Berita

Wargamaya Kata Malaysia Tak Ada Orang Datang Tapi Tetap Tersenarai Dalam Pasaran Pelancongan Ulung Asia Pasifik

Share

Ini satu berita yang sangat baik untuk industri pelancongan negara apabila kita tersenarai dalam 10 pasaran pelancongan kesejahteraan terulung Asia Pasifik. Baru-baru ini kan trending sekejap di media sosial apabila ada yang mengatakan pelancongan negara akan hambar akibat kelibat pelancong kelihatan berkurangan.

Diharapkan dengan berita tersenarainya Malaysia dalam pasalan pelancongan terulung Asia Pasifik ini, kita sebagai rakyat Malaysia boleh terus yakin dengan barisan kepimpinan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memacu industri pelancongan ke arah yang lebih baik lagi demi sasaran 30 juta pelancong melawat Malaysia menjelang 2020.

Okay, berbalik dengan catatan terbaharu Malaysia dalam senarai tersebut, ia mencatatkan trend pertumbuhan yang positif untuk masa depan kata Presiden Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang melalui petikan berita oleh Sinar Harian.

Beliau berkata, pelancongan kesejahteraan adalah sektor yang kian berkembang maju dan Malaysia tersenarai dengan perbelanjaan RM20.5 billion dengan 8.3 juta perjalanan dan memperlihatkan trend berkembang bagi percutian dan pakej kesejahteraan terutamanya ke negara ini.

Oleh demikian, MATTA dan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) mengambil langkah proaktif dengan memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk memperkukuhkan lagi sektor pelancongan kesejahteraan ini.

MOU ini dijangka dapat menyerlahkan lagi potensi sektor pelancongan dan kekal kompetitif dalam pasaran global, sekali gus menjadikan sektor pelancongan kesejahteraan Malaysia setara dengan destinasi kesejahteraan terkenal lain di Asia.

Libur ucapkan selamat maju jaya kepada MATTA dan AMSPA dan go Malaysia! #misi30juta

Sumber berkaitan : Sinar Harian

IKLAN