Terfikir untuk bercuti di Kuantan, Pahang? Selalunya Teluk Cempedak dan Cherating menjadi destinasi wajib singgah jika ke daerah tersebut.
Jika anda 'orang luar' negeri Pahang, cuba cari lagi lokasi menarik yang ada disekitar tersebut untuk diterokai selain dua pantai popular yang dinyatakan. Banyak lagi destinasi pantai yang ada untuk bercuti bersama keluarga. Kuantan sangat istimewa kerana kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan.
Pantai Balok, terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Bagi penduduk tempatan, Pantai Balok adalah lokasi pilihan bersantai pada hujung minggu kerana keadaan kawasan sekitarnya yang begitu tenang. Selain beriadah dan mandi-manda, banyak aktiviti sukan air lasak yang ditawarkan di sini mengikut musim tertentu seperti luncur angin, luncur layar dan perahu layar.
Jika perut terasa lapar, sekitar kawasan Pantai Balok terdapat banyak gerai makanan yang diusahakan penduduk kampung dengan pelbagai juadah menyelerakan seperti ikan bakar dan keropok lekor
Tarikan lain berhampiran pantai adalah premis Natural Batik Village yang memberi peluang untuk pengunjung merasai pengalaman mencanting batik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati berasaskan lukisan corak batik untuk dibawa pulang sebagai ole-ole.
Pastinya kemudahan asas di kawasan Pantai Balok ini juga sangat memuaskan, tersedia bilik air, bilik persalinan, surau , tandas awam dan kawasan tapak perkhemehan. Jom cuti-cuti Malaysia!
Sumber Foto: Tourism Pahang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pergi Korea, Patut Anda Ambil Tahu Kalau Nak Mudah!
Sebelum ‘terbang’ ke destinasi pilihan, sudah tentunya anda perlu melakukan persiapan terlebih dahulu agar semuanya berjalan lancar. Sekiranya ingin melancong ke Korea, terdapat beberapa tips pergi Korea boleh dijadikan panduan untuk anda.
Tips yang dikongsikan oleh Elisa Zamri di bawah ini menitikberatkan 5 perkara penting yang anda perlu ikut. Barulah imigresen bagi masuk!
Tip Pergi Korea, Patut Anda Tahu
Kebelakangan ini nampak macam ramai yang tak lepas. Jadi, saya nak kongsi pengalaman sendiri ketika berada di imigresen Korea. Ini adalah pertama kali saya ke Korea.
1. Imigresen titik beratkan pendapatan sesiapa sahaja yang masuk. Dekat K-ETA kita ada letak pendapatan berapa, mungkin atau tidak ini menjadi satu point untuk pihak berkuasa tengok.
Tapi kalau nak tipu, nanti dia tanya tunjuk bukti tapi tak boleh kemukakan pun jadi masalah. Jadi jujur sahajalah.
2. Sampai malam di Korea menjadi peranan imigresen akan lepas banyak sebab pegawai paham tetapi pegawai boleh jadi grumpy juga sebab mengantuk.
Suami saya dapat yang garang tetapi semuanya ok.
3. Tak kisah pesawat apa, pastikan jaga penampilan. Tak perlu pakai baju mahal-mahal cukup sekadar kemas sahaja. Jangan bawa banyak hand carry. Plastik-plastik tak berkenaan semua tak perlu.
Yang perempuan cukup bawa beg tangan dan lelaki 1 begpack sahaja.
4. Itinerary and details. Please bincang dengan group dulu sebelum pergi. Cash tak perlu banyak. Jika ditanya, jawab sahaja menggunakan kad.
Saya print semua and letak macam ini. Kalau dia perlukan sebarang dokumen, dia boleh ambil.
5. Kalau boleh cakap Korea, cakap la Korea. Orang Korea sangat baik dan saling hormat menghormati.
Haa… jangan sesekali pergi serbu ya! Pastikan anda buat kajian dan membaca dulu sebelum datang dan kalau ada niat nak jadi PATI di sana, batalkan niat itu.
Semoga bermanfaat!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menjadi Ahli Vacation Club Berbaloi Untuk Mereka Yang Tak Sukakan Backpacking
Sesiapa yang dah selalu keluar travel mesti tahu apa itu vacation club. Tapi bagi yang belum biasa dengan vacation club, tahukah anda, ada beberapa vacation club dalam negara kita yang menawarkan pakej penginapan menarik untuk melancong?
Malah ada pakej yang ditawarkan memberi peluang kepada kita untuk menginap di hotel eksklusif secara percuma! Sebagai contoh vacation club yang ada di negara kita adalah SGI Vacation Club (SGIVC), anak syarikat kepada OSK Holding Berhad.
Sedikit fakta mengenai SGIVC adalah;
1. SGIVC mempunyai empat hartanah yang berada di Malaysia iaitu Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut dan Swiss-Court Villa Damai Laut, Perak, Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur dan, SGI Vacation Club Melaka, Melaka.
