Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
Video pendek Perigi Tujuh Serendah
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor ?Baca sini http://stg.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, 17 October 2017
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar.
Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi.
Belum pernah ada kes lemas di sini. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Untuk ke sini, cuma cari di Google Map Perigi Tujuh Serendah. Ia diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lari Dari Kesibukan Kota, Singgah Sekejap Di Sementra Nature Resort Gopeng
Nak merasa duduk resort dalam hutan, boleh ke Sementra Nature Resort, Gopeng. Bukan sahaja dikelilingi suasana pokok hijau tetapi ada sungai kecil berdekatan resort.
Risau jauh? Jangan risau, perjalanan dalam dua jam setengah sahaja jika anda dari Shah Alam.
Sementra Nature Resort
Masuk ke dalam area resort dari simpang utama lebih kurang 10km, anda akan jumpa banyak campsite dan resort/chalet lain sebelum sampai sini.
Anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah pilihan staycation menarik untuk anda lepak dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan sejiwa.
Suasana bilik memang terbaik, ada balkoni menghadap forest dan menghadap tasik. Tetapi televisyen dan internet ikut nasib. Kejap ada dan tak ada.
Minimalist, sesuai untuk anda yang suka dengan suasana lapang tidak serabut.
Jangan risau, tetap ada pool untuk anak-anak layan main air dan sungai pun ada. Lepas lah untuk celup kaki.
Makanan anda tak perlu risau, sarapan pun disediakan. Maklum lah, tempatnya agak ke dalam, jadi mungkin ada yang risau nak beli makanan susah. Tetapi jika nak bawa kudap-kudap lebih, pun bagus. Nak-nak anda yang ada anak kecil.
Layan rama-rama cantik sejenak, memang boleh layan mood bercuti dari kesibukan kota. Bersambung menjamu mata dengan suasana persekitaran bersih, bangun pagi boleh hirup udara segar.
Owh ya, tempat ini sesuai untuk anda bawa anak-anak merasa dunia camping. Nanti kalau balik Perak, singgah lah ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Destinasi Yang Best Untuk Bercuti Di Padang, Indonesia
Selalunya orang Malaysia yang minat dengan Buya Hamka kalau travel ke Padang, akan cuba curi masa dan peluang untuk pergi ke rumah kelahiran tokoh terkenal kelahiran Indonesia itu di Tanjung Raya.
Walaupun jaraknya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan, tapi ramai yang sanggup menempuh jarak perjalanan tersebut kerana waktu itu adalah peluang keemasan untuk menelusuri perjalanan hidup Buya Hamka.
Selain itu, boleh juga berjalan-jalan sekitar Tasik Maninjau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya di tempat-tempat lain.
Tapi ada tak tempat menarik yang lain di Indonesia Barat itu? Jawapan dia sudah tentu ada! Ada banyak tempat menarik yang anda boleh buat apabila travel ke Padang.
Libur senaraikan 10 tempat menarik yang ada di sana. Nanti bolehlah anda susun atur itinerari anda untuk ke sana. Jadi, apa senarainya? Ini dia:
1. Pantai Padang
Anda boleh berkunjung ke Panti Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik). Menurut info dari sana, Pantai Padang itu kini tidak lagi seperti dulu. Sekarang dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh pentadbiran Padang untuk memajukan kawasan pelancongan tersebut. Jadi kawasan itu kini sudah selesa dan cantik. Sesuai la kalau anda nak datang jalan-jalan makan angin cuci mata di sana. Ada banyak bunga-bungaan yang kini menghiasi Pantai Padang itu. Lokasi ini juga berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, shopping complex Padang dan Jambatan Siti Nurbaya. Di persisir pantai itu, ada banyak gerai jalanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana, daripada makanan ringan hingga makanan laut.
⭐ PRO TIP Nego dulu harga makanan di sana kerana mereka kebiasaannya akan menawarkan harga yang tinggi kepada pelancong asing. Menjadi satu kelebihan sekiranya anda boleh berbahasa minang jika berkunjung ke sana |
View this post on InstagramA post shared by Sumatera barat – Indonesia (@pai.travelling) on
2. Jambatan Siti Nurbaya
Tak lengkap gambar Instagram anda jika tidak singgah untuk berswafoto di sini. Lokasi ini adalah lokasi penarik yang ada di Padang kerana keindahan dan kecantikan lampu-lampu pada waktu malam yang ada di Jambatan Siti Nurbaya ini. Pada waktu malam, jambatan ini dihiasi dengan gemerlipan lampu-lampu dan sepanjang jambatan ini, anda boleh menikmati anuke juadah makanan tempatan yang ringan-ringan. Untuk anda ada dalam itinerari untuk ke sini, lokasi jambatan ini berdekatan dengan Pantai Padang dan Ramayana Plaza Andalas.
⭐ PRO TIP Dicadangkan untuk anda mencuba roti bakar yang dijual di sini. Highly recommended oleh orang tempatan di sana |
3. Pantai Pasir Jambak
Satu lagi lokasi pantai di Padang. Pantainya yang memutih, landai dan dipenuhi pokok-pokok kelapa menambahkan rasa nyaman untuk anda bercuti melepaskan tekanan dan berhibur di sini. Jangan khuatir untuk berkunjung ke sini, fasilitis yang disediakan cukup lengkap untuk aktiviti seharian anda. Ada dataran untuk melepak, kedai makan, pondok-pondok kecil. Malah ada homestay untuk anda bermalam di sini dan anda boleh menyewa perahu/kayak untuk bermain bersiar-siar sekitar pantai. Pada waktu petang, anda boleh berjemur di bawah cahaya matahari sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat, berenang, santai-santai bersama partner in crime dan sebagainya.
4. Pantai Nirwana
Tak suka dengan cadangan awal yang Libur berikan tadi? Okay jangan risau, ada satu lagi pantai yang mungkin akan membuatkan anda tertarik untuk pergi iaitu Pantai Nirwana. Tempat ini, Libur cadangkan untuk anda yang sudah berkeluarga dan bercuti bersama isteri dan anak-anak kerana ombak di sini tidak terlalu besar untuk anak-anak anda mandi manda dengan seronok dan riang ria. Pantainya yang luas juga memberikan kepuasan berganda untuk mereka berlari-lari berkeliaran ke sana sini dengan bebas. Di waktu petang, ada peniaga yang akan menjual bakso dan mee ayam yang akan datang menghampiri anda untuk menjual makanan mereka. Kena cuba tau kerana rasanya sangat enak untuk dilepaskan begitu sahaja.
View this post on InstagramA post shared by Ruth Wibisono 🇮🇩❤️🇮🇩 (@kitfrique007) on
5. Pantai Air Manis Batu Malin Kundang
Pernah tengok cerita Si Tanggang atau Malin Kundang? Pada yang tidak tahu, cerita lagenda itu diadaptasikan dari kisah rakyat yang diceritakan turun temurun sebagai peringatan untuk kita menghormati ibu bapa kia walau apa pun yang terjadi. Satu pengajaran yang sangat penting Libur rasa. Jadi, untuk anda yang kebetulan ke Padang tu, boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kawasan yang menjadi cerita lagenda tersebut. Lokasinya berdekatan dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan mudah untuk anda ke sini kerana tanda arah diletakkan sepanjang jalan untuk memastikan anda tidak sesat ke mana-mana. Lokasi ini juga popular untuk mengambil gambar, jadi sediakan ruang simpanan yang besar dalam telefon bimbit anda ya. Turut terdapat di sini adalah penjaja cenderahati sekiranya anda ingin membawa buah tangan pulang ke tanah air.
View this post on InstagramA post shared by MINANGTOURISM (@minangtourism) on
6. Musium Adityawarman
Sayang rasanya kalau kita berkunjug ke suatu tempat semata-mata untuk berhibur dan bersuka ria saja kan? Jadi ini lokasi yang Libur cadangkan untuk anda singgah bagi mengenal serba sedikit mengenai sejarah Minang yang ada di Padang iaitu Muzium Adityawarman. Muzium ini tempat di mana mereka menyimpan dan memelihara khazanah, seni dan budaya Minangkabau, Mentawai dan Nusantara.
? TRIVIA Nama Adityawarman diambil bersempena nama seorang Raja yang pernah berkuasa di Minangkabau semasa zaman Majapahit dan Patih Gajah Mada |
View this post on InstagramA post shared by Lensa Zahara (@lensazahara) on
7. Sitinjau Lauik
Nak buat aktiviti malam di Padang? Anda boleh datang ke Sitinjau Lauik untuk menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, lokasi ini juga menjadi tempat di mana anda boleh menikmati keindahan malam Kota Padang dari atas bukit. Ada juga penjaja yang berniaga di sini dan anda boleh menikmati keasyikkan di sana sambil memesan secangkir kopi dan semangkuk mee rebus.
8. Pandai Sikek
Lokasi ini dikenali sebagai pusat ukiran kraftangan dan tenunan songket Indonesia yang terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Tanah Datar. Di sini, anda boleh melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional masyarakat Padang. Kalau anda nak ke sini, siapkan duit dalam secekak dua untuk anda shopping cenderahati sebagai tanda mata ke Padang.
View this post on InstagramA post shared by Fanyanto Eko Cahyo (@fanyanto_ec) on
9. Lembah Anai
Untuk menuju ke sini, anda kena travel keluar sedikit dari Padang menuju ke Bukit Tinggi kerana lokasinya adalah menghala ke sana. Lembah Anai ini lebih kurang macam Air Terjun Lata Iskandar kalau anda nak ke Cameron Highland. Air terjunnya berada di pertengahan perjalanan dan menjadi tempat kunjungan pelancong untuk bergambar. Di samping itu, gambar yang diambil di samping lintasan kereta api turut menjadi faktor mengapa tempat ini popular untuk bergambar.
View this post on InstagramA post shared by National Geographic Indonesia (@natgeoindonesia) on
10. Taman Gunung Padang
Tempat ini terletak bersebelahan dengan Jambatan Siti Nurbaya. Sekiranya anda berkunjung ke Jambatan Siti Nurbaya, taman ini terletak di sebelah barat. Pemandangan sekitar tempat ini seakan-akan bukit yang ada dalam filem animasi Doraemon tempat Nobita selalu melarikan diri jika dia berasa kecewa dengan sesuatu dan jangan terkejut kalau bukit ini turut mendapat jolokan Bukit Nobita! Di bukit ini, ada sebuah gua dan di dalamnya terdapat satu pusara lama dan masyarakat setempat mempercayai itu adalah makam Siti Nurbaya yang terkenal dalam hikayat masyarakat Minang.
? TRIVIA Disebabkan bukit ini mirip cerita Doraemon, bukit ini mendapat jolokan Bukit Nobita! |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Teman Air Best Di Utara, Grand Orient Hotel Antara Yang Menarik!
Kalau bercadang ke utara boleh cuba menginap di hotel Grand Orient Hotel, Pulau Pinang. Ya, di sini ada tema air. Mestilah anak yang paling akan suka!
Berhampiran dengan Pinang Laguna Waterpark, bertemakan konsep Amazon, tema kehijauan dan replika/arca haiwan liar.
Taman tema dengan air gelongsor air (kecil & besar), wading pool, jacuzzi, sungai buatan yang mengalir mengelilingi taman tema dan macam-macam lagi.
Bilik pula disediakan dari superior, duluxe & suite room. Ada juga gym dan sauna serta kemudahan lain.
Sesuai lah nak pergi dengan keluarga tersayang dan anda boleh berehat sambil luangkan masa dengan anak-anak.
Hotel pun tak jauh dengan jambatan Pulau Pinang kalau nak bawa anak-anak jalan-jalan di Pulau.
Lokasi:
Grand Orient Hotel, Pula Pinang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI