Sesekali rasa nak healing tapi tak nak pergi yang jauh-jauh, orang Lembah Klang boleh ke The Kahaani yang terletak di Janda Baik.
Terletak di atas tanah seluas enam ekar dengan sungai yang mengalir, nak sampai di The Kahaani hanya 45 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasinya yang juga berhampiran dengan Genting Highlands, Janda Baik terkenal dengan udara segar dan menyenangkan.
Mempamerkan spesis kayu terbaik menerusi reka bentuk lima villa yang ada di sini. Antara kayu yang digunakan untuk resort di sini ialah Jati, Chengal, Balau dan Cendana. Spesis kayu yang memang terkenal dengan ketahanan dan kualitinya yang luar biasa.
Lima vila yang ada di sini adalah dupleks di mana ia boleh memuatkan sehingga empat tetamu dalam satu vila. Dengan katil bersaiz super king di aras bawah dan katil sofa ratu di aras loteng.
Ads
Vibes yang cukup menenangkan dengan villa kayu kontemporari untuk percutian singkat bersama keluarga atau teman-teman. Memang sesuai nak healing atau berehat sebentar dari kesibukan kerja.
Pakej villa bersama sarapan, tetamu di The Kahaani akan diberikan tiga pilihan untuk sarapan pagi. Lebih menarik, para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di vila sendiri atau butler khas akan menyediakan sarapan mereka di kawasan taman. Terdapat pelbagai lagi hidangan lain untuk anda nikmati sepanjang menginap di sini.
Di The Kahaani, anda boleh berehat dan tenangkan minda dengan tidak melakukan apa-apa. Hanya tarik nafas dan nikmati kehidupan di tengah-tengah alam semula jadi. Berhenti dari dunia luar dan nikmati keindahan yang ada di sekeliling anda di sini. Paling tidak habiskan masa dengan membaca di tepi sungai.
Ads
Bagi yang datang bersama keluarga, kanak-kanak boleh berseronok membina istana pasir di sand pit yang disediakan. Aktiviti memanah juga ada di sni untuk mereka menguji penglihatan dan kemahiran mereka dengan memanah. Aktiviti lain seperti bermain frisbee, badminton, ping pong mini dan bola sepak. Pelbagai permainan papan dalaman juga turut tersedia; jenga, catur, bingo dan banyak lagi, sesuai untuk seisi keluarga.
Nak yang lebih ektrem, anda boleh terokai bukit dan sungai Janda Baik dengan ATV, malah Lawatan menunggang kuda dan ladang kambing juga boleh diatur bila anda menginap kat sini.
Ads
Menarik kan, tak jauh dari Kuala Lumpur memang sesuai untuk percutian singkat sendirian ataupun bersama yang tersayang.
Alamat: The Kahaani, Janda Baik, Chalet Lot 27772 B, Janda Baik, Kampung Ulu Chemperoh, Bentong, Pahang
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat, rupanya ada staycation best tak jauh dari pekan situ. Patutlah ramai yang hala ke sana bila musim cuti.
Kalau anda sukakan ketenangan dan dekat dengan alam semula jadi, tempat ini sesuai dengan anda nak healing.
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat
Bukan hanya ada port menarik untuk glamping tetapi ada lokasi best kabin gaya ala Jepun tepi kawasan hutan.
Memang sesuai untuk bercuti. Sambil sewa bilik cabin di sini, boleh merasa layan view pemandangan nature yang unik. Trip santai macam ini memang best!
Suasana Bilik yang Tenang
Hah, bagaimana pula dengan tempat menginap? Anda boleh tengok dan nilai sendiri menerusi gambar yang dikongsi. Rasanya cukup selesa kalau nak menginap bersama anak-anak atau kawan-kawan.
Jika anda jenis suka vacation yang best tenang siap sambil hirup kopi panas dan roti bakar, inilah tempatnya!
Sesekali syok juga menikmati gaya hidup santai tenang di pinggir kampung. Waktu malam boleh buat aktiviti BBQ atau makan steamboat. Nak naik basikal pun, boleh. Pusing-pusing kawasan di situ. Jomlah cuba bawa anak-anak ke sana!
Lokasi:
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat, Kg. Chulek, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rakyat di Malaysia jarang berpeluang untuk melihat kelibat ikan lumba-lumba bermain-main di depan mata dek kerana spesies ini jarang berada diperairan negara kita. Jika ada pun tidak mudah untuk dilihat kecuali kita berada di tengah lautan.
