Sesiapa yang dah selalu keluar travel mesti tahu apa itu vacation club. Tapi bagi yang belum biasa dengan vacation club, tahukah anda, ada beberapa vacation club dalam negara kita yang menawarkan pakej penginapan menarik untuk melancong?

Malah ada pakej yang ditawarkan memberi peluang kepada kita untuk menginap di hotel eksklusif secara percuma! Sebagai contoh vacation club yang ada di negara kita adalah SGI Vacation Club (SGIVC), anak syarikat kepada OSK Holding Berhad.

Sedikit fakta mengenai SGIVC adalah;

1. SGIVC mempunyai empat hartanah yang berada di Malaysia iaitu Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut dan Swiss-Court Villa Damai Laut, Perak, Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur dan, SGI Vacation Club Melaka, Melaka.

Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut Lumut, Perak. Salah satu hartanah yang boleh dinikmati secara percuma oleh ahli SGI Vacation Club.

2. SGIVC menyediakan khimat acara dan layanan ketika percutian kepada kesemua ahli yang berdaftar.

3. Ahli SGIVC berpeluang untuk menikmati penginapan di kesemua hotel dan resort kepunyaan SGIVC secara percuma di Malaysia.

4. Mereka juga boleh menikmati penginapan di lebih 3,000 hotel dan resort seluruh dunia!

Dari kanan: Ketua Pegawai Eksekutif SGI Vacation Club, Ivan Ting bersama Pengurus Besar Fan Pui Chin dan Lion Chau Hoaw.

Apa kelebihan menjadi ahli SGIVC?

1. Boleh menikmati penginapan percuma selama 7 atau 14 hari setiap tahun selama 15 tahun di hotel dan resort SGIVC di dalam Malaysia!

2. Dengan sedikit tambahan, ahli berpeluang membuat tukaran bersama vacation club yang lain dari luar negara dan boleh menikmati penginapan percuma di lebih 3,000 hotel dan resort seluruh dunia.

3. Lebih menjimatkan kos penginapan ketika melancong kerana anda berpeluang untuk menginap secara percuma.

4. Terlindung daripada kadar inflasi dan tukaran mata wang yang tidak menentu untuk membayar kos penginapan selama 15 tahun!

Pakej keahlian yang ditawarkan oleh SGIVC;

Ada dua jenis keahlian yang ditawarkan kepada pelanggan iaitu Discovery dan Explorer.

1. Discovery
Boleh dilanggan dengan harga RM26,000 dan layak 14 hari penginapan setiap tahun selama 15 tahun di kesemua hotel dan resort SGIVC termasuk Swiss-Villa Damai Laut, Perak.

2. Explorer
Boleh dilanggan dengan harga RM21,000 dan layak 7 hari penginapan setiap tahun selama 15 tahun di kesemua hotel dan resort SGIVC kecuali Swiss-Villa Damai Laut, Perak.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli kepada SGIVC, boleh layari laman sesawang www.sgivacationclub.com untuk pendaftaran online atau boleh ke pejabat yang terletak di;

Kuala Lumpur (Ibupejabat)

S-7-01 & S-7-02 Swiss Garden Residences No.2A Jalan Galloway 50150 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Johor Bahru

Lot No.512 Tingkat 1 Swiss-Inn Johor Bahru Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim

Sungai Petani

Tingkat 1 Swiss Inn Sungai Petani No.1 Jalan Pahlawan 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman

Kuantan

No. S2-5-22 Swiss Garden Resort Residences Jalan Kuantan-Kemaman 26100 Kuantan Pahang Darul Makmur