Zirafah berwarna putih? Dengar sahaja sudah terasa menarik.
Belum lagi berpeluang melihat di depan mata. Namun tidak dapat dipastikan apakah penduduk dunia yang lain berpeluang melihat zirafah putih ini atau sekadar menatap tinggalan foto sahaja akan datang.
Sebelum ini dilaporkan terdapat tiga ekor zirafah putih di dunia. Namun berita sedih yang baru sahaja dilaporkan dua ekor spesies unik zirafah putih di Kenya ditemui mati menjadikan hanya tinggal seekor sahaja lagi.
Ads
Menurut jurucakap konservasi tempatan, Komuniti Konservasi Ishaqbini Hirola, zirafah putih tersebut mati akibat ditembak oleh pemburu haram.
“Zirafah putih betina yang satu-satunya hidup di sini ditemukan mati bersama anaknya selepas ditembak oleh pemburu bersenjata. Kami merupakan satu-satunya komuniti yang memelihara spesies zirafah putih. Pembunuhan ini merupakan satu seruan kepada komuniti supaya usaha pemeliharaan perlu diteruskan,” kata jurucakap, Mohammed Ahmednoor.
Ads
Ads
Menurut pakar, zirafah spesies unik itu dipercayai mengalami mutasi pada genetik yang dikenali sebagai ‘leucism’ yang disebabkan kehilangan pada sebahagian pigmentasi. Zirafah ini menjadi bualan ramai dek keunikan warnanya selepas muncul dalam siri dokumentari haiwan pada tahun 2017.
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak sekian lama. Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun struktur menara ini masih berdiri kukuh berdiri walaupun kelihatan senget dan tercondong.
Dari bahagaian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air. Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.
Pengunjung diberi peluang untuk naik sampai ke tingkat atas dan boleh melihat sendiri tinggalan sejarah yang masih dipelihara dengan baik di Teluk Intan ini. Terdapat beberapa info dan keterangan yang disediakan di dalam dan luar menara ini untuk panduan pengunjung.
Sejarah Pembinaan Menara Condong
Menara Condong asalnya tidaklah condong dan senget seperti sekarang. Individu yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Leong Choon Cheong atau dikenali sebagai Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk Menara Condong berdasarkan struktur binaan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menyebabkan menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Jepun Takluk
Pada zaman Jepun sekitar tahun 1942 hingga 1945 bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu ini juga ketika itu digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun hingga menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian paling atas.
Fungsi Menara Jam
Mendalami sejarah pembinaannya, struktur yang dibina beratus tahun yang lalu ini dahulunya dikenali sebagai Menara Jam, menjadi petunjuk waktu kepada penduduk di bandar ini. Menara tersebut juga pernah menjadi penunjuk arah kepada laluan kapal ke bandar ini suatu masa dahulu. Selain itu, menara itu berfungsi memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana terdapat tangki air untuk kegunaan pada musim kemarau selain mempunyai kemudahan untuk memadam api.
Pasar Malam Menara Condong
Di sekitar menara ini terdapat dataran berbatu bata yang lapang menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bersiar-siar pada waktu pagi, petang hari atau hujung minggu. Pelbagai pilihan premis jualan makanan juga terdapat di sekitar Menara Condong ini jika pengunjung ingin menjamu selera.
Pada setiap malam minggu Sabtu dan Ahad pula, suasana sekitar menara ini begitu meriah dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menyaksikan panorama sorotan warna-warni lampu yang dipasang. Selain itu juga deretan kawasan Pasar Malam telah dibuka berhampiran menara ini sebagai tarikan lebih ramai pengujung melawat Menara Condong Teluk Intan.
Ipoh antara bandar banyak tinggalan bangunan sejarah British. Antaranya Menara Jam Memorial J.W.W Birch. Menara ini terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak. Ia dibaik pulih cantik oleh Dewan Bandaraya Ipoh dan termasuk antara Jejak Warisan di Perak.
Menara Jam Memorial Birch, lihat satu patung diputihkan…Siapa patung itu?
Menara jam ini dibina pada 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian ke 34 Birch. Jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Sir Ernest Woodford Birch.
Ernest; anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Pada memorial jam ini, Sir Ernest Woodford Birch berdamai dengan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.
Menara ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.
Di empat penjuru atas jam tersebut diletakkan empat patung terakota yang mengambarkan empat prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
Terdapat lukisan yang mengambarkan figura pembangun tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad. Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh dan Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak sangka ada ikan lumba-lumba ‘singgah’ di sebuah pantai di Pekan, Pahang. Namun sayangnya, hanya bangkai yang kelihatan.
Seekor ikan lumba-lumba telah ditemui mati terdampar di Pantai Serandu pada petang 21 April 2020. Pantai Serandu, sebelum ini merupakan pantai tumpuan popular penduduk tempatan untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga.
Menerusi perkongsian di facebook rasmi Jabatan Perikanan Negeri Pahang, pihaknya bersama Pejabat Perikanan Daerah Pekan segera ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penemuan ikan lumba- lumba terdampar di pantai berkenaan.
Ikan lumba-lumba daripada spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg. Bagaimanapun, jantinanya dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Berdasarkan siasatan awal badan ikan itu mulai mereput dan dijangka mati kurang tempoh seminggu dan bangkai ditanam berhampiran pantai berkenaan. Ikan ini adalah spesis dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008.
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...