Libur nak kongsikan dengan semua tempat-tempat yang akan menjadi impian buat semua pengantin yang nak ber’honeymoon‘ bersama yang tersayang. Semua tempat yang Libur cadangkan ini terletak di luar negara. So dah boleh start menabung dah bersama si dia!

1. Lombok, Indonesia

Tempat yang menarik adalah kepulauan Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Pantainya cantik dan memukau pendangan pelancong yang datang berkunjung. Pengantin yang datang boleh menikmati pemandangan matahari terbit menghadap Gunung Rinjani dan matahari terbenam menghadap Gunung Agung. Tambahan lagi, tiada penggunaan sebarang kenderaan dibenarkan sekaligus bebas dari hiruk-pikuk kota yang menyesakkan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Swimming
  • Jet ski
  • Snorkeling
  • Scuba diving
  • Berbasikal mengelilingi pulau
  • Menaiki kereta kuda
  • Berkuda
  • Kayak
  • Surfing
  • Shopping

2. Hallstatt, Austria

Terletak di daerah Gmunden, Austria. Kaya dengan khazanah alam semula jadi dan budaya, lokasi di kawasan pergunungan dan dihiasi hamparan tasik menjadikan Hallstatt tersenarai dalam bucket list kaki travel. Pengantin yang kaki hiking boleh ambil kesempatan untuk mendaki Gunung Salzberg. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Berkayak menjelajah Hallstätter See
  • Bersiar-siar di Hallstatt’s Old Town and Market Square
  • Menaiki kereta kabel Hallstatt Salt World dan Skywalk
  • Bermain ski di Dachstein Salzkammergut and Five Fingers (tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site)
  • Meneroka gua Dachstein
  • Melawat The World Heritage Museum
  • Berkunjung ke Hoher Krippenstein
  • Berjalan ke Bad Aussee

3. Whitsundays Island, Australia

Berada di antara Queensland dan Great Barrier Reef, terumbu karang terbesar yang dipenuhi hidupan laut. Kebanyakkan gugusan pulau tidak berpenghuni menjadikan kawasan tidak ramai pelancong dan lebih privasi. Tarikan paling menarik adalah kehadiran ikan paus yang datang setiap tahun ketika musim sejuk sekitar bulan Jun hingga September. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Meneroka 74 pulau menaiki Jetski
  • Beristirehat di Whitehaven Beach
  • Melawat Hamilton Island
  • Trip ke Long Island
  • Berlibur di Daydream Island
  • Menjelajah Great Barrier Reef (Scuba diving)
  • Berlayar menaiki kapal di Whitsundays
  • Enjoy berakit di laut Whitsundays
  • Melawat Croc Safari

4. Pulau Maafushi, Maldives

Tak perlu penjelasan panjang lebar, siapa yang tak kenal dengan nama Maldives? Negara yang memiliki pulau dan pantai yang tercantik di dunia! Ini tempat yang wajib ada dalam list tempat honeymoon pengantin. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Snorkeling
  • Mandi pantai
  • Mandi pantai bikini (aum!)
  • Sukan air
  • Mandi di coral beach
  • Melawat Sandbank
  • Enjoy trip ke Dolphin Safari
  • Night fishing
  • Explore Maafushi and experience the local culture

5. Lisse, Belanda

Bandar yang terletak di barat Belanda ini popular dengan lautan bunga tulip yang berwarna-warni. Kawasan yang paling popular dikalangan pelancong adalah Keukenhof yang dibuka ketika musim bunga. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Bersiar-siar di Taman Keukenhof
  • Melawat Istana Kuekenhof
  • Pergi ke Museum de Zwarte Tulp

6. Seoul, Korea Selatan

Bandar metropolis yang terbesar di Korea Selatan. Tempat yang cantik dan terbaik buat pengantin untuk honeymoon. FYI, Seoul Capital Area menempatkan lima tempat yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Sites iaitu Changdeok Palace, Hwaseong Fortress, Jongmyo Shrine, Namhansanseong dan Royal Tombs of the Joseon Dynasty. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Gyeongbokgung Palace
  • The War Memorial Of Korea
  • Changdeokgung Palace
  • Dangang Park
  • Myeong Dong
  • Bukhansan National Park
  • Cheonggyecheon
  • Bukchon Hanok Village
  • Jogyesa Temple

7. Cappadocia, Turki

Kawasan separuh gurun di Turki ini terkenal dengan bentuk permukaan muka bumi yang unik, tinggi dan berbentuk kon. Kawasan ini juga terkenal kerana pembinaan rumah mereka di dalam dinding kawasan lembah dan ianya warisan sejak dari zaman gangsa. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Menjelajah ke bandar bawah tanah
  • Melawat Goreme Open Air Museum
  • Bersiar-siar di Pasabag (Monks Valley)
  • Pergi ke Devrent Valley
  • Melawat Pottery And Ceramics Shop In Avanos
  • Bermalam di hotel gua
  • Menunggang kuda
  • Menikmati Turkish Night
  • Pottery Kebab – anda mesti cuba
  • Menaiki Hot Air Balloon

8. Hat Yai, Thailand

Tempat ini dekat dengan Malaysia. Pengantin nak travel naik kereta pun boleh. Terdapat banyak kawasan komersial dan menjadi tempat tumpuan untuk membeli-belah. Di Khlong Hae Floating Market, peniaga menjual barang jualan seperti makanan dan cenderahati dari bot di atas sungai. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Cuba makanan dari gerai jalanan di Greenway Night Market
  • Shopping barangan murah di Kim Yong Market
  • Bersedia untuk kagum apabila melawat Magic Eye 3D Museum
  • Hit Post Laser Disc Bar & Restaurant
  • Melawat Municipal Park
  • Shopping sampai koyak di Central Festival Hat Yai
  • Perhatikan matahari terbenam daripada atas kuda di Samila Beach
  • Trip ke Ko Yo Island

9. Pulau Phu Quoc, Vietnam

Sebuah pulau di Teluk Thailand. Pantai yang memutih dan sepanjang pantai barat daya dipenuhi pokok kelapa. Lebih daripada separuh pulau itu adalah sebahagian daripada Taman Negara Phú Quốc, yang mempunyai gunung, hutan tropika yang tebal, laluan untuk mendaki dan hidupan liar. Duong Dong adalah bandar terbesar, dengan pasar siang dan malam menjual hasil kraftangan dan hasil laut. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

  • Menjelajah pantai Phu Quoc yang memukau
  • Bersiar-siar di penjara Phu Quoc
  • Dinh Cau Night Markets
  • Melawat Dinh Cau Rock (Cau Temple)
  • Lepak pantai
  • Tengok matahari terbenam
  • Ronda-ronda pulau menggunakan motorsikal
  • Kenal budaya masyarakat setempat di Ham Ninh Village
  • Pergi ke An Thoi Islands
  • Mendaki ke Suoi Tranh Waterfall

10. Kashmir, India

Kashmir adalah sebuah negeri di utara India. Ia terletak di pergunungan Himalaya, dan bersempadan dengan negeri Himachal Pradesh dan Punjab di selatan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:

 

  • Mencuba Shikara ride di Dal Lake
  • Bermalam dalam houseboat di Dal Lake
  • Menaiki ‘Gondola’ cable car
  • Berkayak di Lidder River
  • Glide sepanjang Majestic Valleys
  • Cuba makanan Kashmiri yang istimewa
  • Melawat tempat pelancongan yang terdapat di Kashmir
  • Go shopping for a retail therapy
  • Menaiki kuda di Pahalgam, Sonamarg, dan Gulmarg
  • Bersiar-siar di Old Srinagar
  • Melawat Buddhist Monasteries of Ladakh

Tinggalkan Komen