Pulau Pinang menawarkan pelbagai macam keistimewaan yang pasti membuatkan sesiapa saja teruja sekiranya berkesempatan menjejaki kaki ke sini. Selain percutian tepi pantai, kunjungan ke Pulau Mutiara membolehkan pelancong mengenali budaya dan menyaksikan pelbagai bangunan warisan yang unik. Bahkan anda turut berpeluang mengunjungi pelbagai tarikan yang tidak kurang menariknya seperti muzium kaca.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja jika berada di muzium ini. Itu gambaran jujur sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam iBox Glass Museum.
iBox Glass Museum diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai muzium kaca pertama di Malaysia, iBox Glass Museum memberi kelainan berbanding muzium lain yang selalunya kelihatan suram dan tidak ceria. Reka bentuk luaran muzium ini yang unik membuatkan ramai tertanya, apa yang terdapat di dalamnya.
Ads
Cukup mempersonakan tatkala kaki melangkah masuk ke iBox Glass Museum ini, dekorasi berasaskan kaca yang berwarna-warni dan datang dalam pelbagai bentuk melatari segenap ruang muzium. Setiap pengunjung yang datang ke sini bakal disambut oleh kakitangan muzium untuk diberi penerangan dari sejarah penubuhan muzium hingga ke sesi D.I.Y (do it yourself).
Ads
Pelbagai produk menarik yang dihasilkan daripada kaca dipamirkan di sini seperti jam dinding, cermin muka, hiasan dinding, panel penghadang dan banyak lagi. Pengunjung dibenarkan untuk membeli apa jua produk yang dipamirkan di muzium ini untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Tanpa bayaran dikenakan kepada pengujung, iBox GlassMuseum dibuka setiap kecuali Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Ads
Ilham Kreatif
Pada sesi D.I.Y (do it yourself) pengunjung tidak kira dewasa atau kanak-kanak diberi kesempatan untuk mempamirkan bakat dengan melukis dan mewarna di atas botol kaca yang dileperkan. Pewarna khas diperkenalkan agar hasil kreatif yang dihasilkan tampak cantik di atas permukaan kaca.
Lokasi: iBox Glass Museum, 80-O Jalan Mt.Erskine, 10470 Tanjong Tokong, Pulau Pinang | www.iboxglass.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tular video gelongsor warna-warni di Himalaya Camping Resort, agak menarik kalau dapat merasa sekali layan perasaan bersama geng satu kepala!
Lagi syok kalau dapat habiskan masa terluang bermain ATV, white water rafting, water abseiling dan tubing sepanjang hari.
Jangan risau, semua keunikan ini memang ada di Himalaya Camping Resort dan Rock Garden yang terletak di Gopeng, Perak.
Di resort ini ada pakej penginapan ala glamping, perkhemahan dan chalet tepi sungai ya. Selain boleh buat team building, perjumpaan keluarga dan majlis perkahwinan, penginap juga boleh menerokai Gua Tempurung.
Semua kemudahan lengkap termasuk surau, dewan, bilik berhawa dingin, tapak khemah, tandas, plug point dan dewan makan yang luar. Tempat untuk berbeku pun ada.
Rata-rata pengunjung yang sudah bermalam di sana teruja dengan kelainan yang dibawakan resort privasi tersebut termasuklah gelongsor pelangi dipanggil Himalaya Rainbow Slide sepanjang 62 meter.
Sungai sangat best dan pool pun besar. Puas main anak-anak nanti. Harga pun okey sebab setiap bilik dah termasuk dengan baucar sarapan untuk empat orang.
Selain mandi-manda, anak-anak puas main slide. Golongan mak-mak pula boleh masak-masak sambil bergosip dan makan.
Waktu malam boleh main bakar-bakar pula. Best, bukan?
Terdapat lebih kurang 50 bilik berhawa dingin, dua kolam renang biru, surau, dewan makan open, tapak campsite yang luas dan bersih.
Lebih menarik lagi, kalau stay overnight di sini memang terdapat pelbagai aktiviti menarik ada ATV, water rafting, tubing, water abseilling dan trekking Bukit Batu Putih.
Jom lah rasai keunikan percutian glamping dengan kemudahan pelbagai bilik yang cantik. Tak payah nak pergi jauh-jauh kalau bercuti. Boleh buat pilihan, nak mandi sungai atau kolam, keduanya ada. Puas hati datang sini!
Himalaya Camping Resort & Rock Garden
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berbanding perkhemahan biasa, glamping kini semakin digemari kerana ia menggabungkan konsep glamor dan perkhemahan dalam satu lokasi. Percutiaan berkonsep glamping lebih selesa dan mudah buat anda yang tidak gemar bersusah payah ‘set up’ peralatan khemah. Konsep sebegini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tidak perlu bersusah payah membinanya sendiri.
Selain itu, percutiaan glamping juga selalunya lengkap dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa seperti dilengkapi katil, penghawa dingin dan pelbagai keistimewaan lain sesuai dengan konsepnya penuh glamor.
Sharing untuk yang nak berglamping sebelum camping.
Baru-baru ni Awin dengan geng BFF office pergi Girls Trip. Perjalanan dari Rawang ke glamping tak jauh pun lebih kitorang 40 minit je, tapi disebabkan semua teringin nak makan dekat Lemang Tok’ki, kitorang lajak ke Bentong dulu makan-makan.
Ramai yang tanya, best tak staycation dekat sini? Besttt sangat. Tambah pulak sekali sekala dapat me time dengan kawan-kawan kan, seronok sangat hehe.
Kalau nak BerBBQ, kena sewa Bbq pit dia. Price sewa BBQ pit RM100, nampak agak mahal kan?
Tapi BBQ pit tu dah termasuk arang, dia hidup kan api dan provide pinggan, mangkuk, penyepit semua tu. Lengkap dah, korang tinggal bawak makanan untuk BBQ dan grill sajaa. Sesuai la dengan tema glamping kan.
Overall glamping kat sini memang best & harga pun sangat affordable
Facilities:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Daerah Gombak yang mengagumkan ini pada dasarnya merupakan sebuah sempadan bagi kota Kuala Lumpur di samping kawasan sempadan yang lain seperti Rawang dan Batu Arang. Di Daerah ini, anda pasti akan terpukau dengan pelbagai tempat menarik yang dapat anda lawati pada suatu hari kelak. Di sini, Tourism Selangor mengesyorkan senarai aktiviti yang boleh dilakukan untuk kunjungan satu hari ke Daerah Gombak!
8.00 pagi – Nikmati sarapan pagi yang enak di Restoran Teratak Nogori
9.00 pagi – Terokai Air Terjun Kanching yang menakjubkan
10.00 pagi – Membuat lawatan safari ke Zoo Negara
12:00 malam – Makan tengah hari di Coca Seafood Restaurant
1.00 petang – Berjalan-jalan di sekitar Batu Caves yang terkemuka
2.30 pm – Rasai debaran adrenalin di Gua Damai Extreme Park
3.45pm – Bersiar-siar di sekitar Muzium Orang Asli
4.45pm – Singgah di Durian Cendol @ Mel’s Corner Batu Caves
5.45pm – Berbelanja di Melawati Mall
7.00pm – Makan malam di Wira Seafood Ikan Bakar
Pengembaraan di Daerah Gombak melibatkan perjalanan ke tempat-tempat yang menyajikan sarapan pagi yang seringkali dipilih oleh orang ramai di bandar! Nikmati pelbagai hidangan Malaysia yang enak seperti Nasi Lemak dan Lontong yang sudah pastinya merupakan salah satu cara yang terbaik untuk memulakan perjalanan anda pada siang hari. Sarapan pagi yang luar biasa adalah salah satu sebab Daerah ini seringkali dikunjungi oleh penduduk setempat dan para pelancong. Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan!
Terletak betul-betul di antara Rawang dan Kuala Lumpur, air terjun di Taman Eko Rimba Kanching adalah satu tempat yang menyeronokkan untuk pengembara di Daerah Gombak. Di dalamnya, anda akan dibawa ke tujuh tingkat air terjun yang dikelilingi dengan pemandangan alam yang sungguh menarik. Air terjun tahap kedua dan ketiga adalah yang terkenal di sana; jadi pastikan anda tidak lupa untuk berhenti di situ! Sekiranya anda sedang mencari kawasan untuk bersantai pada awal hari, Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat riadah yang paling sesuai!
