Setiap dari kita pastinya mempunyai pengalaman menaiki bas. Tidak kisahlah bas mini atau bas panjang.
Namun siapa sangka daripada bas inilah tercetus untuk menjadikannya sebuah penginapan yang cantik dan menarik.
Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, pastinya tahu kewujudkan sebuah bas panjang milik pihak Universiti Malaya (UM) yang kini dipanggil Rumah No.2 Universiti Malaya.
Asalnya sebuah bas panjang.Dilengkap dapur mini.
Istimewanya Rumah No. 2 ini telah diubah suai sepenuhnya menjadi penginapan yang sangat cantik, selesa dan menarik.
Berlokasi berhampiran Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM Rumah No.2 ini dilengkapi dengan katil, penyaman udara, ruang tamu dan dapur kecil dan boleh ditempah melalui perkhidmatan Airbnb.
Ruang santai.Mempunyai sebuah bilik tidur.
Idea tercetus untuk menjadikannya sebagai bilik penginapan apabila Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan ternampak bas yang antik ini ketika sedang melawat rumah berkenaan pada tahun 2016.
Beliau bertanya tentang kegunaan bas tersebut dan seterusnya memberi idea agar bas berkenaan dapat diubah suai.
Ads
Pintu masuk.Dari depan.
Menurut seorang pelajar Sarjana Sains, Siti Norasiah Abd Kadir memberitahu universiti pada asalnya mahu melupuskan sahaja bas berkenaan.
Apatah lagi Prof Faisal Rafiq tahu tentang kewujudan dua kumpulan dalam Sekretariat Makmal Hidup dan Kelestarian UM iaitu Water Warriors dan Rimba Project yang melaksanakan insiatif kelestarian di universiti berkenaan.
Sebelum ubah suai.Usang dan antik.Proses cuci.
“Jadi, beliau tanya jika kami boleh lakukan sesuatu dengan bas itu. Saya rasa universiti masih mempunyai nilai sentimental dengan bas tersebut. Idea ini juga boleh menunjukkan usaha kemapanan dan kreativiti kakitangan UM,” katanya yang berkata proses pengubah suaian memakan masa selama 6 bulan
Dan sejak dibuka untuk sewaan maklum balas diterima ternyata mendapat sambutan menggalakkan dan dilihat mampu menjana pendapatan dan menyokong usaha kelestaraian oleh pihak universiti.
Ads
Kerja-kerja teliti.Proses ubah suai dimulakan.Mengambil masa 6 bulan.
Selepas diubah suai, bas ini masih berada dilokasi yang sama dan tetamu juga boleh menikmati pemandangan kehijauan.
Selain itu rumah tersebut turut mempunyai taman yang menempatkan beberapa ekor arnab serta ayam.
Meskipun selepas diubahsuai, hanya satu kemudahan sahaja tak dapat diletakkan di dalam bas berkenaan iaitu tandas.
Stereng asal.Sangat nostalgia.
Namun tetamu boleh menggunakan tandas yang disediakan di rumah berhampiran dan ianya hanya beberapa langkah saja daripada bas tersebut.
Ads
Untuk yang perminat boleh merasai pengalaman menarik bermalam di sini bersama rakan-rakan boleh menempahnya dengan hanya membayar RM90/ malam tidak termasuk yuran pemprosesan dan lain-lain.
Kehadiran arnab menceriakan suasana.Boleh lakukan acara BBQ di sini.Sapa berminat boleh tempah di Airbnb.
Nak makan sedap sambil ber OOTD sampai puas, tarikan baru di Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Merupakan ladang yang beroperasi di dalam UPM dan merupakan kerjasama pihak Farm Fresh dan UPM.
Kat dalam ni turut terdapat sebuah kafé yang menawarkan pilihan makanan enak untuk dinikmati bersama keluarga iaitu The Acre by Farm Fresh.
Menurut laman Facebook mereka lawatan ke ladang belum dilancarkan secara rasmi, namun kafe the Acre By Farm Fresh telah mula dibuka dengan tempahan meja sahaja.
Tapi memandangkan kafe tersebut yang terletak di kawasan ladang tersebut, bagi pengunjung yang datang makan akan dapat menikmati suasana ladang tersebut yang mempunyai banyak tarikan seperti port OOTD dan juga haiwan-haiwan yang ada.
Bagi yang nak makan di kafe tersebut jangan lupa untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu kerana tiada walk-in dibenarkan kerana sebab-sebab tertentu.
Untuk yang hanya ingin melawat ladang tanpa makan di kafe pula, Farm Fresh dan UPM masih mengkaji harga caj kemasukan namun untuk sementara waktu, pihak mereka telah menetapkan kadar caj seperti berikut:
RM25 untuk dewasa
RM20 untuk warga emas atas 60 tahun
RM15 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun
“Walk-ins” dibenarkan untuk sesiapa yang hanya melawat ladang. Tiket boleh dibeli apabila sampai di ladang mereka nanti.
Waktu operasi:
10am-10pm (last call makan malam 8.30pm)
Tutup pada hari Isnin
Kredit: FB The Acre by Farm Fresh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila nak keluar bercuti ni, semestinya kita mengharapkan satu percutian yang menenangkan dan tak ada sebarang masalah. Everything is going smooth as planned.
Tapi tahu tak yang anda sebenarnya sedang bawa time bomb ? dalam percutian tu? Bila-bila masa bom tu boleh ‘meletup’ dan menjejaskan percutian.
@#$%^&.. Punah harapan nak snap gambar Instagram!
Time bomb ? yang saya maksudkan adalah kereta yang tidak diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalan untuk bercuti. Kenderaan yang tak diselenggara dengan baik akan membantutkan perjalanan sekiranya berlaku kerosakan di atas jalan raya. Kereta rosak, mood pun spoil.
So tanpa melengahkan masa, mari kita kongsikan panduan mudah bagaimana anda perlu check kereta sebelum memulakan perjalanan bercuti.
Check bunga tayar dan angin tayar
Bunga tayar yang tidak elok akan membahayakan pemanduan sewaktu perjalanan, lebih-lebih lagi ketika jalanraya yang basah selepas hujan. Silap gaya, kereta boleh berpusing di tengah jalan. Angin tayar juga sangat penting. Tayar yang lebih atau kurang angin akan menyebabkan pemanduan tidak stabil dan tidak lancar seperti biasa.
Sediakan kain sebelum anda buka dipstick minyak enjin kereta.Lap dahulu kemudian masukkan sekali lagi dan keluarkan. Periksa di tahap mana minyak enjin anda. Pastikan ianya berada di tahap yang optimum.Ini lokasi bagi minyak auto transmission bagi model Perodua Myvi yang baharu.Cara pemeriksaannya sama seperti minyak enjin. Pastikan ianya berada di tahap yang optimum.
Minyak hitam dan minyak auto
Benda ni jarang orang ingat nak check sebab dah ada label dekat atas cermin depan tu kan? Sampai limit je terus pergi servis, tak gitu? Jangan macam tu kawan-kawan. Check juga minyak enjin sebelum memulakan perjalanan jauh sebab kita tak tahu sama ada enjin kita ada leaking atau tidak. Mana la tahu tiba-tiba ada leaking, masakk..
Ini minyak brek. Pastikan ianya juga berada di tahap yang memuaskan.
Minyak brek
Minyak brek ni kebiasaannya tempoh penukaran dia tak sekerap minyak hitam tapi masih kena check juga ya. Minyak brek yang kurang akan memberikan cengkaman yang tidak sempurna pada cakera brek dan membahayakan pemanduan sekiranya anda perlu membrek secara mengejut.
Minyak power steering
Check minyak power steering kalau-kalau ada kebocoran dan sebagainya. Minyak power steering yang kurang boleh mengakibatkan pemanduan tak selancar yang sepatutnya. Steering jadi berat.
Air coolent ni kalau dah habis, tambah ya. Jangan dibiarkan kering.
Air coolent
Periksa air coolent kereta anda berada di takat yang mencukupi. Jangan biarkan air coolent berada di paras rendah kerana ia akan menyebabkan radiator kereta anda kekurangan air dan gagal menyejukkan enjin. Enjin overheat, siap sedia la dua tiga ribu nak overhaul enjin kereta ya.
Air bateri sel basah. Pastikan kesemua penutup itu diisi dengan air bateri untuk mengekalkan ia dalam kondisi yang bagus.
Air Bateri
Bab penjagaan air bateri ni selalu menjadi masalah kerana selalu terlupa nak check air bateri tu ada ke tak ada. Kalau sesiapa yang rasa macam malas nak check selalu boleh pakai bateri sel kering tapi tak sebegitu tahan lama dan mahal berbanding sel basah. Sel basah murah dan tahan lebih lama tetapi kena selalu check air bateri, takut-takut kering. Sebelum memulakan perjalanan jauh tu check dahulu bateri. Tak adalah nanti kereta tak boleh nak start. Kan dah mengganggu mood percutian, betul tak?
Air wiper. Pastikan berisi air.
Air wiper
Periksa takat air wiper kereta anda. Air wiper ni tak ada lah mengganggu mana-mana komponen kereta yang penting sekiranya habis, tapi bila burung dah berak atas cermin kereta, satu kerja jugak nak bersihkan kalau air wiper tak ada, betul tak?
Lampu depan kiri dan kanan termasuk lampu signal dan fog light dalam keadaan mantap.Lampu belakang dalam keadaan baik. Periksa juga lampu undur ya.Lampu brek ketiga. Ini yang selalu mati! Orang belakang susah nak agak bila kita nak membrek dan sebagainya. So bahaya untuk keselamatan pengguna jalanraya. Pastikan lampu ini hidup ya.
Periksa lampu
Okay bahagian ni pun penting. Periksa kesemua lampu kereta anda seperti lampu depan, fog light, lampu signal kiri kanan, double signal, lampu brek lebih-lebih lagi lampu brek ketiga. Yang ini banyak kereta yang mati. Lampu kereta yang menyala bukan sahaja melancarkan pemanduan anda tetapi menyenangkan orang lain untuk kekal alert dengan kenderaan anda. Safety first ya!
Tayar spare dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan sewaktu kecemasan/diperlukan.
Periksa tayar spare
Tayar spare ni kesian dia, duduk terperuk dekat belakang bonet tu tak ada siapa kisah. Tapi bila tayar bocor ke apa, mula menggagau cari dia dekat belakang. Haha. So, periksa juga tayar spare ya kawan-kawan. Check tekanan angin dan bunga dia sekali. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.
Recovery tools dalam keadaa baik, tidak berkarat dan berfungsi seperti biasa.
Periksa recovery tools kereta anda
Last but not least, periksa peralatan untuk menukar tayar kereta anda. Mesti ada jack, besi pemutar jack tu, triangle hazard dan, pembuka lug nut tayar. Jack tu kalau rajin di minyak kan sikit supaya lancar bila kita nak gunakan sewaktu menukar tayar. Pastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan anda.
Itu sahaja 10 panduan mudah penjagaan kereta untuk anda sebelum memulakan perjalanan jauh untuk bercuti.
Tip bonus, sediakan juga first aid kit atau fire extingusher, just in case..
Okay? Pastikan kereta dalam keadaan baik dan selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Layang-Layang yang terletak di Sabah merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.
Pulau Layang-Layang terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira sejam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu merupakan Zon Eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 kilometer dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang pernah dituntut dan menjadi ‘rebutan’ negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam.
Pulau Layang-layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung yang bermigrasi.Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah.
Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara. Pada 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini dimajukan sebagai tempat perlancongan. Resort Avillion Layang-Layang (Dive Resort) menarik ramai kehadiran pelancong asing dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China. Penerbangan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama sejam dari Kota Kinabalu.
Wilayah laut Pulau Layang-Layang mempunyai keindahan ekologi laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko-pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia. Melindungi kepentingan laut merupakan sumbangan utama terhadap terwujudnya Wawasan 2020. Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13% dari jumlah keseluruhan output Malaysia.
Sektor marin ini terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas bumi, dan perikanan. Kemudian beberapa tahun kebelakangan sektor marin diperkayakan dengan subsektor ekopelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut.
Malaysia kemudian membina pertahanan di sekitar pulau-pulau yang diklaimnya tersebut untuk melindungi kepentingan ekonominya dan integriti wilayah. Di lokasi tersebut, Malaysia membina pangkalan tentera di hujung timur Pulau Terumbu Layang-Layang sebagai pos induk anggota TLDM ditempatkan dan bertugas di kawasan Kepulauan Spratly Selatan sekaligus dermaga untuk kepentingan pelancongan.
Pada tahun 1983 Malaysia meletakkan Pasukan Khas Laut-nya di Pulau Terumbu Layang-Layang. Pada tahun 1985, kemudahan ketenteraan ditambah sehingga membolehkannya menjadi markas untuk pasukan pertahanan udara. Ciri-ciri eko-pelancongan untuk menambah daya tarik pelancong asing dan sekaligus membina pendapat umum bahawa Pulau Terumbu Layang-Layang adalah milik Malaysia. Ciri-ciri tentera ditujukan untuk kuasa penggentar bagi negara lain yang akan cuba mempersengketakan pemilikan pulau ini. Sengketa pemilikan Pulau Layang-Layang dan kepulauan Spratly ini tidak pernah surut.
Kebijaksanaan pemerintah Malaysia hari ini berjaya memastikan kedaulatan wilayah Pulau Layang-Layang kekal milik kita.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...