Terkenal antara lokasi pelancongan popular di Selangor, Sekinchan yang dipenuhi pemandangan indah berlatar belakangkan sawah padi sering kali menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk datang ke daerah ini.
Terkini, dalam menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini, selepas terkenal dengan rumah berwarna warni, satu lagi produk pelancongan bakal dibuka pada hari raya kedua ini iaitu Sekin Wonderland. Terletak berhampiran pantai, Sekin Wonderland mempunyai pemandangan yang cukup cantik, sesuai untuk santai dan bergambar bersama keluarga.
Ads
Menawarkan keseronokan untuk semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak, remaja hingga dewasa, orang ramai boleh menikmati water theme park dan indoor game.
Terbahagi kepada dua peringkat fasa pembukaan, fasa pertama akan dibuka pada hari raya kedua dan untuk fasa ke dua dijangka akan dibuka pada penghujung tahun ini.
Ads
Ads
Menawarkan 10 buah kolam pelbagai jenis size, lebih menarik terdapat lebih 50 gerai jualan seperti gerai menjual pakaian, makanan, mainan kanak-kanak, peralatan berenang, produk makanan tempatan, mini market dan banyak lagi.
Jadi kalau boring-boring tak tahu ke mana raya ini, bolehlah singgah ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ini antara pengalaman pergi Lata Lawin di Gerik. Seronok kalau dapat hiking trip di Gunung Alai, Gerik, Perak.
Dihembus angin sepoi-sepoi bahasa, anda boleh bertenang dengan suasana hijau di kawasan ini. Yang penting murah, sesuai anda yang nak bawa anak-anak. Tidak lah perlukan bajet yang besar.
Turun daripada Gunung, boleh mandi-manda di Lata Larwin bagi menghilangkan rasa sakit sendi atau urat selepas hiking.
Parking dekat sini luas dan dikenakan bayaran RM3. Tempat yang sesuai untuk keluarga beriadah kerana kemudahan yang disediakan.
Yang minat bercamping boleh pacak khemah di bawah pondok secara percuma. Keluarga pun boleh berkelah di sini.
Kemudahan tukar pakaian disediakan untuk memudahkan pengunjung mandi selepas berendam dalam air sungai.
Nak merasa berdamai dengan alam semula jadi, datanglah sini ya! Mandi sungai, syok lah waktu musim panas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa kata barang-barang lama atau antik tiada nilai di pasaran? Jangan tersilap ya, sesungguhnya barang-barang lama ini mempunyai nilai yang tinggi berbanding barang-barang baru, lebih-lebih lagi kepada peminat dan pengumpul barang-barang lama atau antik itu.
Begitu juga dengan motorsikal-motorsikal lama, klasik, atau kini lebih popular dipanggil sebagai motorsikal retro. Ada peminat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan model motorsikal idaman mereka dan, membaikpulih sehingga kembali seperti ke bentuk asal.
Peminat ini bukan sahaja daripada kalangan ‘orang-orang lama’, tapi anak-anak muda belia generasi baru juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berkongsi minat yang mendalam kepada motorsikal retro. Dek kerana mempunyai peminat yang pelbagai dari segenap tempat dan usia, komuniti motorsikal retro ini cukup ramai di seluruh negara.
Anda rasa mudah untuk membaikpulih motorsikal retro yang ada kepada bentuk asal seperti mana ianya dikeluarkan berpuluh-puluh tahun dahulu? Jawapannya tidak, kerana alat gantinya tidak lagi dikeluarkan dan dipasarkan. Ada diantara peminat dan pengumpul terpaksa menghabiskan wang ringgit dan berjalan merata ceruk kampung semata-mata demi alat ganti motorsikal retro kesayangan mereka.
Tapi bak kata orang, walau apa pun yang terjadi, demi cinta, lautan api pun sanggup direnangi. Begitu juga kepada peminat motorsikal retro itu. Walau apa pun terjadi, demi minat dan nilai estetika yang ada, mereka akan lakukan apa sahaja demi motorsikal retro kesayangan mereka.
