Zoo Johor, Zoo Tertua Di Malaysia Ditutup Sementara

Share

Zoo Johor yang merupakan antara zoo tertua di Malaysia berusia 37 tahun telah ditutup sementara.

Zoo Johor yang dibuka pada 1982 kini menempatkan lebih 100 spesies haiwan termasuk beberapa spesies haiwan terancam.


Notis Pemakluman Penutupan Sementara Zoo Johor ada diberitahu di laman facebook rasminya: Zoo Johor

Dimaklumkan Zoo Johor akan ditutup dalam tempoh 11 hari bermula 02 Mac 2020 sehingga 12 Mac 2020 bagi memberi laluan kerja-kerja mengorek, merentang dan pemasangan kabel elektrik di dalam kawasan zoo dapat dilaksanakan dengan lancar disamping mengambil kira aspek keselamatan pengunjung.


Zoo Johor akan dibuka seperti biasa pada 13 Mac 2020 setelah kerja-kerja di kawasan awam selesai. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

Harap maklum. Terima kasih.
IKLAN