Ramai yang memilih bercuti kala ini. Sekian lama berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masa untuk menenangkan fikiran dan bersantai-santai sebelum dilambakkan dengan kerja yang tidak pernah habis.
Namun saat teruja bercuti itu, hati-hati ketika booking apartment “direct owner” kerana tidak semuanya indah seperti kita harapkan. Kadang kala, jimatnya hanya beberapa puluh saja tapi servisnya mungkin tidak seperti kita harapkan.
Seorang ahli Geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM) berkongsi pengalaman agak pahit semasa cuba check ini di salah satu apartment di Bukit Bintang dalam percutiannya baru-baru ini.
Ini perkongsiannya:-
Last week aku book apartment di area Bukit Bintang dengan satu laman web yang glamer tu. Aku book apartment tu sebab rate 9.2. Ramai review apartment tu bersih. Lepas berjaya book untuk 2 hari, dapat harga RM 475.
Ads
Sejam lepas tu, tetiba dapat call dari nombor yang tak dikenali. Dia cakap dia owner apartment. Kalau cancel book kat web, book dengan dia direct, hanya bayar RM440. Aku pun cancel kat web. Aku cakap kat owner, aku akan check-in kul satu, 17/10. Check out 19/10. Owner cakap OK.
Tiba hari nak check in, aku pun tiba di apartment, jam 2.30 petang. Owner tunjuk apartment di tingkat 42. Wow view dalam bilik tu memang nampak view cantik, nampak KLCC dan KL tower. Ada 2 room.
Tapi sayang. Apartment tak clean lagi. Toilet utama ada bathtub tapi langsir tak ada. Cuma di cover dengan plastik yang separuh. Kalau mandi ke, mesti orang dari Blok B tu nampak. Memang tak secure.
Ads
Owner cakap lagi sejam setengah, cleaner akan bersihkan. So aku amik keputusan, pergi mandi kat pool apartment yang besar dan luas tu.
Kul 4.45 petang, aku naik ke apartment, tengok apartment masih kotor. Call owner. Tanya mana cleaner. Owner cakap nanti cleaner datang. Aku cakap kat owner, since dah 2 jam ni, kalau cleaner tak datang , aku nak check out sebab bilik semua memang kotor.
Nak solat Asar pun tak boleh. Dengan lantai yang perhabis dan kotor. Owner pun marah. Dia cakap kalau nak keluar, keluarlah. Ayat paling sakit hati di dengar dr mulut owner, ‘sister, you are muslim, i am muslim’. So apa masalah u muslim I muslim. Ishh geram aje.
Ads
Lantas, aku pun check outlah dari apartment tu. Nasib baik lah, duit RM440 tak di transfer lagi. Selamat. Bila dah keluar daria apartment tu dan yang kelakarnya after 15 minit, owner yang berlagak tu, mesej balik cakap, kalau nak masuk balik bilik tu, dia akan bagi rate RM400 sahaja untuk dua malam.
Ishhh tak de maknanya aku nak stay kat situ setelah dia menghalau tadi. No way. Owner ni foreigner. Dia cakap dia ada 41 buah apartment dalam pusat beli belah tu. Patutlah dia cepat-cepat call suruh cancel dengan booking dan order direct dengan dia. Dia nak elakkan bayar komisen ke laman web tu. Kalau direct book dengan owner, kita tak boleh bagi review. Ooo bijak bijak.
Bila tengok perangai owner nikan, teringat masa hampir-hampir jadi mangsa scam kat owner apartment kat London walaupun masa tu aku book apartment tu dari laman web tu. Jangan percaya kalau mana-mana owner contact balik suruh order luar dari website. Nasib baik aku tak kena scam. Nasib baik aku tak transfer lagi duit. Alhamdulillah.
Tiga puluh dua penumpang terdiri daripada rakyat tempatan serta warganegara dan penduduk tetap Singapura, dibenarkan berlepas ke republik itu dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LSTAS) Ipoh, Perak.
Ia merupakan penerbangan pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lepas. Kesemua penumpang berlepas menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot TR481 pada pukul 1.10 petang 7 Jun 2020 lalu.
Hanya satu penerbangan berlepas dari LTSAS setakat ini ke negara Singapura dan kerajaan negeri sudah bersiap sedia termasuk menyediakan pusat kuarantin, jika ada penerbangan yang luar masuk ke Perak.
Penumpang penerbangan tersebut terdiri daripada lapan warga Singapura termasuk seorang kanak-kanak, 19 penduduk tetap negara itu dan lima pelajar Malaysia, yang menuntut di negara jiran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata berkata, kesemua pelajar itu dibenarkan kembali ke Singapura setelah mendapat Kelulusan Dalam Prinsip (IPA), serta kebenaran Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta Kementerian Pendidikan Singapura.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak Khairul Ridzuan Mat Said pula berkata, tiada halangan untuk rakyat mana-mana negara pulang ke negara asal, manakala pelajar rakyat Malaysia diberi pelepasan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa republik itu dan kementerian berkaitan. Pengurusan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah memaklumkan pihaknya menerima 53 tempahan tiket, namun hanya 32 penumpang 'bertuah' yang menaiki penerbangan pada hari tersebut.
Pelajar IPT yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka boleh memohon untuk penjadualan semula tiket penerbangan secara percuma.
Jabatan Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya di Facebook rasmi mereka memaklumkan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Firefly dan Malindo Air menawarkan pertukaran tarikh penerbangan di laluan yang sama tanpa bayaran tambahan. Bukan itu sahaja, malah KTMB juga turut membenarkan pelajar yang terjejas berbuat demikian.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa. Pelajar boleh menghubungi institusi pengajian masing-masing bagi mendapatkan cara-cara mengemukakan maklumat bagi tujuan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai tatacara penjadualan semula tiket, pelajar boleh melayari laman sesawang syarikat penerbangan terbabit.
Bagi pelajar yang membeli tiket MAS, mereka boleh membuat pertukaran tarikh penerbangan bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian.
Kerjasama bersama AirAsia Berhad membantu institusi pendidikan tinggi yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka. Untuk AirAsia, pelajar boleh membuat pertukaran tarikh tanpa had sebelum 31 Disember 2020.
Pihak Firefly bersedia membantu pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka.
Malindo Air – Pelajar boleh mendapatkan Pengecualian FI Penukaran Tarikh (Tertaluk kepada perbezaan tambang)
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan pindaan tarikh perjalanan tiket atau pemulangan tambang bagi pelajar yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran masuk ke IPT.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau-pulau di Terengganu telah diumumkan baru-baru ini sebagai pulau yang paling banyak menerima kedatangan pelancong domestik ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Terkini, Kelantan juga muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong, memberi isyarat yang baik negeri itu melalui fasa pemulihan yang cemerlang. Destinasi menarik, musim cuti sekolah dan syurga makanan di Kelantan menjadi antara faktor penyumbang kepada kebanjiran pelancong domestik di negeri itu. Ditambah pula dengan keyakinan pelancong terhadap aspek keselamatan dan kesihatan terhadap negeri Kelantan.
Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud, ini membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Kelantan dalam aktiviti ekonomi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Hotel Malaysia yang menyatakan Kelantan muncul sebagai negeri yang menerima paling ramai pelancong dalam tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kebanjiran pelancong domestik ke negeri Cik Siti Wan Kembang disebabkan rakyat Kelantan yang berada di ibu kota mengambil peluang untuk pulang dan dalam masa yang sama bercuti di negeri itu. Bagaimanapun beliau tidak menolak kebanjiran pelancong daripada negeri lain yang baru membuka mata akan keunikan tempat pelancongan di negeri Kelantan.
Persatuan Hotel Malaysia juga mengesahkan kedatangan pelancong domestik yang diukur dari kadar penghunian purata (AOR) untuk negeri itu menunjukkan peningkatan bermula sebulan selepas perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada pertengahan Jun lalu. Dalam masa yang sama, fasa pemulihan di Negeri Kelantan dijangka akan lebih cepat sekiranya kedatangan pelancong ke negeri itu dapat dikekalkan atau lebih tinggi. Kesan kedatangan pelancong yang positif ketika ini memberi kesan limpah ekonomi kepada penduduk yang sebelum ini terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung COVID-19.
Rakyat Kelantan! Sila Rebut Peluang Keemasan Ini..
Bagi memastikan kedatangan pelancong di negeri Kelantan kekal dan meningkat ekonomi masyarakat, rakyat di negeri Kelantan digalakkan melibatkan diri dalam sektor industri ekopelancongan atau community based tourism bagi meningkatkan lagi daya tarikan dan kunjungan pelancong ke negeri itu. Melalui eko pelancongan momentum kedatangan pelancong yang tinggi di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dapat dikekalkan walaupun memasuki Monsun Timur Laut yang melanda setiap hujung tahun. Produk pelancongan berasaskan makanan juga merupakan sektor yang begitu popular di Kelantan dan menjadi pemacu utama tarikan di negeri itu.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...