Tak sangka ada ikan lumba-lumba ‘singgah’ di sebuah pantai di Pekan, Pahang. Namun sayangnya, hanya bangkai yang kelihatan.
Seekor ikan lumba-lumba telah ditemui mati terdampar di Pantai Serandu pada petang 21 April 2020. Pantai Serandu, sebelum ini merupakan pantai tumpuan popular penduduk tempatan untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga.
Ads
Menerusi perkongsian di facebook rasmi Jabatan Perikanan Negeri Pahang, pihaknya bersama Pejabat Perikanan Daerah Pekan segera ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penemuan ikan lumba- lumba terdampar di pantai berkenaan.
Ads
Ikan lumba-lumba daripada spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg. Bagaimanapun, jantinanya dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Berdasarkan siasatan awal badan ikan itu mulai mereput dan dijangka mati kurang tempoh seminggu dan bangkai ditanam berhampiran pantai berkenaan. Ikan ini adalah spesis dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008.
Ramai antara kita biasa membuat tempahan di resort yang telah dipopularkan di media sosial. Hingga kawasan percutian ini biasanya agak penuh dan sukar diperoleh. Tapi sebenarnya ada banyak resort dan waterhouse yang cantik di Semporna tapi kurang diberi pendedahan.
Antara yang menarik ialah Egang-Egang Resort, waterhouse di Semporna yang kurang dipopularkan tapi viewnya yang ohsem. Lebih best, ownernya sangat peramah dan masakan juga sangat sedap. Bacalah perkongsian dari Joehan Latif yang berkongsi kenangan ini fbnya.
Hai saja nak share Trip 4D3N ke Semporna 6-9 September 2019. Percutian ni cover 8 Pulau sekitar Semporna.
Ramai yang dah tahu Semporna salah satu tempat percutian indah bagi pencinta laut dan pantai kan? So hari ni aku saja nak kongsi Water-house yang kurang dipopularkan di Semporna ni. Just incase korang berminat untuk percutian korang akan datangkan?
Selalu kalau orang datang Semporna akan terus menuju dekat Lato2 Resort / Seahorse & etc kan? *bukan tujuan nak membandingkan mana-mana waterhouse ya ni. Tapi sebenarnya agak banyak water-house lain yang korang boleh cuba. Contohnya Egang-Egang Resort yang aku cuba kongsikan ni.
Antara pengalaman yang aku boleh kongsikan di Egang-Egang Resort ni:-
Tiap kali lepas masak & masuk waktu makan makcik ni akan panggil kau, “Dik dah boleh makan. Rindu arwah mak plak tetiba.
Menu ketam, sotong tu macam makanan ruji dah. Pada tekak aku sedaplah. Petang-petang waktu lapang ada pisang goreng makan sambil tengok laut terbentang.Boleh imagine tak? Lepas tu ada guests yang masih lapar nak maggie pun makcik tu sediakan.
So itu adalah benda yang menarik la dekat waterhouse ni. Aku tak mampu nak buat perbandingan sebab aku tak tahu macam mana dekat waterhouse lain kan? So yang aku mampu buat, sekadar berkongsi benda yang menarik.
Kesimpulannya Egang-Egang Resort ni merupakan Waterhouse yang kurang di popularkan tapi berbaloi untuk di nginapi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Waktu ini nama negara Jepun meniti di bibir peminat sukan kerana menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2020.
Terkenal dengan jolokan Negara Matahari Terbit ini memang banyak keistimewaan dengan menawarkan pelbagai destinasi menarik buat pelancong.
Salah satunya adalah sebuah hostel di Osaka menyediakan perkhidmatan istimewa kepada tetamunya yang sukakan kucing!
Neko Hatago adalah sebuah hostel yang mempunyai sebuah kafe kucing iaitu Neko Yokujo membolehkan pelanggan bermain dengan kucing sambil menikmati secawan kopi.
Tidak hanya itu, hostel dan kafe yang dibuka sejak Disember 2019 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang menginap di situ.
Berikut adalah beberapa perkara unik mengenai hostel ini.
Tetamu yang menginap di hostel ini bukan sahaja boleh bermain dengan kucing di Neko Yokujo malah menginap dalam bilik yang mempunyai tingkap ke ruang tempat kucing bermain.
Sebelum melelapkan mata, tetamu boleh melihat kucing menerusi tingkap malah mereka boleh mengambil kucing itu tidur bersama mereka di dalam bilik.
Neko Hatago dan Neko Yokujo diuruskan oleh Neko Republic iaitu sebuah badan kebajikan yang menyelamatkan haiwan jalanan.
Neko Yokujo adalah sebuah tempat perlindungan kucing jalanan yang diselamatkan dan kafe ini tidak hanya terdapat di Osaka tetapi di Tokyo, Hiroshima, Aichi dan beberapa negeri lain di Jepun.
Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati secawan kopi dan makanan kegemaran tetapi bermain dengan kucing yang ditempatkan di situ.
Malah semua hasil jualan di kafe itu akan digunakan untuk membantu aktiviti menyelamat dan merawat kucing yang diselamatkan.
Tidak hanya bermain dengan kucing, pengunjung juga boleh membuat permohonan untuk membawa pulang kucing yang berada di situ dalam memberi mereka kehidupan lebih baik.
Bagaimanapun pihak pengurusan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan untuk mengambil kucing di situ sebaliknya beberapa prosedur perlu dilalui.
Ini bagi memastikan kebajikan kucing akan terjamin apabila tinggal bersama keluarga angkat.
Menyediakan penginapan kecil yang dapat menampung hingga lapan orang di dalamnya. Ada dua jenis ruangan yang boleh disewa. Dua unit terdiri dari tempat tidur bertingkat untuk dua orang.
Manakala empat unit lainnya pula berada di tingkat pertama dengan tempat tidur terpisah. Tetamu yang menyewa bilik di Neko Hatago juga boleh menikmati ruang santai Stay Osaka Shinabi, sebuah penginapan besar yang ada di gedung tersebut.
Mereka juga diperbolehkan menggunakan dapur dan bilik mandi besar yang sudah disediakan. Pengunjung juga akan mendapat tiket percuma di Neko Yokujo selama dua jam. Setelah itu, mereka boleh melihat kucing dengan puas dari bilik masing-masing.
Buat masa ini, negara masih mengalami musim tengkujuh. Malah banyak resort-resort yang menawarkan aktiviti snorkling dan diving masih menutup resort mereka untuk menerima kunjungan pelancong. Kebiasaannya pada Mac, barulah aktiviti snorkling dan diving berlangsung meriah kerana para penyelam sudah menunggu beberapa bulan untuk melepaskan gian mereka.
Bagi yang ada plan bercuti ke Sabah selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, Sipadan Kapalai Dive Resort yang terletak di Semporna Sabah yang mendapat julukan Maldives Malaysia pasti antara destinasi pilihan.
Sipadan-Kapalai Dive Resort terletak beberapa minit sahaja dari Pulau Mabul dan Pulau Sipadan dan sejam perjalanan melalui bot dari jeti Semporna. Resort ini terletak di atas Lautan Celebes yang terkenal dengan 'syurga' dunia di bawah laut antara yang terbaik di dunia selain dikelilingi pulau-pulau yang bukan calang-calang kecantikannya.
Mempunyai air yang biru jernih, Sipadan Kapalai Dive Resort ini hanyalah resort didirikan di atas kayu-kayu sahaja dan hanya ada tebing pasir tanpa pesisir pantai sebagai mana pulau lain. Dikatakan dahulu ia sebuah pulau namun telah ditenggelami air laut dan hakisan lain mengakibatkan tidak ada tanah di sini dan tidak ada pantai di sini.
Yang ada hanyalah resort mewah ini yang didirikan di atas pulau ini menggunakan tiang-tiang kayu. Walau pun begitu, di tebing pasir cetek di Ligitan Reefs ini merupakan lokasi banyak ikan dan hidupan laut yang eksotik berenang dengan bebas di sana sini.
Dari banyak review pengunjung, ramai berpuas hati dengan resort ini. Bilik airnya luas dan lebih menarik boleh lihat binatang seperti penyu berenang di tepi bilik air ini. Malah biliknya juga amat luas, sesuai bagi yang ingin berbulan madu dan melakukan aktiviti snorkling.
Walau berada di atas laut, tetapi pengunjung tidak boleh buka pintu dan terus terjun ke dalam laut ya. Hal ini dilarang kerana pihak resort ingin menjaga kehidupan laut yang sering berenang di sekeliling resort ini dan ada check-check point untuk melakukan aktiviti renangan di sini.
Dengan pemandangan indah, angin sepoi-sepoi bahasa, candle light dinner selain melihat matahari terbit dan terbenam ditambah pemandangan sangat indah, sudah tentulah bagi yang memilih ke sini perjalanannya sangat berbaloi-baloi. Sumber gambar : Sipadan Kapalai Dive Resort
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...