Nak healing tepi pantai cantik macam Maldives tak perlu ke Sabah sebab di Johor pun banyak sangat port menarik. Yang tenang-tenang buat mata redup memandang.
Lihat lah langit biru yang terbentang luas dengan hamparan laut di sini, rasa puas jika anda mahukan privasi untuk berehat.
Pantai Cantik Ala Maldives
Salah satunya, Bayu Lestari Island Resort yang merupakan pilihan ideal bagi anda yang mencari ketenangan dan nak berdamai dengan alam semula jadi.
Ads
Sesuai nak datang dengan orang tersayang untuk honeymoon dan sahabat rapat untuk reunion.
Suasana bilik pun agak selesa dan luas, berkonsepkan kayu, sesuai untuk anda datang dengan keluarga tersayang. Ini contoh bilik yang ada di sana.
Hindari musim monsun dari November hingga Februari; pilih untuk berkunjung antara bulan Mac hingga Oktober untuk menikmati cuaca yang lebih baik dan pengalaman yang lebih mengasyikkan.
Lokasi:
Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar, Mersing, Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Negeri Sembilan sememangnya mempunyai banyak aktiviti menarik untuk diterokai. Jika sukakan suasana desa, bolehlah mengunjung Solok Sengkuang Cabin D’Village yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan.
Solok Sengkuang Cabin D’Village adalah satu tempat pelancongan berkonsepkan pelancongan penginapan desa yang bermula operasi pada September 2015. Ianya di tadbir urus oleh Koperasi Homestay Batang Nyamor Rembau Berhad (ringkasan KHOBA’AN) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2014.
Antara kemudahan disediakan adalah beberapa unit kabin keluarga berhawa dingin dilengkapi dengan bilik air, kabin dorm, tapak pekhemahan, dewan berhawa dingin, surau,café, kedai cenderahati, Mountain Bike dan berbasikal melalui trek-trek mencabar bermula dari Kg. Kendong hingga ke Kg Bongek.
Di sini juga disediakan dua kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa yang mana airnya cukup sejuk kerana punca air dari gunung. Bagi yang gemar aktiviti lasak boleh mencuba outdoor aktiviti seperti obstacle, panjat tiang licin, pukul bantal dan lain-lain termasuk mendaki gunung ataupun ke Air Terjun Lubuk Petai.
Ia sesuai untuk aktiviti keluarga, kursus dan lain lagi. Sumber : Fb Amir Zuhairi Md Yusof
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dengan kemudahan dan pekhidmatan tahap maksimum memberikan penginapan-penginapan berhampiran pantai dan laut ini lebih eksklusif kepada pengunjungnya.
Bilik-biliknya yang mengadap keindahan alam serta pemandangan pasti akan memukau hati setiap pengunjung yang menginap di sini. Deruan ombak mampu memberi ketengan dan kicauan ungas hutan ‘menyeru’ ketenangan yang pastinya tidak terdapat di tempat lain.
Di lengkapi dengan pelbagai kelengkapan mewah dan bercitarasa tinggi, menjadikan Four Season salah satu tarikan eksklusif yang terdapat di Pulau Lagenda ini. Di kelilingi hutan hujan khatulistiwa dan di kelilingi oleh laut yang terbentang indah. Kemudahan dan perkhidmatan di hotel Four Seasons Resort di Langkawi adalah menyeluruh bagi memastikan kepuasan kepada tetamu yang hadir minginap di sini. Resort ini juga sesuai sebagai tempat menghilangkan tekanan pada hujung minggu mahu pun ketika hari biasa. Terdapat juga sebuah kolam renang yang besar dengan latar belakang pemandangan yang sangat indah iaitu panorama kanvas lautan biru. Kamar penginapan di reka dengan rekaan yang elegant dan romantik bagi pasangan yang inginkan percutian berbulan madu dalam suasana romantik. Bagi pasangan yang inginkan percutian seperti ini, Four Seasons turut menyediakan pakej yang mana anda akan menikmati penginapan di bilik yang romantik, makan malam bercahayakan lampu lilin, belayar ketika waktu senja dan pelbagai keistimewaan lain.
Sebut sahaja Batu Feringghi, Pulau Pinang, pasti ramai yang mengetahui kemeriahan pantainya dan juga tertarik kepada rekaan hotel unik yang terdapat di situ iaitu Hotel Hard Rock Penang. Melangkah masuk ke dalam hotel ekslusif ini pandangan sudah pasti tertumpu pada kilauan lampu gantung berwarna-warni berlogo Hotel Hard Rock di segenap ruang lobi. Di sini menawarkan penginapan berkonsepkan kontemporari dan moden. Dengan tawaran yang diketengahkan ini pengunjung berpeluang mengabadikan kenangan manis sekiranya berada di sini. Hotel muzikal itu dibina setinggi enam tingkat dengan menempatkan bilik dan suite berhadapan dengan laut. Kunjungan ke sini tidak lengkap jika tidak bersantai di Hard Rock Cafe pada waktu malam menonton persembahan band-band rock atau artis rock jemputan akan menghiburkan tetamu. Malah, bagi anda yang ingin tinggal lebih lama di sini, nikmatilah peluang dengan membeli-belah di pasar malam yang terletak di bahu jalan itu.
Japamalar Resort yang terletak di Pulau Tioman sesuai untuk mereka yang inginkan kedamaian hidup di samping menikmati keindahan panorama reka bentuk binaan berasaskan kayu yang diserikan dengan landskap tumbuhan hijau. Ia tampak lebih menarik dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang terdapat di setiap ruang. Pengalaman indah pasti terpahat sebaik sahaja melihat keindahan kawasan resort yang dikelilingi air laut membiru sehingga kelihatan terumbu serta pantai yang memutih. Pohon kelapa yang tumbuh tinggi dan besar mewujudkan suasana kampung dan tepi laut yang nyaman. Sesuai buat mereka yang mahu mencari persekitaran yang privasi, segar dan semula jadi, Japarmala Resort bakal melengkapkan percutian anda bersama tersayang. Dengan pemandangan menerusi beranda setiap resort, tetamu dapat mengamati keindahan tempat peranginan ini. Tetamu dijanjikan dengan kebebasan dan penghormatan dalam hak untuk bersendirian.
Sutera Harbour Sabah adalah destinasi yang paling sesuai untuk sesiapa yang gemarkan percutian yang berada di bawah satu bumbung seperti hamparan lautan di depan mata, kolam renang yang besar, pusat bermain bowling 12 lanes, mini pawagam yang boleh memuatkan 100 orang, pusat karoke untuk 100 orang dan padang golf. Kedudukannya yang strategik terletak di perairan Laut China Selatan dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, menjadikan kawasan resort ini amat menarik dan menyegarkan kerana bersifat semula jadi. Paling menarik adalah lokasinya yang sangat sesuai untuk melihat matahari terbenam. Sungguh mengasyikan dan teruja melihat keindahan suasana ketika itu di Sutera Harbour. Selain itu, di sini mempunyai kemudahan sukan air yang begitu menyeronokan. Kalau menginap di sini, jangan lupa membawa kamera dan merakamkan aksi-aksi menarik berlatarkan Sutera Harbour Marina yang menempatkan pelbagai jenis bot mewah dan kapal layar.
Sesiapa saja pasti mengimpikan pengalaman percutian yang bebas dari hiruk-pikuk kota, malah bebas daripada bebanan kerja. Maka, Pangkor Laut Resort di Pulau Pangkor, Perak merupakan lokasi percutian yang paling ideal. Memandangkan persekitaran resort ini hanya ditemani air laut, flora dan fauna yang secara tidak langsung menyuntik atmosfera percutian mempesonakan. Apatah lagi para pengunjung diberi kebebasan memilih jenis bilik dan vila mengikut cita rasa masing-masing.
Kepada mereka yang merindui bunyi ombak jangan lepaskan peluang memilih Sea Villa yang berlantaikan air laut. Vila yang berkonsepkan ala perkampungan nelayan itu menjanjikan kedamaian yang sukar ditemui di bandar. Menghirup secangkir kopi bersama pasangan di ruang beranda yang menghadap laut cukup mengasyikkan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekeliling resort seperti mendayung atau bawa pasangan anda melayari Selat Melaka dan gugusan pulau berhampiran sambil menyaksikan matahari terbenam.
Terengganu memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kehijauan flora dan fauna serta sajian makanan tradisinya yang menyelerakan. Negeri ini juga turut menawarkan keindahan pantainya yang saujana mata memandang. Salah sebuah pantai yang cantik dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong ialah Tanjong Jara terletak kira-kira 69 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Terengganu. Pantainya yang putih dan air laut yang jernih merupakan daya tarikan utama di Tanjong Jara.
Buat pengunjung yang ingin menikmati keindahan panorama pantai pada waktu malam, pengunjung bolehlah menginap di Tanjong Jara Resort yang menyediakan lokasi penginapan mewah lagi selesa. Tanjung Jara Resort istimewanya terletak pada keindahan bangunan kurun ke 17 yang berteras kepada Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Terengganu merupakan salah satu Resort percutian buat anda yang inginkan percutian eksklusif.
Lambaian pohon kelapa di tepian pantai seolah menggamit kehadiran pengunjung lantas mewujudkan suasana nyaman yang sukar digambarkan. Di sinilah terletaknya kedamaian, The Taaras Redang yang memukau panorama merupakan lokasi sesuai bagi mereka yang gemarkan keindahan alam semula jadi. Resort itu mempunyai sentuhan elegan yang menampilkan dekorasi dalaman berkonsepkan ciri tropika moden dan memiliki beranda sebagai tempat beristirehat kepada pengunjung.
Turut disediakan adalah aktiviti mengelilingi pulau, snorkeling dan menyelam yang pasti menawan hati pengunjung yang ingin menerokai khazanah di bawah laut di Pulau Redang. The Taaras menawarkan sebuah percutian spa yang menyegarkan tubuh badan dan merehatkan minda. Rawatan yang disediakan di sini agak berbeza dengan rawatan yang ditawarkan oleh kebanyakan resort. Di sini anda akan dibelai menggunakan produk dari bahan organik bermutu oleh si terapi yang berpengalaman.
Royale Chulan Cherating Villa yang terletak di Pantai Cherating, Pahang mempunyai nilai penginapan eksklusif kerana dikelilingi hutan rimba dan pantai bersih memutih. Lokasi ini merupakan destinasi yang sesuai untuk meluangkan masa dengan insan tersayang. Butiran pasir pantainya memutih dihiasi barisan pokok kelapa yang melampai. Di penjuru laman dan laluan jalan kaki, hiasan tumbuhan bunga menambahkan lagi seri persekitaran penginapan mewah ini. Panorama lautan luasnya pasti membuatkan anda jatuh hati pandang pertama.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Switzerland mengumumkan pembukaan semula sempadan dengan tiga negara jiran bermula 15 Jun depan selepas ditutup hampir tiga bulan.
Ia langkah terbaharu untuk melonggarkan sekatan yang dikuatkuasakan berkaitan COVID-19. Kerajaan Switzerland menjelaskan pembukaan itu melibatkan sempadan dengan Austria, Jerman dan Perancis. Ketika ini, Switzerland hanya membenarkan penghantaran kargo dan pekerja rentas sempadan yang mempunyai pengecualian had. Negara itu bukan anggota Kesatuan Eropah (EU) namun ia adalah sebahagian daripada kawasan Schengen yang membolehkan perjalanan bebas visa di dalam Eropah.
“Rundingan ini menunjukkan kita mempunyai persamaan untuk kembali menjadi normal secepat mungkin, termasuk di bahagian sempadan. Jika perkembangan epidemiologi membenarkannya. Ini juga bermakna kita boleh kembali melaksanakan kebebasan perjalanan, kami sasarkan untuk membuka sempadan sepenuhnya dengan Jerman, Austria dan Perancis pada 15 Jun. Ini adalah perjanjian yang berjaya dicapai antara empat negara ini,” kata Ketua Jabatan Kehakiman dan Kepolisan, Karin Keller-Sutter.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...