2. SGIVC menyediakan khimat acara dan layanan ketika percutian kepada kesemua ahli yang berdaftar.
3. Ahli SGIVC berpeluang untuk menikmati penginapan di kesemua hotel dan resort kepunyaan SGIVC secara percuma di Malaysia.
4. Mereka juga boleh menikmati penginapan di lebih 3,000 hotel dan resort seluruh dunia!
Apa kelebihan menjadi ahli SGIVC?
1. Boleh menikmati penginapan percuma selama 7 atau 14 hari setiap tahun selama 15 tahun di hotel dan resort SGIVC di dalam Malaysia!
2. Dengan sedikit tambahan, ahli berpeluang membuat tukaran bersama vacation club yang lain dari luar negara dan boleh menikmati penginapan percuma di lebih 3,000 hotel dan resort seluruh dunia.
3. Lebih menjimatkan kos penginapan ketika melancong kerana anda berpeluang untuk menginap secara percuma.
4. Terlindung daripada kadar inflasi dan tukaran mata wang yang tidak menentu untuk membayar kos penginapan selama 15 tahun!
Pakej keahlian yang ditawarkan oleh SGIVC;
Ada dua jenis keahlian yang ditawarkan kepada pelanggan iaitu Discovery dan Explorer.
1. Discovery
Boleh dilanggan dengan harga RM26,000 dan layak 14 hari penginapan setiap tahun selama 15 tahun di kesemua hotel dan resort SGIVC termasuk Swiss-Villa Damai Laut, Perak.
2. Explorer
Boleh dilanggan dengan harga RM21,000 dan layak 7 hari penginapan setiap tahun selama 15 tahun di kesemua hotel dan resort SGIVC kecuali Swiss-Villa Damai Laut, Perak.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli kepada SGIVC, boleh layari laman sesawang www.sgivacationclub.com untuk pendaftaran online atau boleh ke pejabat yang terletak di;
Kuala Lumpur (Ibupejabat)
S-7-01 & S-7-02 Swiss Garden Residences No.2A Jalan Galloway 50150 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Johor Bahru
Lot No.512 Tingkat 1 Swiss-Inn Johor Bahru Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim
Sungai Petani
Tingkat 1 Swiss Inn Sungai Petani No.1 Jalan Pahlawan 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
Kuantan
No. S2-5-22 Swiss Garden Resort Residences Jalan Kuantan-Kemaman 26100 Kuantan Pahang Darul Makmur
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jejak Lokasi Penggambaran Drama Korea
Korea Selatan begitu sinonim dengan k-pop, k-drama dan lokasi pelancongannya. Kerancakan negara ini dalam mempromosikan industri hiburan secara tidak langsung mendorong perkembangan dalam industri pelancongan negara tersebut.
Muzik dan drama Korea memiliki banyak penggemar di luar negeri. Panorama indah dijadikan sebagai lokasi penggambaran mengajak pelancong luar untuk mendekati keindahan dan budaya negara ini.
Tarikan pelancong tempatan dan luar negara
Drama Goblin menjadi kegilaan ramai malah tular bukan hanya masyarakat setempat malah hingga ke serata negara. Ia secara tidak langsung menggamit kedatangan pelancong untuk menghayati keindahan lokasi di sekitar Korea.
Menyertai Fam Tour selama lima hari ke Korea Selatan meliputi Incheon, Boryeong, Pyeongchang dan Seoul sesungguhnya sarat dengan panorama, budaya dan makanan yang unik dan istimewa.
Songdo Central Park, Incheon
Bandar Incheon tidak sesibuk berbanding Seoul. Binaan bangunan pencakar langit menjadikan panaromanya begitu cantik.Ketika berada di Songdo Central Park, lokasinya sangat semula jadi kerana banyak taman yang menyegarkan dan kawasan berjalan kaki yang sesuai untuk bersantai.
Laluan di sekitar Songdo Central Park termasuk dalam Songdo Area menjadi salah satu lokasi penggambaran drama Goblin. Ia boleh dilihat di adegan episod satu ketika ibu Ji Eun Tak yang ketika itu masih mengandung dan dilanggar kereta namun diselamatkan oleh Goblin, Kim Shin.
Central Park, Tri-Bowl
Salah satu bangunan unik di Songdo, Tri-Bowl, kerana mirip tiga mangkuk yang bercantum, bangunan ini menjadi lokasi untuk pameran seni atau persembahan. Tri-Bowl mencerminkan tiga kebanggaan kota Incheon iaitu Langit (bandar), Laut (Pelabuhan) dan Tanah (area luas jaringan pengangkutan), serta wilayah Songdo, Chengna dan Yeongjong. Rekabentuknya unik umpama berdiri di atas kolam. Malah ia menjadi lokasi K-Drama bagi Legend of the Blue Sea.
Incheon Art Platform
Incheon Art Platform terletak di Haean-dong dan terkenal kerana warisan yang terpelihara baik. Seni bina bangunan menampilkan kuno dan modern. Kompleks didirikan melalui renovasi bangunan yang dibangun pada tahun 1930-an dan 1940-an. 13 bangunan, termasuk studio, perpustakaan, pusat latihan, ruang pameran dan pertunjukkan membentuk Art Platform diharapkan dapat berkembang menjadi sebuah muzium di masa depan. Keunikannya menjadi tarikan sebagai lokasi drama Goblin.
Incheon Jayu Park
Jayu Park menjadi lokasi adegan ketika Ji Eun Tak bertemu secara kebetulan dengan Goblin, Kim Shin. Taman yang terletak di area pergunungan Eungbong (Eungbong-san) menawarkan pemandangan kota Incheon, pergunungan di sekitarnya, pelabuhan serta laut yang boleh dilihat dari atas puncaknya.
Cheongnaho Lake Park, Incheon
Adegan di episod empat ketika Goblin, Kim Shin sedang mabuk dan mengungkapkan beberapa rahsianya kepada Ji Eun Tak berlatarkan di Cheongnaho Lake Park. Ia satu taman awam yang popular di kalangan warga tempatan yang menawarkan pemandangan malam yang indah dengan adanya bangunan pencakar langit di sekitarnya.
Hanmi Bookstore, Incheon
Kedai buku yang terletak di Incheon ini menjadi latar bagi beberapa adegan Goblin, baik di bahagian luar juga di dalamnya. Kedai buku ini dengan warna cat kuning terang ini menjadi tempat Goblin bertemu dengan Samshin yang kemudian membicara tentang nasib Eun Tak. Lokasi kedai ini terletak di 14-4 Geumchang-dong, Dong-gu, Incheon.
Daegwallyeong Samyang Ranch, Pyeongchang
Ladang ternakan yang mempunyai 40 tahun sejarah yang diasaskan pada tahun 1974. Ladang ini mempunyai keluasan tiga kali ganda pulau Yeouido Park di Seoul. Ladang ini turut dikenali sebagai ladang ternakan pertama semula jadi bagi lembu, kuda, kambing dan biri-biri.
Lokasi ladang ternakan ini berada pada kawasan tanah tinggi menjadikan ia kawasan yang sejuk dan selesa untuk bersiar-siar. Turut menjadi lokasi filem (Welcome to Dongmakgol, Eye) , drama (Cinderella and Four Knights), variety (Running Man, We are Married) dan drama Goblin.
Woljeongsa Temple Fir Forest Path, Pyeongchang
Terletak di hutan timur lembah Gunung Odaesan.Terdiri daripada 60 kuil dan 8 biara dibuat ke dalam satu kuil besar.Woljeongsa Temple telah ditubuhkan oleh Monk Ja Jang (590 ~ 658).
Menjadi lokasi drama Goblin di mana Kim Shin berjalan bersama Ji Eun Tak di sebuah jambatan yang diliputi salji dan mengakui perasaannya dengan mengatakan “Aku ingin terus hidup bersamamu“.Lokasinya di 63, Dongsan-ri, Jinbu-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
Seoul Jungang High School
Seoul Choong Ang High School memiliki bangunan bergaya neo klasik berlokasi di sekitar area Bukchon, tepatnya di Gye-dong . Sekolah ini didirikan semasa Dinasti Joseon, ketika Jepun menyerang Korea. Sekolah ini juga dianggap sebagai landmark Bukchon. Sekolah itu turut menjadi latar drama Goblin.
Coffee Mill , Samcheong-dong
Lokasi ini digunakan dalam drama Goblin ketika scene Grim Reaper dan Sunny. Lokasi ini ada di sekitar Bukchon Hanok Village dekat istana Gyeongbokgung.
Bukchon Hanok Village
Dikelilingi oleh Istana Gyeongbokgung, Istana Changdeokgung dan Kuil Jongmyo, Bukchon Hanok terdiri daripada ratusan rumah tradisional yang disebut ‘hanok’ yang menjadi kenangan ketika Dinasti Joseon. Kini, banyak dari hanok ini beroperasi sebagai pusat kebudayaan, penginapan, restoran dan rumah teh, memberikan pengunjung kesempatan untuk belajar budaya tradisional Korea. Ia juga sering menjadi lokasi drama antaranya Personal Taste lakonan Lee Min Ho.
Anguk
Jalan kecil ini terletak antara Duk Sung Girls’ High School dan Pung Moon Girls’ High School. Di sekitar jalan ini juga banyak spot pelancongan menarik. Jalan ini turut menjadi latar bagi pasangan Goblin.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI