Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.
Foto: tripsavvy.comFoto: newser.com
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Ads
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Ads
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Ads
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Salah satu destinasi pelancongan pantai yang popular di Johor ialah Pantai Tanjung Balau Kota Tinggi, sesekali layan perasaan di sini memang best.
Biasanya ini antara lokasi santai paling menjadi pilihan kunjungan orang awam terutama cuti hujung minggu dan cuti umum.
Buat orang Johor yang malas nak bercuti jauh, boleh lah plan ke sini bawa anak-anak.
Nikmati pasir putih dan air laut yang jernih. Tempat yang sempurna untuk berjemur, berenang, atau sekadar bersantai menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.
Pantai Tanjung Balau terkenal dengan lokasi memancing yang ideal. Bawa peralatan memancing anda dan nikmati masa yang menyenangkan di tepi pantai.
Terokai laluan trekking di sekitar pantai dan habiskan hari anda dengan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Owh ya, sekitar pantai ini banyak chalet dan hotel sekitarnya, jadi buat pengunjung jauh anda boleh singgah dan bermalam si sini juga.
Pantai Tanjung Balau, Jalan Tanjung Balau, Tanjung Balau,
82200, Benut, Johor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti ke Pattani, pasti ramai yang tak tahu apa yang best di sana, bukan? Bukan hanya makanan murah tetapi kawasan pantai pun cukup indah.
Nak lebih dekat lagi, jom baca perkongsian Eja Zakaria ini dulu. Barulah berbaloi dan mudah nak gerak di sana nanti.
Dulu kalau dengar Pattani mesti ingat perempuan kerja kedai makan, makcik junjung, serangan bom. Memang dah lama teringin nak pergi jalan-jalan belah Pattani tapi tak pernah nak jadi sebab risau.
Sebenarnya cantik pantai belah Pattani ni. Laut pula nampak terbentang. Tempat penginapan pun banyak tepi laut ni, murah pula. Serendah RM150 per night pun ada. Yang paling selesa pantainya memang betul-betul suasana kampung.
Nyaman, nak bercuti nak rehat badan rehat otak sesuai sangat sangat. Lagi satu paling win tempat makan best dan sedap pun banyak. Dijamin halal sebab kawasan majority muslim dan cakap bahasa Melayu.
Antara tempat lawatan menarik di Pattani ni adalah hampa wajib check in dekat area Laempho. Baru ni kami check in dekat forest beach resort. Memang best! Buka pintu bilik terus lari pergi mandi pantai.
Jom lah merasa ke sana, bulan puasa pun on!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak menghairankan jika Perancis menjadi salah satu destinasi popular di dunia. Keindahan, sejarah, seni, budaya dan kota-kotanya mempunyai daya tarikan tersendiri. Bukan setakat itu pantai-pantainya juga mempesona, gunung-ganang yang mengagumkan, semuanya boleh anda temui di Perancis.
Saban tahun melancong dan berlibur ke tempat-tempat menarik menjadi agenda utama Suwarsi M.Arukin. Melihat tempat orang yang pelbagai rencam dan budaya merupakan terapi minda yang menyeronokkan. Tidak berapa lama dulu, Sue memutuskan untuk menjelajah Itali dan menyambung perjalanan ke Monaco serta Nice dan Cannes di Perancis.
Monaco, sebuah negeri kecil yang moden namun masih mengekalkan tradisi dalam banyak perkara. Oleh kerana Sue ke Monaco melalui jalan darat (menaiki bas pelancong yang disewa khas oleh ejen pelancongan yang menguruskan perjalanannya) jadi kurang pasti penerbangan mana yang sesuai untuk dipilih jika anda ingin terbang terus ke Monaco.
Monte Carlo, merupakan bandar utama dan terpenting di Monaco. Di sinilah terletaknya pelbagai aktiviti penting keseluruhan Monaco. Kepada peminat sukan lumba kereta Formula One, tentunya tahu bahawa litar Monaco adalah antara litar yang paling sukar dan merbahaya buat para pelumba. Litar yang dibangunkan dari jalan raya (jalan raya utama digunakan sebagai litar) ternyata begitu mencabar dan penuh dengan selekoh tajam dan curam namun inilah tarikan utama Formula One Monaco.
Selain litar lumba, kecantikan lautnya sangat mengagumkan. Ratusan bot dan kapal mewah yang berlabuh di pesisir pantai menambahkan lagi gelaran kota ini sebagai tempat untuk “The Rich & Famous”. Harga hartanah di sini seperti tidak tercapai akal untuk golongan rakyat biasa memilikinya. Monte Carlo juga mempunyai puluhan (mungkin ratusan) pusat hiburan dan perjudian (kasino). Tidak hairanlah ia menjadi tumpuan pelancong yang gemar menghabiskan masa dengan aktiviti perjudian. Menelusuri jalan-jalan di kota ini, melihat bangunan-bangunan lama yang masih dipelihara dan digunakan seperti town hall, mahkamah dan pejabat pelancongan, memberi gambaran mereka masih menghargai warisan silam.
Dari Monaco perjalanan menaiki bas pelancong ke Nice, Perancis pula. Terletak di French Riviera, Timur Laut Perancis yang di kelilingi Laut Mediterranean. Kota ini juga mendapat jolokan Nice La Belle yang bermaksud Nice, yang cantik. Memang benar, kota ini menyajikan pemandangan yang indah di sekitar kota dan pesisir pantainya. Banyak bangunan di Nice mendapat pengaruh Rusia daripada segi seni bina dan reka bentuknya. Ini boleh dilihat antaranya di Cathedrale Orthodoxe Russe St Nicholas. Terdapat banyak pusat membeli-belah di kota ini.
Menyusuri jalan di kota ini di waktu malam juga satu pengalaman yang mengasyikkan melihat warga kotanya membanjiri kafe, restoran dan pusat hiburan. Pengangkutan awam seperti bas, tram dan teksi ialah pilihan ada. Namun jika anda inginkan kelainan, boleh juga menyewa basikal untuk bersiar-siar sekitar bandar. Makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gerai,kiosk dan restoran di mana peniaga yang kebanyakannya dari timur tengah menyajikan makanan halal dengan harga berpatutan.
Selesai di Nice, perjalanan diteruskan ke Cannes, sebuah bandar perfileman terkenal dunia. Di sinilah berlangsungnya Festival Filem Cannes saban tahun yang menghimpunkan bintang-bintang industri perfileman seluruh dunia. Bandar sofistikated ini menyajikan deretan butik-butik berjenama bagi mereka yang gemar membeli-belah. Kebanyakan kediaman berstruktur tinggi seperti kondominium atau apartmen yang kebanyakannya menghadap laut Mediterranean yang sangat cantik pemandangannya.
Anda tidak perlu berada lama di Cannes, memadai sehari suntuk sudah mencukupi untuk mengelilingi bandar yang serba-serbi mahal (untuk masuk tandas awam sahaja anda perlu membayar sekitar dua euro menyamai hampir RM10). Pengangkutan awam di sini tidak terlalu banyak pilihan dan anda perlu bersedia membayar harga tinggi untuk perkhidmatan teksi bandarnya. Mungkin bandar ini lebih sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dan dunia glamor.
Sesuai dengan gelaran bandar filem, panggung teater dan persembahan banyak terdapat di sini. Makanan halal juga terdapat di sini namun terhad. Pilihan lain ialah makanan vegetarian. Keseronokan berada di sini memang sesuatu yang luar biasa. Sue tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke sini lagi di masa akan datang jika keadaan dan rezeki mengizinkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim bunga sentiasa menjadi antara waktu paling dinantikan oleh kaki travel. Cuaca yang lebih nyaman, bunga berkembang di merata tempat dan suasana penuh warna...