Apabila ianya berkaitan dengan lawatan safari yang menggembirakan, Zoo Negara di Daerah Gombak adalah zoo yang terkenal yang mesti anda sertakan dalam jadual perjalanan anda! Terdapat lebih daripada 5173 spesimen yang terdiri daripada 476 spesis haiwan yang boleh anda saksikan di sana. Selain menjadi tempat pameran haiwan, anda juga boleh mengadakan pelbagai acara di sini sama ada pesta ulang tahun untuk anak-anak anda, hari keluarga, bahkan apa sahaja acara yang anda impikan.
Anda semestinya benar-benar ketinggalan sekiranya anda tidak singgah ke Restoran Coca Seafood sepanjang perjalanan anda ke Gombak. Restoran ini terkenal dengan mee kari yang bersaiz besar yang seringkali menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong. Hidangan istimewa mereka tersebut disajikan dengan pilihan sampingan seperti Ayam Kari yang sudah pasti akan meliurkan anda.
Apakah makna sebuah pengembaraan ke Daerah Gombak tanpa berkunjung ke Batu Caves yang terkemuka? Umum mengetahui, lokasi ini dikunjungi oleh begitu ramai pelancong pada setiap hari. Senibinanya yang hebat merupakan perkara yang paling utama yang menarik minat orang ramai ke sana. Malahan, perayaan Thaipusam yang terbesar juga turut diadakan di sini pada setiap tahun yang secara amnya seringkali melibatkan ribuan orang ramai sebelum pandemik Covid-19.
Aktiviti sukan yang mendebarkan pasti menarik minat penggemar sukan ekstrim. Pendakian batu di Gua Damai Extreme Park yang ikonik yang terletak sangat dekat dengan Batu Caves perlu menjadi salah satu aktiviti ketika berkunjung ke Daerah Gombak! Menyediakan aktiviti rekreasi dan eko kepada anda, terdapat juga pelbagai tahap pendakian untuk memenuhi keperluan setiap peminat sukan sama ada amatur mahupun profesional.
Sekiranya anda ingin belajar mengenai sejarah Daerah Gombak, Muzium Orang Asli pasti menepati keinginan anda. Anda boleh bersiar-siar di sekitar Muzium ini untuk mengetahui sejarah dan menyaksikan artifak kuno Orang Asli yang menetap di sini. Tidak ketinggalan, di sini juga terdapat sebuah galeri pameran yang menakjubkan serta sebuah dewan teater mini.
Setelah perjalanan panjang di Daerah Gombak, anda mungkin ingin berehat sebentar dan mengembalikan tenaga anda. Oleh itu, pastikan anda singgah ke Mel’s Corner untuk merasai Durian Cendol yang paling beraroma di sini. Anda boleh membeli Durian Cendol yang bersaiz besar serta disediakan dengan tembaga durian dan ais krim tempatan pada harga RM 20 sahaja. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa harganya mungkin akan berubah bergantung pada musim durian, jadi pastikan anda memeriksa senarai harga secara atas talian dari masa ke masa!
Membeli-belah adalah salah satu sesi terapi terbaik semasa mengembara. Hanya dengan membeli-belah, seseorang dapat menurunkan tahap tekanan mereka dengan mudah terutamanya pada hari yang panjang dan melelahkan. Melawati Mall di Daerah Gombak pada dasarnya adalah sebuah Pusat Beli-belah pinggir bandar dengan lebih daripada 200 kedai yang memenuhi semua keperluan dan keinginan anda, Di sini, anda boleh mendapatkan sebuah pengalaman membeli-belah terbaik!
Untuk makan malam yang enak di Daerah Gombak, pastikan anda menjamu selera di Restoran Makanan Laut Ikan Bakar yang terkenal di Taman Sri Gombak! Memang tidak dapat dinafikan lagi, adalah berbaloi untuk singgah ke sini kerana mereka menawarkan pelbagai jenis menu makanan laut yang enak yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah Ikan Bakar, Nasi Lemak dan Kerabu yang juga terkenal sebagai hidangan istimewa di restoran tersebut!
Gombak sememangnya dikenali sebagai Daerah yang terkenal dan luar biasa di Negeri Selangor. Namakan sahaja, semua yang anda cari untuk memenuhi perjalanan anda ada terdapat di sini, Dari tarikan persekitaran semula jadi yang menarik sehinggalah ke pelbagai bangunan budaya yang mewah dengan sejarah yang tulus, semuanya boleh didapati di Daerah ini.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...