Flores mungkin nama tempat yang masih lagi asing dalam kalangan pengembara di Malaysia. Tetapi ia sebenarnya nama yang cukup terkenal bagi traveller yang kebanyakannya datang dari Eropah. Ini kerana kebanyakan kapal-kapal persiaran besar dan mewah dari seluruh dunia yang berlabuh di Pelabuhan Labuan Bajo datangnya dari benua Eropah dan Australia akan menuju ke Flores.
Gili Lawa….Ni baru satu gambar cantik. Skrol sampai bawah tengok gambar lain. Cantik gile!
Ada apa dengan Flores? Nama Flores, diambil dari bahasa Portugis yang bererti “bunga”. Flores terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan salah satu keistimewaannya adalah terdapat Pulau Komodo! Kepulauan Flores ini berada di dalam daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Aku bersama empat orang rakan memulakan pengembaraan kami untuk ke Flores dari Kuala Lumpur menuju ke Lombok dengan menaiki pesawat Air Asia. Dari Lombok, kami menaiki Feri dari Pelabuhan Lembar menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali dengan tiket yang berharga RP40,000.
Perjalanan menaiki Feri mengambil masa selama 5 jam. Kemudian, kami menaiki pesawat Nam Air dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, di Labuan Bajo.
Labuan Bajo adalah sebuah kampung nelayan yang digelar sebagai Permata di Kepulauan Sunda Kecil. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. Para penjelajah dari Portugis jatuh cinta pada Labuan Bajo yang mereka sebut sebagai Tanjung Bunga sejak lebih dari tiga abad lalu.
Dari Pelabuhan Labuan Bajo ni, kami akan memulakan pengembaraan menjelajah ke kepulauan yang terdapat di Flores dengan menaiki bot. Kami telah mengambil pakej belayar selama 3 hari 2 malam dengan harga RP1,650,000.00 seorang. Boleh ke Instagram ‘Padar Trip’ untuk melihat pakej sailing yang ditawarkan. Pakej kami adalah termasuk kos transfer dari Komodo airport ke hotel di Labuan Bajo, sewa peralatan snorkeling, tiket masuk ke Taman Nasional, air mineral, makan 3 kali sehari, homestay di Pulau Komodo dan juga guide tempatan yang sporting lagi peramah yang bernama Mas Bidong!
Jika ikutkan pakej sailing yang asalnya kami akan tidur di dalam bot. Tapi disebabkan masa kami pergi haritu, musim ombak agak kuat, jadi kami bermalam di Pulau Komodo selama 2 malam. Sebenarnya tidur di homestay lebih selesa kerana dapat tidur di atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan perlu mandi air laut! Tapi jika dapat tidur dan bermalam di dalam bot juga merupakan satu pengalaman yang menarik! Cuma jangan lupa untuk sediakan ubat tahan muntah bagi mereka yang mabuk laut!
Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.
Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik.
Adoi cantiknye air laut Pulau Kenawa. Rasa nak terjun je ni dari ofisView puncakl Pulau Kenawa. Belum tengok lagi dari tempat lain. Baca lagi!Posing jap di pantai Kenawa
Beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking bukit. Trekking bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.
Kemudian, kami ke Manta point iaitu lautan dengan kedalaman sekitar 10 meter dengan arus yang sangat tenang. Di sini terdapat ikan pari yang sangat besar yang dikenali sebagai Manta. Kami berasa sangat teruja apabila Manta berenang di sekitar bot kami dan kami semua terjun ke dalam laut untuk melihat Manta dengan lebih dekat! Tetapi akhirnya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Manta berenang dengan sangat laju sampai kami tak terkejar dah!
Manta Point. Air jernih
Pelayaran bot kemudian diteruskan membelah lautan ke sebuah pulau kecil yang bernama Taka Makassar. Airnya sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa seperti berenang di dalam swimming pool tetapi disajikan dengan pemandangan indah bukit bukau di pulau-pulau disekitarnya! Memang best!
Jernih betul air Taka Makassar
Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot ‘must hike’ dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!
Permulaan naik ke puncak Gili Lawa
Ads
Kami perlu mendaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Trek dia curam, berbatu, mencanak dan boleh tahan penat! Aku banyak kali juga berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto dengan background yang sempurna! Jangan lupa untuk bawa air mineral dan juga headlamp. Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!Trekking Gili Lawa…gile lawa!
Sunset di Gili Lawa
Kalau anda datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan berwarna coklat kekuningan. Masa aku datang ni pada bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan! Rasa macam nak berguling-guling atas rumput hijau yang macam carpet! Hahaha
Gili Lawa. Rumput bukit belakang tu macam rumput padang golf
Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!Wajib selfie di Gili Lawa…dua warna saje, hijau & biru…ohsem lah aih
Speechless bila dapat view macamni di puncak Gili Lawa. Cantik tenang je.
Hari kedua pelayaran, kami ke Pulau Padar. Kami bergerak dari Kampung Komodo seawal jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sambil menikmati pemandangan indah matahari terbit dari atas bot dan menghirup secangkir kopi Flores! Keren banget seh!
Sunrise dari atas bot
Ads
Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau padar hanya di ditumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit.
Tengok air hijau dan bukit cantik. Pulau Padar ni macam era Jurassic je
Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.
Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini! Sungguh asyik!
Perjalanan kami diteruskan pula ke Pantai Pink Pulau Padar. Di Labuan Bajo terdapat beberapa buah pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo. Air lautnya sangat jernih dengan 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!
Pantai Pink memang ada 3 lapis biru, dari pantai jernih, tengah turqoise, selepas itu biru gelap.
Ni tabik ke tahan panas di Pantai Pink? Macamni punye cantik pantai, panas pun tak kisah!
Lawa nye air Pantai Pink
Kemudian, kami ke Pulau Kalong iaitu sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah yang besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. Pada waktu ini, Kelawar akan keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan bertebaran di langit.
Foto: indoamaterasu
Selepas makan malam di homestay, kami berjalan-jalan di sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga kecil Mas Bidong. Jika datang ke Indonesia, bila sebut sahaja kami dari Malaysia, mereka mesti akan teringat pada Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin disini! Masa di rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!
Betul betul betul!
Ads
Hari terakhir di Flores, kami akan ke Loh Liang iaitu ia merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang trekking di Pulau Komodo ni, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, dan jika dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la.
Biawak komodo. Berani betul diorang ni. Ni kira beruntung jumpa komodoMacam real je petting Komodo tu hehe
“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang boleh mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.
Besor la hai Komodo
Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.
Boleh bergurau dia dengan Komodo…menangis jap tengokPemburu Komodo. Tanduk apa ni?
Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour ni!
Perasaan kami semasa trekking di Pulau Komodo ni seolah-olah seperti masuk ke dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa seram sejuk dan berdebar masa trekking, takut jika tiba-tiba Komodo muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah nanti! hahaa
Tetapi jangan risau, sepanjang trekking di pulau ini, renjer Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut renjer, biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.
Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling tangkas berlari. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.
Memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!
Destinasi terakhir kami dalam misi menjelajah Kepulauan Flores adalah di Pulau Kelor. Pelayaran mengambil masa selama tiga jam lebih. Masing-masing tidur terbongkang dalam bot macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk laut disebabkan ombak kuat menghempas bot sehingga bergoyang! Akhirnya setelah membelah badai lautan samudera, kami tiba juga di Pulau Kelor.
Buat ape tu? Pulau Kelor rasa nak terjun dari bukit.Pemandangan dari puncak Pulau Kelor. Memang era Jurassic lah bukit² sini.
Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki. Sebelum menjejakkan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal. Di Pulau Kelor ni, anda perlu trekking untuk ke puncak untuk menikmati pemandangan yang memukau!
Oh Flores yang dirindukan! Ternyata pengembaraan kami di kepulauan Flores sangat menarik dan istimewa kerana ia menawarkan lukisan alam yang sangat indah dengan pasir putih dan pink berpadu dengan air biru jernih. Bertemu dengan Komodo Dragon, dibatasi pula dengan gugusan pulau-pulau dengan puncak mendamaikan diantara deruan ombak laut, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya syurga dunia di Flores!