Kehadiran ikan lumba-lumba di perairan Port Dickson merupakan saat emas bagi orang ramai apabila berpeluang melihat sendiri aksi spesies marin itu, sekali gus merakamkan kejadian itu seperti yang tular di laman sosial.
Port Dickson merupakan destinasi pelancongan popular untuk aktiviti beriadah dan sukan air di Negeri Sembilan. Kehadiran sekumpulan ikan lumba-lumba tersebut di pantai peranginan tersebut di kawasan perairan Tanjung Tuan pastinya sesuatu yang sangat istimewa.
Foto: Pinterest
Rakaman berdurasi 43 saat itu, memaparkan aksi sekumpulan empat ekor ikan lumba-lumba berenang di perairan Tanjung Tuan dan ia dikongsi menerusi akaun Facebook ‘N9 INFO TRAFFIC’ serta mendapat ribuan ‘like’, ratusan ‘share’ dan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Fenomena itu adalah biasa bagi golongan nelayan dan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS). Ikan lumba-lumba spesies itu memang biasa dijumpai di perairan Malaysia dan adalah spesies mamalia marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.
Kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan nelayan ketika berada di laut. Bagi nelayan kewujudan ikan lumba-lumba itu sudah biasa diihat dan apabila orang awam ternampak buat pertama kali mungkin mereka agak terkejut dan teruja melihat ikan lumba-lumba di permukaan air. Kali terakhir ikan lumba-lumba itu dilihat di laluan kapal kargo di perairan Tanjung Tuan pada bulan Disember tahun lepas. Ikan-ikan lumba suka mengekori kapal sebab suka bermain alun di depan kapal.
Tidak dinafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini memberi kesan baik terhadap alam sekitar. Ia menunjukkan dengan ketiadaan aktiviti perikanan rekreasi, aktiviti penangkapan ikan yang tidak bertanggungjawab, aktiviti rekreasi air di Port Dickson dan ketiadaan orang ramai maka hidupan marin itu yang selalunya berkeliaran jauh akan lebih berani menghampiri kawasan pantai.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berharap agar tiada pihak yang mengganggu haiwan berkenaan kerana ia merupakan haiwan marin yang dilindungi bersama paus, dugong, penyu, yu gergaji, yu sirip putih besar, yu tukul dan pari manta.
Kerap saya lihat gambar cantik di puncak Kerunai dan Kenderong; terutamanya video serta gambar matahari terbit dan awan tebal hanya di bawah kaki (awan karpet). Awan di sini tebal dan gebu, mungkin kerana kedudukan kedua-dua gunung ini dilitupi hutan tebal dan berhampiran hutan Royal Belum. Saya berharap hutan ini tidak akan diteroka oleh pembalak atau dijadikan chalet atau resort berhampiran!
Yang rendah ialah si adik Kerunai, yang tinggi si abang Kenderong. Foto: http://renbowlala.blogspot.my
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana-mana banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Kedua-dua gunung ini hanya bersebelahan, juga dikenali sebagai K2 Perak atau Kembar Dua. Gunung Kenderong berketinggian 1223M dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M dari aras laut.
Gunung Kenderong dikatakan lebih sukar didaki berbanding Kerunai. Untuk ke puncak Kenderong perlu mendaki curam sehingga 60-80 darjah. Ramai pendaki mengatakan ini cabaran terhebat sebelum dapat ke puncak dan menikmati indah ciptaan Allah.
Kedua-dua gunung dilitupi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Selamat memburu sunrise/sunset dan awan karpet dan bersama jaga hutan kita.
Gunung Kenderong terletak di Kampung Pahat mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,012 kaki). Gunung ini pernah terbakar sebanyak dua kali diyakini kerana api perkhemahan yang tidak dipadam sepenuhnya. Harap kita sama beringat tentang ini demi memelihara alam kita.
Sunrise & Awan Karpet @ Gunung Kerunai. Hayati indah ciptaan Allah & fahami melalui al-quran. LIBUR sokong kempen World #QuranHour 31 Ogos ini. Walau dimana anda berada, luangkan masa anda. Baca,amal,faham.Video: Mohamad Khairullah / Bunny Hikers #libur #QuranHour #kerunai
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...