selango

Bagi mereka yang mahu staycation bersama keluarga, inilah masa yang sesuai untuk berkunjung ke beberapa destinasi menarik dalam negeri.

Tak perlu pergi jauh, Kuala Selangor menjanjikan percutian menarik yang boleh diterokai bersama ahli keluarga.

Hanya sejam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur, anda akan teru sampai ke destinasi yang dituju. Biarpun bukan bandar besar, tetapi rupa-rupanya menyimpan 5 syurga tersembunyi yang tak pernah diterokai sebelum ini.

Menurut perkongsian Arif Azhar dalam Grup Backpackers Buddies Malaysia memberitahu pengalaman percutiannya di sini dan meman sangat cantik.

Pemandangannya seperti berada di Bolivia, Brazil dan Holland. Dan ini lokasi yang perlu anda kunjungi jika ke sana.

5 SYURGA TERSEMBUNYI DI KUALA SELANGOR

Ramai yang tak tahu dan belum pergi lagi. View tempat-tempat percutian di Kuala Selangor memang terbaik. Sangat cantik! Macam pemandangan di Bolivia, Brazil dan Holland. Tak sangka betul. Ini tips untuk anda.

1) BUKIT MELAWATI

Tempat yang anda wajib visit jika ke Kuala Selangor adalah Bukit Melawati. Anda boleh naik kereta api pada hari Sabtu dan Ahad. Di atas tu ada Rumah Api, Muzium dan yang paling best ada haiwan seperti monyet tapi dia lebih comel dan jinak, bulu berwarna hitam, namanya Lotong.

Anda boleh beri mereka makan kacang panjang, nanti dia datang dekat anda. View matahari terbenam di Bukit Melawati sungguh cantik. Tiap kali ke Kuala Selangor, saya akan menikmati sunset di sana.
Tiket Kereta Api : RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak

2) SKY MIRROR

Sky mirror ni tempat paling rare! Perjalanan naik bot dari Jeti Pasir Penambang ke Sky Mirror mengambil masa sekitar 25 minit. Di pertengahan jalan, bot akan berhenti sekejap bagi burung helang makan. Helang di sini memang banyak, siapa yang bawa anak kecil, mesti mereka teruja. Saya yang dewasa ini pun beria ambil gambar helang.
Tiket : RM30 (Helang)

Kemudian bot teruskan perjalanan ke Sky Mirror, di sinilah syurga tersembunyi Kuala Selangor yang orang ramai belum ketahui. Sky Mirror ini unik sebab dia berada di tengah laut, macam pulau tapi ia cuma timbul beberapa jam. Selepas itu, ia akan jadi laut semula. Untuk makluman anda, Sky Mirror ini ada dua saja di dunia, iaitu di Bolivia dan Malaysia. Tiba-tiba rasa bangga jadi orang Kuala Selangor.

Bergambar di Sky Mirror ini memang heaven! Lagi-lagi jika langit berwarna biru, pantulan langit lebih jelas. Tips untuk gambar nice, anda perlu pakai pakaian yang berwarna-warni, contoh warna kuning, oren, hijau, merah supaya gambar reflection lebih menarik. Jika ada 4-5 orang lebih bagus, anda boleh buat berbagai-bagai aksi. Anda boleh lihat gambar-gambar saya, memang WOW!
Tiket : RM80
(Ask for more Group Discount)
Contact : 016-2234 788
FB : Sky mirror world tour
Web : www.skymirrorworld.com

IKLAN

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

3) BLUE TEARS

Ini lagi satu keajaiban yang saya lihat depan mata. Waktu senja, langit dah gelap, bot perjalanan pulang ke Kuala Selangor. Kemudian bot pergi di satu kawasan tengah laut, saya diberi jaring ikan seperti di akuarium tu. Lalu saya sauk jaring tersebut ke dalam air laut, tiba-tiba jelas kelihatan Blue Tears.

Saya sangat kagum! tak-tahu nak cakap macam mana. Benda Blue Tears ini macam butiran-butiran lampu biru. Sebelum saya jadi professor, lebih baik anda search kat google haha sampai sekarang saya tak habis fikir, sungguh ajaib Blue Tears ni. Anda kena tengok depan mata, baru anda faham.
Tiket : RM30

IKLAN

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

4) KELIP-KELIP

Apabila sudah malam, gelap, sunyi, bunyi cengkerik. Bot lalu slow tepi-tepi pokok bakau, kelihatan penuh kelip-kelip berterbangan di sekitar pokok. Seperti di Amazon Brazil, saya bercuti di sini macam mimpi. Tak sangka yang kelip-kelip banyak, sampai masuk ke dalam bot sehinggakan saya berzikir melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah, cantik sungguh.

Jika anda nak pergi visit 3 tempat sekaligus Sky Mirror, Blue Tears dan Kelip-Kelip, saya sarankan anda booking pakej Combo, lagi jimat daripada booking asing-asing. Anda boleh wasap team Sky Mirror World Tour.
Tiket : RM25
Wasap : http://www.wasap.my/60162234788
FB : Sky mirror world tour

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

IKLAN

5) SEKINCHAN PADI BOX

Saya menginap di Padi Box yang dikelilingi sawah padi. Tenang betul, bangun pagi dengar bunyi burung berkicauan. Inilah syurga dunia! Anda boleh lakukan aktiviti mengayuh basikal, main layang-layang sambil minum air kelapa pandan dan makan jagung bakar. Ya Allah, memang nikmat!
Harga : RM118/night (2pax)
Contact : 019-320 5688 (Whatsapp)
FB : Sekinchan Padi Box

Overall, Saya bagi 5 bintang. Kalau anda nak relakskan minda, saya sarankan pergilah bercuti ke Kuala Selangor. Tempat pelancongan yang sangat menarik, anda tak akan menyesal. Pengalaman bercuti yang saya share ini sangat berharga.

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

5 Syurga Tersembunyi Di Kuala Selangor, View Menarik Macam Berada Di Brazil & Holland

Tag kawan-kawan anda yang plan nak pergi bercuti ke Kuala Selangor.
Jemput follow instagram saya : @aripye
Picperfek, Images Beyond Perfection,.
#kualaselangor #skymirror #padibox #kelipkelip #visitmalaysia #cuticutimalaysia

Artikel Berkaitan:

Lokasi Syurga Beli-Belah Terhebat Di Selangor

Lokasi Hotspot Percutian Dalam Kabin Paling Gempak Di Selangor!

Nikmati Keindahan Rama-Rama, Serangga & Suasana Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI