Negeri Kedah Darul Aman tak lama lagi akan membangunkan aplikasi di telefon pintar Android dan iOS bagi mempromosikan produk pelancongan negeri mereka.

Tak kira produk pelancongan di tanah besar ataupun di Langkawi, kesemua promosi berkenaan pelancongan negeri jelapang padi itu tersedia di dalam aplikasi yang bakal dibangunkan nanti.

Memetik laporan daripada akhbar The Sun Daily, aplikasi di telefon pintar ini adalah untuk meluaskan lagi jangkauan penyampaian promosi produk pelancongan kepada pelancong berbanding menggunakan medium tradisional selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris menjelaskan promosi produk pelancongan menggunakan aplikasi telefon pintar boleh memberikan capaian yang lebih luas ke seluruh dunia dan lebih praktikal daripada segi kos.

Aplikasi telefon pintar ini akan memberikan segala maklumat lengkap berserta lokasi GPS mengenai tempat-tempat menarik di Negeri Kedah kepada pelancong.

Jadi, tourist lepas ni tak adalah tersesat lagi kalau nak melancong sekitar negeri kedah, kan?

Tinggalkan Komen