
Berita baik buat ibu bapa yang sedang mencari aktiviti menarik untuk mengisi hujung minggu bersama anak-anak! Kali ini, Zoo Negara menawarkan peluang istimewa untuk si kecil meneroka dunia haiwan tanpa perlu membayar tiket masuk.
Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, Zoo Negara Malaysia mengumumkan kemasukan percuma kepada kanak-kanak warganegara Malaysia berusia tiga hingga 12 tahun selama dua hari, iaitu pada 21 dan 22 November 2026.
Menurut laporan SAYS yang memetik pengumuman rasmi Zoo Negara, sambutan istimewa ini turut dimeriahkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hadiah menarik untuk pengunjung cilik.
Bawa Anak Tengok Haiwan, Tak Perlu Bayar Tiket!
Bagi keluarga yang mempunyai beberapa orang anak, tawaran ini sememangnya peluang terbaik untuk menikmati percutian singkat dengan lebih menjimatkan.
Jika mengikut kadar tiket biasa Zoo Negara, kemasukan seorang kanak-kanak warganegara Malaysia berusia tiga hingga 12 tahun berharga RM28.
BACA LAGI: ELEMEN Penang Kini Dibuka! Dunia Cahaya Interaktif Dengan 15 Ruang Unik, Tiket Bermula RM28
Ini bermakna keluarga yang membawa tiga orang anak dalam kategori umur berkenaan boleh menjimatkan sehingga RM84 untuk tiket kanak-kanak sahaja.
Zoo Negara Malaysia
Bukan sekadar berjalan-jalan, anak-anak juga berpeluang mengenali pelbagai spesies haiwan, mempelajari kepentingan pemuliharaan hidupan liar dan menikmati pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.
Ini Syarat Untuk Dapatkan Tiket Percuma
21–22 November 2026
Sabtu & Ahad • Zoo Negara, Hulu Kelang
-
Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia berumur 3–12 tahun.
-
Wajib membawa MyKid atau sijil kelahiran asal. Gambar dan salinan tidak diterima.
-
Tiket percuma hanya boleh ditebus secara walk-in di kaunter.
-
Anak-anak mesti ditemani ibu bapa atau penjaga yang membeli tiket seperti biasa.
-
Tidak terpakai untuk lawatan berkumpulan, termasuk rombongan sekolah.
- Tiket percuma hanya sah pada dua tarikh tersebut.
Jangan Lepaskan Peluang Jumpa Panda Di Zoo Negara!
Zoo Negara, Malaysia Kredit Foto: oriental.daily.com / websites Selain pelbagai haiwan eksotik, antara tarikan yang boleh diterokai ialah Pusat Konservasi Panda Gergasi.
Kehadiran pasangan panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yu, turut menjadi tarikan untuk pengunjung yang mahu melihat haiwan ikonik ini dengan lebih dekat.
Anak-anak juga boleh mengambil peluang melihat zirafah, gajah, burung serta pelbagai spesies haiwan lain sepanjang lawatan.Rancang Perjalanan Awal, Elak Kelam-Kabut
Zoo Negara, Malaysia Kredit Foto: trip.com / websites Bagi yang merancang untuk berkunjung, Zoo Negara dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dengan kemasukan terakhir pada jam 4 petang.
Sebaiknya datang lebih awal, memakai pakaian yang selesa, membawa air minuman dan menyediakan payung sekiranya cuaca tidak menentu. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memastikan dokumen pengenalan asal anak dibawa bersama sebelum bertolak.
Jadi, kalau masih belum ada perancangan untuk hujung minggu 21 dan 22 November ini, bolehlah masukkan Zoo Negara dalam senarai destinasi keluarga. Bukan selalu dapat peluang bawa anak-anak melihat haiwan secara dekat sambil menikmati penjimatan tiket masuk. Yang penting, anak-anak gembira dan dapat mencipta kenangan manis bersama keluarga!

sekarang!
