Yang Dah Balik Kampung Hari Tu Jangan Balik Ke Bandar Semula Ketika PKP

Share

Rakyat Malaysia yang sudah balik ke kampung halaman masing-masing minggu lalu, semasa atau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, diminta terus kekal di kampung sebagai antara langkah membendung penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini pematuhannya meningkat kepada 95 peratus namun sudah ada trend mereka yang balik kampung minggu lalu ingin kembali ke bandar besar pula.

“Sudah ada menunjukkan trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali pulang ke bandar besar untuk kembali bekerja. Saya harap ia tidak dilakukan sama sekali. Tolong terus tinggal di kampung halaman masing-masing seketika,” katanya.

Foto: gulapop.com

Bagi membendung kemungkinan berlakunya senario dan trend tersebut, polis kini mengadakan sekatan jalan raya di 23 plaza tol di seluruh negara dan mereka yang berkenaan akan dinasihatkan pulang semula ke kampung halaman masing-masing sehinggalah PKP berakhir. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan dan nasihat polis.

Foto: mstar
Foto: ProjekMM

Kesesakan di bandar ketika ini semakin berkurang dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan tinggi hasil kerjasama bersepadu dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Rela dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: themalaysianinsight

IKLAN