Ramai selalu buat silap dalam pemilihan kasut, lebih-lebih lagi kasut yang nak digunakan untuk travel. Banyak kes kaki lenguh, melecet malah tercabut kuku kaki pernah berlaku.

Ini semua gara-gara kasut yang tak sesuai dengan kaki kita. So, Libur nak kongsi tips pemilihan kasut apa yang sesuai untuk keluar travel.

1. Kasut atau sandal?

Kasut atau sandal ini subjektif ikut keselesaan pemakai dan jenis aktiviti yang nak dilakukan. Kalau tanya pendapat Libur, Libur cadangkan kasut.

Sebab kasut lebih selamat berbanding sandal. Sandal ni, kadangkala benda asing boleh terselit masuk ke celah tapak kaki.


2. Saiz kasut.

Saiz kasut ni punca utama kasut ‘makan’ tuan. Sebelum beli kasut, periksa dulu saiz kaki dan jenis kaki kita.

Jenis kaki ini yang selalu orang fail. Dia tak tahu sama ada kakinya lebar atau panjang.

Punca kasut ‘makan’ tuan terjadi bila orang berkaki lebar pakai kasut orang berkaki panjang. So, kasut itu ketat di bahagian hujung jari kaki.

Bila berjalan, kasut akan squeeze jari kaki. Itu yang buat kuku kaki tercabut.

Ada pelbagai jenis saiz dan lebar kasut. Pasaran negara kita selalu mengikut rujukan daripada USA dengan menggunakan jenis A, B, C, D, E, EE, EEE atau EEEE.

Tapi orang asia macam rakyat Malaysia ni selalu jenis A atau B je. A ni untuk kasut yang memanjang manakala B untuk kasut yang jenis melebar.

Kaki gedabak besar gajah macam Libur ni pilih jenis B jela.

3. Material kasut

Ada bermacam material kasut yang dijual di pasaran. Ada kulit, getah, kanvas, suede, dan mesh. Material mesh ni sama macam kasut sukan atau jogging yang biasa kita tengok. Libur cadangkan pilih daripada jenis ini sebab kasutnya lebih ringan, lebih selesa malah lebih senang dicuci.


4. Kusyen kasut

Pilihan kasut yang berkusyen mampu memberi keselesaan yang lebih selesa. Jangan buat main bab keselesaan ni sebab kita nak berjalan jauh. Pastikan kaki dalam keadaan selesa sepanjang trip. Kalau pilih yang kurang berkusyen ni takut belakang buku lali cepat melecet.

Tapak dalam kasut pilih yang lembut. Ada pengeluar cipta teknologi kasut ikut bentuk tapak kaki kita. Seolah-olah ada gel di tapak kasut dan memberi rasa selesa yang baik untuk pemakai.

5. Berat kasut

Jangan pilih kasut yang berat. Nanti kaki cepat lenguh dan kita mudah penat. Nanti mula nak cari kerusi je.

6. Tahan lasak

Nak travel, kasut kena tahan lasak. Kalau sekali dua pakai dah tercabut macam mana nak pakai pergi travel kan? Kebiasaannya, kasut-kasut hiking tahan lasak. Nak pakai berjalan dalam bandar pun nampak kemas. Tapi harga, kena standby duit lebih sikit. Libur pernah beli satu jenama kasut hiking, daripada tahun 2012 sampai tahun 2018, baru tercabut tapak kasut. Enam tahun oh Libur lanyak!

7. Kalis air

Perlu ke kasut kalis air atau GORE-TEX? Libur rasa, ikut bajet poket masing-masing. Sebabnya, kasut GORE-TEX ni mahal sikit berbanding biasa. Libur selalu beli kasut, tak nak yang kalis air atau GORE-TEX sebab dia cepat berbau.

8. Tapak luar kasut

Cuba dapatkan tapak luar kasut tebal berbanding nipis. Tapak tebal ni lambat haus dan memberi cengkaman yang lebih kuat. Bunga tapak luar kasut itu cuba dapatkan bentuk yang boleh menolak air keluar supaya di kawasan berlopak pun kasut mampu mencengkam dengan baik.

Ini antara beberapa tips yang Libur rasa boleh kongsikan dengan semua. Kalau pembaca ada pendapat yang lain, kongsikan di facebook Majalah Libur. Nanti kita sama-sama kongsikan pendapat.

Tinggalkan Komen