Meski jauhnya beribu kilometer dari Malaysia namun Pulau Jeju di Korea Selatan ini mungkin tidak asing terutama bagi yang meminati K Drama. Welcome To Samdari, Extra Attorney Woo, Running Man, Our Blues dan banyak lagi K Drama popular yang berlatar belakangkan Pulau Jeju.
Dan sebagaimana indahnya tempat ini dalam drama begitulah juga Jeju yang sewaktu menyambut kedatangan kami. Libur berkesempatan meneroka pulau indah ini di awal musim luruh pertengahan Oktober lalu atas jemputan Scoot Airline, syarikat penerbangan tambang murah dari Singapura dan Jeju Tourism Organization.
Dalam tempoh tiga hari meneroka pulau ini banyak lokasi dengan panorama cantik terhidang di hadapan mata. Namun berikut adalah lokasi pilihan Libur buat mereka yang merancang bercuti ke Jeju terutama yang memburu pesona keindahan alam semula jadi.
1. Seongsun Sunrise Peak
Lokasi ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik jutaan pengunjung ke Jeju. Kemuncaknya yang terletak 180 meter dari aras laut juga merupakan kawah yang terhasil dari letusan gunung berapi, menjadikan ia cukup unik.
Seongsan Sunrise Peak ini menawarkan keindahan yang cukup luar biasa dari atas. Kepenatan mendaki tangga pasti hilang sebaik melihat gabungan keindahan pemandangan laut, hamparan hijau kawah yang cukup mempersona bersama tiupan angin sejuk yang nyaman sekali. Kaki pasti terpaku seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
Sebenarnya terdapat dua cara untuk meneroka Seongsun Sunrise Peak ini, selain mendaki ke puncak boleh juga menyusuri laluan pantai yang turut menawarkan pemandangan laut, Pulau Udo dari kejauhan serta kehijauan tanah tinggi cukup cantik hingga berat kaki untuk melangkah pulang.
Tip: Pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai untuk mendaki pada masa yang sama menarik untuk merakam foto. Sumpah cantik tempat ni!
2. Saryeoni Forest
Memasuki laluan khas yang dibina untuk meneroka Saryeoni Forest mata terus terpesona dengan aturan pokok ditanam cantik oleh manusia. Ya, hutan ini adalah salah satu ‘man made forest’ yang mana pokoknya mula ditanam sejak lebih 40 tahun lalu.
Asalnya dari tanah kosong, hutan yang kini dihuni pokok besar dari jenis oak, cedar, Snowbell dan beberapa lagi jenis pokok kini menjadi lokasi keluarga beriadah selain ‘photoshoot’ pengantin. Saryeoni Forest juga cukup popular kalangan pelancong menggemari aktiviti jungle trekking.
Tip: Hutan ini menyediakan laluan khas untuk memudahkan kita meneroka hutan, ambillah masa untuk menghayati suasana kedamaian dan bunyi alam semula jadi. Pilih datang hari bekerja ke sini untuk mengelakkan ‘kesesakan’ pengunjung selain mudah berfoto.
3. Saebyeol Oreum
Terletak di bahagian Selatan Pulau Jeju, ‘gunung kecil’ yang terhasil dari letusan volcanic cukup indah sekali kejadiannya. Ia salah satu destinasi yang perlu dikunjungi untuk menyaksikan panorama sekitar pulau Jeju dari ketinggian 520 meter.
Menaiki tangga semula jadi sambil berpaut pada tali untuk menjejaki kemuncak Saebyeol Oreum, anda akan menyaksikan hamparan eulalia yang memutih memenuhi tanah tinggi ini dari bawah hingga ke puncak. Satu latar belakang foto yang cukup cantik untuk dirakam.
Tip: Destinasi untuk yang gemarkan aktiviti hiking sambil menikmati keindahan pulau Jeju dari puncak. Pendakian mengambil masa lebih kurang 40 minit saja secara santai. Pastikan memakai kasut yang bersesuaian.
4. Sinchang Windmill Coastal Road
Jeju juga terkenal dengan kincir angin. Terdapat ratusan alat ini sekitar pulau terbesar di Korea Selatan ini. Berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik untuk pulau Jeju, salah satu lokasi terbaik untuk menyaksikan ‘mesin’ gergasi ini adalah di Sinchang Windmill Coastal Road.
Jalan yang terletak di tepian pantai ini terdapat deretan kincir angin boleh dilihat dari dekat sekaligus menjadikan sebagai tempat tumpuan pelancong bukan saja dari luar negara malah dari dalam Korea Selatan sendiri.
Tip: Jangan lupa singgah juga menikmati kopi panas di kafe sekitar persisiran pantai ini yang turut menyajikan pemandangan indah.
5. Gimnyeong Haenyeo Village
Sambil meneroka keindahan semula jadi Jeju, menarik juga untuk mengenali salah satu kebanggaan Jeju iaitu adalah penyelam wanita atau dikenali sebagai Haenyeo.
Di perkampungan ini anda dapat menyaksikan sendiri rutin serta persiapan haeneyo sebelum menyelam hinggalah selesai selaman. Meski masih ada namun populasi Haenyo semakin berkurang kerana golongan muda tidak berminat terlibat dalam kerjaya ini. Haenyeo paling muda yang ada ketika ini sudahpun berusia 62 tahun.
Dua orang penyelam wanita atau Haenyeo menunjukkan rutin yang dilakukan sebelum dan selepas menyelam.
Tip: Selain Gimnyeong Haenyeo Village, terdapat juga Muzium Haenyeo yang membolehkan pengunjung melihat lebih terperinci kehidupan dan tradisi penyelam wanita ini.
Jangan lupa ke sini juga
Selain daripada lima destinasi di atas, anda yang bakal ke Pulau Jeju boleh juga singgah di beberapa destinasi kunjungan kami yang tak kurang berbaloi keunikannya.
Ladang Teh Hijau O’sulloc & Innisfree
Sambil menikmati suasana hijau ladang teh hijau, pengunjung juga boleh berehat di kafe yang ada di sini selain membeli belah produk berasaskan teh hijau.
Myeongwol Elementary School
Nama saja sekolah tadika tapi ia sebenarnya adalah sebuah kafe. Selepas sekolah ini ditutup, ia tukar menjadi kafe dan masih mengekal ciri-ciri sekolah tadika.
Camellia Village
Perkampungan ini dipenuhi dengan pokok camellia yang dijadikan salah satu ramuan untuk produk kecantikan serta kesihatan. Kami dibawa melakukan aktiviti mencari biji benih hinggalah melihat penyediaan minyak camellia. Perkampungan ini menjadi tumpuan pelancongan terutama apabila pokok camelia ini mengeluarkan bunganya.
Scene of Jeju
Kami juga berpeluang melakukan akvititi mewarna pakaian atau dye menggunakan Gardenia seed, salah satu tumbuhan yang ada di Jeju. Ia antara idea buah tangan yang menarik untuk dibawa pulang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian ke Bandung, Indonesia beberapa ketika yang lalu pernah menjadi pilihan ramai untuk melancong. Kota itu mempunyai cuaca dan pemandangan yang begitu menarik selain lokasi untuk membeli-belah yang sangat menyeronokkan.
Namun, dengan kewujudan daerah lain di Indonesia yang lebih menarik untuk dikunjungi atau Negara lain yang lebih seronok untuk ‘shopping’, percutian untuk ke Bandung sedikit suram. Turut di kenali sebagai Paris Van Java, Bandung kini mempunyai pelbagai tarikan baharu yang lain mesti dikunjungi.
Dengan bajet serendah RM600 seorang, anda boleh nikmati daerah Bandung selama 5 hari 4 malam. Ikuti coretan yang dikongsi oleh seorang cikgu ini dilaman sosialnya.
Trip Bandung 5D4N Hanya RM600
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.
Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati (very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.
Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana pemandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.
Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.
Itinerari
Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya. Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.
Tiket Penerbangan
Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang.
Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia.
Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.
Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.
Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.
Pengembaraan Bermula…
Alhamdulillah selamat touch down di Soekarno Hatta Airport Jakarta. Syukur Adni baik-baik sahaja di dalam flight, siap dibawa lari oleh pramugari lagi masuk ke kabin.
Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.
Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.
Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.
Hari kedua kami sarapan di Warung Nasi Empera.
Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional. Kain telekung disini sangat murah. Di Malaysia dengan kualiti yang sama harganya mencecah RM200-RM300 tetapi di sini boleh didapati dengan harga hanya RM50. Diborong terus kami di sini.
Sebelah petangnya shopping pakaian di Toko Tiga, sebuah gedung Jeans berjenama paling laris di Bandung. Juga shopping kain di Bandung Exclusive. Very recommended tempat ini. Pelbagai corak kain yang terbaru dan menarik, harganya yang murah menjadikan pengunjung rambang mata dan terpukau.
Singgah solat zohor dan asar di Masjid Al-Imtizaj, sebuah masjid yang dahulunya tokong. Seorang Cina Muslim Muallaf menukarkannya menjadi Masjid selepas pengislaman beliau, alhamdulillah.Seni bina, perhiasan dan warnanya dikekalkan kelihatan sangat unik dan indah.
Hari ke 3 kami bersarapan di Soto Ahri Garut. Soto yang telah dimulakan sejak 1943. Sangat sedap. Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau.
Seterusnya kami ke Singgah ke Kopi Luwak Cikole. Tempat pemprosesan Kopi Luwak. Kopi yang dimakan oleh Luwak(Musang), najisnya mengekalkan bentuk biji kopi, dibersihkan, dijemur dan dikisar menjadi serbuk kopi. Kopi ini mendapat pengiktirafan dan terbukti bagus kerana mengandungi Zero Caffeine.
Kawah Putih adalah satu kawah yang terbentuk dari letusan gunung berapi yang sudah tidak aktif.
Pemandangan Super Indah di Glamping. Tasik di kaki pergunungan.
Penginapan
Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya? Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?
Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua. Mengembara Melihat Alam, Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.
– Cikgu Tg – Successful Muslim Entrepreneur Mengembara. Menulis . Menginspirasi
Nak ke Thailand sekarang makin mudah, dah banyak kelonggaran yang diberikan kepada pengembara untuk masuk ke negara Gajah Putih tersebut.
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Monte Carlo berkongsi banyak tip dan langkah demi langkah proses yang diperlukan sepanjang tripnya kali ini yang merangkumi Hat Yai – Hua Hin – Bangkok dan seterusnya pulang ke Malaysia.
Paling menarik, dia menggunakan kesemua jenis public transport untuk pengembaraaanya kali ini. Memang best!
Banyak tip dan maklumat yang boleh diguna pakai oleh pengembara yang ingin ke Thailand dalam masa terdekat.
Isi kad putih (imi form) dalam flight.. cabin crew akan bagi
KLIA2 – Hat Yai (Thai AA)
Kali ni xnaik bus/train dr KL- Hatyai sebb mls nk renyah cm dolu2…lgpun train padang besar – hatyai xoperasi lg. nk naik train Hatyai – Hua hin 13jam lg jap lg..so xlarats
Tiket ke hatyai pun agak murah. So gunakan duit epf tu sikit ape salahnye
Xde nk drop baggage, so smooth je boarding. Make sure check-in flight awal thru apps/web. Get ready Sijil vaksin, Thai Pass, Insurans. Masa nk apply Thai pass ni, semua detail insurance, hotel, vaksin & flight dah kita key in..so once dah ada Thai Pass ni diorg xcek detail doc yg lain.
Smpai airport hatyai cm biasa settlekn imi cop passport..dlm 30minit juga nk settle..
bergegas ke Hatyai Junction (station keretapi)..train Hatyai-Hua Hin pukul 6.15pm..naik taxi airport kt hatyai cm hampeh..menunggu lama lebih 30minit..pastu alih2 staff airport offer naik minivan padahal dah byar 250baht utk naik taxi airport..staf taxi airport ckp kalo nk cepat bole naik minivan..nmpak mcm nk scam secara terancang..haha..nk refund xbg..so kitaorg n org2 msia kt situ bising2 la skit secara berjemaah..sebb jam2 tu jugaklah ada 2biji minivan..bayangkan naik minivan kumpul ramai2 kaut untung yg dah byr ikut taxi airport..so better naik grab je senang kalo kt airport hatyai pasni..
Train hatyai- hua hin naik 1st class sleeper ..actually dia ada 2 train..satu baru sikit n satu oldskoll (mix dgn 2nd class n seat yg xde aircond). So kitaorg pilih train lama sebb nk jalan2 kt semua coach utk rase pengalaman..padahal tersalah pilih train..tp okay la dpt rase jln2 naik train xde tingkap sekejap kt coach belakang..tiket boleh beli kt https://12go.asia/en/travel.
Utk 1st class sleeper train ada 2 katil..ada tmpat cuci tgn.ok la, agak privacy kalo travel berdua atau berempat..so kalo travel solo nasib2 la dpt roomate lain gender..kalo solo better amik yg 2nd class sleeper..unless duit kepok2 nk beli 2 seat 1st class sleeper train terus. View dr train dlm pukul 6 pg cantik sawah2 padi..train ni agak slow..patut smpai pukul 7 pg tp delay smpai hua hin dlm pukul 9pg
smpai station hua hin selfie2 kejap..cantik station ni..station lama..then kitaorg jln kaki je utk check in hotel. Sana grab ada
hua hin ni mcm ala2 langkawi la..kawasan tepi pantai.tp pantai dia xcantik..kawasan tenang n xserabut mcm kt phuket..hua hin ni banyak org2 tua mat salleh yg dah pencen..cri peneman org2 pompuan thai..tp nice la tmpat ni utk relax2..
Kitaorg sewa moto dr hotel je..1hari 250baht scooter..so murah la..pusing2 hua hin senang..sini mall pun ada..not bad mall dia..kitaorg pegi venezia..dlm tu ada rumah terbalik, naik sampan etc..harga 299baht /RM38 per pax..xyahla g sini..buang duit je.mcm haunted park da..banyak park tutup..xberbaloi..kitaorg g uma terbalik then balik..
utk mkn kt sini kitaorg mkn kt roti teh tarik muslim..google je muslim food nearby..
Malam g nite market..ala2 mcm nite market krabi tu..ada 1 lg nite market mcm uptown tp sgt2 nice..Cicada market..sini ada live band..art thai smua ada.. bersih n teratur..
Esoknya pg2 naik bas ke bangkok. Beli tiket bas sama juga online kt https://12go.asia/en/travel.. Station bus ni sebelah blu port mall..make sure tgk map betul2..bila nk book grab pilih pick up point Cordial Service Apt..kalo pilih bus station hua hin dia akan pegi kt station lain kt airport tu..naya..
hua hin- bangkok dlm 3jam..so smpai airport cm biasa amik grab check in hotel..hotel thai skg murah2 lg..sbb belum crowded lg dgn tourist..
sempat ke Grand Palace..tiket masuk 500baht / RM63 per pax..dulu penah pi bangkok tp xdpt masuk sebb kena halau dgn police situ sebb pakai seluar n baju warna hitam..kebetulan pulak hari keputeraan raja thai masa hari kitaorg g dulu. So kali ni dptla g..n waktu kami g xramai org pun..
Pegi mall2 dia kt MBK n IconSiam..icon siam aku bg 10/10..cantik n unik..tepi sungai mall dia..
tips nk cari mknan halal kt bangkok pegi kt MBK centre..level 5&6 banyak kedai..recommended yana restaurant..sumpah sedap..talapia 3rase dia sedap..
esoknya awal pg check out..naik flight Bangkok -Penang..then amik tiket penang – KLIA..kenapa trun penang?? sebb flight murah sikit..kalo amik direct flight Bangkok – KL harga mahal…
seperti biasa sbelum balik KL jangan lupa isi traveller card kt dlm My sejahtera..Masa nk check in kt airport diorg nk tgk benda tu..then masuk msia guna autogate..done..
Smpai penang airport .. airport penang dah meriah sikit..starbucks dah ada 2..nasi kandar line clear airport pun dah bukak..mls nk jalan2 penang sbb capek…so just stay kt airport sementara tunggu flight smpai..
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...