Berita baik bagi warga Perak dan Kota Bharu, Kelantan untuk bercuti ke Langkawi.
Ini kerana syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dua hala Ipoh- Pulau Langkawi, Langkawi -Ipoh sebanyak tiga kali seminggu susulan pembukaan semula sektor pelancongan secara gelembung oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September 2021. Dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September 2021.
Ads
“Sejauh ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan. Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September 2021 jam 1.40 petang dan sampai ke Langkawi International Airport pada 2.30 petang.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi Air Asia untuk tempahan tiket. Namun begitu kami tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas 22 September 2021 kerana ia mungkin dijadualkan semula mengikut keperluan semasa,” katanya.
Ads
Ads
Dalam pada itu, syarikat penerbangan itu melaporkan sebanyak 200,000 tiket habis terjual di mana pada hari pertama jualan tiket dibuka, sebanyak 30,000 tempahan diterima dari orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam satu kenyataan media memaklumkan sebanyak 200,000 tiket ditempah orang ramai secaar keseluruhannya. Dan katanya lagi, gelembung pelancongan ini juga menunjukkan orang ramai ingin kembali melakukan perjalanan dan memilih penerbangan sebagai keadah pengangkutan. (sumber: Peraktastic).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘BORAK SEENI’ MERANGKUMI PELBAGAI TOPIK MENARIK SEPERTI ISU KELUARGA, SEGMEN GAYA HIDUP DAN KESIHATAN BERSAMA BARISAN PAKAR. SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA AKAN MENAMPILKAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BOLEH MEMBERI INSPIRASI DAN TELADAN KEPADA PARA PENONTON MELALUI KISAH DAN PENCAPAIAN MEREKA YANG MEMBANGGAKAN DALAM PELBAGAI BIDANG.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
NU IDEAKTIV, SELAKU RAKAN PENGHASIL KANDUNGAN, MELALUI APPLIKASI SEENI YANG MELAHIRKAN PROGRAM BUAL BICARA ‘BORAK SEENI’ MENGAMBIL 17 KANDUNGAN DIGITAL NU IDEAKTIV YANG SESUAI DENGAN FORMAT PROGRAM BUAL BICARA UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT MELIPUTI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seperti yang kita tahu setiap kali hujung tahun pasti negeri-negeri di Pantai Timur akan mengalami musim tengkujuh.
Namun itu tidak membataskan mood percutian ke sana terutama bagi mereka yang ‘food hunter’.
Jika untung bernasib baik, percutian ke Pantai Timur ini pastinya menjadi antara momen paling manis untuk di kenang sepanjang tahun.
Namun diingatkan untuk tidak mandi-manda di kawasan pantai atau air terjun kerana bimbang sungai deras atau ombak kuat.
Bagi yang berhajat untuk ke sana dan tidak tahu mana tempat menarik untuk dituju perkongsian Helmi Baharum ini boleh di jadikan panduan.
Boleh je nak melancong ke pantai timur hujung tahun jika tak banjir, tp elakkan mandi-manda di pantai dan air terjun/sungai yang deras
MAKANAN BEST -Kedai makan S.I.A.M, Kota Bharu-SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food.Set Miang Pla terbaik -Mazni Ikan Bakar, Tok Bali, Bachok.RM15 udang celup tepung berlambak dapat dan sedap. -Keda Bira Pata, Jerteh, Terengganu-Maggi ketam.
HOTEL: -D’Muara One Chalet Tok Bali, standard room RM33 x 2 malam. Berdepan Pantai Tok Bali, Bachok.Very basic facilities. FLIGHT: RM24 pergi balik KL-KB-KL SEWA KERETA: RM45sehari x 2 Hari+Kos petrol RM20 (harga selepas share of 2)
Day 1(3/12/2021) * Flight KLIA – Kota Bharu. * Flight delayed & tak boleh mendarat di Kota Bharu akibat cuaca buruk, terpaksa landing dan isi minyak di Airport Penang. Lepas 4 jam tiba semula di Kota Bharu.Punah itinerary, hurm. *Sebelum maghrib-layan rumput feeling-feeling Korea di Pantai Kemayang, Tawang, Kelantan. *Malam-makan, Kedai Eco Bachok dan check in hotel.
Day2 (4/12/2021) * 7.00AM: Sunrise di Tok Bali,jalan kaki je. * 9.00AM: Pantai Bukit Keluang,Kampung Raja, Terengganu. *11.00AM: Hiking Bukit Keluang 1 jam relax2. *1.30PM: Masjid Taman Ilmu-UNISZA. *2.30PM: Bukit Bubus, Kg Raja.RM5 Swing service & RM5 powil.By appoinment. Paragliding dan ATV pun ada. *3.30PM: Pantai Beting Lintang, Besut. *4.30PM: The Paddy View Pondok Paku, Jerteh.Free *5.00PM: D’Baruh Padi Kampung Kerandang, Jerteh.Free *6.00PM: Masjid 8 kubah/Russia Jerteh. *Malam: makan malam dan rehat.
Day3 (5/12/2021) * 7.00AM: Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan.Hanya bayar parking RM2.Ada Jeram,lapangan rumput ala-ala kundasang, ternakan lembu dan arnab dan beberapa aktiviti dan restoran. *12.15PM: Checkout hotel. *12.30PM: Pantai Tok Bali, Bachok. *1.00PM: Pantai Melawi, Bachok *2.00PM: Istana Bunian, Bachok *3.15PM: Kedai makan S.I.A.M, Kota Bharu. *5.30PM : Return kereta sewa di airport KB dan pulang KLIA.
Total : +-RM300 *termasuk hotel /flight/makan/minyak etc.
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...