Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung.
Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Namun perlu diingatkan, lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja walaupun meninggalkan tasik biru yang cantik lokasi tersebut sangat bahaya.
Lokasi-lokasi ini memang sudah terkenal dalam kalangan penduduk tempatan datang merakam gambar terutamanya buat golongan muda sehingga lokasi tersebut menjadi tular. Namun segala aspek keselamatan di bawah pengawasan sendiri. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Antara tasik ‘kuari’ biru yang diketahui di Malaysia:
Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Shah Rompin, Pahang
Ads
Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang
Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor
Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru, Johor
Ads
Tasik Pepsi Blue, Kuala Terengganu, Terengganu
Lubuk Mandi atau digelar sebagai Tasik Pepsi Blue, yang terletak di Mukim Rusila berhampiran Kuala Terengganu bakal dijadikan tarikan baharu destinasi pelancongan Terengganu. Kecantikan air di Tasik Pepsi Blue yang biru kehijauan memang luar biasa dan boleh diperkenalkan kepada pelancong luar. Jarak lokasi ini yang berdekatan dengan Kuala Terengganu menjadikan ia lokasi yang mudah untuk dikunjungi pelancong bagi menikmati panorama dan merakam gambar berlatarbelakangkan tasik tersebut.
Ads
Pengunjung hanya perlu ‘jungle trekking’ kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke kawasan atas tasik bagi menyaksikan keindahannya. Berdekatan Tasik Pepsi Blue ini juga terdapat kawasan perumahan, jadi jalan untuk ke sini sudah cantik dan sesuai dilalui kenderaan. Tasik Pepsi Blue merupakan tasik buatan yang terhasil daripada aktiviti melombong secara mendulang emas yang suatu ketika dahulu sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Namun, aktiviti melombong emas itu telah diarah dihentikan beberapa tahun lalu ekoran berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa pelombong termasuk tanah runtuh dan akhirnya dijadikan kawasan larangan. Namun, kebelakangan ini Lubuk Mandi kembali diperkatakan di laman sosial selepas terdapat beberapa individu yang memasuki kawasan tasik itu dan mengambil gambar.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha.
Bukan itu sahaja, ada setengah-setengah pusat pelancongan agro turut menawarkan kemudahan penginapan agar pengunjung mempunyai lebih kesempatan untuk menjelajah keseluruhan kawasan. Yang pastinya, aktiviti yang disediakan pastinya memenuhi kehendak ramai terutama buat mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti melawat ke kawasan ladang ternakan lembu atau kambing, di situ pengunjung bakal diberi pendedahan berkenaan cara menternak haiwan, melihat sendiri proses penyembelihan serta memerah susu. Jika di ladang buah-buahan pula, pengunjung boleh melihat proses penanaman pokok dan memetik buah. Acara paling istimewa pastinya pengunjung diberi kebenaran untuk merasa sendiri rasa buah-buahan yang ada di destinasi tersebut. Menarik bukan?
Ini lokasi pelancongan agro popular yang ada di Malaysia. Memang idea yang baik untuk bawa keluarga ke sini.
MAEPS Agro Tourism Park, Serdang, Selangor
Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis
Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah
Pusat Memproses Madu Lebah FAMA, Kuala Nerang, Kedah
Ladang Mempelam Tobiar, Pendang, Kedah
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands, Pahang
Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, Pahang
Peladang Setiu Agrotourism & Resort, Terengganu
Taman Pertanian Sabah, Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau korang suka percutian ala kampung dan nak rasa lebih dekat dengan alam semula jadi, tempat ini memang sangat disarankan.
Suasana yang tenang, aman, dan damai, tempat ini adalah lokasi yang sesuai untuk lari dari kesibukan kota. Memang seronok dan menenangkan kerana terletak di kawasan kampung.
Kalau nak merasai pengalaman tidur seperti di New Zealand, boleh cuba Caravan (Sofabed), ada 4 unit semuanya. Memang hebat!
Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi di dalam bilik. Lebih menarik lagi, ada sungai di belakang resort.
Haa… tetapi Natasya Riverside ada 2 tempat di Gopeng:
Nak buat aktiviti white water rafting selama 3 jam berserta makanan style kampung pun boleh.
2. Natasya Riverside Resort Gopeng (Ini baru)
Kemudahan yang ada dekat Natasya Riverside Gopeng:
– Surau
– Tempat masak (Peti ais, pekakas dapur)
– Tandas (untuk yang sewa tapak khemah)
– Pondok kayu
– Alatan BBQ
– Tempat karaoke
– Dekat dengan sungai
Nampak tempat ini sangat sesuai bagi anda yang nak lari dari kesibukan kota, jom cuba bawa anak-anak bercinta dengan alam semula jadi pula.
Natasya Riverside Resort & Caravan Park
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda berada di kota raya, banyak port menarik tenangkan jiwa bersama keluarga. Tak perlu gigih keluar ke tempat yang jauh, cukup berteduh di sekitar Selangor.
Nak-nak Selangor sebuah destinasi pelancongan dengan pelbagai lokasi menarik dari kawasan pantai, lanskap bandar, elemen kehijauan, dan banyak lagi latar yang menakjubkan untuk anda memperagakan ‘Outfit Of The Day’ atau OOTD.
Ini lima lokasi terbaik untuk mencuri sedikit masa bersama keluarga dan dalam masa yang sama, anda juga boleh healing!
Jika anda memang pencinta haiwan, Bukit Jelutong Eco Community memang ‘dibina’ untuk sesiapa yang mencari destinasi eko-pelancongan.
Sebuah taman riadah dan rekreasi yang terletak di Shah Alam ini menawarkan suasana yang cukup istimewa. Gabungan suasana kampung dengan alam semula jadi, taman ini sungguh menenangkan. Bagus datang awal pagi, lebih banyak tarikan yang boleh dinikmati, cuaca juga tidak terlalu terik dan tidak terlalu ramai orang.
Bukit Jelutong Eco Community menyediakan trail untuk anda yang inginkan aktiviti hiking dan dikatakan sebagai trail yang mudah serta lebih sesuai buat anda yang ingin lakukan pendakian yang ‘ringan-ringan’ je.
Kalau nak berkelah, sini memang tempatnya kerana Bukit Jelutong Eco Community menyediakan banyak port lepak dan tempat rehat. Hamparkan saja tikar anda dan makan bersama keluarga.
Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park, ada haiwan seperti itik, angsa dan kambing. Itik ada di dalam tasik, anda boleh bagi makan dekat haiwan yang ada di sini.
Alamat : Bukit Jelutong Eco-community Park, Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 7 pagi – 7 malam setiap hari
Dragonfly Park yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam bakal menjadi lokasi yang sempurna untuk sesiapa yang ingin luangkan masa dengan melakukan aktiviti riadah pada waktu petang. Pandangan yang cukup mendamaikan dengan rumput dan pokok-pokok menghijau serta kawasan perumahan sangat lawa.
Eco Grandeur Puncak Alam merupakan kawasan perumahan yang dibina berkonsepkan mesra flora dan fauna. Seperti namanya, kawasan tasik yang ada di sini adalah berbentuk seperti dragonfly atau pepatung.
Selain sesuai untuk beriadah, lokasi ini sangat sesuai untuk bergambar. Gazebo disediakan di sini tau, sudahlah kawasannya cantik, diberikan pula tempat berteduh yang sangat cantik dan sempurna.
Alamat : Dragonfly Park @ Eco Grandeur, 47000, Puncak Alam, Selangor
Waktu operasi : 10 pagi – 8 malam setiap hari
Antara taman yang perlu anda kunjungi bersama keluarga nanti ialah Taman Saujana Hijau. Sebuah taman yang membawakan vibes dan feel luar negara, Taman Saujana Hijau memang unik dan luarbiasa kerana mempunyai tiga taman berlainan iaitu Taman Eropah, China serta Inggeris.
Setiap taman ini bukan sahaja membawakan estetik tertentu, malah tumbuhan yang ditanam di setiap bahagian ini akan mencerminkan budaya dan identiti setiap tema.
Taman Saujana Hijau juga boleh melihat kawasan berbukit yang dikelilingi pokok-pokok pine dan pagar kayu yang sama seperti taman-taman di benua itu. Memang akan rasa seperti berada di sini. Sesuai sangat untuk dijadikan tempat bergambar, lebih-lebih lagi untuk photoshoot perkahwinan.
Taman China pula mempunyai beberapa Chinese-style pagoda yang terletak di sekitar taman. Kalau nak rasa seperti filem Mulan, boleh-lah bergambar di sini. Taman Inggeris pula dipenuhi bunga-bunga ala English dan pokok Juniper menghiasi taman ini.
Memang cukup cantik. Terdapat track jogging sepanjang 2.8km yang tersedia buat yang sukakan aktiviti ini atau menunggang basikal. Namun, aktiviti yang tentunya min cadangkan sudah tentulah berkelah.
Simple namun cukup bermakna untuk anda dan keluarga. Berkelah dalam suasana seperti ini, tentunya akan membuatkan setiap detik menjadi istimewa. Pilih saja taman yang anda gemari dan spot-spot terbuka untuk anda set-up dan enjoy!
Alamat : Jalan P11, Presint 11, 62000, Putrajaya
Waktu operasi : 7 pagi – 7 malam setiap hari
Jika anda peminat suasana Jepun dengan pokok cherry blossom mereka dan taman-taman yang minimalis, di sini merupakan tempat yang sesuai,
Dijamu dengan lanskap indah yang kemas dan elegan, suasana aman dan jambatan-jambatan kecil dikelilingi air tasik, memang merefleksi budaya masyarakat Jepun. Anda juga boleh terasa bagai berada di negara matahari terbit itu.
Mauk sini memang feeling seolah-olah berada di Osaka dan Hokkaido.
Terdapat beberapa tarikan menarik yang korang boleh pergi di sini. Antara tarikan yang ada di taman ini ialah Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
Yang paling best, ada program persembahan kebudayaan Jepun dan Selangor pada setiap hari minggu tau. Jadi kalau plan nak berjogging di Taman Tasik Shah Alam tu, boleh lah singgah sebentar dan menikmati serta mempelajari budaya Jepun di taman ini.
Alamat : Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 10 pagi hingga 6.30 petang, ditutup pada Isnin
Bertemakan ‘Taman Musim Panas di Malaysia’, terdapat 38 jenis tumbuh-tumbuhan eksotik dan 18 jenis pohon-pohon renek yang dibawakan dari pelbagai negara.
Ada Pancutan Air Muzikal yang Pertama di Dunia dengan menggunakan tenaga solar, berkonsepkan Simfoni Kelestarian. Keseluruhan premis di D’Network Setia Eco Park ini juga menggunakan tenaga solar bertujuan untuk menekankan konsep ekosistem yang lestari untuk semua pengunjung.
Selain itu, D’Network Setia Eco Park terdapat laman untuk bermain petanque, iaitu boling padang dan juga dapat belajar bermain sukan yang berasal daripada Perancis ini bersama pengunjung lain. Banyak aktiviti menarik boleh buat di sini, termasuk nak beriadah, merehatkan badan, bersukan atau jogging.
Alamat : Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : 8 pagi hingga 12 tengah malam
Selepas ini anda boleh lah bawa keluarga dan teman beriadah bersama ke taman-taman yang menarik ini dan yang paling penting, masuk percuma sahaja!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...