
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
Video pendek Perigi Tujuh Serendah
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor ?Baca sini http://stg.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, 17 October 2017

Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar.
Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi.
Belum pernah ada kes lemas di sini. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Untuk ke sini, cuma cari di Google Map Perigi Tujuh Serendah. Ia diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bercuti Masuk Hatyai Dengan Kereta Sendiri. Menarik Juga Kan?

Hatyai merupakan destinasi percutian pilihan ramai rakyat Malaysia. Untuk ke Hatyai pelbagai cara pengangkutan boleh anda pilih, samada menaiki keretapi, bas, kapal terbang atau kenderaan persendirian.
Hatyai tidak la sebesar mana boleh diteroka dalam masa sehari sahaja. Di sini majoriti penduduknya masih bertutur dalam bahasa Melayu, jadi komunikasi bukan masalah. Antara lokasi menarik di Hatyai ialah Pasar Terapung Khlong Hae.
Lokasi itu terkenal dengan kepelbagaian makanan seperti kerabu maggi, kepak ayam, pulut mangga, bahkan turut tersenarai sebagai salah satu lima lokasi makanan halal wajib cuba di Hatyai. Pasar yang dibuka pada setiap hujung minggu bermula dari Jumaat hingga Ahad itu sesuai dikunjungi antara pukul 3 petang hingga 9 malam.
Bagi mereka yang tidak mahu memandu kereta, anda boleh meletakkan kereta di hotel kemudian menaiki tuk-tuk. Kebanyakan pelancong menaiki tuk tuk menyusuri bandar Hatyai ke Lee Garden Plaza Night Walk untuk menikmati pulut mangga, pulut durian, udang galah, aiskrim kelapa, ABC special, kuew tiau serta pelbagai juadah enak di sana.
Mereka yang ingin menyaksikan dan menunggang gajah boleh ke kawasan penempatan gajah Chang Puak Camp. Tetapi kalau ikutkan sebenarnya ramai pelancong dah memboikot untuk menunggang gajah. Industri ini menyebabkan banyak gajah didera secara fizikal dengan kejam semata-mata untuk melatih mereka agar mendengar cakap. Cukuplah kalau ke sini sekadar melihat aksi gajah yang pelbagai atau mengambil gambar kenang-kenangan sahaja.
Kemudian, anda boleh meneruskan jelajah dan membeli-belah di Asean Market atau Central Festival Mall. Selepas puas menjelajah Hatyai, rehatkan kaki anda dengan urutan tradisional thai yang ditawarkan dengan harga yang cukup murah.
Cara Selamat Masuk Hatyai Menaiki Kenderaan Persendirian
Pada hujung minggu atau cuti umum, sempadan Thailand-Malaysia yang terletak di Perlis, Kedah dan Kelantan pasti sesak dengan kehadiran rakyat Malaysia yang ingin melancong ke daerah sekitar Thailand. Hari ini ramai yang memilih untuk memandu sendiri masuk ke Thailand. Cara ini lebih menyeronokkan kerana tidak perlu terkejar-kejar untuk mengikut waktu perjalanan pengangkutan perkhidmatan awam.
Bagi mereka yang menaiki kereta sendiri, anda perlu mengetahui beberapa panduan termasuk membeli insurans kereta untuk masuk ke Thailand dan mengisi borang di kaunter penyerahan borang insurans selepas pasport anda dicop. Pastikan anda tidak menghilangkan surat pengesahan kereta untuk ke Thailand kerana perlu dikembalikan ketika masuk semula ke Malaysia. Selain itu, anda juga perlu mengetahui peraturan Thailand termasuk tidak dibenarkan membawa walkie-talkie.
Ini ada beberapa tip dan cara selamat untuk masuk ke Thailand perkongsian daripada nadzrin91.blogspot.com
- Passport / Border Pass
Nih kompem la paling penting sekali sebab nak cross border kan.. Make sure validity lebih dari 6 Bulan.. Mcm aku ngan bini aku ari tu ok pakai passport.. Cuma adik aku n sepupu aku nih haa.. Passport mati plak… Kna la kejar pagi2 p UTC Loq Staq sana tu buat border pass.. Border pass nih plak hanya untuk yang warga Malaysia yang alamat di dalam IC tu berdekatan dengan sempadan.. Contoh Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan… Orang selangoq maap laa.. Buat la passport.. Kih3…
- Geran Kereta / Roadtax
Yang nih pon penting.. Nak senang, bawak geran original.. Xde geran ori? xyh rsau… bleh ja amik geran photocopy.. Tapi kena la dapat kan cop pengesahan di Balai Polis.. Cari Balai Polis berhampiran sempadan seeloknya.. Geran ni penting time pemeriksaan Kastam lepas dh cop passport di Immigration Thailand.. Kna make sure geran tu atas nama kita.. Tally dengan nama dalam passport..
Aku bwk geran ori ja senang.. Pasai last time aku bwk photocopy tu bnyk la pulak soalan polis kt balai tu.. hahaha…
Cm mana kalau kes kereta sewa.. Sama gak procedure dia.. Cuma ada tambahan.. Mintak owner kreta buatkan satu surat kebenaran dalam bahasa Inggeris untuk bawak kenderaan masuk siam.. Hat nih ampa leh Google ja Format dia.. Simple jaa…
Geran.. Passport (Merah) Border Pass (Biru)
- Thai Insurance / 3rd Party Insurance
Yang nih nak kata wajib pon aku xsure.. Pasai nih bukan lah first time aku bwk myvi aku nih masuk siam… Benda nih xprnh pon diminta oleh Kastam Thai… Cuma tu la.. orang kata beringat lahh sebelum terjadi… Untuk insurance yang basic harga dia RM18 ja.. itu pon hanya cover nyawa mangsa yang kta langgar sahaja.. kereta xcover.. Nak lagi selamat ada ja jual insurance tambahan.. tapi mahal la skit.. nak jimat bawak la kreta kita kt sana abis berhemah… Sekali kna langgar even bukan salah kita diorang memang xkn ngaku.. Jwb nya kna paw kaw2 laa.. Haha.. InshaAllah xdak apa2.. Slow n steady ja.. keh3
Insurance nih boleh dibeli di kedai2 yang berhampiran dengan sempadan.. Tunjuk roadtax je.. Dkt Caltex RnR Gurun pon ada… Bleh trus amik white card..
Tu ja dokumen yang diperlukan… Senang ja kn..
Entering Thailand
Ada dua pintu yang popular nak masuk Thailand nih… Satu Pdg Besar (Perlis).. Satu lagi Bukit Kayu Hitam (Kedah)
Nak adventure amik la Bkt Kayu Hitam.. Sni crowded sikit… Ramai yang pilih pintu nih sebab dia dekat skit nak ke Hatyai nih… Tapi kalau xnk crowded masuk la ikut pintu Pdg Besaq sana tuh… So our trip pilih pintu Pdg Besaq.. Sbb bertolak pon dah pukui 2 lebih.. Buat border pass punya pasai.. Tp aku xkisah pon pasai yang happening dkt Hatyai start pukui 4ptg (3ptg waktu Thai).. So xdak la kitorang kalut2… Slow n steady jaa..
Dah settle beli insurance semua dkt dpn arked pdg besaq tu.. Kami terus ke ICQ Padang Besar.. Dekat sini mudah ja.. Xpyh trun pon.. Just hulur ja passport dekat counter Imigresen Malaysia.. Xsampai 5 minit trus settle.. Dah lepas pintu keluar Malaysia.. So straight jaa.. Ikut ja laluan tu sampai nampak pintu Masuk Immigration Thailand… Sampai dkt stu pon straight jaa… Cari la parking lps dari pintu Immigration Thai.. Then jgn la trus masuk plak… Cop passport dlu..
Nak cop passport nih pon ada gak tips nya… First sekali NEVER EVER P DEKAT ULAT!!!
Haha.. yg nih dia charge RM1 laa kalau kna… Adik aku kna.. Aku xdan nak pnggil.. Xpa la.. rugi RM1 jaa.. First sekali p trus dekat Immigration Thai tu… Kalau ada org beratur mintak izin elok2 ckp kta nk potong kejap amik form ja.. cakap cm nih dekat Imigresen Thai tuh
“Sawadikapp.. Form Please”
Make sure setiap sorang amik satu.. n amik sendiri ya.. aku nk amik ntuk 4 orang kna maki ngan Imigresen Thai tuh.. hahaha.. “One by One come” katanya.. So isi dua2 Arrival n Departure..
Dah isi terus ke kaunter Imigresen Thai tuh… Sebelum tuh… Selit RM 1 dalam passport siap2.. Aku pon xtau laa pasai apa… Mmg adat depa la kot… Kalau xselit siap mintak tu.. Hahaha.. Bagi ja laa.. Bagi mudah… Then imigresen akan cop dekat passport n dia akan amik arrival card tuh.. Departure card tu plak dia akan selit balik dalam passport kta.. Make sure jgn hilang.. Kad tu Wajib serah balik masa nak keluar dari Thai..
So dah siap cop passport semua.. Suruh ja ahli2 rombongan kta tnggu dkt kereta.. Next kta sebagai owner kereta plak kna p settlekn dekat Kastam Thai.. Alhamdulillah… Kerajaan Thai dah mudahkan sistem Kastam dia.. Hanya hand over geran n passport sahaja.. Semua nya dia akan key ini kan.. Jawab ja segala soalan yang dia tanya.. Xtnya bnyk pon.. What colour your car?? Where you want to go?? How long?? Layan jaa…
Dah siap dia akan bagi satu slip (Lupa gak nak snap).. SLIP NIH JANGAN HILANG!! Slip nih pon kna serah balik masa nak keluaq… Hilang kna denda.. Xpulang kn kna bayaq sehari 100Bhat..So dah siapp… Anda sudah berada di Thailand secara Sah… Pandu lah dengan berhemah…
So straight jaa… Akan jumpa satu pekan kecik lepas Sadao.. Beli la Sim kad untuk waze kt sana.. Roaming data seriusly rugi… Xrugi pon beli sim kad Thailand.. Internet 4G.. Unlimited plak tuh… Bayangkan la laju mana… Make sure time nak beli tuh bawak passport.. So aku beli la Tourist Sim..
Dah beli terus ja drive… Xyh on waze lagi… Jimat bateri… Highway dia nak ke Hatyai nih straight ja.. Amik Highway no 4… Staright sampai jumpa satu Flyover besar… Baru on waze.. Stu laa start nya Bandar Hatyai…
Sumber Foto: Google Image / Sumber Featured Image: flickr vincekarl
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Lagi Percuma, Bayar RM128 Untuk Melawat Hagia Sophia di Istanbul

Isi Kandungan
ToggleHagia Sophia yang terletak di Istanbul berada dalam senarai tempat-tempat yang ingin dilawati setiap kali pelancong masuk ke Turkiye.
Hagia Sophia di Istanbul
Terkenal sebagai masjid yang menjadi simbol ikonik kerana penuh dengan sejarah, Hagia Sophia sebelum ini percuma untuk dilawati para pelancong. Namun, bermula 15 Januari lepas, ada bayaran kemasukan yang dikenakan untuk pelawat.
Berdasarkan laporan dari Hurriyet Daily, Hagia Sophia mengenakan bayaran sebanyak €25 (RM128) untuk seorang pelawat.
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye telah mengusahakan satu cara untuk memisahkan pintu masuk jemaah dan pengunjung budaya ke Masjid Hagia Sophia. Pelancong kini akan memasuki pintu masuk sisi untuk mengunjungi masjid tanpa mengganggu persekitaran tempat ibadat.
Pintu masuk utama pula hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Pembelian tiket masuk akan membolehkan pelawat mengakses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.
5 Tempat Wajib Ziarah di Turki
1. CAPPADOCIA
Bandar ini terletak di tengah Anatolia, merupakan syurga untuk ahli geologi (dan manusia awam macam kita) kerana struktur batu ‘outcrop’ yang begitu unik! Rupa bebatu seolah-olah kita di alam fantasi kisah dongeng. Tak hairanlah diberi julukan ‘fairy chimneys’. Di sini lah tempat pelancong naik belon udara panas. Kita juga boleh menginap di hotel dalam gua batu!
2. ISTANBUL
Lebih baik anda baca buku disenaraikan untuk lebih menghargai tempat-tempat bersejarah di Istanbul. Pasti perasaan bila ziarah Aya Sophia/Hagia Sophia tu bercampur-baur. Jika berkelana dengan ilmu berbanding berkelana saja-saja tanpa niat hala tuju, berbeza hasilnya. Secara amnya, di Istanbul pelancong akan ziarah Aya Sophia, Masjid Biru, Galata Tower, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum, Masjid Suleymaniye, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, menaiki cruise di selat Bosphorus dan meneroka cafe dan ‘art scene’ di kawasan seperti Balat.
3. EPHESUS
Merupakan bandar purba yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage. Apa yang istimewanya? Di seluruh Eropah, Ephesus dikira antara tinggalan kota purba paling lengkap. Kita boleh lihat bagaimana orang zaman dahulu kala hidup. Tinggalan berkurun dari kesan empayar Rome & Greek masih kekal hingga kini. Boleh ziarah dan ambil pengajaran.
4. PAMMUKALE
Pammukale bandar yang mana terletaknya kolam air panas semulajadi bertingkat-tingkat warna turqoise. Dengan mineral semulajadi yang kaya-raya, tidak hairanlah Pammukale sinonim dengan aktiviti mandi manda. Anda boleh cuba Turkish hammam (bathhouse) juga. Selain itu, di Pammukale kita boleh teroka Cleopatra Antique Pools, naik belon udara panas, teater purba Hierapolis atau melawat muzium.
5. OLUDENIZ/FETHIYE
Ramai di antara kita bila fikir Turki, lansung tak bayangkan ‘beach holiday’. Tapi Turki sebenarnya ada banyak persisiran pantai yang luar biasa exotic. Vibe Eropah. Contohnya Blue Lagoon di Oludeniz dan Butterfly Valley di Fethiye. Awas, kena pergi musim panas ya. Pergi musim lain nanti tak boleh mandi laut.
Sumber: Hurriyet Daily & The Vocket
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Indonesia Tak Jadi Tutup Pulau Komodo, Nak Bina Muzium Biawak Untuk Pelancong

Siapa tidak kenal dengan Pulau Komodo yang dihuni ribuan biawak komodo. Walaupun dihuni oleh reptilia ‘menggerunkan’ ini, namun ramai pelancong tetap mengambil peluang untuk melawat pulau yang dikatakan antara kelompok tercantik di Indonesia.
Pernah viral seketika apabila Pulau Komodo mahu ditutup kepada pengunjung disebabkan mulai tahun 2020 setelah habitat biawak tersebut sering diancam oleh pengujung seperti masalah sampah dan menyeludup biawak. Pada September lalu, Indonesia memutuskan untuk membatalkan idea rancangan menutup pulau itu kerana populasi spesies haiwan mendiami pulau itu masih dalam kawalan dan terjaga. Menurut data kerajaan Indonesia, lebih 1,700 Komodo Dragon mendiami di pulau itu.
Oleh sebab tidak jadi ditutup, kerajaan Indonesia merancang membuka sebuah muzium khas untuk Komodo Dragon atau biawak gergasi, di Pulau Komodo sebagai tarikan terbaru. Jurucakap daerah Marius Jelamu berkata selain sebagai usaha memulihara keindahan pulau itu, ia juga bertujuan menarik ramai lagi pelancong dan sebagai pusat penyelidikan.
Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.
Marius berkata penubuhan muzium itu juga perlu untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan haiwan itu, selain akan menjadi pusat penyelidikan untuk pakar.
Pulau Komodo terletak dalam Taman Negara Komodo adalah habitat kepada biawak komodo yang digelar sebagai naga. Biawak komodo (Varanus Komodoensis) atau kerap disebut komodo adalah biawak terbesar di dunia. Panjangnya mencapai tiga meter dengan berat antara 70 hingga 150 kilogram
Pulau Komodo merupakan kawasan yang memberi peluang kepada pelawat melihat biawak komodo di habitat asalnya. Kunjungan ke pulau tersebut cukup istimewa kerana pengunjung dapat melihat haiwan yang jarang ditemui dan terancam itu.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI