Inginkan kelainan bercuti ke Thailand boleh cuba menaiki keretapi sehingga ke Bangkok dan Chiang Mai. Naik sleeper train 1st dan 2nd class dengan perjalanan yang memakan masa hampir 30 jam lebih pastinya memberikan satu pengalaman baru buat pengembara.
Fatinnur Zahrina dan rakan berkongsi perjalanan dia dan teman dari utara Malaysia ke Utara Thailand dengan keretapi. Lengkap dengan info dan harga tiket perjalanan, korang yang nak cuba travel macam diaorang bolehlah refer apa yang dikongsikan ini.
Walaupun perjalanan cukup panjang, tapi ia penuh dengan kenangan manis untuk dikenang. Jom baca perkongsian gadis ini!
Trainpacking dari Utara Malaysia ke Utara Thailand
Date: 2/9/2022-9/9/2022
Total hours of journey: +-30hrs (one way)
No. of pax: 2
Route: Anak Bukit > Padang Besar > Hatyai > Bangkok > Chiang Mai
Disclaimer
Sebenarnya post ni nak review tentang train yang kami naik je tapi since ada juga yang request iti so kita include sekali kat sini. Nak lagi detail boleh baca yang orang lain share.
Kalau nak cari trip ke Thailand bawah RM100 boleh stop baca sampai sini. Trip ni bukan cheapskate sangat ye, tapi nak kata luxury pun tak juga. So please, jangan pertikaikan kenapa buat macam tu, tak buat macam ni. Sekiranya rasa boleh memberi manfaat silakan, kalau tak boleh ignore saja. We don’t need negative vibe here. Perghhh kekwat.
Trip ni tak banyak cover attraction pun. Free and easy je. Sekadar nak melepas gian naik long journey train. Baru nak panas enjin semula lepas pandemik.
-kaunter tiket mula buka jam 9.00 pagi (waktu Malaysia)
-free seating
-tak ada air cond ada fan
Hatyai-Bangkok (Bang Sue Junction)
-Special expresss (1st class A/C sleeper)
-Train no 32 (5.45 pm-11.30 am)+-17jam
-RM212.40/THB1694
-satu cabin 2 katil;atas bawah (kalau seorang, boleh chartered terus untuk satu cabin, kalau beli dua cabin bersebelahan boleh jadikan connecting room)
– Ada shower dalam coach
– Tak ada cafe so tapau siap-siap dinner & breakfast di Hatyai
Bangkok (Bang Sue Junction) – Chiang Mai:
-Special express (2nd class A/C sleeper)
-ladies coach (pilih coach 40CN masa beli tiket)
-Train no 9 (6.35 pm – 7.15 am)+-11jam
-RM130.90/THB1038
-macam sleeper train yang lain cuma yang ini seat baharu (merah)
-tak ada shower ada toilet
-kalau nak pesan kopi boleh minta dengan staf
Chiang Mai-Hatyai:
-Air Asia Thai (2.00 pm-4.00 pm)+-2jam
-only 1 direct flight from CNX > HDY
-RM207 (including luggage 15kg)
Ads
Hatyai-Padang Besar
-shuttle train (3rd class seater)
-THB50
-2.00 pm (Thai time)- 3.55 pm (Mas time)
Padang Besar-Anak Bukit
-Komuter
-5.35pm-6.13pm +-40min
-RM5.20
Total: RM564.70/pax
(ini tak termasuk public transport yg lain; tuktuk, songtheaw, grab etc). Hotel, makan, shopping etc tu pandai-pandailah buat bajet sendiri.
Kampung Kuantan adalah kampung melayu tradisi yang terletak di daerah Kuala Selangor. Kampung ini terletak di pinggir Sungai Selangor. Ia banyak menyimpan sejarah silam tersendiri terutama dalam penggunaan sungai berhampiran.
Sebagai sebuah kampung tradisi, tentulah penduduk Kampung Kuantan ini kebanyakkannya menjadi peladang di ladang sawit, penoreh getah dan nelayan menangkap ikan di Sungai Selangor.
Penduduk asal Kampung Kuantan turut menerima orang-orang luar dari Selangor sebagai penduduk tetap untuk bersama-sama memajukan kampung tersebut dengan melakukan beberapa kegiatan seni dan pertukangan tangan seperti membuat atap nipah yang banyak tumbuh liar di sepanjang Sungai Selangor.
Bagi industri pelancongan, Kampung Kuantan turut menyumbang kepada pendapat ekonomi negara kerana terkenal sebagai destinasi pelancongan yang tidak asing lagi seperti aktiviti melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Seperkara lagi yang boleh dibanggakan, Kampung Kuantan juga dikenali sebagai syurga kaki pancing udang galah. Adalah fenomena biasa jika kelihatan berpuluh batang pancing tersusun rapi di atas sampan ketika musim udang galah galak memakan umpan di sekitar sungai Kampung Tanjung Siam dan Kampung Kuantan, di Kuala Selangor.
Ditambah pula dengan keadaan cuaca panas dan aliran air mati yang menyebabkan ramai kaki pancing sekitar Lembah Klang dan juga Perak tidak melepaskan peluang memancing udang galah bersepit biru.
Buat kaki pancing dan pengunjung yang ingin merasai pengalaman memancing di Sungai Selangor ini, tersedia perkhidmatan mengaturkan satu trip memancing udang galah yang di sediakan oleh penduduk kampung di beberapa jeti berhampiran.
Perkhidmatan bot dikenakan sewa antara RM100 ke atas sehari dan mampu memuatkan dua hingga tiga pemancing saja. Harga tersebut cukup berbaloi kerana dari hebahan pengunjung yang pernah datang ke sini pasti tidak membawa balik tangan kosong.
Tips Penduduk Kampung
Lubuk udang galah boleh dikenal pasti melalui kawasan teluk yang berair tenang dan apabila tiba di situ matikan enjin bot dan dayung perlahan-lahan bot hingga berada di atas lubuknya.
Selepas keadaan sunyi sepi dan matahari yang semakin meninggi, masing-masing boleh segera melabuhkan joran di kawasan redup di mana udang dikatakan berkumpul di kawasan ini untuk berehat.
Udang galah juga dikatakan sentiasa bergerak mengikut pasang surut air untuk mencari makanan dan kaki pancing tidak boleh tertumpu pada satu lubuk saja.
Pasti anda tersenyum puas dengan aktiviti memancing udang ini. Selain udang galah, pelbagai spesies ikan air tawar juga banyak terdapat di sini seperti Baung, Patin, Tapah, Haruan dan Belida.
Jika ingin menjual hasil tangkapan, terdapat beberapa orang peraih akan menunggu untuk membeli hasil tangkapan anda. Jika bernasib baik anda boleh mendapat habuan mencecah ribuan ringgit sehari dengan hanya memancing di sekitar Sungai Selangor Kampung Kuantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jaipur bandar yang sangat unik dan indah untuk dikunjungi para pelancong asing. Jaipur juga dikenali sebagai Kota Merah Jambu India yang tersimpan 1001 kisah. Jaipur mempunyai keunikan sejarah yang sungguh menarik, ditambah dengan unsur-unsur agama Islam dan Hindu pada seni bina serta budayanya.
Jaipur merupakan ibu negeri Rajasthan, utara India dan terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas antara New Delhi serta Agra. Ia adalah bandar terancang pertama di India. Bandar tersebut terletak kira-kira 250 kilometer dari New Delhi dan menjadi pintu masuk kepada destinasi pelancongan lain di Rajasthan seperti Jodhpur dan Jaisalmer.
Jaipur sebelum ini pernah diasaskan Maharaja Jai Singh II, pemerintah Kerajaan Amer pada 18 November 1727. Seluruh bangunan Jaipur diwarnakan dengan warna merah jambu oleh Maharaja Man Singh II apabila Putera Wales, Edward VII melawat bandar tersebut pada 1876. Sehingga kini, satu undang-undang dikuatkuasakan supaya warna bangunan-bangunan ini dikekalkan, sesuai dengan jolokannya.
Ini antara destinasi tarikan menarik di Jaipur
Hawa Mahal
Bangunan Hawa Mahal yang dilengkapi dengan 953 tingkap kecil merupakan monumen ikonik di Jaipur dan menjadi pilihan para pelancong untuk merakamkan kenangan di situ.
Sireh Deori Bazaar
Salah satu tempat membeli-belah paling popular di Jaipur iaitu Sireh Deori Bazaar. Antara barangan yang menjadi pilihan para pelancong di sini ialah kain saree, pashmina dan kasut kulit.Jangan segan silu untuk tawar-menawar barang-barang yang dijual peniaga di sini.
Choki Dhani
Destinasi ini merupakan restoran bertemakan suasana perkampungan di Rajasthan. Choki Dhani merupakan destinasi tepat jika ingin merasai dan melihat sendiri keunikan penduduk Rajasthan. Selain menyediakan sajian tempatan, pelbagai tarikan lain ada di sini seperti kedai kraftangan, persembahan tradisi, permainan dan banyak lagi aktiviti menarik.
Jantar Mantar & Amer Fort
Jantar Mantar dan Amer Fort merupakan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Di Amer Fort, pengunjung berpeluang menonton persembahan sejarah Rajasthan yang menampilkan pelbagai cahaya dan bunyi di sekitar kubu yang terdapat di situ bermula jam 6.30 petang.
Perkampungan Samode
Jangan lepaskan peluang menaiki belon udara panas di perkampungan Samode. Aktiviti ini beroperasi setiap hari seawal jam 6 pagi. Dari ketinggian atas belon udara panas, pengunjung berpeluang melihat Amer Fort dan matahari terbit pada ketinggian 3,000 kaki di udara selama satu jam.
Nahargarh Fort
Menariknya di Nahargarh Fort terdapat Muzium Patung Lilin dan Taman Ukiran. Di Muzium Patung Lilin, pelbagai replika patung tokoh-tokoh terkemuka dunia ditempatkan, antaranya ialah Albert Einstein; pemain kriket India, Sachin Tendulkar, Jackie Chan dan Lionel Messi.
Sheesh Mahal
Sheesh Mahal merupakan istana cermin pertama di dunia. Ruangan dalaman Sheesh Mahal dilengkapi dengan pelbagai jenis cermin berkualiti tinggi yang memperlihatkan kemewahan istana ketika di zaman Dinasti Rajputana.
Chand Baori
Chand Baori merupakan lokasi terletaknya telaga purba berusia 1,200 tahun. Chand Baori terletak bertentangan dengan Kuil Harshat Mata di Kampung Abhaneri. Dianggap sebagai salah satu telaga paling dalam di India dengan kedalaman mencecah 30 meter, Chand Baori berperanan membekalkan air kepada penduduk kampung ketika musim kemarau pada 1,200 tahun dahulu. Uniknya mengenai Chand Baori ialah ia mempunyai 3,500 anak tangga di setiap sisinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Okay kita dah share tip dan info yang menarik tentang Da Nang, Vietnam. Pada sesiapa yang belum terbaca lagi artikel tersebut, anda boleh klik ke link artikel tersebut di sini:
Artikel kali ini kita nak kongsikan pula apa tempat-tempat yang paling best untuk anda lawati apabila tiba di Da Nang nanti. So nak tahu apa tempat-tempat yang best tu? Jom kita ikuti perkongsian daripada Norbainon Baharudin:
?DRAGON BRIDGE
One of the most beautiful bridge in the world. Memang famous Dragon Bridge nie, spot wajib ambil gambar. If datang hari Sabtu, jangan lupa tengok fire show start pukul 9 malam dekat bahagian kepala naga tu. Macam pesta tau tourist and local berkumpul nak tengok show yang 10 minit tu. Area bandar Da Nang ni saja ada 4 jenis jambatan, paling unik Han River Bridge, boleh buka and tutup bila ada kapal besar nak lalu. Thaun Phuoc Bridge pulak the longest suspension bridge in Vietnam.
Tips: Naik cruise waktu malam untuk view Dragon Bridge yang awesome!
?BA NA HILL
One day trip. Dalam 30 ke 40 minit dari bandar Da Nang. Pergi awal pagi sebab beratur nak naik cable car panjang. Kat atas tu tak ada restoran halal, so prepare makanan siap-siap. Sini ada Golden Bridge yang famous tu. Ticket VND700k per person. Kalau di sana, jangan lupa naik Apline Coaster dan main dalam Fantasy Park, the largest indoor themepark in Vietnam.
Tips: Book hotel Mercure Bana Hill kat atas tu, dapat ticket half price dan special lane untuk guest. Tak payah beratur.
?HOI AN
Dalam 30 ke 40 minit dari bandar Da Nang, sesuai untuk half day trip, pergi petang ke malam sebab malam cantik, warna warni lantern dan lampu dah start pasang. Nanti akan jumpa ticket counter VND120k per person untuk masuk Japanese Bridge tu. Dalam tu ada temple, museum & building lama, tak payah beli pun sebab tak ada apa sangat kt dalam tu. Night market start pukul 6 petang. Nak beli fridge magnet okay la di sini. Beg rotan and t-shirt mahal. Baik beli kat kedai-kedai biasa tu.
Tips: Nak tidur di Hoi An, ambil hotel atau homestay di area An Bang Beach, 4km dari Hoi An Ancient Town.
?SUN WORLD ASIA PARK
Dalam bandar Da Nang saja. Sesuai untuk half day trip. Ada ferris wheel 110m, mainan-mainan extreme. Better pergi malam dalam 6 petang. Ticket VND120k per person, boleh main semua permainan kat dalam tu.
Tips: Dah masuk, terus beratur untuk naik monorail & ferris wheel dulu, dua ni beratur paling panjang, lagi-lagi time peak hour.
?MY KHE BEACH
One of the most charming beaches in the world by Forbes Magazine. Pantai paling dekat dalam bandar. Banyak hotel-hotel di sepanjang pantai ni. Kedai Seafood pun banyak. Malam-malam di sini memang happening. Nak amek hotel, highly recommended area sini atau area Han River sebab ada restoran halal. Pham Van Dong beach & Non Nuoc Beach pun popular.
Tips: Jangan duduk atas kerusi beach tu unless memang nak sewa sebab ianya berbayar, bukan free. Nanti dah duduk ada orang datang minta bayar dalam VND50k.
?NUI THAN THAI
Dalam 30 minit dari bandar Da Nang. Ramai tak tahu tempat ni dan sesuai untuk one day trip. Ada hot spring, waterpark, sauna, mud bath, waterfall, dinasour theme park. Waktu malam ada cinema 3D, game-game dalam building. Tempat ni besar, so boleh naik free buggy car untuk bawak korang pusing-pusing kawasan dalam tu.
Tips: Nak jimat, book Ebisu Onsen Hotel dalam waterpark ni. Dapat free entrance ticket, sauna, onsen bath, private hot pool.
?HAN RIVER CRUISE
Ada banyak jenis operator untuk boat ni. Duration dalam 90 minit pusing-pusing area Da Nang. Nanti ada persembahan Champa Dance. Ticket VND120k per person. Ada yang cruise VND150k per person start dari area Novotel. Yang ni boat bawa jauh sikit dan cross empat jambatan yang famous di sini.
Tips: Naik hari Sabtu pukul 8 malam, boat akan stop tepi Dragon Bridge untuk tengok Fire Show.
?HAI VAN PASS
The longest and highest mountain pass road in Vietnam. Tourist suka pergi sini naik motor, view memang lawa habis. Dia macam pit stop orang biasa singgah kalau on the way nak ke Lang Co Beach dan Hue.
?MARBLE MOUNTAIN
Dalam 15 minit dari bandar Da Nang. Kalau on the way nak ke Hoi An, boleh minta driver singgah sini sekejap. Tapi prepare pakai sport shoes sebab kena panjat tangga-tangga curam. Kalau tak sanggup panjat boleh beli ticket lif VND15k one way. Siapa suka nak tengok architechture gua, pagoda dan, view Da Nang dari atas boleh la datang sini. Entrance ticket Marble Mountain VND40k per person.
Lain-lain tempat best ada Linh Ung Pagoda, Son Tra Peninsula, Snorkelling at Cham Island, Adventurous water rafting at Hua Phu Tanh, Vinpearl Nam Hoi An, Lang Co Beach, Nam o Reef, Mural Village Tam Thanh, Hue imperial city. Bulan 7 ada International Firework Festival kat sini.
p/s: If sesiapa nak nombor driver kat Da Nang yang boleh cakap english sikit-sikit boleh contact saya. Sometimes pergi dengan mereka murah sikit berbanding Grab and Taxi.
Semoga bermanfaat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...