Selepas 28 tahun diharamkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, tarian Mak Yong bakal kembali ke Kelantan selepas pengharaman terhadap tarian kesenian tersebut diangkat baru-baru ini.
Namun, sekalipun pengharaman tersebut dibatalkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan setiap penggiat seni tersebut perlu mematuhi syariah yang ditetapkan seperti menutup aurat semasa melakukan persembahan.
Ini adalah satu berita yang baik untuk semua penggiat seni Mak Yong yang berada di negeri pantai timur itu kerana seni tari tersebut sekarang boleh dipertontonkan kepada orang ramai.
Jadi, apakah yang berlaku 28 tahun dulu sehingga tarian Mak Yong ini diharamkan di negeri Kelantan? Jom kita singkap kembali sedikit info mengenai tarian Mak Yong itu sendiri.
Umum mengetahui tarian Mak Yong adalah seni tari tradisional masyarakat Melayu dan bertapak pada mulanya di negeri Kelantan. Malah, seni tari ini dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu lagi.
Ads
Mak Yong mendapat pengikitirafan antarabangsa apabila UNESCO mengiktiraf seni tari Mak Yong sebagai salah satu Karya Agung Warisan Tidak Ketara Kemanusiaan
Elemen yang digunakan dalam seni tari Mak Yong ini mempunyai unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian sambil diiringi oleh instrument muzik dan vokal. Muzik adalah elemen yang sangat penting dalam setiap pementasan Mak Yong kerana muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan Mak Yong akan bermula.
Selain daripada itu, muzik juga digunakan untuk membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan di setiap adegan. Selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus / jong
dondang.
Ads
Menurut kisahnya, seni tari Mak Yong ini bukan sahaja dipertontonkan sebagai hiburan sahaja, malah turut digunakan sebagai medium di dalam perubatan tradisional dulu-dulu.
Penari yang terlibat dalam pementasan seni tari Mak Yong ini akan menggunakan perhiasan pakaian yang cantik dan boleh membuatkan anda terpersona melihat kejelitaan penari-penari dan juga kehalusan seni tari yang dipersembahkan kepada penonton.
Ads
Makyong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) oleh suku kaum Pattani lebih 200 tahun yang lalu dan berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah dan Perlis).
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum seni tari Mak Yong ini diharamkan oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1991, seni tari ini menjadi satu pementasan Diraja oleh Kesultanan Kelantan sehingga sekitar 1920-an dahulu.
Dek disebabkan oleh seni tari Mak Yong ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan dan dilihat memesongkan akidah dan melanggar syariat, menyebabkan seni tari Mak Yong ini diharamkan langsung di Kelantan.
Seni tari Mak Yong ini hampir pupus tetapi, diharap dengan penarikan kembali pengharamannya di negeri asalnya, tarian Mak Yong akan kembali lestari dan diwarisi oleh generasi baharu akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
COVID-19 nampaknya tiada tanda-tanda akan reda apabila kes melibatkannya setiap hari semakin meningkat.
Disebabkan itu banyak acara dunia dan bertaraf antarabangsa terpaksa dibatalkan. Begitu juga dengan tempat-tempat pelancongan dunia, disebabkan si COVID-19, industri ini terjejas teruk dan terpaksa ditutup daripada dikunjungi orang ramai.
MotoGP Qatar Batal
Sesi perlumbaan pembukaan MotoGP di Qatar 8 Mac depan dibatalkan. Ia susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan negara itu ke atas pengunjung dari Itali gara-gara penularan COVID-19. Menurut penganjur, acara itu tidak akan diteruskan kerana Itali memainkan peranan penting dalam perlumbaan itu.
Semua penumpang yang tiba di Doha dengan penerbangan terus dari Itali atau yang berada di Itali sejak dua minggu lalu akan dikuarantin selama 14 hari. Bagaimanapun perlumbaan Moto2 dan Moto3 masih diteruskan. Ini memandangkan sebahagian pelumba sudah berada di Qatar untuk sesi ujian sejak minggu lepas.
Sidang Kemuncak Bersama Pemimpin ASEAN di Las Vegas Ditangguhkan
Amerika Syarikat menangguhkan sidang kemuncak bersama pemimpin ASEAN di Las Vegas pada bulan depan susulan kegusaran mengenai wabak koronavirus COVID-19. Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada 14 Mac depan susulan Presiden Donald Trump tidak hadir pada sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada November lalu.
Walau bagaimanapun, AS menghargai hubungan bersama negara-negara ASEAN dan berharap dapat mengadakan mesyuarat lain dalam masa depan. Kes positif koronavirus COVID-19 di Amerika Syarikat kini mencecah 60, kebanyakannya penumpang kapal pelayaran Diamond Princess yang dibawa pulang dari Jepun.
Muzium Louvre Ditutup
Sektor pelancongan antara yang paling terjejas akibat penularan COVID-19. Di Perancis, lokasi tumpuan pelancong popular muzium Louvre terpaksa ditutup. Arahan penutupan dibuat susulan kebimbangan jangkitan virus tersebut.
Sebahagian 9.6 juta pengunjung muzium terbabit adalah pelancong luar negara. Ia menerima ribuan pengunjung setiap hari. Penutupan ini juga dibuat susulan keputusan pihak berkuasa Perancis untuk melarang aktiviti berkumpulan tidak lebih 5,000 orang.
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Melancong akan melebarkan sempadan anda
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Khas untuk pengguna Malaysia Arlines ke mana-mana destinasi yang dibenarkan ketika ini, ada bungkusan istimewa akan anda terima ketika menaiki pesawat ini.
Malaysia Airlines Bhd memulakan fasa selanjutnya kempen 'Fly Confidently' di bawah Malaysia Aviation Group dengan memberikan kit kebersihan percuma kepada semua penumpang mulai 13 Julai 2020. Kempen 'Fly Confidently' Malaysia Aviation Group berhasrat menjadikan penerbangan yang lebih selamat dan meningkatkan kesedaran pelanggan, selain mengutamakan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan garis panduan perubatan dan alam sekitar.
Menurut kenyataan Malaysia Airlines, penumpang akan menerima kit kebersihan yang dilengkapi pelitup muka bukan pembedahan, sepeket pensanitasi tangan dan sepeket tisu pensanitasi dalam bungkusan berzip bersaiz kecil.
Syarikat penerbangan itu komited untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelanggan dan ketenangan ketika melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan itu. Bermula daripada saat mereka menempah tiket penerbangan, tiba di lapangan terbang dan melepasi Imigresen untuk menaiki pesawat, semua langkah itu telah diintegrasikan dengan lancar, dilengkapi langkah-langkah keselamatan dan kesihatan untuk melindungi pelanggan dan petugas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau masih bmencari homestay menarik di Danga Bay, boleh cuba Nest Home iaitu sebuah koleksi homestay pelbagai unit yang menyediakan penginapan untuk percutian anda.