Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk. Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Ads
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Ads
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Sebelum memasuki kolam, semua pengunjung dimestikan membersihkan badan terlebih dulu di bilik mandi berasingan untuk lelaki dan perempuan yang disediakan di dalam bangunan utama.
Berbanding kebanyakan kolam renang yang melarang orang ramai mengenakan kemeja T kain kapas ketika berendam, Blue Lagoon bagaimanapun lebih fleksibel di mana pengunjung dibenarkan memakainya. Maka untuk orang Muslim, lokasi ini dibenarkan untuk anda ‘bertutup’.
Bagi pengunjung yang berhasrat membawa pulang khasiat ini untuk diri sendiri mahupun sebagai cenderamata buat kenalan, produk penjagaan kulit berasaskan lumpur silika dan air Blue Lagoon dijual di lobi utama pusat berkenaan.
Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, pengunjung digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang. Anda boleh menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hutan Lipur Kuala Woh terletak 13 kilometer dari Pekan Tapah di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Terletak di jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands, keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram sungai yang begitu mendamaikan.
Hutan Rekreasi Kuala Woh yang juga terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Tapah ini menyediakan denai penerokaan hutan yang lengkap sekali gus menawarkan perjalanan dan pengembaraan menarik. Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai.
Uniknya jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas. Anda boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya. Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram.
Bukan saja lokasi berkelahnya cukup mengujakan tetapi juga destinasi percutian alam ini kaya dengan keindahan flora dan fauna mempesona. Kehadiran rama-rama Rajah Brooke’s yang hidup bebas di dalam habitat semula jadinya dan gabungan air sungai Batang Padang serta air panas semula jadi di Lubuk Merbau melengkapkan percutian alam di Hutan Rekreasi Kuala Woh ini.
Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.
Kemudahan asas seperti dewan terbuka, kafe, chalet, pondok rehat, tandas, tapak perkhemahan dan tapak caravan turut disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung. Dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang, bayaran sebanyak RM2 dan RM1 untuk kanak-kanak dikenakan. Bagi perkhemahan dan bermalam pula, anda perlu berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.
Untuk yang bercadang ke Kundasang buat pertama kali, ini panduan perkongsian menarik daripada Mira Maira
(Kota Kinabalu – Kota belud – Kundasang – Ranau – Kundasang – Kota Kinabalu) – 30 August – 5 September 2020 (7h6m)
BUDGET
* Cabana Retreat, Kota Belud: RM195/ 1malam (Included Breakfast)
* Curvert View, Kundasang : RM189/1malam
* Hounan Ridge Farmstay & Camping : RM100.00/1malam
* Umea Glam, Kundasang : RM250.00/1mlm (Include Breakfast)
* Kereta (Cousin bg pinjam )
* Minyak kereta : RM120 untuk 7 hari
* Tiket Flight : RM338.00 (beli 1 minggu sblm fly)
ITINERARI RINGKAS:
AHAD | 30 AUGUST 20202
* Cousin ambik dkt airport
* Terus pegi pasar Gaya Street
* Signal hill tower (FOC) view bandar KK
* Gayang seafood (Cousin belanja)
* Perdana Park (Parking RM1.00)
ISNIN| 31 AUGUST 2020
• Jambatan tamparuli (FOC)
• Upside Down House Sabah (12.00/person)
• The Peak Of Hope (25.00/person)
• Sabandar cowboy town (2.50/person)
• Check In : Cabana Retreat (Kota Belud) +Free Tour Fireflies Tour
* Sunset Catching + Makan depan kedai Cabana (Try Nasi Ikan Bahulu Penyet) + Milo Ais dia mmg kawwwww.
RABU | 02 SEPT. 2020
• OOTD dkt curvert view
• Desa Farm (Lembu tutup sbb covid)
• Uncle Sulap View Gunung + Air terjun (13.40 mee goreng + milo)
• Sosodikon hill (3.00 entarance for 2)
• Sg monoli fish spa – (5.00/person)
• Sabah tea – lepak minum teh
• Check In : Hounan Ridge Farmstay & Camping
Notes :
KHAMIS | 03 SEPT. 2020
• Akinabalu Park (3.00, each 1.50)
• Breakfast – Sutera lodges dalam park akinabalu. Sedap gak laksa kari (15.00)
• Pekan kundasang (beli sayur / buah tarap)
• Tapau untuk dinner : Wajib cuba sayap madu Wak Ali (29.00) + tapau dekat Restoran Selera Kebun Soboroong (9.90 makanan org dusun)
• Check in – Umea Glam (tempat ni dekat belakang club golf + kena jalan kaki masuk kebun sikit utk ke tempat ni) my advice better bawak bag pax . nangis guyss kalau bawak troli masuk utan hahahaa. nk turun ke tempat glam ni pun 1 hal. Belakang UMEA view akinabalu. Dpn view sunrise. + kredit to staff dia sbb sanggup pos brg aku yg trtinggal. Lagi 1 kat sini water heater tiada lagi. kena masak air panas utk mandi, Cuaca masa aku dtg 14c sbb hujan. mmg sejok + mandi air gunung perghhhhh nasib ada sleeping bag. hilang sejuk. Bilik kt sini kalau bukak website dia hanya utk bulan tu sahaja. kalau korang nk book kena booking direct owner (keutamaan kepada yg stay jauh) : wassap no ni +60 11-1300 8595 redzuan.
JUMAAT | 04 SEPT. 2020
• Desa Dairy Farm (ambik luar)
• Kundasang – KK (drive utk naik bot jam 10am ke Pulau Manukan + Sapi (rm120.40 sekali gear snokkeling + lift jacket) + 2.50 (utk entrance) * korang tak pyh sewa pun gear snokkeling sbb mandi tepi laut je pun. hahahahaa. bukannya ada special package mcm perhentian or tioman drop ke satu2 tempat utk snokkeling sis is rugi !
• Parking keta : 10am-2.39pm (4jam)
• Lunch dekat Resort Pulau Manukan, Nasi Goreng Ayam (13.00)
• Wajib cuba Lokan + Jelly Kelapa dalam kelapa muda : (42.50) dekat lokan bakar.
• Balik siap2 packing baju untuk balik.
SABTU | 05 SEPT. 2020
Fly balik
TIPS & AKTIVITI:-
• Ambil flight awal pagi, jadi banyak masa untuk diluangkan di sana.
• Kami mmg plan untuk trip bersantai saja. Tak nak rushing ke sana sini, penat. melainkan hari last tu sbb aku punya trip mantanani (jetty kota belud) tk dpt pegi , soo aku kejar trip dekat KK. utk manukan + sapi!
• Banyak tempat menarik aku xpegi sbbnya view sama mcm kt Bali. + surabaya + penang. sooo aku decide tk pegi tp korang blh lah masukkan dalam list Kokol Elf / Mari2 Cultural / Masjid KK / Pasar tamu / Pasar Filipina / Arnab Village Ranau etc….
• Island Hopping- Pulau Sapi, Pulau Manukan. aku pilih kaunter tiket No.10 boleh msg terus +60 17-890 9665 (Azlan)
• Jangan lupa untuk beli keropok Blinjo Sira Gula Melaka + Amplang
• Dalam perjalanan ke Kundasang tu jgn ngada2 nak singgah di kedai makan tepi2 jalan tu. Diorang jual SINALAU BAKAS (Babi Hutan Salai)
• Di Kundasang makan boleh cuba dkt area masjid or area roundabout.
• Bangun awal subuh 6.00pagi sebab disana 6.30pagi dah terang. Hayati permandangan puncak Kinabalu. Jam 6.00pagi-9.00pagi adalah waktu ‘mahal’ kalau nak tengok puncak Kinabalu sebelum ditutupi awan dan kabus. Kalau terlepas, kena tunggu esok hari.
P/S:
InsyaAllah akan repeat ke sini lagi nak cuba stay tidoo dalam khemah + xplore laut. Love Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Petra, Jordan antara destinasi pelancongan paling menakjubkan di Timur Tengah. Terletak berhampiran Wadi Musa, kota purba ini terkenal dengan binaan yang diukir terus pada...