Kes Koronavirus menjadi perhatiaan semua orang ketika ini. Mahu keluar bercuti jauh-jauh pun rasa seperti tidak berapa selamat kan? Elok sebagai langkah berjaga-jaga untuk hindari seketika kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan sesak.
Namun, jika anda berasa sangat bosan atau ingin keluar seketika boleh la ke destinasi berhampiran dan bukan kawasan yang terdedah dengan kemungkinan penyebaran virus tersebut.
Antara yang dicadangkan seperti perkongsian daripada saudari Fara Saila Radzun
Ads
Lupakan Bandung seketika, Noghori Sombilan pun tak kurang hebatnya!
ATV Kg Jkin Extreme Park, terletak di laluan lama Seremban – Kuala Pilah, atau di kenali sebagai Bukit Putus yang berdekatan Ulu Bendul.
Ads
Memang syiokkk, selain dapat ride sendiri ATV dan mencabar adrenalin dengan Flying Fox, Monkey Zipline, Buaian Extreme, uols yang gila bergambar bolehlah bergambar dengan view yang cantik ala-ala Bandung, fuhh save poket nak beli tiket flight kan.
Dah penat bersukan dan selfie, perut pun dah berkeroncong, tekak pun dah kering, jangan risau, terjah je Kafe Dapo Pompuan Chantek yang ada kat situ, mungkin tokeynya cantik, atau chefnya yang cantik.
Ads
Bila dah makan, mulala mata pun layu kan? Apakata uols sewa dan merasa bermalam di Tree House atau Rumah Hobbit, fuhh mana nak carik tempat yang best camni. Harga pakej uols boleh rujuk dalam gambar, wasap je admin, laju je admin reply, dah la cun, tak sombong pulak tu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa.
Jadi, buat anda yang tercari-cari lokasi lain daripada yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan anda berkata kepada kawan anda, ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”
Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Dracula Castle’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta bunga matahari, tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut.
Perlis kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang menariknya terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik.
Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini, sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar, untuk dikongsi dalam media sosial.
Ladang bunga matahari tersebut adalah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar, mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember 2019 lalu.
Kebanyakan pengunjung adalah daripada golongan remaja, bagaimanapun sejak taman itu dibuka kembali pada 10 Jun 2020 lalu sebaik negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berlaku penurunan pengunjung, terutama yang berkeluarga. Kebanyakan pelawat datang pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Mengimbas kembali idea untuk membuka ladang itu, pada asalnya kawasan taman itu adalah lembah (tanah mendap dan berair) serta tidak digunakan, bagaimanapun kakitangan unit publisiti dan promosi PKENPs mahu memanfaatkan kawasan itu sebagai produk alternatif dengan menanam pokok bunga matahari. Pada 2017 dan 2018, kakitangan PKENPs membelanjakan wang sendiri untuk membeli biji benih tempatan, namun percubaan menanam tanaman itu tidak menjadi selain tiada kepakaran. Pada 2019 mereka cuba benih jenis ‘oil’ dari Thailand dan setelah tiga kali percubaan, benih dari Thailand ini beri kesan positif sesuai dengan faktor cuaca dan tanah di sini.
Proses penanaman pokok bunga matahari memakan masa selama dua bulan dengan penyemaian biji benih dibuat secara berperingkat bagi memastikan pokok terus tumbuh dan tidak terputus. Penjagaan pokok itu juga mempunyai cabaran apabila tanah yang mendap perlu sentiasa digembur selain turut terdedah dengan kehadiran serangga perosak seperti siput dan ulat serta memerlukan pemantauan berterusan.
Jom sokong industri pelancongan domestik kita dengan cuti-cuti Malaysia ke negeri Perlis
Kek Lok Si Tample di Air Hitam, Pulau Pinang, antara tokong Buddha yang terbesar di wilayah Asia Tenggara, bakal dilimpahi lebih 10,000 lampu pelbagai warna sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi.
Bagi sesiapa yang tidak pernah lagi ke sana terutama di musim perayaan, inilah masanya untuk anda dan keluarga menyaksikan keindahan luar biasa yang jarang dapat dilihat saban tahun.
Bangunan dan pagoda yang tersergam megah dengan imej Buddha, ukiran, patung malah mural di perkarangan kompleks Kek Lok Si Tample ini akan dilimpahi dengan lampu daripada pelbagai warna seperti merah dan kuning di setiap sudut dinding, tiang, dan bumbung bangunan disamping lampu-lampu berwarna pelangi di ruang laman perkarangan kompleks.
Tapi! Sedia maklumlah di Malaysia ni, setiap kali ada perayaan, kesesakkan trafik akan turut menghantui pelancong yang datang. Trafik sesak dijangka berlaku selama 1.5 jam sepanjang 1km menghala ke Kek Lok Si Tample.
Tips untuk anda elak kesesakkan trafik: tuju ke sana satu jam sebelum matahari terbenam atau pergi selepas sambutan malam Tahun Baru Cina, kemungkinan besar anda dapat elakkan kesesakkan oleh pelancong yang datang ke sana pada hari berkenaan.
Lot parking juga akan jadi amat terhad pada waktu ini. Oleh itu, elakkan menaiki kenderaan sendiri dan naik public transport untuk ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...