Tengah viral sekarang ini pokok Cat Claws yang berbunga cantik di kawasan rekreasi Gunung Lang.
Ini kerana sejak ditanam pada tahun 1999, inilah kali pertama pokok Cat Claws ini berbunga kuning sekaligus menambah daya tarikan pelancongan ke kawasan ini.
Dalam satu kenyataan dari Majlis Bandaraya Ipoh, Penolong Arkitek Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Noor Sauwiya Shari berkata, tanaman hiasan jenis menjalar itu ditanam MBI pada 1999 dan merupakan satu-satunya yang ditanam di bandar ini.
Katanya, pokok berasal dari kawasan hutan Amerika Latin dan Caribbean itu sukar untuk berbunga dan pertama kali mempamerkan tarikannya pada 2013.
Ads
“Untuk berbunga lebat, tumbuhan ini perlu kepada cuaca terlampau panas, lazimnya pada pertengahan Mac setiap tahun. Sejak ditanam, hanya beberapa kali ia mengeluarkan bunga iaitu pada 2013 dan 2017.
“Pada tahun ini, fenomena musim panas yang melanda negara menyebabkan pokok itu kembali berbunga dan lebih menarik apabila ia paling lebat kerana mengeluarkan bunganya serentak,” katanya di sini hari ini.
Ads
Noor Sauwiya berkata, keindahan Cat’s Claw yang menjalar dan ‘memayungi’ pondok-pondok di taman tersebut akan menjadi lokasi terbaharu lensa kamera pengunjung.
Malah katanya, ibarat berada di luar negara, pengunjung yang hadir juga boleh melihat warna bunga keemasan itu semasa mereka menaiki bot.
Ads
“Ketahanan bunga ini bergantung kepada cuaca khususnya hujan. Ia berbunga di penghujung musim kemarau yang menandakan musim hujan akan tiba.
“Bunga yang berkembang ini tidak lama, apabila hujan, bunga-bunga ini akan mula gugur,” katanya.
Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai syurga makanan!
Boleh dikatakan jolokan sebagai pintu masuk segala jenis makanan yang ada di Pulau Pinang, ia menarik semua pengunjung berbilang bangsa bukan sahaja masyarakat di negeri ini bahkan mereka yang datang dari luar.
Di sini kami senaraikan 67 tempat makan menarik di Pulau yang patut anda singgah. Jika tidak pasti di mana lokasi makanan menarik dan best ini, anda boleh sahaja buat carian di alam maya. Selamat menjamu selera dan cuti-cuti Malaysia!
Negeri Kelantan menjadikan tema berunsurkan dialek negeri ‘Jom Maghi Dderak Di Kelate’ sebagai tarikan baharu kepada pelancong domestik untuk berkunjung ke negeri tersebut.
Tema itu juga melambangkan budaya dan bahasa dialek Kelantan yang menunjukkan kata-kata bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong. Dialek Kelantan digunakan memandangkan perkataan 'deghak' telah sinonim dalam masyarakat negeri ini yang membawa erti 'pergi berjalan'. Menerusi penggunaan tema ini, ia menjadi lambang perpaduan kaum yang sudah sinonim dengan negeri ini selain untuk mempopularkan Kelantan di hati pelancong agar sentiasa rindu untuk datang lagi ke negeri itu.
Sebanyak 17 destinasi pelancongan di sekitar Kelantan bakal dibanjiri pengunjung dalam usaha mempergiatkan industri pelancongan domestik. Destinasi pelancongan di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok itu akan didedahkan pelbagai aktiviti antaranya menyepat daun rokok daripada pucuk nipah, melukis batik dan menyaksikan aksi beruk memetik kelapa.
Semua lokasi dan aktiviti itu disediakan dalam pakej 'Sightseeing Tour' anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), syarikat penerbangan Firefly dan Jasa Teratai Holiday serta Asia Travel & Tours. Antara destinasi disenaraikan dan disifatkan mampu menjadi tarikan pengunjung terutama luar Kelantan ialah:
Galeri pembuatan wau
Bengkel penghasilan batik
Pantai Mek Mas
Bengkel keropok
Zon bebas cukai Pengkalan Kubor
Masjid Arrahman
Pasar Terapung Pengkalan Datu
Pantai Senok
Pasar Siti Khadijah
Pantai Mek Mas, Kota Bahru
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.
Mengapa anda perlu pergi ke sini?
Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni.
Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani bahkan mereka boleh memandikan anak gajah di sungai sambil berhibur bersama anak-anak gajah yang comel.
Terdapat juga pusat pelawat yang menayangkan video pendidikan dan maklumat terperinci mengenai kerja pemuliharaan gajah yang dilakukan di situ. Pengenalan akan diberikan mengenai perilaku gajah, konservasi dan sejarah gajah di PKGK. Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Tip
Sesiapa yang ingin bermain di sungai dengan gajah perlu ingat bahawa air bukan hanya coklat dengan lumpur – gajah juga menggunakan sungai sebagai tempat membuang najis mereka! Walau bagaimanapun, terdapat air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir.
Macam mana nak ke sana?
PKGK Kuala Gandah ini terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Alamat lengkap ke sini adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...