Terkini, Konvoi Jelajah Semenanjung Malaysia Retromania Grand Gathering 2019 anjuran Majlis Daerah Kuala Langat telah memulakan perjalanan menjelajah ke seluruh pelusuk negeri di semenanjung bagi mempromosikan Retromania Grand Gathering 2019 (RGG2019) pada 13 dan 14 April 2019.
Sepanjang 5 hari bermula 25 hingga 29 Mac ini, konvoi sebanyak 30 motorsikal berkuasa tinggi akan menjelajah ke ke negeri-negeri antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan dan Perak dan apa yang menarik mengenai RGG2019 kali ini adalah tema Gila-Gila Zaman Remaja yang mengimbau kembali nostalgia filem Gila-Gila Remaja.
Terdahulu, RGG pernah mencipta Malaysia Book of Record kerana berjaya menghimpunkan motorsikal retro terbanyak dan, pada edisi kali ini, rekod baru akan tercipta, mencatatkan lagi satu memori kepada seluruh peminat motorsikal retro seluruh negara.
Jadi kepada peminat motorsikal retro di luar sana, jemput hadir beramai-ramai ke Dataran Pantai Morib Kuala Langat pada 13 dan 14 April ini bagi memeriahkan acara RGG2019 di sana!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pusat Beli-belah di Negeri Selangor tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2022 dengan pelbagai dekorasi menarik. Sekiranya anda memilih untuk “Pusing Selangor Dulu”; di sini disenaraikan 5 pusat beli-belah di Negeri ini untuk orang ramai kunjungi, dan hargai usaha di sebalik setiap hiasan yang ditampilkan!
1) 1 Utama Shopping Centre
Masuki tahun harimau dengan menghasilkan cerita anda yang tersendiri berlatarkan “Teochew Town” di Centre Court, Tingkat G, 1 Utama Shopping Centre. Diinspirasikan oleh senibina dari Guangdong, China, astana bercirikan oriental dengan ketinggian 30 kaki ini pasti akan membangkitkan mood “xin nian” anda. Nikmati saat ini dengan mengabadikan seleksi gambar di sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/1Utama/
2) Sunway Pyramid
Lion, ikon Sunway Pyramid, menyambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini dengan #100Blessings! Dengan tahun harimau, Lion kembali berpegang kepada nilai kekeluargaan dengan elemen 福 (Fú). Temui Lion sekarang di Sunway Pyramid dan jangan lupa untuk adakan sesi fotografi di sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/sunwaypyramid
3) Setia City Mall
Langkah masuk ke taman yang serba mempesona; “Garden of Dreams” di Setia City Mall. Terdapat juga menara Pagoda setinggi 8 kaki dikelilingi pohon bunga sakura yang mekar hingga ke kawasan penempatan “harimau”. Jangan lupa untuk ambil gambar di sini dan sertakan tandapagar #SCMCNY2022 untuk peluang disiarkan di laman media sosial rasmi mereka!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/setiacitymall/
4) Central I-City
Central i-City bersedia untuk “mengaum” dengan pengenalan “The Great Tiger Power” sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022. Dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh artis / pelukis ilustrasi dari Thailand, Phannapast – tekan sahaja butang kamera anda! Hadir ke Tingkat G, Central i-City bersama rakan dan keluarga anda sekarang!
Untuk makluma lanjut, layari https://www.facebook.com/centralicity
5) Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Berkumpullah bersama rakan dan keluarga dengan dimeriahkan oleh dekorasi “Blooming Prosperity” di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Tahun Baru Cina ini! Dengan deretan outlet jenama mewah menawarkan diskaun yang sangat menarik, apa kata anda singgah dan ‘cuci mata’ semasa kunjungan anda ke sini!
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA
Kredit: Selangor Tourism
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...