
Nampaknya ada berita buat kaki travel. Bagi mereka yang sudah menerima dua vaksin Covid-19 kini dibenarkan merentas negeri.
Bukan sahaja boleh merentas negeri tetapi juga malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.
Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.
“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.
“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya semalam.
Sumber: Berita Harian
Artikel Berkaitan:
10 Tarikan Lokasi Baharu Paling Gempak & Menarik Di Selangor Untuk Tahun 2021
Tour Bot Sampai Pulau Duyong, Ini Itinerary 4Hari 3Malam Menarik Boleh Layan Kalau Ke Terengganu
Lokasi Bersejarah Menarik Di Selangor Yang Harus Dilawati
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pattaya Kini Lebih Mesra Famili. Hanya 2 Jam Perjalan Dari Bangkok

Isi Kandungan
ToggleThailand memang sudah terkenal dengan keindahan pulau dan pusat hiburan bertaraf dunia. Pantai di Pattaya antara pantai yang tidak kurang popular di Thailand. Pengunjung akan terasa damai dan tenang melihat pasir yang memutih dan angin laut yang menyegarkan di samping melihat kapal-kapal layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang jernih.
Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, Bandar peranginan yang dulunya cuma perkampungan nelayan berubah menjadi pusat pelancongan sekitar tahun 60-an dan sehingga kini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan.
Di Malaysia, menu Nasi Goreng Pattaya sangat dekat dihati kita. Mungkin ramai beranggapan menu tersebut berasal dari Pattaya. Tanggapan itu silap! Orang Pattaya sendiri tidak tahu akan kewujudan Nasi Goreng Pattaya tersebut. Tidak percaya? Cuba tanya kepada penduduk tempatan.
Pantai Pattaya
Pattaya terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong. Pattaya dikelilingi laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, bersantai, dan memancing. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih membiru mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan rekreasi air lain.
Di sini juga, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan. Sama seperti destinasi lain yang berhampiran lautan luas, terdapat banyak restoran dan kafe yang menyajikan hidangan makanan laut yang lazat dan segar. Sebut apa sahaja menu yang mahu anda jamah, semua ada di, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ.
Pendek kata, di Pattaya apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi rebutan ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Jika ingin beristirehat, segeralah ke pusat urutan atau spa traditional yang menawarkan khidmat urutan Thai yang terbaik dengan harga berpatutan.
Cartoon Network Amazone
Lebih mengujakan, di Pattaya turut mempunyai taman tema air yang menyeronokakan untuk seisi keluarga. Cartoon Network Amazone mula beroperasi sejak tahun 2014 merupakan taman tema air pertama di dunia yang membariskan pelbagai watak dalam siri Cartoon Network seperti Powerpuff Girl, Ben10 dan Adventure Time. Terdapat 10 zon bertema untuk diterokai sebelum jantung anda mengecut saat merasai sendiri keseronokan bermain rollercoasters air yang cukup curam. Rasai juga pelbagai tunggangan menyeronokkan selain bersantai di taman permainan aqua dengan pelbagai permainan air yang berbeza-beza.
Pengunjung dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya pada setiap hari di pentas utama sambil beralun santai di ombak buatan yang menyeronokakan. Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network Amazone terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival. Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang, Cartoon Network Amazone juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Nong Nooch Botanical Garden
Kalau datang ke Thailand tidak sah rasanya jika tidak melihat persembahan gajah atau melihat gajah dari jarak dekat. Di Pattaya, anda boleh membawa keluarga ke Nong Nooch Botanical Gardenkala yang terletak di Chonburi. Anda pasti teruja melihat persembahan bersahaja si gajah yang berbakat seperti bermain bola, berbasikal, menari dan sebagainya. Tarian klasik Thai yang mempesonakan, pertunjukan tinju dan gendang antara yang menarik untuk dirasai saat berkunjung ke Nong Nooch Botanical Garden ini. Tidak hanya itu, taman yang memenangi banyak anugerah ini juga merupakan lokasi kepada beberapa bunga yang paling luar biasa selain memiliki landskap haiwan cukup mengagumkan.
Di taman ini juga, anda berpeluang melihat sendiri lebih 670 spesies orkid termasuk orkid hibrid yang sangat cantik.
Sanctuary of Truth
Untuk menghayati kesenian dan senibina Thailand, singgah sebentar ke Sanctuari of Truth di Pattaya. Dari jauh, anda boleh lihat senibina kayu yang tersergam indah di tepian pantai setinggi 100 meter gah berdiri. Bangunan ikonik ini hasil kraf masyarakat Thai mengunakan kayu sejak dari tahun 1981 dan belum siap sepenuhnya hingga sekarang. Ramai pelancong beranggapan ianya merupan sebuah kuil, tanggapan tersebut tidak benar sama sekali kerana ia merupakan binaan yang dibina oleh pemiliknya semata-mata untuk menunjukkan seni kraf orang Thai.
Pengunjung yang datang ke sini akan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan dengan terperinci tentang binaan tersebut. Selain itu, cuba aktiviti menunggang gajah atau menaiki perahu mengelilingi Sanctuary of Truth ini. Anda akan dapat lihat pelbagai struktur ukiran kayu menarik dari pelbagai posisi dan sudut.
Info!
- Cara Ke Sini
Jika dari Malaysia, boleh terus ambil penerbangan ke Pattaya.
Atau alang-alang berada di Bangkok, anda boleh memilih menggunakan pengangkutan darat samada bas, van atau kereta sewa dari Bangkok.
- Makan-Makan
Cuba keenakan masakan Halal tempatan yang begitu menyelerakan di Restoran Amir Halal Foods. Menu cadangan Sup Daging!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Pergi Jauh, Staycation Je Di Ibu Kota. Ini 10 Hotel Butik Gaya Glamour & Mewah Sekitar KL!

Isi Kandungan
ToggleOleh kerana musim hujan sekarang ini jadi apa kata anda tukar mood bercuti di bandaraya Kuala Lumpur.
Tidak perlu pergi jauh kerana tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur juga masih banyak untuk anda diterokai.
Jika tidak tahu hotel masa untuk check-in, apa kata lihat perkongsian oleh Jomjalan.com yang menyenaraikan beberapa hotel butik paling best menawarkan percutian glamour dan mewah.
1. Hotel Kloe – rate RM320++
Kepunyaan pengacara dan pelakon Cherryl Samad dan suaminya . Menawarkan bilik butik biasa dan ada bilik untuk yang mereka yang perlukan inspirasi semasa cuti. Terdapat 5 jenis bilik special yang anda boleh pilih direka oleh kurator berbeza dan dipanggil Artists Loft.
Lebih istimewa juga ada bilik untuk kaki buku dan geminat muzik sampailah ke pelukis yang sedang cari inspirasi.
2. W KL – RM590++
Gaya bilik yang penuh glamour dan mempesona dennen hiasan menarik. Bilik cukup selesa dan sesetengah bilik air ada tub mandi. Dan hiasan elektrik ada berata-rata, sampailah ke tempat anda bersarapan pagi.
Untuk yang suka berOOTD, nah, inilah tempat menarik untuk rakan momen menarik. Setiap inci sudut jadi studio fotografi.
3. Gold 3 -RM199++
Hotel butik mampu milik yang boleh dicuba. Sekali masuk terasa melangkah masek ke muzium dan kedai antik. Gaya dan harga sesuai sangat untuk orang muda dan pasangan yang nak honeymoon dengan bajet berpatutan.
Paling best lokasinya di tengah bandar dan dekat dengan shopping mall Bukit Bintang.
4. Hotel Maya – RM390++
Biliknya besar dan dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Menjadi hotel butik pertama di Kuala Lumpur. Menyukai walking wardrobenya, coffee maker dan bilik air yang ada rain shower. Blliknya juga luas berbanding hotel lain sekitarnya.
5. Hotel Wolo – RM290++
Mahukan percutian penuh glamour di bandaraya Kuala Lumpur. Pilih saja hotel ini kerana lokasi terletak di tengah persimpangan Bukit Bintang mejadikan percutian tidak membosankan.
Hiasan dalam hotel memang posh saja dan mempunyai tingkap luas untuk layan pemandangan malam di bu kota. Lokasinya juga sangat ideal kerana dibawah ada Starbucks dan jalan saja jika mahu ke Pavillion.
6. CitizenM – RM320++
Sangat berwarna-warni ruang dekorasi di lobbynya. Berbeza dengan situasi dalam blik. JIka hotel butik lain fokus pada susun hias bilik tetanie di CitizenM lain dari segala-galanya.
Boleh check in dan checkout sendiri. Tidak ada pantry dan bilik kecil anda tidak ada suis kerana semuanya dikawal guna tablet diberi. Sangat luar brasa konsepnya.
7. The Chow Kit – RM260++
Ini hotel yang bawa vibe New York masuk Malaysia. Terasa seperti memasuki era New York yang sudah tiada.
Kalau mahu bermewah lebih baik ambil bilik ataupun suite The Tawkay. Jangan risau makanan habis masa sararan, duduk dan pilih saja menu dimahukan.
8. Hotel Momo – RM160++
Hotel butik khas yang berkonsepkan minimalistic. Semuanya simple dan mengetengahkan gaya Jepun. Harganya juga tidak mahal jika bijak memilih harga boleh dapat RM150 semalam.
9. KL Journal – RM290++
Hotel butik berlokasi di Bukit Bintang dengan mempunyai kolam renang ista-friendly. Melihat gambar saja buat ramai golongan muda berangan menginap di sini.
Bukan saja suasana hotel hip dan funky, bilik di KL Journal pun best. Siap ada dinding kaca dari lantai ke siling. Jad boleh lihat pemandangan di KL tanpa had.
10. The Ruma
Terbaik di Asia dan hotel butik mewah yang menakjubkanj. Bila melangkah masuk saja akan membawa kita kepada gaya tradisional Melayu ke dunia moden. Kerusi rotan, besi hitam dan tembaga merakam sejarah Malaya – dari kawasan lombong kepada bandaraya kosmopolitan Asia Tenggara.
Turut menyediakan set toiletries jenama La Bottega dari Itali dan jika mahu potong rambut, boleh pergi ke kedai gunting rambut mewah, The Truefitt & Hill dari England untuk rapikan diri.
Artikel Berkaitan:
10 Perkara Menarik Ada Di Sungai Besar. Percutian Di Rumah Kayu MyDesaStay Beri Pesona Indah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Makan-makan Kat Pulau Pinang, Singgah 5 Port OOTD Yang Memang Cun. Confirm Puas Bergambar!

Bila bercuti ke Pulau Pinang, apa yang biasanya orang akan cari adalah tempat makan yang best-best. Tapi sebenarnya selain makanan yang sedap-sedap, Pulau Pinang juga ada banyak port OOTD yang cantik untuk dikunjungi.
Ini antara 5 port OOTD yang lawa sangat ada kat Pulau Pinang. Kalau bercuti ke sana jangan lupa singgah, lepas makan kenyang boleh pergi OOTD pula!
- Kg Agong Penaga – tempat OOTD fefeling Kampung Sawah Padi yang cantik, rasa takmau balik aihhh, dah penat ber OOTD tu, hangpa boleh hilangkan dahaga atau pekena Roti Bakar Telur Goyang di situ, masuk start jam 9 pagi sampai 6 petang, yang penting tiket masuk murah baq hang, RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak
2. Bukit Bendera – hat ni mercu tanda Penang, wajib pi, Kereta Kabel bermula 6.30 pagi sehingga 11 malam, Tiket biasa RM12 dewasa / RM10 kanak2, tapi kami ni kluster kayangan malas beratur, malas menunggu, malas bersesak, jadi kami beli Tiket Fast Lane kat Website depa, RM40 dewasa dan RM20 kanak2
3. Kopi Hutan – fefeling mengopi dalam hutan, masih dalam kawasan Bukit Bendera jugak, nak pi sana kena naik Buggy kat Dataran Bukit Bendera dengan bayaran RM30, tapi kami naik Hilux Owner Kopi Hutan free ja hangpa (60124289585)
4. Penang Art Street – sini nak OOTD free ja, tak kena bayaq, tapi kalau hangpa nak makan Dessert jangan lupa bayaq na, satgi kena ligan hehe
5. Batu Kawan Central Island Park – port baru tapi kami takdan nak pi sebab dah otw balik baru tau tempat ni sob sob sob .Ambik gambaq memang cun, ada Arca bunga 4 musim mewakili musim panas, musim sejuk, musim bunga & musim luruh.
Ada Taman Bunga, ada Tasik Buatan dimana persembahan water jet sepanjang 25m, lagi cun kalau hangpa mai waktu malam, boleh fefeling romantis dengan marka halal hehe, masuk percuma ja hangpa, terletak di Aspen Vision City, Lebuhraya Bandar Cassia, George Town dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sampai 10 malam, info dan gambaq credit to Page Jelajah Maya
So orang Penang yang tak pi lagi wajibla pi, orang luar yang dah pi tapi tak sampai lagi, hangpa kenala repeat
Kredit – Fara Saila Radzun
Nak ambil gambar banyak-banyak kena stanby powerbank, usha SINI mana yang terbaik!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI