Gopeng, antara daerah pelancongan menarik di Perak. Banyak aktiviti boleh diteroka termasuk sukan air water rafting selain meneroka gua batu kapur terbesar iaitu Gua Tempurung yang sangat terkenal di daerah ini.
Selain Gua Tempurung, kalau teringin menginap di dalam khemah bersama seisi keluarga, bolehlah mencuba Gopeng Glamping Park yang ada banyak aktiviti menarik di cuba terutama sukan air lasak. Bestnya, ada pertunjukan api yang akan memeriahkan malam di tapak perkhemahan ini.
Baca perkongsian dari Fikri Fiq di fb Hotel Preview Malaysia.
Apa yang menariknya di sini?
Untuk menginap, boleh saja whatsapp dan harganya berbaloi iaitu RM238 untuk empat orang termasuk sarapan pagi.
Ads
Jelasnya, ada banyak aktiviti unik dan menarik di Gopeng Glamping Park. Dalam khemah dilengkapi katil queen, bantal gebu selain kipas.
Antara aktiviti percuma disediakan di tapak perkhemahan ini ialah aktiviti memanah, trampoline, hammock, rumah pokok dan lain-lain selain aktiviti berbayar seperti ATV, water rafting, kembara gua dan lain lain. Kesemuanya sangat menyeronokkan untuk dicuba.
Ads
Memandangkan tapak perkhemahan ini dekat dengan Gua Tempurung, kayuh saja basikal dengan kadar sewa RM5 dan boleh jelajah gua batu kapur best ini. Berdekatan lokasi ada sungai yang airnya datang dari Cameron Highlands, jadi memang syokk habis dan sejuk.
Paling best, malam-malam ada pertunjukan api dari profesional, jadi teruja habis. Waktu malam, pihak pengurusan akan pasang unggun api depan khemah dan korang boleh fefeling camp fire.
Ads
Untuk air minum, jangan susah hati sebab ada disediakan, Cuma perlu bawa botol air saja dan sarapan paginya memang serius sedap. Paling sedap roti bakarnya dibakar guna arang dan korang dah boleh bayangkan rasa sedapnya itu.
Antara kemudahan lain ialah bilik airnya selesa dan tekanan air agak laju, tuala ada tapi perlu bayar deposit. Tapi jelas Fikri, antara kemudahan perlu dinaik taraf seperti memasang kipas lebih dari satu di surau kerana ruang solat itu atapnya menggunakan zink. Ada lagi beberapa “kekurangan”namun terpulang kepada penerimaan kita ketika menginap.
Kredit :- fb Fikri Fiq
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terkenal antara lokasi pelancongan popular di Selangor, Sekinchan yang dipenuhi pemandangan indah berlatar belakangkan sawah padi sering kali menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk datang ke daerah ini.
Terkini, dalam menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini, selepas terkenal dengan rumah berwarna warni, satu lagi produk pelancongan bakal dibuka pada hari raya kedua ini iaitu Sekin Wonderland. Terletak berhampiran pantai, Sekin Wonderland mempunyai pemandangan yang cukup cantik, sesuai untuk santai dan bergambar bersama keluarga.
Menawarkan keseronokan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa, orang ramai boleh menikmati water theme park dan indoor game.
Terbahagi kepada dua peringkat fasa pembukaan, fasa pertama akan dibuka pada hari raya kedua dan untuk fasa ke dua dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini.
Menawarkan 10 buah kolam pelbagai jenis size, lebih menarik terdapat lebih 50 gerai jualan seperti gerai menjual pakaian, makanan, mainan kanak-kanak, peralatan berenang, produk makanan tempatan, mini market dan banyak lagi.
Jadi kalau boring-boring tak tahu ke mana raya ini, bolehlah singgah ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sejak dibangunkan pada tahun 1976, Subang Jaya kini menjadi kawasan yang maju dan moden. Bandar Subang Jaya telah menerima status sebagai sebuah Bandaraya susulan pengisytiharan naik-taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlls Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020.
Bandaraya ini sangat unik dan menarik kerana dilengkapi dengan pelbagai aspek seperti kemudahan pengangkutan awam yang baik serta kawasan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti, pusat membeli-belah dan komersial, hospital, kawasan hiburan dan banyak lagi.
Merujuk kepada data statistik kedatangan pelancong ke Negeri Selangor untuk Tahun 2019, Bandaraya Subang Jaya telah merekodkan jumlah kedatangan pelancong yang tertinggi ke Negeri Selangor iaitu sebanyak 1.8 juta orang pelancong daripada keseluruhan 7.62 juta pelancong pada tahun sama. Hal ini merupakan bukti yang nyata, Bandaraya Subang Jaya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang utama di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.
Destinasi menarik yang ada sekitar Bandaraya Subang Jaya:
Bandar Mines ini dirasmikan pada tahun 2011 yang kini merupakan sebuah bandar peranginan dan kesihatan. Tempat ini terkenal dengan hotel-hotel mewah, tempat penjagaan kesihatan yang berkualiti, dewan besar dan banyak lagi. Destinasi pelancongan yang sering dikunjungi di Mines Wellness City adalah seperti The Mines Golf Club and Resort, The Mines Beach Resort & Spa, Malaysia International Exhibition & Showroom (M.I.N.E.S), The Mines Shopping Fair, dan juga The Mines Waterfront Business Park. Destinasi pelancongan ini juga terkenal untuk pelancong dari negara Timur Tengah.
Bandar Sunway terkenal sebuah kawasan pelancongan yang menarik yang boleh dikunjungi. Antara tarikan di sini adalah taman tema air Sunway Lagoon yang digabung dengan taman hiburan, rumah hantu serta taman hidupan liar. Terdapat juga pusat membeli-belah Sunway Piramid yang menawarkan aktiviti ice skating, memanah, permainan boling dan banyak lagi selain daripada aktiviti membeli-belah. Terdapat juga Sunway Pyramid Hotel, Sunway Resort Hotel and Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Medical Centre, dan juga Sunway University di Bandar ini. Bandar berintegrasi ini amat menarik bagi pelancong dalam dan luar negara kerana ianya menawarkan pelbagai segmen, pengalaman dan aktiviti pelancongan yang lengkap. Luangkan 3 hari 2 malam di Bandar Sunway; pasti anda dapat merasai pengalaman yang menarik di sini!
Tahukah anda, Bandar Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu di mana ia bukan sahaja terkenal dengan sektor ekonomi dan industri, malah juga sektor pelancongan. Tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Puchong ini adalah seperti Kenari Lane yang merupakan kawasan mural atau seni jalanan yang menarik untuk bergambar, pusat membeli belah terkenal seperti IOI Mall Puchong dan Setiawalk Puchong, Uptown Puchong Night Bazaar, Hotel Four Points by Sheraton Puchong, dan Kampung Orang Asli Rasau Hilir. Puchong juga dikenali dengan destinasi syurga makanan terutamanya makanan ‘street food’, makanan tradisonal kaum Cina dan banyak lagi.
SS15 terkenal sebagai hab makanan dan kedai-kedai hipster untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Jika singgah di SS15, anda boleh ke kedai makan dan kafe terkenal seperti Rojak dan Cendol SS15, Restoran Jibril , Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Gold Chilli, Mezcla Burrito Bar, Warung Cikgu, Tryst Café dan banyak lagi. Di sini boleh diibaratkan sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak pilihan makanan yang digemari para “food hunter”. Di sini juga banyak kedai-kedai yang menjual air ‘bubble tea’ dari pelbagai jenama yang ternama. SS15 juga terkenal dengan kawasan untuk anak-anak muda Subang Jaya mahupun dari Daerah lain, untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga pada hujung minggu.
Bandaraya Subang Jaya juga merupakan hab pendidikan tinggi yang mana ia mempunyai banyak kolej dan universiti antarabangsa yang terkenal seperti Kolej Taylor’s University, Sunway University, Kolej Inti, Kolej Segi, Kolej ALFA, Kolej Metropolitan dan banyak lagi. Jika anda ingin menyambung pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi, Bandaraya Subang Jaya mempunyai banyak insititut pengajian tinggi ternama yang boleh anda pertimbangkan. Dari segi kemudahan sememangnya sangat lengkap, seperti kemudahan pengangkutan awam, penginapan untuk pelajar, pusat membeli belah dan pusat aktiviti riadah untuk para pelajar yang belajar di sini.
Bandaraya Subang Jaya merupakan destinasi pelancongan perubatan dan kesihatan terkemuka Negara. Terdapat beberapa hospital terkemuka di Subang Jaya seperti Sunway Medical Centre, QHC Medical Centre, Subang Jaya Medical Centre dan Sime Darby Medical Centre. Bukan itu sahaja, terdapat juga pusat kecantikan dan spa yang boleh dikunjungi seperti Blossom Spa & Wellness Centre, Mandayu Spa & Wellness Centre, Heavenly Spa, Beauty Palace Muslimah Spa, SOTHYS Premium Facial, De Skin Beauty Saloon, Ridz Okumura Salon dan banyak lagi.
Foto & Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan merupakan gua yang sering menjadi idaman si kaki aktiviti lasak untuk diteroka. Gua ini dikatakan mempunyai laluan yang mencabar kerana perlu merentasi laluan sempit di celah-celah batu yang bertindih antara satu sama lain.
Oleh itu, jika ada yang berminat nak ‘caving’ di kawasan ini dicadangkan untuk membawa atau mengambil pengiring yang cekap dan tahu akan selok belok di sini.
Gua Batu Maloi terletak di tengah-tengah lembah di antara penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin, di kawasan Hutan Lipur Gua Batu Maloi di Kampung Tanggai, Johol. Ada bayaran masuk dikenakan kepada individu yang berminat untuk meneroka gua ini.
Gua batu granit sepanjang 2.3 kilometer dan dianggap terpanjang di Malaysia turut menyaksikan pengunjung terpaksa basah kuyup apabila meredah laluan berair dan tidak sesuai dimasuki apabila musim hujan. Pada musim tengkujuh, elakkan untuk datang ke sini demi keselamatan anda.
Cabaran menanti sebaik memasuki gua berbatu ini ialah bentuk muka buminya sangat berbeza. Ada kawasan yang penuh air sehingga perlu menyelam, melompat antara batu ke batu, merangkak, meniarap, menggelongsor, berenang, memanjat semua kena buat dalam air dan di celah-celah batu terutamanya arus air deras di bawah gua.
Menurut penduduk di sini, gua itu adalah perkampungan orang bunian dan lelaki Orang Asli bernama Malai berkahwin dengan anak gadis bunian berkenaan dan tinggal di gua itu. Panggilan Maloi adalah sempena nama lelaki Asli berkenaan yang lebih selesa disebut orang.
Di dalamnya terdapat Gua Kelawar (banyak burung kelawar), Gua Kapal (batu seakan layar kapal), Gua Dewan (luas kawasan boleh menempatkan 200 orang).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...