Sungai Bangan atau Sungai Balu terletak di Hulu Dungun, Terengganu terkenal dengan kejernihan air sungai yang berwarna hijau kebiruan.
Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih. Sungai Bangan biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.
Ads
Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut. Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau. Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangan perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.
Ads
Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang ke Sungai Bangan ini, nikmati keindahan alam dengan baik serta jangan buang sampah merata-rata.
Siapa tiada mengenali nama United Arab Emirates (UAE), sebuah negara yang makin berkembang pesat dan moden dari hari ke hari. UAE adalah gabungan tujuh wilayah iaitu Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaywayh, Ras Al Khaimah dan Al- Fujayrah. Pada 1971 ketujuh-tujuh pemerintah wilayah di atas bersetuju untuk membentuk sebuah negara dipanggil UAE.
Abu Dhabi ialah ibu negara UAE dan kaya dengan penghasilan minyaknya. Juga merupakan bandar pentadbiran UAE. Dubai memiliki kekayaan warisan, dengan sejarah yang berawal dari masa prasejarah. Perubahan terbesar dalam sejarah Dubai berawal dari penemuan minyak lima puluh tahun lalu.
Tetapi hari ini, sebahagian besar pendapatan wilayah itu sekarang bukan lagi daripada hasil minyak tetapi datangnya daripada industri pelancongan.
Pelbagai tarikan dilakukan agar UAE dilihat sebagai sebuah negara yang gah dengan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang unik. Bahkan ada yang dikategorikan sebagai tertinggi di dunia. Menara atau bangunan tersebut kemudian menjadi tarikan kepada pelancong. Antaranya, Al Burj Khalifa, bangunan Dubai Frame, Kompleks Atlantis, Burj Al Arab dan Marina Bay Dubai.
Populasi penduduk UAE pula adalah kira-kira 9.3 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 20 peratus rakyat UAE manakala 80 peratus lagi adalah rakyat negara luar sama ada bekerja atau berniaga di negara tersebut.
Demi memastikan kemodenan UAE membangun dengan pesat, ramai pendatang asing di bawa masuk untuk memajukan negara ini. Namun yang menjadi perbualan ramai adalah kehidupan yang menyedihkan pendatang-pendatang ini disebalik negara yang gah. Ada juga pendatang yang datang ke sini untuk berkerja tidak dibayar gaji, selain kebersihan dan kebajikan tidak dijaga dengan baik oleh majikan.
Ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh portal Dailymail untuk tatapan umum.
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia terkenal dengan keunikan flora dan fauna yang tersendiri selain menjadi tumpuan dunia mengkaji habitat yang pelbagai.
Namun ada berita sedih yang ingin dikhabarkan. Terkini, tinggal kurang daripada 200 ekor harimau Malaya di Semenanjung Malaysia manakala badak sumbu Sumatera pula hanya tinggal kenangan. Nasib yang sama juga menimpa tapir Malaya yang sehingga kini bilangannya didapati kurang daripada 1,500 ekor di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 27 April lalu, Hari Tapir Sedunia disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi spesies tapir dan habitatnya di seluruh dunia yang diancam kepupusan.
Kadar kematian tapir Malaya di Semenanjung Malaysia ialah antara 30 hingga 35 ekor setiap tahun, lazimnya disebabkan kemalangan jalan raya.Tapir merupakan haiwan terlindung dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Kita harus bertindak pantas sebelum terlambat seperti apa yang telah berlaku kepada populasi badak sumbu Sumatera dan badak Jawa di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Sabah Environmental Trust, Dr Rahimatsah Amat.
Menurut Dr Rahimatsah, pelan safe haven adalah satu kaedah saintifik bagi mengurangkan risiko kepupusan sesuatu spesies dengan membahagikan populasi haiwan itu di dua kawasan, berbanding membiarkannya pupus di satu kawasan dengan kadar kematian tinggi.
Memperkenalkan semula habitat selamat atau safe haven di Sabah bagi tapir Malaya mampu menambah peluang bagi spesies itu membiak di bawah pemantauan pakar dan saintis sekali gus mengurangkan risiko kepupusan.
Borneo Rhino Sanctuary, Lahad Datu merupakan lokasi dicadangkan untuk memulakan program safe haven tapir Malaya, kerana kawasan itu kini terbiar selepas kepupusan badak sumbu dan sangat sesuai bagi kehidupan dan pembiakan spesies tapir berkenaan.
Kalau anda sedang mencari lokasi makan yang unik di Kuala Lumpur, Grumpy Bagels 1905 di Sentul Depot antara tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai....