Anggota perubatan merupakan barisan hadapan bertarung nyawa bertugas sudah berminggu-minggu ketika negara berdepan wabak COVID-19.
Tanpa menghirau bahaya kemungkinan akan dijangkiti virus tersebut, mereka tetap menjalankan tangungjawab menyaring atau merawat, tidak kira golongan.
Foto: Haris Abadi
Namun, tular beberapa kisah hiba dan rintihan daripada beberapa anggota barisan hadapan yang memaparkan pengalaman berhadapan dengan karenah pesakit COVID-19 terutama dari kluster luar negara. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang tiba dari luar negara yang pulang bercuti, menetap di luar negara atau bertugas rasmi.
Kerenah mereka menyebabkan golongan ini diberi jolokan ‘kluster elit cerewet’ dek terbawa-bawa perangai ‘orang kaya dan berjawatan tinggi’ untuk menerima layanan kelas pertama.
Ini sumber perkongsian daripada facebook saudara Mohd Afiq
Ads
Kluster baru yang menjengkelkan..
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Ads
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Ads
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semua masjid di Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat fardu berjemaah dengan bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang, iaitu terdiri daripada imam bersama dua ahli jawatankuasa kariah masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kebenaran tersebut mendapat perkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkuat kuasa serta-merta. Walaupun bilangan jemaah itu kecil dari kebiasaan, namun dari sudut Islam ia sudah melepasi tuntutan fardu kifayah dalam kariah.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang mengingatkan supaya kedudukan antara jemaah dijarakkan satu meter seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hanya jemaah yang sihat dibenar mendirikan solat berjemaah di masjid dan kebenaran ini hanya untuk solat fardu sahaja. Manakala solat Jumaat dan sunat Tarawih (pada bulan Ramadan ini) tidak dibenarkan.
Kebenaran itu hanya diberikan kepada masjid dan ia bergantung kepada situasi semasa penularan wabak COVID-19 di negeri itu. Jika keadaan lebih baik mungkin boleh ada solat Tarawih dan solat Jumaat selepas ini, tetapi jika pandemik COVID-19 lebih serius maka kebenaran solat fardu berjemaah tiga orang di masjid mungkin boleh ditarik balik.
Buat kaki hiking yang mempunyai perancangan untuk mendaki di kawasan sekitar Pahang dalam masa terdekat ini, lupakan sebentar. Anda dilarang sama sekali untuk meneruskan aktiviti tersebut.
Kerajaan negeri mengeluarkan peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi di negeri ini sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini. Peraturan larangan itu berkuatkuasa minggu lalu sehingga 20 Januari 2020 atau satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.
.
Tindakan itu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini. Pelbagai kemungkinan dan kesan buruk boleh berlaku sekiranya aktiviti ini diteruskan pada musim monsun timur laut. Aktiviti riadah termasuk perkhemahan, mandi-manda, menyelam dan memancing sama ada di kawasan air terjun, tasik dan pantai juga tidak dibenarkan. Ia berikutan kebimbangan berlakunya fenomena kepala air di kawasan air terjun terutama sekali ketika cuaca hujan berlarutan.
.
.
Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara persendirian atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri juga tidak dibenarkan.
PBT (pihak berkuasa tempatan) dan jabatan berkaitan diminta meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan terutama pada musim cuti persekolahan. Ia termasuklah langkah meletakkan papan tanda amaran, peringatan dan larangan di lokasi-lokasi terlibat. Sebagai langkah bersiap sedia, cuti pegawai dan kakitangan di negeri ini dibekukan sehingga 20 Januari 2020.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Nancy Shukri yang dipilih sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Yang Baru.
Foto: Dayakdaily
Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berasal daripada Sarawak gembira dengan perlantikan beliau yang dianggap sangat bertepatan.
Foto: mstarFoto: mynewshub
Datuk Seri Nancy Shukri berterima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, atas kepercayaan melantik beliau sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, pelantikan beliau sebagai menteri di peringkat persekutuan yang diumumkan hari ini, tidak akan mengurangkan komitmennya terhadap pengundi yang memilih beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat, sejak tiga penggal lepas.
‘Kepada pengundi-pengundi saya di Batang Sadong, saya masih Nancy Shukri yang anda kenal dan akan terus berkhidmat kepada anda, sebagai Ahli Parlimen Batang Sadong. Dengan pelantikan itu, beliau berazam untuk menampilkan penyelesaian berkesan dan langkah ekonomi jangka panjang, untuk menguruskan pelancongan negara yang kini berhadapan cabaran getir. Saya percaya ekonomi negara cukup berdaya tahan untuk mendepani cabaran-cabaran ini, dan dengan barisan Kabinet baharu ini, kami akan mengambil kesempatan terhadap semua peluang yang ada, untuk bertahan melalui krisis ini,’ tambahnya.
Foto: mstar
Sementara itu, Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat dalam kenyataannya menyifatkan pelantikan Datuk Seri Nancy Shukri sebagai peneraju baharu kementerian itu adalah tepat dan seiring, dengan keperluan industri itu.
‘Pemilihan dan pelantikan beliau amat bertepatan, kerana negara memerlukan pemimpin berkarisma dan berdedikasi untuk memacu sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan, sebagai pemangkin pertumbuhan sosio ekonomi yang mampan serta memperkasa, memelihara dan memulihara seni, budaya dan warisan negara. Kredibiliti, kepimpimpinan dan pengalaman luas beliau pastinya, dapat merangka pelan tindakan strategik dan hala tuju pembangunan pelancongan, kesenian dan kebudayaan negara, yang komprehensif dan berdaya maju,’ katanya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...