Syarikat Walt Disney mengumumkan bahawa mereka akan menyumbang sejumlah US$5 juta bagi membantu pembinaan semula Katedral Notre-Dame di Paris yang musnah dijilat api, memetik kenyataan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney, Robert A. Iger.
“Notre-Dame adalah lambang harapan dan keindahan yang telah terpahat dalam sanubari Paris dan merupakan jiwa Perancis sejak berabad lamanya, membangkitkan rasa kagum dan rasa hormat terhadap kesenian serta seni binanya selain mampu bertahan sekian lama dalam sejarah manusia. Syarikat Walt Disney berdiri bersama-sama rakan dan jiran kita dalam komuniti, dan menawarkan sokongan tulus kami serta sumbangan sebanyak US$5 juta untuk kerja-kerja pemulihan karya agung yang tidak mempunyai pengganti ini,” katanya.
Ads
Notre Dame dianggap sebagai contoh seni bina terbaik Gothik Perancis terbaik yang menerima kira-kira 12 juta pelawat setiap tahun. Mercu tanda bersejarah berusia 850 tahun itu rosak teruk dalam satu kebakaran pada awal minggu lalu.
Ads
Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga telah berjanji untuk membina semula katedral itu selepas insiden kebakaran tersebut. Dua hari selepas kebakaran dahsyat itu berlaku, hampir satu bilion dolar disumbangkan penderma dari seluruh negara, termasuk beberapa syarikat besar.
Ramai yang teruja untuk memulakan aktiviti perkhemahan bersama keluarga dan rakan-rakan selepas Selangor memasuki fasa 2. Bagi yang sudah biasa camping, tiada masalah menyediakan peralatan kerana sebelum ini semuanya sudah ada.
Tapi bagaimana bagi yang pertama kali ingin mencuba aktiviti ini? Bagi yang bujang mungkin peralatannya tidak sebanyak ini tapi melakukan aktiviti ini bersama keluarga memerlukan persediaan yang lebih sedikit.
Dikongsi dari fb, My Khalish Journey, blog yang banyak berkongsi pengalaman travel, camping, road trip dan lain-lain disenaraikan keperluan yang perlu ada bila camping bersama keluarga.
Ramai yang bertanya, apakah peralatan asas untuk mulakan aktiviti perkhemahan keluarga (family camping). Sebagai permulaan, yang lebih baik, anda menyewa dahulu khemah di campsite dan gunakan apa sahaja yang ada di rumah.
Jika anda sekeluarga dah jatuh cinta dengan aktiviti ini dan berhajat untuk camping dengan kerap. Bolehlah mula untuk membeli peralatan yang sesuai. Tapi tidak semestinya anda kena beli semua peralatan dalam masa yang sama, boleh dibeli secara berperingkat mengikut keperluan. Yang penting jadikan hobi ini tidak membebankan.
Dalam posting ini kami akan kongsi peralatan-peralatan yang biasa digunakan untuk family camping.
1. FAMILY TENT
* Kebiasaannya khemah untuk keluarga saiznya lebis besar. * Di pasaran ada pelbagai jenis pilihan, ada yang jenis dome, jenis shelter dan ada yang jenis berbilik. * Khemah yang besar untuk keselesaan, pastikan boleh berdiri di ruang utama khemah. * Serta mudah kita melakukan aktiviti seperti tukar pakaian dan solat untuk org islam.
TIPS: Jika ingin beli jenis dome pastikan pilih saiz untuk 6 person ke atas, atau darabkan dengan bilang ahli keluarga, contoh: ahli keluarga 4pax, untuk keselesaan gunakan dome tent 8 person.
2. FLY SHEET / TARP
* Walaupun tidak wajib ada, tapi fly sheet sangat penting untuk family camping. * Digunakan sebagai teduhan atau bumbung ruangan masak dan makan. * Juga digunakan sebagai ruangan santai dan aktiviti keluarga ketika hujan. * Tidak digalakkan mengguna kanvas biru oren kerana berat.
TIPS: Gunakan fly sheet dengan material light weight yang waterproof dan ada heat reduction.
3. GROUND SHEET
* Penting juga sebagai lapisan pertama khemah anda, agar khemah anda kurang risiko untuk rosak terkena batu atau kayu. * Juga boleh digunakan sebagai lantai di ruangan masak dan makan. * Boleh gunakan kanvas biru oren yang boleh didapati di kedai hardware. * Sebagai permulaan boleh juga guna banner-banner lama.
TIPS: Pastikan ground sheet tidak melebihi khemah, untuk mengelakkan air bertakung atas ground sheet ketika hujan.
4. ALATAN MASAK DAN MAKAN
* Yang penting kena ada Portable Gas Stove, paling ekonomi yang gunakan gas butane dalam tin tu. * Dapur boleh guna yang jenis besar atau kompak. * Selain dari tu pinggan mangkuk boleh guna jenis plastik atau besi. * Boleh bawa peralatan dari rumah, atau boleh beli peralatan yang sesuai seperi pisau, penyepit, senduk, sudip yang kecil di kedai seperti Eco Shop.
TIPS: Letak semua peralatan memasak dan makan dalam 1 container box.
5. LAMPU DAN KIPAS
* Lampu penting untuk menerangi khemah pada waktu malam, sediakan beberapa lampu yang pelbagai guna. * Jenis yang hanging boleh digantung dalam khemah, lampu jenis spot light dapat menerangi kawasan khemah kita jika campsite agak gelap. * Kalau nak khemah kita nampak ceria, boleh letak lampu lip lap. * Kipas juga penting untuk pengudaraan terutamanya pada waktu malam, gunakan kipas yang portable dan menggunakan bateri untuk jimatkan space.
TIPS: Gunakan lampu dan kipas yang rechargeable, charge dengan powerbank atau plug point. Kurangkan penggunaan bateri pakai buang.
6. MEJA DAN KERUSI
* Meja dan kerusi tidak terlalu penting, tapi berguna untuk berehat. * Meja juga digunakan untuk letak dapur untuk memasak. * Beli meja yang jenis lipat, jimat space. Boleh tambah kerusi lipat ada tempat sandar untuk santai.
7. TILAM DAN KELENGKAPAN TIDUR
* Tidur yang selesa adalah sangat penting ketika family camping, gunakan tilam yang sesuai untuk anda. * Tilam angin adalah pilihan yang baik, kerana permukaan tanah mungkin berbatu dan berakar. * Boleh gunakan bantal kecil dan cadar dari rumah sahaja. * Jika camping di tempat sejuk boleh gunakan sleeping bag juga.
8. TALI-TALI
* Tali juga penting ketika family camping, bawa seberapa banyak tali yang boleh. * Digunakan untuk membuat ampai pakaian, mengikat fly sheet dan pelbagai lagi.
TIPS: Tidak digalakkan menggunakan tali rafia, kerana kebarangkalian untuk ditinggalkan sebagai sampah sangat tinggi.
9. FIRST AID KIT
* Keselamatan jangan dilupakan, bawa peralatan kecemasan yang bersesuaian. * Ketika berkhemah kita sangat terdedah dengan kemalangan dan kecederaan terutamanya anak-anak kita.
TIPS: Pastikan 1st aid kit berada di tempat yang mudah diambil.
10. LAIN-LAIN
* Peralatan-peralatan ini tidak begitu penting. * Sebagai tambahan keseronokkan, anda juga boleh beli hammock untuk tujuan santai dan berehat. * Wagon atau trolley untuk memudahkan bawa barang. * BBQ / campfire pit sebagai tapak campfire kerana sesetengah campsite tidak benarkan anda buat pembakaran atas tanah.
Bagi yang belum tahu, Fjällräven Polar adalah ekspedisi merentas kawasan bersalji yang bermula dari Norway hingga Sweden melibatkan jarak sejauh 300 km menggunakan dog-sled. Sebelum kita bermula lebih jauh, mari kita baca serba sedikit mengenai ekspedisi Fjällräven Polar.
Segalanya bermula apabila Ake Nordin bertemu Kenth Fjellborg pada tahun 1990. Kenth merupakan seorang pemandu dog-sled profesional dan beliau pernah menyertai Iditarod, satu pertandingan dog-sled bertaraf dunia di Alaska. Bermula dari saat itu, Ake mendapat inspirasi bersama Kenth untuk mencipta satu ekspedisi serupa dengan Iditorad tapi boleh disertai oleh orang awam yang biasa yang bukan profesional. Pada tahun 1997, setelah segala proses dokumentasi dan persiapan berjaya disiapkan, ekspedisi Fjällräven Polar dilaksanakan di Scandinavian Arctic buat julung kalinya.
Apa yang mencabar mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah peserta akan berdepan dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut seperti merentas kawasan bersalji tebal dengan suhu 30 darjah celcius di bawah paras beku. Selain daripada itu, pengetahuan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka juga akan diuji sama ada mampu untuk menempuh cabaran di kawasan bersalji sehingga berjaya ataupun tidak.
Bagi mereka yang menyertai ekspedisi ini, Fjällräven Polar memberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merasai pengalaman yang begitu mencabar limitasi mental dan fizikal kerana selama 6 hari ekspedisi, mereka akan tidur dan makan di kawasan yang dilitupi salji tebal. Sudah tentu ianya akan menguji kekuatan mental dan fizikal kerana tidak semua peserta akan datang dari negara yang bercuaca sejuk.
Lebih menarik mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah kesemua 20 orang peserta akan diundi dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Nordic East, Nordic West, Mediterranean, UK/Benelux, GAS, Central Europe, Asia, Asia/Ocenania, North America dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga penyertaan yang akan dipilih oleh juri yang dilantik oleh penganjur ekspedisi.
Selain itu, ekspedisi ini juga tidak akan berjaya tanpa dog-sled yang dipacu oleh anjing daripada baka Alaskan dan Siberian Husky. Sejumlah 200 ekor anjing akan terlibat untuk membantu para peserta menjayakan ekspedisi ini.
Ekspedisi Fjällräven Polar 2019 sejauh 300 km ini akan bermula pada 8 April hingga 13 April di Signaldalen, Norway di mana kesemua 20 peserta ekspedisi akan menunggang dog-sled merentasi Palstsa, Rastojaure, Kattuvuoma, Sevujarvi, sebelum berakhir di Vakkarajarvi, Sweden.
Sehingga kini, seramai 54 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan untuk menyertai ekspedisi Fjällräven Polar 2019. Antara nama yang berada di kedudukan 5 teratas adalah Azam Mohd Shidid (7,100 undi), Muqharabbin Mokhtarrudin (5,385 undi), Loe Fakhrul (1,538 undi), ArtChan Ali (744 undi), dan Rico Loo (461 undi).
Anda boleh lihat kesemua peserta Malaysia di sini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di bawah kategori Asia/Oceania dan rakyat Malaysia akan bersaing dengan tujuh negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini, kategori Asia/Oceania didahului oleh Willy Kurniawan dari Indonesia dengan undi sebanyak 7,386 dan Azam dari Malaysia berada di tempat kedua.
Oleh yang demikian, dengan semangat Malaysia Boleh, marilah kita undi rakan-rakan kita dari Malaysia agar ada wakil dari negara bertuah ini ke ekspedisi Fjällräven Polar 2019! Tarikh tutup pengundian ekspedisi Fjällräven Polar 2019 adalah pada 13 Disember 2018. Boleh buat undian anda di sini.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...