Minggu lalu, Melaka telah mengubah waktu solat Subuh untuk negeri itu dikurangkan lapan minit. Bermula 6 Januari 2020 pula, waktu solat Subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada.
Menurut Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 November tahun lepas.
Ads
"Selaras dengan dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan," katanya.
Ads
Tambahnya, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.
Banjir dan air deras sedang berlaku di daerah Desa Manau Sembilan II, Bengkulu, Indonesia pada minggu lalu. Ramai penduduk kampung keluar untuk menyaksikan bencana alam tersebut.
Sebuah jambatan gantung yang digunakan oleh penduduk kampung untuk ke seberang menjadi ‘port’ sekitar hampir 30 orang remaja merakam gambar dan ada ada yang sedang berselfie dengan air banjir dibelakang.
Tindakan sekumpulan remaja mengambil gambar swafoto di sebuah jambatan gantung mengundang padah apabila jambatan itu putus dipercayai akibat tidak dapat menampung berat berlebihan dalam kejadian di kepulauan Sumatera.
Kejadian tragis itu mengakibatkan 10 orang mati lemas kebanyakkannya pelajar selepas terjatuh ke dalam sungai. Kesemua mangsa dihanyutkan arus deras akibat banjir. Jambatan yang baru dibina itu mungkin tidak dapat menampung berat berlebihan menyebabkan ia terputus.
Seramai 17 mangsa yang cedera dalam insiden itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kehilangan remaja perempuan warga Ireland yang dikenali sebagai Nora Anne Quoirin, sejak semalam di resort The Dusun di sini bukan sahaja menimbulkan minat kalangan pengamal media baik tempatan mahupun antarabangsa, bahkan turut menimbulkan tanda tanya.
Pelbagai persoalan membelenggu penduduk setempat yang hairan dengan kemampuan remaja berusia 15 tahun itu, yang juga anak istimewa, untuk berada jauh daripada resort itu selain menyifatkan ia adalah pertama kali berlaku di kawasan resort berkenaan.
“Kes orang hilang di resort ini adalah kali pertama kerana sebelum ini kalau dengar pendaki Gunung Berembun hilang, ia kes biasa. Sepatutnya kalau dia anak istimewa, tak jauh dia boleh pergi,” kata Tok Batin Kampung Kolam Air Pantai Ali Ngongor, 56, kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang turut menyertai operasi mencari remaja itu berkata adalah mustahil mangsa mampu mendaki hutan yang tebal di situ dalam keadaan dirinya yang sebegitu, apatah lagi bertahan dalam tempoh yang agak lama.
“Tetapi tak mustahil juga ada unsur mistik. Resort ini memang tak ada pemantau, semuanya atas risiko sendiri,” katanya.
The Dusun yang terletak 16km dari bandar Seremban adalah resort alam semula jadi persendirian yang bermula dengan sebuah dusun durian sebelum ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan dibangunkan sebagai resort dan dibuka kepada orang ramai pada 2009 bermula dengan dua chalet.
Mohd Syawaluddin Mohd Zin yang bekerja dengan agensi media antarabangsa berkata berita kehilangan Nora Anne menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui perkembangannya.
“Apatah lagi dia merupakan anak istimewa,” katanya ringkas dan memaklumkan dia perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke sini untuk membuat liputan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata setakat ini kekuatan anggota mencari dan menyelamat remaja itu telah meningkat kepada 168 berbanding 159 anggota, pagi tadi.
“Satu unit Senoi Praak turut telah digerakkan dalam SAR ini dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya sambil menambah bahawa kawasan pencarian kini diperluaskan meliputi 12km dari resort berkenaan.
Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM dan pemilihan anggota diambil 100 peratus daripada suku kaum Orang Asli dan digelar sebagai Malaysia’s Killer Elite kerana mahir dan berpengalaman dalam selok belok perperangan di hutan.
Unit elite Senoi Praq seringkali digerakkan dalam kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain.
Sementara itu, Pengerusi Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon memaklumkan usahanya untuk bertemu dengan keluarga mangsa tidak kesampaian apabila mereka tidak bersedia menerima tetamu.
“Saya sudah cuba menyantuni ibu bapa remaja perempuan Irish yang hilang itu tetapi mereka tidak mahu jumpa sesiapa sekarang,” katanya.
Tinjauan Bernama juga turut mendapati terdapat beberapa pelancong asing turut membantu mencari remaja berkenaan di kawasan sekitar selain pemantauan daripada udara turut dilakukan PDRM.
Pada 4 Ogos media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada 8 pagi. Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran.
Air Asia memenangi anugerah ‘Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia’ di Skytrax World Airline Awards yang diadakan di Le Bourget Airport, Paris 20 Jun.
Dengan kemenangan ini, Air Asia telah mencipta rekod ke 9 berturut-turut menggondol anugerah ‘Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia’
Air Asia juga dinobat ‘Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik di Asia.
Sementara itu, Air Asia X pula membawa pulang anugerah ‘Syarikat Penerbangan Kos Rendah Kabin Premium Terbaik Dunia’ dan ‘Syarikat Penerbangan Kos Rendah Kerusi Premium Terbaik Dunia’ buat kali ke-5 berturut-turut.
Anugerah ini yang juga dianggap anugerah Oscar dalam dunia penerbangan; adalah bukti kejayaan Air Asia. Air Asia merupakan syarikat penerbangan terbaik Malaysia sehingga kini; dengan kombinasi 25 anugerah Skytrax World Airline.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes menulis di Facebook “Kejayaan yang hebat…dari 2 buah kapal terbang ke 9 kali juara dunia. Segalanya tidak mustahil”
1. Qatar Airways
2. Singapore Airlines
3. ANA All Nippon Airways
4. Emirates
5. Cathay Pacific
6. EVA Air
7. Lufthansa
8. Etihad Airways
9. Hainan Airlines
10. Garuda Indonesia
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...