Ingin merasai percutian camping yang jauh jauh dari kesibukan kota dengan keluarga tersayang.
Rasailah suasana tenang dan mendamaikan yang tidak pernah anda kecapi sebelum ini. Hanya lebih kurang 3 jam perjalanan dari ibu kota, pastinya Kela Adventure Camp Raub Pahang menjanjikan keseronokan tanpa batasan.
Menurutnya tempat ini baru dibuka tetapi mempunyai fasiti lengkap. Malah pemilik campsite juga sangat peramah, pemurah dan sentiasa ada bila diperlukann.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kela Adventure Camp Raub Pahang, Tenang & Damai
Brothers Camper
Bagi yang tercari cari Campsite yang tenang, damai dengan fasiliti yang lengkap…ini lah tempatnya…
Kela Adventure Camp Raub Pahang
Banjaran Titiwangsa yg kelihatan cukup mengasyikkanTenang & mendamaikanBersama En Alif anak En Azmi yg soft spoken…cikgu sekolah kot…lupa nk tanya…depan entry ke Campsite
Lari sebentar dari hutan batu ke alam semulajadi yang sebenarnya. Perjalanan yang mengasyikkan membelah banjaran Titiwangsa.
Ads
Siap pakej dengan owner yang cukup peramah, pemurah hati & sentiasa ada bila-bila masa diperlukan
Azmi bekas pesara tentera & anaknya En Alif serta cucunya Umar yg sentiasa menceriakan suasana…
Katanya semua nama familynya satu perkataan sahaja…Owner sendiri akan azan di waktu subuh di surau yang cukup selesa & luas.
Masih baru dibuka untuk aktiviti camping, yang selama ini hanya dibuka untuk aktiviti Team building sahaja
Baru sampai dah tak sabar nak terjun budak paling baik ni…
Ads
Harga tapak sangat murah & berpatutan…jika ingin melakukan aktiviti Team building sememangnya fasiliti tersedia lengkap untuk digunakan
Bagi yang memilih untuk tidak berkhemah, chalet juga tersedia dengan senibina pondok & rumah kampung…Kawasan lapang yang bersih & luas sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti…
Sungainya juga sesuai untuk semua lapisan umur…aktiviti menyusuri sungai dengan pelampung sangat mengasyikkan…pelampung ada disediakan untuk disewa…rakit buluh pun ada..
Lebih untung jika berkunjung di musim durian yang sememangnya Raub dikenali sebagai Bandar Musang King…tapi waktu ni bukan musimnya tapi masih juga ada jualan durian ditepi-tepi jalan
Lokasinya juga sama jalan dengan hutan eko rimba Lata Lembik yang lebih dikenali para campers. Tapi bagi yang inginkan lebih privasi, inilah pilihan terbaik…
Ads
Lapang & luas
Suhu campsite ini cukup kondusif & sejuk diwaktu malam & pagi di mana lokasinya berada di lembah yang kiri & kanannya adalah kawasan berbukit…hanya suara unggas rimba & deruan air yang kedengaran terutamanya di waktu malam…
Senarai hajat bagi yang berhajat…
Kata penduduk tempatan, ada laluan bagi kenderaan 4×4 yang terus ke Daerah Mualim Perak dari sini…geng2 Powil…apa lagi…inilah permulaan bagi pengembaraan yang penuh liku & mencabar untuk diterokai…Navara kan dah keluar…apa lagi…
Aktiviti wajib BBQ…Owner datang melawat & menunjukkan skill hidupkan apiDikelilingi dengan pohon-pohon durian…kalau musim ni…raya lar…
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) sebelum ini, Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik.
Namun, setelah hampir semua negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) ketika ini pusat pelancongan ini turut terkesan walaupun berada dalam zon hijau. Disebabkan itu perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari sahaja hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.
Sebelum ini beberapa syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures telah memohon kebenaran untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan. Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri tersebut. Pihak operator juga telah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB. Permohonan ini juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB, perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi.
image via google
Bermula PKPB lalu, hanya satu perjalanan sehari bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi akan beroperasi.
Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada 10 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 5 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
Keperluan ini terpakai kepada semua penumpang (tidak termasuk bayi) yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines, untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan.
Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai/memakai topeng muka semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, katanya.
Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan dan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan sendiri.
Penumpang turut diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memerhatikan jarak sosial jika diperlukan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan untuk memastikan anda mendapat perjalanan yang selamat. Keselamatan penumpang dan kakitangannya amat penting kepada Malaysia Airlines.
Sebelum diumumkan sempadan negara dibuka sepenuhnya buat pengembara, dah ramai yang melancong ke luar negara, namun prosedur yang perlu dilalui berbeza antara setiap negara yang bakal dilawati.
Sebagai seorang traveler, Khairul Hafiz ada berkongsi kepada pengikutnya di akaun Facebook tentang apa yang perlu dibuat apabila melancong atau bercuti selepas pandemik.
Berkongsi posting tersebut sebaik sahaja menamatkan kuarantin setelah melancong ke Finland untuk memburu aurora, Khairul turut berkongsi gambar tripnya kali ini yang menurut kapsyen yang dibuat merupakan kali kelima memburu aurora.
Ikuti perkongsian Khairul Hafizini dan semoga bermanfaat untuk semua yang bakal bercuti ke luar negara:
Perkongsian Travel Pasca Pandemik
Alhamdulillah baru je merdeka semalam dari kuarantin 5 hari.. Bersyukur juga semua PCR test yang dibuat sejak dari Helsinki, di KLIA dan RTK Antigen hari ke 5 semua menunjukkan keputusan negative jangkitan. Begitu juga dengan kesemua ahli kembara ke Lapland semuanya negative.
Saya cuba sharekan pengalaman selepas beberapa kali travel pada era pasca pandemik ni sejak november lepas dan march tahun ini. Semoga berguna kepada semua
Mungkin ramai dah cuba cari ruang untuk pergi bercuti luar negara selepas pengumuman kelonggaran untuk keluar masuk ke sempadan negara bermula 1st April. Maklumlah, 2 tahun disekat tak boleh travel, kepada pengembara tegar, ia adalah satu penyeksaan.
Semakin banyak juga negara sudah membuat pengumuman tentang pembukaan sempadan negara, bermaksud mereka telah bersedia menerima kedatangan kita sebagai pengembara.
Setiap negara, ada meletakkan syarat untuk kemasukan ke negara masing-masing. Syarat-syarat itu pula berbeza dengan negara yang lain. Ada yang mengkehendaki setiap orang menyediakan sijil PCR Test dengan keputusan negative. Ada juga yang hanya memerlukan RTK-Antigent Test sahaja. Bergantung kepada negara yang hendak dilawati.
Namun, kebanyakan negara meletakkan syarat memerlukan sijil vaksinasi yang lengkap. Ada juga negara yang memberikan syarat khas, kemasukan kepada mereka yang tidak mengambil vaksin. Namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat khas yang lain seperti perlu melalui PCR test ketika tiba di sana, kemudian perlu melalui proses kuarantin dahulu beberapa hari dan sebagainya.
Walaupun ada negara yang menerima kedatangan mereka yang tidak mengambil vaksin, namun kebanyakan negara lain juga hanya membenarkan mereka yang sudah divaksinasi sahaja boleh keluar pergi mengembara. Jadi, ia tidak memenuhi kriteria kedua-dua syarat setiap negara ketika perlepasan dan ketibaan.
Kena Selalu Update SOP Setiap Negara
Syarat itu juga boleh bertukar dalam tempoh terdekat. Oleh itu, sentiasa dapatkan update tentang syarat kemasukan.
Jangan bergantung sangat kepada kenyataan komen atau posting share di media sosial untuk info travel. Termasuklah posting dari saya. Apa yang saya maksudkan, jangan rujuk info tentang syarat kemasukan ke negara tertentu dari kenyataan posting yang orang tulis di media sosial.
“Pergi sini, tak payah pcr test..” atau “Hari tu saya pergi dia tak tanya pun pasal PCR test.” atau mungkin ada yang update kat media sosial, “Border negara tu kami tak boleh masuk sebab covid.”
Ada kes, di mana mereka ambil info dari posting share orang lain, tak memerlukan PCR test, tapi sebenarnya mereka dikehendaki membuat PCR untuk penerbangan itu. Jadi, tak dapat naik dan perlu tukar penerbangan. Kemudian perlu tergesa-gesa mencari tempat untuk membuat PCR test dan menukar plan penerbangan. Rugi masa travel dan wang.
Sebaiknya, dapatkan confirmation dari official page negara tersebut. Seperti contoh, jika ingin ke Finland, dapatkan kenyataan rasmi dari immigration Finland tentang SOP kemasukan.
Setiap kenyataan rasmi itu, ada tarikh update dan tempoh sahlaku kenyataan. Kadang-kadang ia akan berubah dalam tempoh seminggu. Perlu alert dengan perubahan terbaru.
Jika masih ragu2 samada kita perlu sediakan keputusan PCR, cuba hubungi email kedutaan rasmi samada PCR test itu diperlukan atau tidak. Kos untuk membuat PCR Test pun kos bukannya murah sekitar RM170 seorang. Saya menghubungi kedutaan Malaysia di Finland dan mereka mengesahkan hanya perlukan sijil vaksinasi sebagai dokumen perjalanan.
Sediakan dokumen lengkap vaksinasi. Sijil vaksinasi kita, boleh didapati dari apps Mysejahtera. Download file pdf, dan print hardcopy. Sebaiknya standby 2 atau 3 hardcopy senang just incase, mereka ambil 1 copy, kita ada lagi salinan lain sebagai simpanan kita.
Sediakan juga file pdf dan susun elok-elok dalam phone. Kadang-kadang time mereka minta, akan rasa kalut mulalah cari file tak jumpa. Sebab banyak sangat file persediaan dalam phone, flight ticket, tempahan tempat tinggal, tempahan tiket keretapi, tempahan bas dan sebagainya.
Untuk merentasi negara-negara yang ingin dilawati, dapatkan maklumat tentang dokumen yang diperlukan. Ada negara yang mengkehendaki pengembara mengisi borang atau e-form tertentu, beserta dokumen vaksinasi. Maklumat ini juga boleh diperolehi dari laman rasmi imigration setiap negara.
Untuk Transit, boleh hubungi penerbangan yang kita bakal naiki. Saya menaiki Qatar Airways dalam kebanyakan penerbangan kerana pada saya customer servis mereka sangat bagus dan mudah untuk dihubungi.
Untuk pulang ke Malaysia, kerajaan Malaysia masih menetapkan sesiapa yang memasuki border Malaysia, perlu menyediakan sijil pemeriksaan ujian PCR. Oleh itu, ketika mahu pulang dari Finland, kami perlu cari tempat PCR di Helsinki sebagai dokumen yang diperlukan untuk fly dari Helsinki ke KL.
Buat masa ini, semua kemasukan di Malaysia perlu mengisi Home Quarantine Application, sehingga 1st April. Selepas 1st April, quarantine di Malaysia dah tak diperlukan lagi.
Agak leceh sikit mengisi borang ini kerana terlalu banyak maklumat di minta. Sediakan awal2 info, Nama, no IC, jenis vaksin, tarikh vaksin, Alamat rumah, berapa bilik dalam rumah, berapa bilik air yg attach dgn bedroom, berapa orang yang duduk dalam rumah, ini semua data yang perlu untuk isi Home Quarantine Apllication.
Sedikit masalah muncul dalam Home Quarantine Apps ini. Dalam 1 form, boleh diisi sehingga 10 orang. Tapi apabila Surat approval diberikan dalam bentuk pdf file, hanya 1 nama sahaja yang ada di dalam surat. Iaitu nama applicant yang pertama.
Apabila proses check in di lapangan terbang, mereka akan menyemak, dan perlu inform kepada mereka tentang form hanya letak 1 nama sahaja walaupun kita apply 2 atau 3 orang dalam 1 form quarantine.
Ia menyebabkan kita perlu menunjukkan pada mereka form yang kita apply. Untuk log in semula pula, perlu sediakan passcode yang kita dapat dalam email ketika apply form.
Apabila sampai di KLIA pula, kita diminta untuk isi eform traveller dalam Applikasi Mysejahtera.
Caranya,Pergi Applikasi Mysejahtera (Home), Pilih icon Traveller, Pilih Travel for NAMA Profile kita, then perlu isi borang itu sebelum masuk que di KLIA.
Banyak juga data yang diperlukan. Ini antara sebab kenapa ambil masa yang lama di KLIA. Perlu isi data berikut:
IC Number
Passport Number
Umur
Gender
Nationality
Occupation
Tempat ketibaan
Negara Pelepasan
Nombor Penerbangan
Tarikh Penerbangan
Tarikh Ketibaan
Quarantine Address di Malaysia
Poskod
Negeri
Nama Waris
Nombor contact waris
17, 18,19 berkenaan pernah dijangkiti covid atau tidak.
Dah siap isi borang tu, dan Status Mysejahtera kita dah bertukar kepada Person Under Surveillance (PUS) (Warna Kuning), baru kita dibenarkan masuk dan que utk confirmation berdafter Home Quarantine.
Jika kita pulang dari negara2 tertentu (yang mana kes covidnya sangat tinggi), kesemua pengembara yang pulang akan dipakaikan gelang pink.
Kemudian kita beratur untuk ke Proses swab PCR Test di KLIA. Mengikut pengalaman yang lepas, selepas beberapa hari keputusan akan diupdate dalam apps Mysejahtera dan hantaran SMS.
Buat masa sekarang, jika kita dah complete vaksin dan booster, perlu kuarantin selama 5 hari. Hari ke-5 perlu ke mana2 klinik utk buat sekali lagi test, RTK-Antigen. Hari ketibaan dikira sebagai Hari pertama (Hari 1).
Bermula 1 April, tidak perlu lagi kuarantin jika sampai ke Malaysia.
Process ini mungkin akan berubah selepas beberapa tempoh, sebab itu setiap pengembara perlu sentiasa alert dengan apa sahaja pengumuman dan perubahan yang di beritahu oleh kerajaan.
Selepas selesai test RTK Antigen hari ke-5, tinggal tunggu Mysejahtera update status dari PUS kepada Normal.
Saya kongsikan juga sedikit gambar-gambar aktiviti semasa trip memburu Aurora di Lapland. Trip Memburu Aurora ke-5,
Khairul Hafiz
Kapten Lensa Kembara,
Rovaniemi,
Finland.
March 2022
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...