•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ultra Heroes, siri televisyen fiksyen sains Jepun yang dicipta oleh Eiji Tsuburaya dari Tsuburaya Productions pada tahun 1966. Siri ini amat popular di seluruh Asia, dan watak-wataknya berjaya menambat hati di kalangan kanak-kanak yang dibesarkan pada tahun 70-an dan 80-an. Bersempena dengan ulang tahun ke-50nya, kedai dan restoran Ultra Heroes kini dilancarkan di Glo Damansara Kuala Lumpur, Malaysia.

Semestinya ianya berita yang menggembirakan buat semua peminat Ultra Heroes – kedai dan restoran rasmi Ultra Heroes yang pertama di dunia, dibawa khas untuk anda oleh Circle Corp dan Tsuburaya Productions (Jepun), kini dibuka di Glo Damansara.

Ultra Heroes menampilkan tentera-ultra salibalam Semesta yang melindungi dunia daripada pelbagai raksasa. Hari ini, Ultra Heroes membuat penampilan khas di Malaysia, untuk bertemu dengan peminat-peminat mereka.

Pengasas dan Pengarah Urusan Circle International Holdings Limited, Dato’ Brian Tan berkata beliau berasa amat bangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Tsuburaya Productions yang merupakan salah satu daripada perusahaan yang paling cemerlang di Jepun.

“Melalui kerjasama ini, kami banyak belajar tentang budaya korporat Jepun, terutamanya permintaan yang tinggi untuk profesionalisme dan perhatian terhadap butiran. Kami berasa bangga untuk bekerjasama dengan jenama antarabangsa ini,”katanya.

Pegawai Kanan Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Harta Intelek Tsuburaya Productions, Takamasa Kitazawa berkata dia kagum dengan keupayaan dan tahap komitmen daripada pasukan Circle Corp. “Untuk memastikan pengalaman yang terbaik untuk peminat Malaysia, kami menetapkan permintaan yang amat ketat untuk Circle Corp. Kami mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasaran Malaysia kerana kami tahu terdapat ramai peminat-peminat Ultra Heroes di sini,” ujar beliau

Pengurus Besar F&B Penjenamaan Eric Lim berkata beliau gembira menyaksikan pembukaan kedai dan restoran rasmi Ultra Heroes yang pertama di dunia.“Kami berusaha untuk memastikan kejayaan kedai eksklusif ini dan berhasrat untuk membawa pengalaman yang terbaik untuk para peminat Ultra Heroes. Kami menghabiskan banyak masa dalam penciptaan tema untuk makanan, bagi memastikan ia menarik dan juga enak,” jelasnya.

Koleksi edisi terhad Ultra Heroes

Kedai dan restoran rasmi Ultra Heroes yang kini dibuka di Damansara Glo berkeluasan melebihi 4000 kaki persegi mampu memuatkan sekurang-kurangnya 120 orang.

Di sini terdapat melebihi 300 jenis barangan eksklusif Ultra Heroes, termasuk barang mainan dan keperluan harian kanak-kanak serta koleksi untuk orang dewasa. Selain daripada patung figura Ultra Heroes dari pelbagai watak-watak, anda juga boleh menemui 65 patung unik edisi Ultra Heroes di sini.

Produk bintang dalam kedai ini adalah watak yang paling popular dalam Ultra Heroes, Ultraman Tiga. Bersempena dengan pembukaan rasmi, kedai ini juga melancarkan patung figura 45cm Ultraman Tiga edisi perak yang hanya terdapat 65 buah di seluruh dunia. Patung-patung Ultraman Tiga adalah hanya untuk pameran dan anda boleh mengambil gambar bersama dengan patung-patung itu.Selain itu, terdapat juga pelbagai t-shirt edisi terhad dan produk-produk lain yang diimpot dari Jepun.

Peluang berinteraksi dengan Ultra Heroes

Restoran bertema Ultra Heroes ini sesuai untuk sekeluarga. Ibubapa boleh mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada anak-anak mereka wira zaman kanak-kanak mereka.Terdapat sebanyak 60 pilihan menu, termasuk “Ultraman Tiga Burger” yang wajar anda cuba. Restoran ini juga mempunyai bilik khas untuk acara-acara persendirian. Setiap minggu, watak-watak Ultra Heroes akan membuat penampilan khas untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan.

Kumpulkan 18 alas cawan edisi khas

Sebagai promosi anda boleh dapatkan alas cawan (18 rekaan) edisi khas Ultra Heroes secara percuma dengan pembelian makanan Ultra Heroes yang tertentu di restoran, sementara stok masih ada. Dapatkan juga stiker Ultra Heroes apabila anda memilih daripada menu kanak-kanak. Kopi dan manisan yang dijual di restoran ini juga akan menampilkan rekaan bentuk motif dan watak-watak Ultra Heroes untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang istimewa ini.

Kembalikan nostalgiakan zaman kanak-kanak anda di kedai dan restoran unik ini. Kongsikan pengalaman ini bersama keluarga tersayang.

 
 

SiaranakhbarinidisediakanolehClick Entertainment.Untukpertanyaan, silahubungiYin Loo(012-6326658)or e-melkeyinloo@click-ent.comuntukmaklumatlanjut, terimakasih.

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: