital

  • Dua hospital juga dibina hanya dalam masa dua minggu bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap hari. Bukan sahaja langkah pembendungan dilakukan di negara itu, malah usaha pengawalan dan pengawasan turut dipertingkat dari semasa ke semasa.

Makluman Di Media Sosial

  • Pihak kerajaan turut menggunakan platform media sosial serta aplikasi mudah alih bagi mengawasi pergerakan di kawasan yang dikategorikan mengikut warna iaitu hijau, kuning dan merah.

Proses Nyahkuman Yang Kerap

IKLAN
  • Setiap jalan dan bangunan turut dibersihkan dengan penyemburan cecair pembasmi kuman yang dilakukan dengan kekerapan yang maksimum.

Penggunaan Cahaya UV

  • Firma pengangkutan awam Yanggao mengubah kebuk pembersihan bas henti-hentinya kepada kebuk cahaya UV untuk tujuan nyahkuman pada rangkaian basnya. Proses yang sebelum ini mengambil masa 40 minit ditambah baik hingga hanya memerlukan tempoh 5 minit bagi setiap bas.

Topeng Muka Diwajibkan

  • Semua rakyat turut diwajibkan memakai topeng muka jika menaiki teksi atau ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan dengan kerja-kerja bacaan suhu turut menjadi kewajipan semasa memasuki sesebuah bangunan.

Pergerakan Dipantau

  • Selain itu, seluruh kejiranan turut dikawal oleh penguat kuasa yang melakukan rondaan serta pemeriksaan keluar masuk terhadap pelawat yang berkunjung ke sesebuah kawasan perumahan.

Penguatkuasaan Ketat

  • China juga turut memperketat sistem pengkuatkuasaan tentera dan polisnya dengan menahan serta mengurung individu yang melanggar kesalahan di kala penularan wabak tersebut.

Pesanan Khidmat Masyarakat

  • Bagi langkah pencegahan, pesanan khidmat masyarakat juga sering disebar luas kepada orang awam dengan mengalakkan mereka mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengurangkan perjalanan agar tidak

Ini pula perkongsian dan pandangan daripada saudara Helmi Effendy untuk mendidik rakyat kita agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi membendung gejala COVID-19 lebih tinggi di Malaysia

(Status bertarikh 21 Mac 2020)
Kematian di Italy dah mencecah 4000 orang. Jumlah kes dah nak hampir cecah 50, 000 orang. Ada penambahan 5,986 kes hari ini di Italy. Aku tak dapat tidur memikirkan apa impaknya kalau kesannya yang sebegini tiba ke negara kita. Dan China hari ini menggesa kepada seluruh dunia untuk ikut cara mereka berjaya menewaskan Covid-19.

IKLAN

Ya, lockdown China ialah kuarantin paling ganas, paling draconian, paling diktator dan keras dalam sejarah mana-mana kuarantin dalam sejarah. China sendiri kritik gaya lockdown Italy yang kalau aku baca, yang aku dapati aku dapati takde beza pun dengan Perintah Kawalan Pengerakan kita.

China bagitahu kepada dunia, kalau perlu untuk kau heret rakyat kau balik ke rumah dia, buatlah! China bantai anak muda, wanita, hatta orang tua yang degil tak mau duduk rumah. Kalau perlu untuk kau hancurkan gerai-gerai tepi jalan yang berdegil untuk dengar kata-kata pihak berkuasa, maka lakukanlah ia. Kalau perlu untuk pasang banner yang menyindir paling dalam di serata tempat, maka buatlah!

China telah paksa setiap kapitalis-kapitalis yang degil tak mahu tutup syarikat dan kilang mereka supaya bungkam. Tak lama, sebulan jer duduk diam. Sebulan rugi tak ada masalah berbanding bertahun-tahun lebih kerugian.

Kenapa lockdown draconian ni perlu? Sebab nak pastikan bahawa graf jangkitan berjaya diturunkan. Grafi yang menegak memuncak tu perlu diratakan. Dan betapa setiap manusia menjangkiti kepada 2.5 orang disekitar mereka.

Kalau dah sampai ke 10 generasi jangkitan, makanya jumlah kiraan dijangka 3000 orang akan berjangkit daripada seorang manusia sahaja! Bayangkan lebih daripada seorang lagi dengan ada rekod 10 generasi jangkitan yang lain? Nak lawan ni, kena pastikan semua orang duduk rumah, jangan keluar langsung! Sosial antara manusia perlu dihentikan!

Italy terlalu berlembut dalam lockdown mereka. Italy membenarkan pengangkutan awam berjalan seperti biasa. Italy membenarkan orang bersesak-sesak di supermarket, takde social distancing, dan rakyat Italy terlalu manja. Baru buat lockdown sikit, rakyat deme lari balik kampung macam orang Malaysia.

IKLAN
Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali
Foto: REUTERS/Yara Nardi
Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali
Foto: google

Kapitalism, Individualism, atau nak panggil apa sahaja berkaitan dengannya sedang membunuh Eropah dan US, dan juga negara kita dalam melawan Covid-19.

Kalau buat macam China, Eropah dan US akan menelan segala tohmahan mereka ke atas China yang dianggap melanggar hak asasi manusia, dan mencabul kehormatan masa awal lockdown. Tapi tak apa, kali ini, jilatlah ludah kamu balik wahai US dan Eropah. Apalah sangat jilat ludah-ludah kalian kalau dapat menyelamatkan nyawa manusia.

Di luar China, US dah cecah 18,121, dengan penambahan dalam 4000 kes hari ini! Jerman dah hampir mencapai 20, 000 kes dengan penambahan hari ini dalam 5,986 orang! Sepanyol dah cecah lebih 20, 000 dah kes hari ini.

China yang selepas angka 80, 000 dah tak ada penambahan angka terlalu kritikal telah menggesa kepada dunia, inilah masanya untuk lupakan seketika segala ideologi woke, SJW dan liberal yang sedang dianut oleh negara-negara ini.

Sementara seluruh dunia sedang bergelut, di Wuhan, setiap bangunan mereka merayakan kejayaan mereka menentang Covid-19. “Wuhan sudah menang!” (rujuk gambar).

Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali Wahai Rakyat Malaysia! Tolong Ikut Lockdown Cara China Jangan Ikut Lockdown Cara Itali

China berjaya flattened the curve! Kalau Eropah dan US nak lawan malapetaka yang sedang berlaku di negara mereka, mereka kena jadi macam China!

Buat lockdown paling draconian dalam sejarah mereka! Abaikan sejenak ideologi hak asasi individu, kebebasan mereka. Kerana ada kalanya, kebebasan harus dikorbankan demi sesuatu yang lebih baik. Nasib tamadun manusia bergantung pada tangan-tangan pemimpin negara ini. Bagus, kerah tentera untuk pastikan rakyat kita duduk dalam rumah. Kalau boleh, heret FRU sekali turun. Kalau boleh, pancut air, baling gas pemedih mata kepada mereka yang degil berkumpul. Kita harus jadi draconian macam China kalau nak selamat!

Anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kami di Majalah Libur ingin bertanya, cara negara mana yang anda ingin jadikan contoh terbaik untuk diikuti? Jom patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diminta.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI